GGGB6013 Kaedah Penyelidikan I Pensyarah: Dr. Shahlan Surat Rekabentuk Kualitatif: Kaedah Kajian kes, Kaedah Etnografi Ahli Kumpulan: Muhammad Rusdi bin Buchari_P111992 Lin Chew Man_P111990 Isi Kandungan 01 Pengenalan 02 Kaedah Kajian Kes 03 Kaedah Etnografi Rekabentuk kualitatif 04 Perbandingan 05 Reka bentuk kajian 06 Reka bentuk kajian Contoh Kajian kes Contoh Etnografi 01 Pendahuluan Reka bentuk kajian: Blueprint untuk mengumpul, mengukur dan analisis data. Pengenalan: Reka bentuk kajian Reka bentuk kajian: 1. tatacara pengolahan data yang dipungut berdasarkan perancangan khusus dan sistematik terhadap konsep pembentukan rangkaian hubungan antara pembolehpemboleh ubah yang terlibat dalam sesuatu kajian (Kerlinger 1970) 2. cara penyelidik mengendali kajian, dan prosedur atau teknik yang digunakan bagi menjawab soalan kajian. Tujuan reka bentuk kajian adalah untuk mengawal punca-punca bias yang boleh mengganggu dapatan kajian (McMillan & Schumacher 1984) Reka bentuk kajian kualitatif 1. Kaedah kajian kualitatif adalah kaedah yang lebih menekankan pada aspek pemahaman secara mendalam terhadap suatu masalah. 2. Kaedah kualitatif lebih lazim menggunakan teknik analisis mendalam (in-depth analysis) secara interpretif. 3. Kajian kualitatif menerangkan proses, langkah dan sebab sesuatu perkara berlaku. 4. Dari segi pengutipan data dan penjanaan teori, kajian kualitatif banyak menggunakan kaedah interaksi, bersemuka dengan subjek kajian, dan pendekatan induktif untuk menjana teori 5. Dalam penyelidikan kualitatif, sampelnya kecil dan tidak dipilih secara rawak. Sebaliknya, yang pilihan sampel bertujuan (Patton, 2015). Instrumen Kajian Kualitatif 1. Pemerhatian 2. Temubual 3. Analisis dokumen 02 Kajian Kes Kajian mendalam tentang fenomena di konteks semulajadi dan berdasarkan perspektif peserta terlibat dalam fenomena tersebut (Gall, Gall & Borg, 2005 Reka bentuk kajian kes Wolcott (2009) - kajian kes bukanlah satu strategi bagi menjalankan kajian tetapi lebih kepada bentuk laporan. Bryman & Bell (2007) mengiktiraf kajian kes sebagai salah satu strategi kajian. Kajian mendalam tentang fenomena di konteks semulajadi dan berdasarkan perspektif peserta terlibat dalam fenomena tersebut (Gall, Gall & Borg, 2005) Reka bentuk kajian kes Yin (2009) turut menjelas kajian kes boleh diadaptasi dalam semua fasa reka bentuk kajian, pengumpulan data, analisis dan pelaporan. Kajian kes sesuai bagi kajian yang perlu kepada penyiasatan yang mendalam dan menyeluruh (Zaidah 2007) Yin (2009) menjelaskan sebagai strategi kajian, kajian kes diguna dalam banyak situasi serta menjadi strategi kajian yang biasa dalam bidang psikologi, sosiologi, sains politik, kerja sosial, perniagaan dan perancangan komuniti. Ciri-ciri kajian kes 1. Particularistic: Berfokus pada situasi, kejadian, program atau fenomena tertentu 2. Descriptive: Hasil terakhir adalah kaya, deskripsi yang banyak dan mantap tentang fenomena yang dikaji 3. Heuristic: Kes yang dikaji menjelaskan & membantu kefahaman pembaca tentang fenomena. 03 Kajian Etnografi You can enter a subtitle here to describe the section Ciri-ciri kajian etnografi 1. Kajian lapangan berbentuk pemerhatian yang mengkaji sesuatu budaya atau tingkahlaku dalam sesebuah masyarakat. 