GGGB 6733 ISU & ETIKA DALAM KAUNSELING Sem 2 – 2020/2021 LAPORAN: Ulasan Artikel Berkaitan Isu dan Etika dalam Kaunselingļ¼ Kecekapan Kaunseling Pelbagai Budaya Lin Chew Man P111990 PENSYARAH: Prof. Madya Dr. Salleh Bin Amat 1 Kita berhubung dengan kesamaan, berkembang dalam perbezaan Dalam Al-Quran, suraht Al-Hujurat, ayaht 13 yang bermaksud, "Wahai manusia!, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsabangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” Ayat ini jelas menyatakan bahawa manusia dijadikan berbilang kaum supaya saling mengenal secara tersurat. Ayat ini amatlah benar terutamanya dalam masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Begitu juga dalam bidang bimbingan dan dunia kaunseling, menurut Virginia Satir, kita berhubung dengan kesamaan, dan berkembang dalam perbezaan (we connect in our sameness and grow in our differences), para kaunselor diharapkan mempunyai kecekapan silang budaya memandangkan populasi klien yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang sosiobudaya. Pendidikan kaunseling pelbagai budaya di Malaysia Dalam kajian ke atas kecekapan kaunseling pelbagai budaya (Multicultural Counselling Competence, MMC) di Malaysia, Jaladin (2017) mendapati bahawa bukan semua pengamal kaunseling mempunyai kecekapan pelbagai budaya. Menurut Jaladin, walaupun terdapat lebih daripada 20 program pendidikan kaunseling di Malaysia sejak tahun 1980-an, namun status pendidikan pelbagai budaya dalam program-program tersebut masih kurang penentuannya. Keadaan ini disebabkan walaupun kebanyakan program kaunseling mempunyai kursus-kursus tentang kepelbagaian budaya namun multikulturalisme tidak diselitkan di semua kursus dalam kurikulum. Latihan kaunseling pelbagai budaya Demi mendidik dan melatih kaunselor dengan lebih berkesan, Jaladin (2017) berpendapat bahawa program pendidikan dan latihan kaunselor harus menekankan komponen praktikal 2 kaunseling dalam kurikulum. Beliau juga mencadang pembuat dasar untuk meningkatkan jumlah jam kredit yang diperuntukkan untuk komponen kepelbagaian sosial dan budaya dalam program pendidikan kaunselor. Kaunselor perlu terus terlibat dalam latihan pengembangan profesional dan secara aktif mencari peluang latihan dengan klien yang mempunyai budaya yang pelbagai. Sektor pendidikan dan badan profesional tempatan untuk kaunselor juga perlu melatih dan mendidik kaunselor sebelum dan dalam perkhidmatan dengan lebih baik agar mereka dapat menjadi pengamal yang berkecekapan pelbagai budaya (Jaladin, Simmonds, & Joseph 2020). Sehubungan itu, terdapat usaha dari pengkaji untuk mengembangkan dan menilai modul latihan kompetensi kaunseling pelbagai budaya untuk kaunselor pelatih di Malaysia. Dalam ujian ke atas dua kumpulan kaunselor pelatih, Anuar dan Jaladin (2016) mendapati bahawa kompetensi kaunseling pelbagai budaya dapat dipertingkatkan dengan pelaksanaan modul latihan. Menurut mereka, manfaat modul latihan tersebut terus didorong oleh keberkesanannya dalam mencapai tujuan jangka pendek kebolehannya untuk mendapatkan maklum balas segera dari para kaunselor. Bahasa sebagai jambatan kaunseling pelbagai budaya Salah satu dapatan kajian Jaladin (2017) menunjukkan di antara tiga kumpulan etnik utama di Malaysia, kaunselor orang India mempunyai korelasi secara signifikan dan positif dalam aspek kecekapan pelbagai budaya. Dapatan kajian ini agak menarik memandangkan dalam komuniti India (begitu juga komuniti Cina) mempunyai sistem bahasa yang agak berbeza. Keadaan ini dikatakan secara tidak langsung mungkin menyumbang kepada sensitiviti yang lebih tinggi dalam isu kepelbagaian budaya di kalangan kaunselor orang India. Walau bagaimanapun, kepelbagaian budaya dan bahasa di kalangan orang Cina mungkin semakin berkurangan memandangkan generasi baru dalam keluarga nuklear lebih bercenderungan berkomunikasi dalam bahasa Mandarin (sebahagian kecil dalam bahasa Inggeris) daripada bahasa dialek keluarga asal ibu bapa. Sejauh manakah perubahan ini memberi kesan kepada sensitiviti kepelbagaian budaya mungkin cuma dapat dikesan dalam jangka masa yang lebih panjang. Sehubungan itu, mungkin juga menarik untuk meneliti perkembangan dalam komuniti Melayu yang struktur masyarakatnya juga dilandai arus arus pemodenan dan pembandaran yang pesat. 