Uploaded by MOHD JAZMAN BIN JATHI Moe

Buku-Panduan-Kelab-Rukun-Negara-doc

advertisement
1. PENDAHULUAN
1.1. Peristiwa rusuhan kaum/etnik pada 13 Mei 1969 telah mengganggu-gugat
keamanan dan kestabilan Negara pada ketika itu dan tindakan serta merta telah
diambil untuk mengisytiharkan darurat di seluruh Negara. Dengan pengisytiharan
tersebut, sistem kerajaan berparlimen telah digantung dan seterusnya Majlis Gerakan
Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan untuk mengembalikan keamanan,
menegakkan semula undang-undang Negara serta memupuk suasana harmoni dan
percaya mempercayai di kalangan rakyat.
1.2. Berikutan dengan peristiwa itu juga, MAGERAN telah menubuhkan Majlis
Perundangan Negara di bawah Peraturan-Peraturan Perlu Majlis Perundingan 1970
yang berfungsi untuk membincangkan serta meneliti isu-isu perpaduan nasional dan
mencari jalan bagi menyelesaikan masalah-masalah berkaitan dengan hubungan
antara kaum. Melalui beberapa perbincangan dan mesyuarat, Majlis Perundingan
Negara telah memutuskan bahawa Malaysia yang terdiri daripada rakyat berbilang
kaum memerlukan satu ideologi Negara yang boleh diamalkan oleh seluruh rakyat ke
arah membentuk sebuah Negara yang bersatu padu. Berdasarkan kepada keputusan
tersebut, maka terbentuklah Rukun Negara yang telah diisytiharkan oleh DYMM
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 yang menjadi
pegangan, perpaduan dan amalan oleh seluruh rakyat Malaysia ke arah pemupukan
dan pengukuhan semangat perpaduan, ketaatan dan kecintaan kepada bangsa dan
Negara.
1.3. Dalam usaha menyuntik kesedaran dan penghayatan murid mengenai prinsip-prinsip
yang terkandung dalam Rukun Negara, maka Kelab Rukun Negara yang telah
diperkenalkan di sekolah-sekolah dan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) akan
dimantap dan diperkukuhkan secara berterusan selaras dengan keputusan
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Ogos 2004
2. LATAR BELAKANG PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA
2.1. Penubuhan Kelab Rukun Negara (KRN) ini telah diilham dan disarankan oleh
Y.A.B Dato’ Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi (ketika itu selaku Timbalan
Perdana Menteri) semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat
Kebangsan 2000 di Melaka. Malah sebelum itu, ketika merasmikan Hari Perpaduan
Peringkat Kebangsaan 1999 di Pahang, beliau telah menyeru agar seluruh rakyat
Malaysia sentiasa berpegang kepada prinsip-prinsip Rukun Negara untuk menjamin
perpaduan dan kemakmuran Negara terus berkekalan. Menerusi Kelab Rukun Negara
ini, murid akan didedahkan mengenai prinsip-prinsip tersebut supaya meraka benarbenar dapat memahami serta menghayatinya agar dapat diamal dan dijadikan budaya
hidup seharian.
2.2. Selaras dengan saranan tersebut, pihak Kementerian Pendidikan pada masa itu telah
mengambil inisiatif untuk menubuhkan Kelab Rukun Negara di sekolah- sekolah
menengah seluruh Negara. Inisiatif ini dilaksanakan melalui Surat Pekeliling
IKhtisas Bil. 17/2000: Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah-sekolah
bertarikh 16 November 2000 ( sila rujuk Lampiran A) kepada semua Pengarah
Pendidikan Negeri. Walau bagaimanapun, sejak Kelab Rukun Negara ditubuhkan,
tiada sebarang garis panduan yang terperinci dikeluarkan untuk dijadikan sebagai
panduan pengurusan dan pengisian program serta aktiviti yang dilaksanakan oleh
kelab ini.
2.3. Atas kesedaran untuk mengukuhkan perhubungan kaum dan meningkatkan
penghayatan masyarakat terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara, maka Jabatan
Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri (JPNIN, JPM)
telah dipertanggungjawabkan untuk mewujudkan kerjasama erat dengan pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi bagi tujuan
tersebut (Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 11 Ogos 2004).
