Tajuk: Pemartabatan Bahasa Melayu di Institut Pengajian Tinggi Skrip: Moderator Thivaa Ahli panel 2 Moderator Percubaan pertama: Bahasa Melayu bahasa ibunda, bahasa nusantara, mari kita martabatkannya. Percubaan kedua: Bahasa Melayu, bahasa perpaduan, ketepikan perbezaan. Percubaan ketiga: Bahasa Melayu Bahasa ilmu, ayuh kita bawa ke pentas dunia. Bismillahirahmannirrahim Alhamdulillahirabbilalamin Yang dihormati guru matapelajaran yang pastinya menjadi teraju kebenaran, Ahli-ahli panel yang pastinya akan sentiasa gigih melontarkan idea. Sidang hadirin yang dihormati Assalamualaikum warahmatullahitaalahiwabarakatuh, Salam sejahtera, salam forum Satu Malaysia, Ahli panel dan sidang hadirin yang dirahmati sekalian, Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita bersama-sama bersua dalam majlis forum pada pagi nirmala yang bening lagi ceria ini. Saya Nur Adilah binti Shamsir akan bersama-sama warga dewan sekalian untuk mempengerusikan majlis forum kita pada pagi ini. Hadirin yang dihormati Sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli panel kita yang segak-segak lagi tampan bergaya, izinkan saya untuk mengupas terlebih dahulu mauduk bual bicara forum kami pada hari ini. Mauduk forum kami berkisar tema Pemartabatan Bahasa Melayu di Institut Pengajian Tinggi. Apakah sebenarnya pemartabatan Bahasa Melayu yang tergambar dalam kotak fikiran kita? Apa pula kepentingannyasehingga kita perlu memartabatkan Bahasa Melayu ini? Akhir sekali, benarkah arus pemodenan yang dikatakan sebagai punca hilangnyapenghargaan generasi sekarang terhadap bahasa ibunda ini? Dunia marcapada menyaksikan kesan globalisasi di seluruh dunia mewujudkan fenomena bahasa Inggeris dimartabatkan sebagai bahasa antarabangsa kerana luasnya penggunaaan bahasa tersebut di peringkat global. Rentetan daripada itu, masyarakat tanah air khususnya pelajar di Institut Pengajian Tinggi telah dilengahkan tentang kepentingan memartabatkan Bahasa Melayu dalam kehidupan seharian meskipun terlibat dalam majlis- majlis rasmi yang dilangsungkan di universiti. Memetik kata-kata Dr Awang Sariyan, Penasihat Persatuan Linguistik Malaysia, selaku moderator Forum Bahasa Jiwa Bangsa bertajuk Perpaduan Bangsa Melalui Bahasa Kebangsaan 2019 di Perbadanan Putrajaya, Malaysia. “Universiti di negara ini perlu memartabatkan bahasa Melayu dalam aspek pengajaran dan pembelajaran bagi menjamin bahasa kebangsaan itu tidak terpinggir susulan perubahan zaman”. Beliau yang juga penyandang kursi Za’ba Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkata, Bahasa Melayu akan berhadapan cabaran besar jika universiti selaku gedung ilmu tidak menghargai peranan besar bahasa itu dalam memberi nilai ilmu kepada masyarakat. Tak tumbuh tak melata Jika tak sungguh, kami tak kata Universiti kini terlalu mengejar kedudukan dan penarafan antarabangsa hingga menyaksikan Bahasa Inggeris mengambil tempat dalam penghasilan jurnal atau kajian ilmiah bagi dinilai pihak terbabit. Baiklah sidang hadirin, sebelum tirai forum dibuka bagi menelusuri lebih mendalam topik perbincangan, molek kiranya kita berkenalan dengan kedua-dua ahli panel kita pada hari ini. Di sebelah kanan saya, saudara Thivagar A/L Segeranazan yang merupakan ahli panel yang pertama, baik dan murah dengan senyuman selamat datang saudara Thivagar A/L Segeranazan, apa khabar saudara? Thivaa Khabar baik Adila. Moderator Berada di sebelah ahli panel pertama, tak lain tak bukan tentulah ahli panel kita yang kedua iaitu saudara Imran Hakimie bin Razmie Jamil. Walaupun nampak pemalu, namun petah bicaranya. Apa khabar saudara? Ahli panel 2 Moderator Usai salam perkenalan daripada semua ahli panel, kembali kita kepada topik forum kita iaitu "Pemartabatan bahasa Melayu di Institut Pengajian Tinggi". Sidang hadirin yang dihormati Sidang hadirin, ahli panel yang dihormati Izinkan saya untuk membuka tirai diskusi forum kita dengan soalan pertama yang akan saya ajukan kepada ahli panel pertama. Saudara Thivagar A/L Segeranazan, mohon saudara memberikan penjelasan tentang kepentingan memartabatkan bahasa Melayu di Institut Pengajian Tinggi. Thivaa Kepentingannya ialah , Bahasa Melayu juga berperanan sebagai bahasa perpaduan. Perpaduan sangatlah penting dalam masyarakat yang berbilang bangsa. Tanpa perpaduan negara akan kucar-kacir dan musnahlah sebuah negara beraulat. Di Malaysia ini, terapat tiga kaum utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu merupakan penduduk asal Malaysia dan mempunyai penduduk yang melebihi lima puluh peratus daripada keseluruhan warganegara di sini. Oleh sebab itulah bahasa Melayu telah dipilih berdasarkan kaum majoriti penduduk. Bahasa ini wajib diketahui oleh setiap kaum kerana bahasa ini menjadi bahasa utama dalam konteks hubungan antara kaum. Bagi merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agen perpaduan negara, Penyata Razak dijadikan sebagai asas Ordinan Pelajaran 1957. Menurut penyata itu, bahasa dan pendidikan dapat digunakan sebagai alat untuk meningkatkan persefahaman perpaduan kebangsaan anatara penduduk yang berbilang kaum. Moderator Sidang hadirin, Terima kasih saudara ahli panel pertama, saudara Thivagar A/L Segeranazan. Benar kata saudara tadi bahawa betapa pentingnya memartabatkan bahasa Melayu di Institut Pengajian Tinggi. Kenapa masih wujud masyarakat tanah air ini yang masih malu untuk menggunakan bahasa Melayu terutamanya dalam majlismajlis rasmi. Sedangkan kita tahu bahawa, bahasa Melayu telah mencapai kedudukan yang tinggi sebagai bahasa moden, kerana telah memenuhi semua syarat seperti berikut, bahasa rasmi atau bahasa nasional (kebangsaan); bahasa pengantar pendidikan bermula dari tadika hingga ke universiti; bahasa perdagangan (terutama di Indonesia); bahasa agama; bahasa kebudayaan dan kesusasteraan; bahasa militer; lingua franca di negara-negara yang memakainya; bahasa Parlimen dan bahasa mahkamah (bahasa undang-undang). Seterusnya, saya mohon penjelasan daripada ahli panel kedua, saudara Imran Hakimie bin Razmie Jamil tentang usaha meletakkan bahasa Melayu di tempat yang betul. Panel 2 Jawap soalan 2 Moderator Terima kasih atas penjelasan yang panjang lebar daripada saudara ahli panel kedua, saudara Imran Hakimie bin Razmie Jamil berhubung usaha meletakkan bahasa Melayu di tempat yang betul Saya bersetuju dengan pendapat ahli panel kedua tadi. Siapalah yang dapat menafikan betapa banyaknya idea dan usaha yang diikhtiarkan oleh semua pihak bagi memartabatkan bahasa Melayu. Soalan saya yang seterusnya berbalik pada ahli panel pertama, saudara mungkin agak bertentangan dengan kupasan daripada ahli panel kedua yang membicarakan usaha meletakkan bahasa Melayu di tempat yang betul. Saya ingin bertanya kepada ahli panel pertama, saudara Thivagar A/L Segeranazan tentang permasalahan dan kekangan yang terpaksa kita hadapi sehingga merencatkan usaha kita memartabatkan, memerkasakan dan melestarikan bahasa Melayu di Institut Pengajian Tinggi. Thivaa Cabaran Bahasa Melayu Dalam Penggunaan Bahasa Melayu Belakangan ini, pada abad ke-21 beberapa gejala yang amat membimbangkan berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu. Pengaruh media elektronik telah merosakkan penggunaan bahasa Melayu dari segi pertuturan,ayat, istilah, bahasa rojak dan sebagainya. Kerosakan penggunaan bahasa Melayu yang paling teruk berlaku ialah golongan remaja. Pada abad ke-21, sudah menjadi satu trend atau ikutan kepada golongan remaja dalam penggunaan bahasa Melayu. Senario ini cukup membimbangkan dan jika tidak ditangani dengan segera, sudah pasti keindahan bahasa Melayu tidak kedengaran atau berkumandang lagi. Berbalik kepada penggunaan bahasa Melayu, kebanyakan pengacara majlis atau program di televisyen dan radio dalam pengendalian sesuatu program, sudah menjadi kewajiban untuk mencampuradukkan bahasa mereka. Dalam mengendalikan sesuatu program atau rancangan, pengacara pada peringkat awal menggunakan bahasa Melayu. Namun, perkara yang sebaliknya telah berlaku iaitu dalam pertengahan program hingga akhir, pengacara mencampuradukkan penyampaian bahasa Melayu dan bahasa Inggeris walaupun programnya lebih kepada berbahasa Melayu dan penontonnya majoritinya berbangsa Melayu. Memang tidak dapat dinafikan, rakyat di negara kita mahir dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Terdapat pelbagai bentuk dan cara dalam pertuturan mereka. Mengikut Nik Safiah Karim, [2004], ada kalanya dua bahasa ini berselang-seli ,iaitu satu ayat dalam satu bahasa diikuti oleh ayat dalam bahasa kedua. Sebagai contoh ialah “ Saya mengambil keputusan untuk pergi, then I thought I should consult my father.” Begitulah dengan penggunaan perkataan yang lain iaitu “ Dalam hal ini you paling best.” “How are you today..harap OKlah.”Keadaan ini sudah