3 Manakala dalam kajian Kamarul Md Shah (2019) ke atas 102 kaunselor, hasil kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kaunselor berdasarkan jantina, tahap pendidikan dan pengalaman profesional dari segi kecekapan kaunseling pelbagai budaya. Dapatan kajian tersebut agak menarik memandangkan andaian umum adalah kaunselor yang mempunyai tahap pendidikan yang lebih tinggi dan berpengalaman seharusnya mempunyai kecekapan seseorang kaunselor dari segi kecekapan kaunseling pelbagai budaya yang lebih tinggi. Kompetensi pelbagai budaya dan kecekapan kaunselor dalam menangani masalah undang-undang dan etika Dalam kajian Subarimaniam, Zakaria, & Jaafar (2020) untuk mengenal pasti faktor-faktor yang dapat meningkatkan keberkesanan diri kaunselor dalam menangani masalah undang-undang dan etika di peringkat latihan, mereka mendapati bahawa terdapat hubungan positif antara kompetensi multikultural dan kecekapan diri kaunselor dalam menangani masalah undangundang dan etika (SEDLEI). Di samping itu, kajian ini juga mendedahkan hubungan positif antara kerohanian dan SEDLEI. Secara umumnya, semakin tinggi tahap kompetensi multikultural dan kerohanian, semakin berkesan khidmat kaunselor. Kajian ini telah meluaskan cakrawala saya dalam aspek isu dan etika yang berkaitan pelbagai budaya dalam kaunseling memandangkan ia secara langsung meneliti faktor kerohanian dalam perbincangan kecekapan khidmat kaunselor. Sesungguhnya, faktor kerohanian dalam kaunseling di Malaysia sukar diasingkan daripada agama dan politik, justeru itu banyak sensitiviti yang harus diteliti untuk memastikan keberkesanan sesi dan kesejahteraan klien dalam proses kaunseling. Kesimpulan Memandangkan kajian-kajian telah menunjukkan betapa pentingnya untuk mempertingkatkan kecekapan kaunseling pelbagai budaya di kalangan kaunselor berdaftar dan kaunselor pelatih, maka adalah wajar pelbagai kursus dan bengkel yang memfokus kepada praktikal dalam kaunseling pelbagai budaya perlu dianjurkan sama ada daripada pihak univeristi mahupun Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA) dan Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM) secara intensif untuk memberi pendedahan dan latihan yang mencukupi kepada para kaunselor. 4 Rujukan Anuar, A. A., & Mohd Jaladin, R. A. 2016. Development and Evaluation of a Multicultural Counseling Competencies (MCC) Training Module for Trainee Counselors. Journal of Asia Pacific Counseling, 6(1), 41–50. https://doi-org.ezplib.ukm.my/10.18401/2016.6.1.3 Ertl, M. M., Mann-Saumier, M., Martin, R. A., Graves, D. F., & Altarriba, J. 2019. The Impossibility of Client-Therapist “Match” : Implications and Future Directions for Multicultural Competency. Journal of Mental Health Counseling, 41(4), 312–326. https://doi-org.ezplib.ukm.my/10.17744/mehc.41.4.03 Kamarul Md Shah. 2019. Efficiency of counselor in conducting various cultural counseling services. AKADEMIKA, 89 (2). pp. 201-211. ISSN 0126-5008 Mohd Jaladin, R. A., 2017. Perceived Multicultural Counseling Competence of Malaysian Counselors: An Exploratory Study. Journal of Multicultural Counseling & Development, 45(2), 127–148. https://doi-org.ezplib.ukm.my/10.1002/jmcd.12069 Mohd Jaladin, R. A., Simmonds, J. G., Greenway, P., & Barkatsas, T. (2021). Exploring Counsellors’ Understanding and Practice of Multicultural Counselling in Malaysia. Journal of Nusantara Studies, 6(1), 323–350. https://doiorg.ezplib.ukm.my/10.24200/jonus.vol6iss1pp323-350 Mohd Jaladin, R. A., Simmonds, J. G., & Joseph, C. 2020. Professional Counsellors’ Perceptions and Experiences of Multicultural Counselling in Malaysia: A Qualitative Study. Journal of Nusantara Studies, 5(2), 261–281. https://doiorg.ezplib.ukm.my/10.24200/jonus.vol5iss2pp261-281 Subarimaniam, N., Zakaria, N. S., & Jaafar, W. M. W. 2020. Multicultural Competency, Spirituality and Self-Efficacy in Dealing with Legal and Ethical Issues. Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities, 28(2), 1371–1386. https://search-ebscohostcom.ezplib.ukm.my/login.aspx?direct=true&db=hlh&AN=145252023&site=ehost-live. Shah, K.M. 2019. Efficiency of Counselor in Conducting Various Cultural Counseling Services . Journal of Multicultural Counseling and Development, 89(2), 201-211. https://doi.org/10.17576/akad-2019-8902-15 5