3. OBJEKTIF PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA
3.1. Memperkenalkan prinsip-prinsip Rukun Negara;
3.2. Memberi pengertian dan kefahaman tentang lima prinsip Rukun Negara;
3.3. Menyubur dan mempertingkatkan kesedaran secara kerohanian akan kepentingan
Rukun Negara sebagai asas norma kehidupan;
3.4. Menjadikan prinsip-prinsip Rukun Negara sebagai satu amalan cara hidup yang
berterusan bagi melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri, setia, bersatu padu,
berwawasan, bermaruah, bersikap terbuka dan beretika sejajar dengan wawasan
negara.
4. MODUS OPERANDI KELAB RUKUN NEGARA
Peranan yang perlu dimainkan bagi mewujud dan memperkukuhkan Kelab Rukun Negara
di sekolah-sekolah adalah seperti berikut;
TANGGUNGJAWAB
JABATAN
1. Jabatan Perpaduan
Negara Dan
Integrasi Nasional
-
Ketua Pengarah
Bahagian
Perpaduan
Masyarakat Dan
Integrasi Negara
TINDAKAN /
PERLAKSANAAN
-
Garis Panduan
Cadangan aktiviti
Kepegawaian /
Fasilitator
Bahan cetak
Promosi
Kewangan
Pemantauan
Pelaporan
TANGGUNGJAWAB
JABATAN
2. Kementerian
Pelajaran Malaysia
-
-
3. Jabatan Perpaduan
Negara Dan
Integrasi Nasional
Negeri/Jabatan
Pelajaran Negeri
-
-
4. Pejabat Perpaduan
Daerah /Bahagian/
Pejabat Pelajaran
Daerah/ Bahagian
-
5. Sekolah
-
-
-
Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia
(KPPM)
Pengarah Bahagian
Sekolah
Pengarah Jabatan
Perpaduan Negara
Dan Nasional
Negeri
Pengarah Pelajaran
Negeri
Pegawai
Perpaduan
Daerah/Bahagian
Pegawai Pelajaran
Daerah/Bahagian
Pengetua/Guru
Besar
Guru Penasihat
TINDAKAN /
PERLAKSANAAN
-
-
-
Garis Panduan
Cadangan aktiviti
Kepegawaian /
Fasilitator
Bahan cetak
Promosi
Kewangan
Pemantauan
Pelaporan
Arahan
Kewangan
Cadangan dan
pelaksanaan
aktiviti
Pemantauan
Pelaporan
Pelaporan
Penyelarasan
Penubuhan Kelab
Pelaksanaan
aktiviti
Pemantauan
Pelaporan
Sumber Kewangan
5. PENGISIAN PROGRAM DAN AKTIVITI KELAB RUKUN NEGARA
5.1. Kelab Rukun Negara yang diwujudkan di sekolah-sekolah akan melaksanakan
pelbagai aktiviti yang berteraskan kepada pengukuhan pengetahuan, pemahaman,
penghayatan dan pengalaman (4P) Rukun Negara di kalangan murid. Selain
daripada matlamat untuk memperkenal dan menyedarkan murid tentang kepentingan
Rukun Negara, kelab ini juga akan dijadikan sebagai salah satu strategi utama ke
arah pengukuhan semangat perpaduan dan integrasi nasional di kalangan
murid pelbagai kaum. Bagi mencapai matlamat ini, aktiviti Kelab Rukun Negara
dirangka dan dilaksanakan berlandaskan kepada lima prinsip Rukun Negara:
 Kepercayaan Kepada Tuhan
 Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
 Keluhuran Perlembagaan
 Kedaulatan Undang-Undang
 Kesopanan dan Kesusilaan
5.2. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan melalui Kelab Rukun Negara ialah
seperti di Lampiran B, manakala Cadangan Perancangan Tahunan Aktiviti
Kelab Rukun Negara adalah seperti di Lampiran C.
5.3. Selain daripada aktiviti-aktiviti yang dicadangkan, dari semasa ke semasa jabatan ini
juga akan terus merancang dan merangka pelbagai aktiviti lain yang difikirkan lebih
berkesan, mantap dan relevan dengan situasi semasa. Selain itu, jawatankuasa Kelab
Rukun Negara yang akan ditubuhkan di sekolah juga digalakkan untuk melaksanakan
aktiviti yang menjurus kepada peningkatan penghayatan dan pengalaman nilai-nilai
yang terkandung dalam Rukun Negara serta pengukuhan semangat patriotisme,
perpaduan dan integrasi nasional di kalangan murid.