menjadi kebiasaan mana-mana rancangan atau program televisyen pada abad ke-21. Sekiranya permasalahan ini tidak dibendung, sudah tentu memberi impak atau cabaran yang besar kepada kedudukan bahasa Melayu di negara ini. Moderator Terima kasih kepada ahli panel pertama, saudara Thivagar A/L Segeranazan yang telah mengupas tentang cabaran-cabaran yang dihadapi oleh bahasa Melayu agar sentiasa dimartabatkan di Institut Pengajaian Tinggi. Sedih apabila memikirkan tentang nasib Bahasa Melayu yang bagai melukut di tepi gantang, seolah-olah dianaktirikan oleh anak watannya sendiri. Panel 2 Moderator Seterusnya, beralih kepada ahli panel kedua, Imran Hakimie bin Razmie Jamil, Apakah isu-isu bahasa yang sering berlaku sama ada dalam kalangan pelajar ataupun pensyarah di Institut Pengajian Tinggi? Jawap soalan 4 Terima kasih saudara Imran Hakimie bin Razmie. Saya sangat setuju dengan isi-isi yang dilontarkan oleh ahli panel kedua. Tipulah sekiranya kami sebagai pelajar universiti tidak perasan tentang isu-isu tersebut. Nampaknya, ahli panel pertama, saudara Thivagar A/L Segeranazan, tidak sabar lagi untuk memberikan pendapat tentang penggunaan bahasa Melayu di Institut Pengajian Tinggi. Thivaa Dalam kehidupan harian mereka juga menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan kerana majoriti mahasiswa di universiti tempatan adalah berbangsa Melayu.Di negara kita Malaysia, majoriti rakyatnya berbangsa Melayu dan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan semenjak kecil. Bangsa-bangsa lain seperti Cina, India dan lain-lain di Malaysia wajib mempelajari dan menguasai bahasa Melayu kerana bahasa ini merupakan bahasa kebangsaan yang telah termaktub dalam perlembagaan. Rata-rata, bangsa lain selain bangsa Melayu dapat memahami bahasa Melayu kerana inilah bahasa yang telah digunakan sebagai alat perpaduan semenjak merdeka dahulu. Maka, tidak mustahil bahawa mereka juga boleh bertutur fasih dalam bahasa Melayu dan mampu mempelajari lebih banyak kosa kata bahasa Melayu serta tidak hanya mengharap kepada para pelajar pengkhususan Bahasa Melayu dalam apa-apa program yang dijalankan di universiti. Hal ini demikian kerana tidak mustahil masyarakat Melayu akan menjadi jurubicara kepada masyarakat daripada pelbagai negara untuk mengajar mereka agar mampu bertutur fasih dalam bahasa Melayu supaya bahasa ini tidak akan hilang ditelan arus kemodenan, persis peribahasa, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Moderator Terima kasih kepada saudara Thivagar A/L Segeranazan, sebagai penghujung bicara , saya mohon ahli panel kedua, saudara saudara Imran Hakimie bin Razmie untuk mendedahkan tentang impak buruk apabila bahasa Melayu tidak dimartabatkan di Institut Pengajian Tinggi, sterusnya, membuat rumusan perbincangan kita pada hari ini. Silakan saudara,…. Panel 2 Jawap soalan 6 modurator Terima kasih sahabat-sahabat ahli panel yang sungguh bersemangat dan beriltizam Demikian tadi rumusan bual bicara daripada semua ahli panel kita tentang pemartabatan Bahasa Melayu di Institusis Pendidikan Tinggi, realiti atau sekadar ilusi, Tuntasnya, bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat, kata sepakat yang dicapai, dengan usaha tanpa kenal erti jemu, kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya, maka hasrat menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa akan menjadi realiti. Terima kasih kepada semua ahli panel yang sudi hadir untuk membicarakan isu pemartabatan Bahasa Melayu ini . Semoga forum ini menjadi wadah melahirkan remaja yang cakna terhadap isu-isu bahasa, selanjutnya membantu meletakkan bahasa Melayu di persada antarabangsa. Harapan saya forum ini juga mampu memberikan informasi bermanfaat buat semua hadirin yang dihormati. Sidang hadirin yang dihormati.. kalau berkayuh dan sampai ke pulau Kalau mendaki dah sampai ke puncak Kita telah sampai kepada penghujung bicara Entah kata salah tutur Entah maksud salah sampai Terimalah salam, salam bersantun, Salam yang minta maaf, salam yang minta ampun Saya mewakili semua ahli panel mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua hadirin yang sudi hadir menyaksikan pertandingan Forum remaja ini. Lantaran keterbatasan waktu, saya mohon mengakhiri bicara ini selanjutnya mohon mengundur diri. Sekian, wabillahitaufik wal hidayah, wassalam mualaikum warah matullah , salam sejahtera, salam 1 Malaysia.