2. Budaya: kepercayaan yang dikongsi dalam sesuatu masyarakat 3. Perkongsian sikap, nilai, norma, amalan, bahasa dan perkara kebendaan sekumpulan masyarakat. Kitaran Penelitian Etnografi Pengumpulan data etnografi Tanya soalan etnografi Memilih project etnografi Menganalisa data etnografi Menjana laporan data sosial yang kaya dan terperinci Menulis etnografi Kitaran Penelitian Etnografi (Spradley, 1980: 29) 04 Perbandingan Kajian Kes VS Etnografi Perbandingan (Skop) KAJIAN KES Kajian kes adalah penyelidikan terperinci mengenai satu peristiwa, situasi atau individu untuk meneroka dan menggali masalah yang kompleks ETNOGRAFI Etnografi adalah kajian terperinci dan sistematik mengenai orang dan budaya Perbandingan (Fokus) KAJIAN KES Fokus pada satu peristiwa, kejadian atau individu ETNOGRAFI memerhatikan fenomena budaya Perbandingan (Tujuan) KAJIAN KES Bercadang untuk mengungkap pengetahuan yang ada pada peserta ETNOGRAFI Bertujuan untuk menggambarkan sifat fenomena melalui penyataan terperinci daripada kes-kes individu Perbandingan (Kaedah) KAJIAN KES Boleh menggunakan temu ramah, pemerhatian, soal selidik, senarai semak, analisis data yang direkodkan dan pendapat selidik ETNOGRAFI Gunakan pemerhatian peserta dan temu ramah Perbandingan (Kerja lapangan) KAJIAN KES Penyelidik tidak perlu tinggal dalam komuniti tertentu ETNOGRAFI Penyelidik perlu menggunakan masa yang panjang di dalam komuniti tertentu 05 Kajian kes Contoh kajian Contoh kerangka kajian kes: Komuniti Pelarian Rohingya Apakah masalah dan isu yang dihadapi oleh komuniti Rohingya di Lembah Kelang? Isu and cabaran Komuniti Pelarian Rohingya Manuskrip komuniti Rohingya Temu ramah, soal selidik, analisa data Menganalisa data kerja lapangan komuniti Rohingya Menjana laporan tentang isu dan cabaran yang dihadapi oleh komuniti Rohingya Diadaptasikan dari Kitaran Penelitian Etnografi (Spradley, 1980: 29) 06 Kajian Etnografi Contoh kajian Contoh kerangka kajian etnografi: Komuniti Pelarian Rohingya Apakah semangat bantu membantu di kalangan komuniti Rohingya? Ekonomi Moral Komuniti Pelarian Rohingya Etnografi komuniti Rohingya Pemerhatian peserta dan temu ramah pelarian Rohingya, menyertai majlis penting mereka Menganalisa data etnografi komuniti Rohingya Menjana laporan tentang hubungan sosial di kalangan komuniti Rohingya Diadaptasikan dari Kitaran Penelitian Etnografi (Spradley, 1980: 29) Kesimpulan 1. 2. 3. Tidak terdapat satu kaedah kajian yang dapat digunakan untuk semua penyelidikan, ia terpulang kepada permasalahan dan objektif kajian yang ingin dikaji. Dalam penyelidikan kualitatif, penyelidik tidak begitu prihatin dengan generalisasi penemuan. Sebenarnya generalisasi adalah koperasi usaha penyelidik dan pembaca. Pengkaji menerangkan konteksnya dengan lengkap dan penemuan kajian secara interpretif untuk memberi satu gambaran yang lebih menyeluruh dan mendalam. Rujukan Bell, J. 2005. Doing Your Research Project: A Guide for First-Time Researchers in Education, Health and Social Science (4th ed.). Cohen, Arie. 2003. “Ethnography and case study: a comparative analysis.” Academic Exchange Quarterly 7.3, 283-288. Creswell, J. W. 2012. Educational research: Planning, conducting, and evaluating quantitative and qualitative research (4th ed.). Boston, MA: Pearson. Kerlinger, F. N. 1970. A social attitude scale: Evidence on reliability and validity. Psychological Reports, 26(2), 379–383. https://doi.org/10.2466/pr0.1970.26.2.379 McMillan, J.H. , & Schumacker, S. 1984. Research in education: A conceptual introduction. Boston: Little, Brown. Patton, M. Q. 2015. Qualitative research & evaluation methods: Integrating theory and practice (4th ed.). Thousand Oaks, CA: Sag Spradley, J.P. 1980.Participant Observation, New York: Holt, Rinehart and Winston. Yin, R. 1984. Case study research.Beverly Hills, CA: Sage. Terima kasih