6. SUMBER KEWANGAN
6.1. Peruntukan daripada pihak pentadbiran sekolah (menggunakan peruntukan
kokurikulum sedia ada);
6.2. Peruntukan daripada Ibu Pejabat Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional,
Jabatan Perdana Menteri;
6.3. Sumbangan daripada pihak PIBG sekolah;
6.4. Sumbangan daripada agensi-agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan
dan swasta;
6.5. Perkongsian bijak dengan agensi-agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan bukan
kerajaan dan swasta; dan
6.6. Sumbangan individu dan lain-lain yang difikirkan sesuai.
7. KESIMPULAN
Bagi mencapai matlamat untuk membina bangsa Malaysia yang bersatu padu selaras
dengan wawasan Negara, penubuhan Kelab Rukun Negara akan menjadi pemangkin
kepada proses untuk mencapai perpaduan yang unggul di negara ini. Justeru, peranan
Kelab Rukun Negara dari semasa ke semasa akan diperkemas dan diperkukuhkan lagi
supaya pencapaian matlamat tersebut dapat direalisasikan. Pengetahuan, pemahaman,
penghayatan dan pengalaman (4P) terhadap falsafah Rukun Negara perlu dipertingkatkan
terutamanya di kalangan murid untuk menjadikan mereka sebagai rakyat yang lebih
bertanggungjawab dan prihatin dalam sebuah Negara majmuk. Bagi mencapai matlamat
ini, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional akan mewujudkan kerjasama erat
dan berterusan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.
PERATURAN-PERATURAN KELAB RUKUN NEGARA
1. PENDAHULUAN
1.1. Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.17/2000: Penubuhan Kelab Rukun Negara
di Sekolah-sekolah iaitu semua sekolah menengah diminta menubuhkan
Kelab/Persatuan Rukun Negara mulai tahun 2001. Sekolah rendah juga digalakkan
berbuat demikian.
1.2. Perlaksanaan kelab ini di sekolah rendah dan menengah akan dikendalikan oleh
murid dengan bimbingan guru kelab/pihak sekolah.
1.3. Kelab yang ditubuhkan di sekolah akan dipantau oleh satu jawantankuasa yang
dibentuk diperingkat kebangsaan dan negeri. Selain memantau, jawatankuasa ini juga
bertanggungjawab kepada perancangan aktiviti, garis panduan, peraturan dan segala
perkara yang berkaitan dengan Kelab Rukun Negara.
2. PROSEDUR PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA
2.1. Pengetua/Guru Besar hendaklah melantik jawatankuasa Penaja di peringkat sekolah
masing-masing.
2.2. Jawatankuasa Penaja tersebut hendaklah mengemukakan satu permohonan
penubuhan Kelab Rukun Negara di sekolah masing-masing.
2.3. Setelah menerima kelulusan daripada pendaftar, Pengetua/Guru Besar, jawatankuasa
ini perlu memanggil satu mesyuarat agung untuk menubuhkan Kelab Rukun Negara
dan memilih ahli-ahli jawatankuasa.
2.4. Jawatankuasa Penaja hendaklah dibubarkan setelah terbentuknya jawatankuasa Kelab
Rukun Negara sekolah melalui mesyuarat agung.
2.5. Jawatankuasa hendaklah mengemukakakn secara bertulis kepada Pengetua/Guru
Besar dalam tempoh 14 hari laporan-laporan seperti berikut;a) Perlembagaan kelab;
b) Senarai Ahli Jawatankuasa dan minit mesyuarat agung;
c) Senarai aktiviti utama kelab;dan
d) Laporan Kewangan.
2.6. Jawatankuasa Kelab Rukun Negara perlu mengadakan mesyuarat sekurangkurangnya 3 kali setahun.
3. PERATURAN
Peraturan 1: Nama Pertubuhan
1.1. Kelab Rukun Negara ini boleh ditubuhkan sebagaimana yang terkandung dalam
Peraturan Penubuhan Kelab/Persatuan Sekolah 1997.
1.2. Nama pertubuhan ini ialah ‘Kelab Rukun Negara’ dan diikuti dengan nama sekolah
masing-masing.
1.3. Alamat pertubuhan adalah alamat sekolah di mana kelab tersebut ditubuhkan.
Peratuan 2: Objektif
Kelab Rukun Negara ditubuhkan untuk:
2.1. Memperkenalkan Rukun Negara kepada murid supaya mereka dapat mengetahui dan
memahami falsafah serta prinsip-prinsip Rukun Negara;
2.2. Menyemai prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara di kalangan murid;
2.3. Mempertingkatkan kesedaran dan pemahaman murid tentang kepentingan Rukun
Negara kepada negara;
2.4. Mendidik murid supaya memahami, menghayati dan mengamalkan Rukun Negara;
2.5. Menyamai dan mempertingkatkan lagi semangat perpaduan di kalangan murid
berasaskan sikap saling percaya-mempercayai, hormat-menghormati, toleransi dan
kerjasama antara kaum;
2.6. Mempertingkatkan penghayatan agama yang dianuti;
2.7. Mempertingkatkan kefahaman dan menghormati budaya, adat resam dan patang
larang kaum-kaum di Malaysia.
Peraturan 3: Keahlian
3.1. Semua murid sekolah rendah dan menengah adalah digalakkan menjadi ahli Kelab
Rukun Negara. Justeru, mereka hendaklah terlibat secara aktif dengan aktiviti-aktiviti
yang dilaksanakan oleh kelab ini.
3.2. Keahlian Kelab Rukun Negara mestilah terdiri daripada pelbagai kaum dan tidak
boleh dipelopori oleh satu kaum sahaja kecuali bagi sekolah-sekolah yang muridnya
terdiri daripada satu kaum sahaja.
3.3. Ahli kelab adalah tertakluk kepada peraturan kelab dan berjanji mentaati perkaraperkara berikut;
3.3.1. Saling hormat-menghormati antara satu kaum dengan kaum yang lain sama
ada dalam kelab mahupun di mana-mana sahaja dan dalam apa jua keadaan.
3.3.2. Setiap ahli dihendaki melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan
oleh kelab;
3.3.3. Setiap ahli dilarang mempengaruhi ahli atau orang lain membuat propaganda
yang boleh memecah-belahkan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai
kaum;
3.3.4. Setiap ahli dilarang mengamalkan diskriminasi antara kaum dan seterusnya
memantau agar amalan tersebut tidak diamalkan.
3.3.5. Setiap ahli dilarang menyentuh atau membicarakan secara terbuka perkara
yang sensitif bagi sesuatu kaum;
3.3.6. Berusaha ke arah memelihara semangat perpaduan sehingga menjadi satu
budaya di kalangan rakyat Malaysia.
Peraturan 4 : Aktiviti
4.1. Kelab Rukun Negara yang ditubuhkan harus melaksanakan aktiviti-aktivivti
berdasarkan kepada lima prinsip Rukun Negara seperti berikut:4.1.1. Kepercayaan Kepada Tuhan
- Program/aktiviti yang terbentuk keagamaan;
(rujuk halaman 26);
4.1.2. Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
Program/aktiviti yang terbentuk patriotisme;
(rujuk halaman 29);
4.1.3. Keluhuran Perlembagaan
Program/aktiviti yang berdasarkan perlembagaan;
(rujuk halaman 32);
4.1.4. Kedaulatan Undang-Undang
- Program/aktiviti yang berkaitan dengan undang-undang;
(rujuk halaman 36); dan
4.1.5. Kesopanan Dan Kesusilaan
- Program/aktiviti yang terbentuk pemahaman mengenai tatasusila dan
kebudayaan sesuatu kaum.
(rujuk halaman 38).
4.1.6. Program/aktiviti lain yang difikirkan sesuai seperti dalam Buku Perpaduan
Rukun Negara.
Peraturan 5 : Pentadbiran
5.1.
Jawatankuasa Induk Kelab Rukun Negara – Peringkat Kebangsaan Jawatankuasa
ini adalah bertanggungjawab dalam menggubal dasar serta menentukan hala tuju
Kelab Rukun Negara.
Jawatankuasa ini adalah separti berikut :
i.
Penaung Bersama
- Menteri di Jabatan Perdana Menteri
- Menteri Pelajaran Malaysia
ii.
Pengerusi Bersama
- Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
- Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan
Integrasi Nasional
iii.
Timbalan Pengerusi
- Timbalan Ketua Pengarah
Jabatan Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia
- Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
iv.
Setiausaha
- Pengarah Bahagian sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
- Pengarah Bahagian Perpaduan Masyarakat Dan
Integrasi Negara
Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional
v.
Ahli
- Bahagian Perpaduan Masyarakat Dan Integrasi Negara
- Bahagian Sekolah,
Kementerian Pelajaran Malaysia
- Bahagian Teknik dan Vakasional,
Kementerian Pelajaran Malaysia
- Jabatan Penerangan Malaysia
5.2.
Jawatankuasa Pelaksana Kelab Rukun Negara – Peringkat Negeri
Jawatankuasa ini adalah bertanggungjawab dalam pelaksanaan aktiviti Kelab Rukun
Negara di peringkat Negeri. Di samping itu, peranannya juga adalah dalam
melaksanakan dan memantau pengendalian Kelab Rukun Negara di peringkat negeri
dan di sekolah-sekolah.
Jawatankuasa ini adalah seperti berikut:
i. Penaung
- Exco Perpaduan
ii. Pengerusi Bersama
- Pengarah Pelajaran Negeri
- Pengarah
Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional
(JPNIN) Negeri
iii. Setiausaha
- Penolong Pengarah JPNIN Negeri
- Ketua Unit Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri
iv. Ahli
-Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan
Jabatan Pelajaran Negeri
- Pegawai Pelajaran Daerah/Bahagian
- Pegawai Perpaduan Daerah/Bahagian
5.3.
Jawatankuasa Peringkat Daerah/Bahagian
Jawatankuasa ini berperanan untuk memantau perancangan dan perlaksanaan aktiviti
Kelab Rukun Negara di peringkat Daerah/Bahagian dan di sekolah-sekolah.
i. Penasihat
- Pengarah Pelajaran Negeri
- Pengarah JPNIN Negeri
ii. Pengerusi Bersama
- Pegawai Pelajaran Daerah/Bahagian
- Pegawai Perpaduan Daerah/Bahagian
iii. Setiausaha
- Penyelia Kokurikulum
- Pembantu Pembangunan Masyarakat
iv. Ahli
5.4.
- Pengetua/Guru Besar (yang dilantik)
- Jabatan Penerangan Daerah
Jawatankuasa Peringkat Sekolah
Keanggotaan Jawatankuasa Kelab Rukun Negara di peringkat sekolah adalah seperti
berikut;
i. Penaung
- Pengetua/Guru Besar
ii. Penasihat
- Penolong Kanan Kokurikulum
iii. Penyelaras
- Guru Penasihat
iv. Pengerusi
- Seorang murid
v. Timbalan Pengerusi
- Seorang murid
vi. Setiausaha
- Seorang murid
vii. Penolong Setiausaha
- Seorang murid
viii. Bendahari
- Seorang murid
ix. Ahli Jawatankuasa
- 10 orang murid
x.Juru Audit Dalam
- 2 orang (seorang guru dan seorang murid)
Jawatankuasa Pegerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha dan
Bendahari adalah Jawatankuasa Eksekutif yang dilantik melalui Mesyuarat Agung
Tahunan yang perlu diadakan sebelum 13 Mac setiap tahun. Jawatan Juru Audit
Dalam dilantik oleh Pengetua atau Guru Besar.
Peraturan 6 : Tugas Jawatankuasa
Pegerusi
- Bertanggungjawab ke atas keseluruhan perjalanan Kelab.
- Mempengerusikan mesyuarat Kelab.
- Menyusun dan merangka aktiviti Kelab.
- Merapatkan hubungan dengan Kelab-kelab Rukun Negara
yang lain.
- Berhubung dengan Pejabat Perpaduan Negeri/Daerah
/Bahagian untuk mendapatkan bahan penerbitan dan
sebagainya.
- Lain-lain tugas pentadbiran.
Timbalan Pengerusi
- Bertanggungjawab kepada Pengerusi.
- Membantu Pengerusi mentadbir kelab.
- Menpengerusikan kelab semasa ketiadaan Pengerusi.
- Membantu Pengerusi merancang aktiviti kelab.
- Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengerusi.
Setiausaha
- Mencatat minit masyuarat.
- Menyediakan laporan kegiatan dan aktiviti.
- Menguruskan urusan surat-menyurat.
- Menyimpan dan merekodkan segala fai-fail kelab.
- Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi dan
Timbalan Pengerusi.
Penolong Setiausaha
- Membantu Setiausaha menjalankan tugas-tugas
kesetiausahaan.
- Menjalankan tugas Setiausaha semasa ketiadaan Setiuausaha.
Bendahari
- Bertanggungjawab menguruskan urusan kewangan kelab.
- Menyimpan dan merekodkan segala urusan kewangan kelab.
- Mengusahakan sumber kewangan kelab.
- Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi dan Timbalan
Pengerusi.
AJK
- Bertanggungjawab sepenuhnya kepada Pengerusi/Timbalan
Pengerusi.
- Membantu Jawatankuasa Eksekutif menjalankan urusan
kelab.
- Menghadiri mesyuarat kelab apabila dipanggil.
- Membantu Pengerusi menambah keahlian kelab.
- membantu Pengerusi menjalankan aktiviti kelab.
- Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi.
Juru Audit Dalam
- Memeriksa dan mengesahkan penyata perbelanjaan Kelab
Rukun Negara sekurang-kurangnya dua kali setahun.
Peraturan 7 : Peraturan Pengurusan Kewangan Kelab Rukun Negara
7.1.
Akaun bagi tiap-tiap kelab di sekolah hendaklah di bawah kawalan
Pengetua/Guru Besar.
7.2.
Pengetua/Guru Besar hendaklah menyimpan dan menyebabkan supaya disimpan
sesuatu akaun yang sewajarnya dan hendaklah menyimpannya di bawah jagaannya
bagi tempoh tidak kurang dari enam bulan setelah berakhir tiap-tiap tahun kewangan
dan hendaklah sedia ada bagi pemeriksaan oleh pihak pentaftar.
7.3.
Apa-apa tajaan atau kutipan derma bagi setiap kelab di sekolah hendaklah
mendapat kelulusan Pengetua/Guru Besar.
Peraturan 8 : Mesyuarat Agung
8.1.
8.2.
Setiap Kelab Rukun Negara hendaklah mengadakan mesyuarat agung pada setiap
tahun.
Peranan Mesyuarat Agung
a) Memilih Jawatankuasa Kelab;
b) Membentangkan Laporan Tahunan Kelab;
c) Membentangkan Penyata Kewangan Kelab;
d) Menerima dan meluluskan usul dan resolusi;
e) Hal-hal lain.
Peraturan 9 :
2.1.
Jawatankuasa Induk Kelab Rukun Negara berhak untuk membatal, meminda dan
menambah mana-mana peraturan yang terkandung di dalam buku ini pada bila-bila
masa dan tanpa terikat kepada mana-mana pihak.
LAMPIRAN A
SPI BIL. 17/2000:
PENUBUHAN
KELAB RUKUN NEGARA
DI SEKOLAH-SEKOLAH
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALYSIA
Office of the Director Generel of Education Malaysia
PARAS 7 BLOCK J PUSAT BANDAR DAMANSARA
Level 7 Block J Damansara Town Centre
Tel: 03-2586900
50604 KUALA LUMPUR
Fax: 03-2535150
KP (BS) 8591 /Jld.XVl (17)
16 November 2000
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 17 / 2000:
Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah-Sekolah
Kementerian Pendidikan sentiasa mendokong dan melaksanakan apa juga aktiviti yang dianggap
dapat memperkukuhkan bagi amalan dan penghayatan prinsip-prinsip Rukun Negara.
Sungguhpun begitu, sejak kebelakangan ini ada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa
penghayatan Rukun Negara semakin berkurangan di kalangan pelajar sekolah. Sebagai sebuah
Negara yang terbilang kaum dan ras, fenomena seperti ini boleh menggagalkan sebarang usaha
ke arah pembentukan negara yang bersatu padu dan harmonis. Dalam hal ini, institusi sekolah
berperanan untuk memupuk dan menyemai pengetahuan, kesedaran dan amalan setiap prinsip
yang terkandung dalam Rukun Negara.
2.
Sehubungan dengan itu, semua sekolah menengah diminta menubuhkan Kelab/Persatuan
Rukun Negara mulai tahun 2001. Syarat-syarat penubuhan adalah sebagaimana yang
terkandung dalam Peraturan Penubuhan Kelab/Persatuan Sekolah 1997. Antara kegiatan
yang boleh dijalankan oleh Kelab/Persatuan Rukun Negara adalah seperti berikut;
2.3. Menjamin kerjasama antara pihak sekolah dengan agensi-agensi tertentu seperti
Jabatan Perpaduan Negara dan Sektor Rukun Tetangga serta persatuan komuniti dan
masyarakat setempat dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang menfokus kepada
peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan pelajar sekolah yang berbilang
kaum dan keturunan;
2.3. Menggalakkan sekolah-sekolah yang majoriti pelajarnya terdiri daripada satu kaum
sahaja untuk meningkatkan kegiatan bercorak integrasi dengan sekolah-sekolah lain
melalui aktiviti-aktiviti bersama; dan
2.3. Menjalankan pelbagai jenis aktiviti yang menjuruskan kepada penghayatan semua
prinsip Rukun Negara.
3.
Walaupun arahan penubuhan Kelab/Persatuan Rukun Negara ini ditujukan kepada
sekolah menengah, sekolah rendah juga adalah digalakkan untuk berbuat demikian. Walau
bagaimanapun, sekiranya penubuhan Kelab/Persatuan Rukun Negara tidak dapat
dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah, usaha yang bersesuaian hendaklah diambil supaya
perkara-perkara seperti para 2.1, 2.2 dan 2.3 dapat dilaksanakan.
4. Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua sekolah di negeri.
Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan.
Sekian. Terima Kasih.
“BERKHIMAT UNTUK NEGARA”
DATO SERI DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
s.k.
1.
Y.B. Tan Sri Dato’ Musa Bin Mohamad
Menteri Pendidikan Malaysia
2.
Y.B. Dato’ Abdul Aziz Bin Shamsuddin
Timbalan Menteri Pendidikan
3.
Y.B. Dato’ Hon Choon Kim
Timbalan Menteri Pendidikan
4.
Y.B. Dato’ Mahadzir Bin Mohd Khir
Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan
5.
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
6.
Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
7.
Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
8.
Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan
9.
Ketua Nazir Sekolah
10.
Pegawai Perhubungan Awam
LAMPIRAN B
AKTIVITI
KELAB RUKUN NEGARA
PRINSIP 1: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
BIL
1.
AKTIVITI
LAFAZ IKRAN RUKUN
NEGARA
OBJEKTIF
Supaya murid sentiasa
menghayati falsafah serta
prinsip-prinsip Rukun Negara
STRATEGI
PELAKSANAAN
- Arahan daripada
Kementerian Pelajaran
Malaysia. (KPM)
TINDAKAN
- Pengetua/Guru
Besar
- Semua murid
- Setiap Perhimpunan
sekolah.
- AJK Kelab Rukun
Negara (RKN)
- Hari Kokurikulum.
- Majlis rasmi.
- Pegawai
Perpaduan Daerah
(Pemantauan)
- Sambutan Bulan
Perpaduan.
- Kumpulan pembaca ikrar
terdiri daripada pelbagai
kaum.
2.
MEMPAMERKAN
PRINSIP-PRINSIP
RUKUN NEGARA
Supaya murid sentiasa
mengingati prinsip-prinsip
Rukun Negara.
- Di pintu masuk hadapan
sekolah.
- Pengetua/Guru
Besar.
- Sudut khas dalam kelas
dan pejabat.
- AJK KRN
- Mural di dinding.
- Papan kenyataan.
3.
NYANYIAN LAGU
KEBANGSAAN
‘NEGARAKU’ DAN
NEGERI
- Menyamai rasa cinta dan
bangga terhadap raja dan
Negara.
- Semasa majlis sekolah.
- Pengetua/Guru
Besar
- Setiap perjumpaan kelab.
- AJK KRN
BIL
4.
AKTIVITI
FORUM – Memahami
kepelbagaian
agama
OBJEKTIF
1. Memperkenalkan nilai-nilai
sejagat dalam agama.
STRATEGI
PERLAKSANAAN
TINDAKAN
- Menjemput ahli panel
yang mewakili agama
masing-masing.
- Semua murid
- Menjemput panel
penceramah bertauliah
daripada JPNIN, KPM dan
Jabatan Penerangan
Malaysia.
- Pengetua/Guru
Besar
- AJK KRN
2. Menghormati kepercayaan
agama lain.
3. Menghormati penganutpenganut lain.
5.
CERAMAH – Penerapan
nilai sejagat
dalam agama
1. Mendedahkan nilai-nilai
murni dalam kehidupan.
2. Menerapkan unsur-unsur
positif dalam kehidupan.
- PIBG
- JPNIN
6.
PERTANDINGAN
PIDATO / DEBAT
PERPADUAN INTEGRASI
DAN NASIONAL
1. Mengasah minda dan
mencungkil bakat murid.
- Pertandingan terbuka
kepada semua murid.
2. Memupuk minat membaca.
- Sempena Bulan
Kemerdekaan / Bulan
Perpaduan.
- KPM
- JPNIN
3. Menggalakkan penggunaan
ICT untuk mencari bahan.
- Sekolah
- AJK KRN
- Peringkat Daerah, Negeri
dan Kebangsaan.
7.
LAWATAN KE RUMAHRUMAH IBADAT
1. Mengenali secara lebih
dekat rumah-rumah ibadat
penganut agama lain.
2. Menyemai perasaan/ sikap
menghormati prinsip
kebebasan beragama di
kalangan setiap warganegara.
- Menganjurkan lawatan ke
rumah-rumah ibadat yang
dibuka untuk
lawatan/seperti di Masjid
Negara/ Putrajaya, Batu
Caves Selangor, Sam Poh
Tong di Ipoh , Perak.
- Sekolah
- AJK KRN
- Mendapatkan kebenaran
bertulis daripada ibu bapa.
- Mendapatkan kebenaran
daripada rumah-rumah
ibadat.
8.
MERAIKAN HARI
PERAYAAN PELBAGAI
KAUM
Mendedahkan murid kepada
pelbagai hari perayaan seperti
Hari Raya Aidilfitri, Krismas,
Hari Gawai dan Pesta
Keamatan.
- Mengadakan majlis
sambutan di sekolah.
Murid digalakkkan
melibatkan diri di dalam
aktiviti-aktiviti yang
dianjurkan.
-Program dianjurkan dalam
bulan-bulan berkaitan.
- Pengetua/Guru
Besar
-AJK KRN
BIL
9.
AKTIVITI
PERTANDINGAN
PENYEDIAAN FOLIO /
BUKU SKRAP
OBJEKTIF
STRATEGI
PERLAKSANAAN
TINDAKAN
1. Memupuk sikap mencintai
dan menghargai anugerah
Tuhan di kalangan murid.
- Pertandingan Buku Skrap
tentang kepercayaan
kepada Tuhan.
- Guru Agama/Guru
Pendidikan Moral
2. Memberi kesedaran dan
keinsafan kapada murid
tentang kesan terhadap alam
sekitar akibat daripada
perbuatan manusia.
-Sebelum dan selepas Hari
Perayaan Agama; contoh:
pada hari Maulidur Rasul.
- AJK KRN
3. Menggalakkan penggunaan
ICT untuk mencari bahan.
-Mengumpul bahan-bahan
berkaitan dengan
keindahan dan kemusnahan
alam ciptaan tuhan.
-Mengumpul kata-kata
hikmah sebagai pendorong.
10.
KEM BINA INSAN
Mempertingkatkan kerohanian
dan nilai-nilai murni di
kalangan murid.
Mengadakan ceramah,
forum, bengkel dan
sebagainya.
- Pengetua/Guru
Besar
- AJK KRN
- JPNIN
11.
BAHAN PENERBITAN
Meningkatkan kesedaran di
kalangan murid agar menjadi
manusia yang lebih berguna
dan baik.
Mewujudkan Sudut
Kerohanian dengan ayatayat suci atau kata-kata
pujangga/madah / mutiara
kata yang memberi
pengajaran kepada murid.
- Pengetua/Guru
Besar
- AJK KRN
PRINSIP 2: KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
BIL
1.
AKTIVITI
LAFAZ IKRAR RUKUN
NEGARA
OBJEKTIF
Supaya murid sentiasa
menghayati falsafah serta
prinsip-prinsip Rukun Negara.
STRATEGI
PERLAKSANAAN
- Arahan daripada KPM.
- Setiap perhimpunan
sekolah.
- Hari Kokurikulum.
TINDAKAN
- Pengetua/Guru
Besar
- Semua murid
- AJK Kelab Rukun
Negara(KRN)
- Majlis rasmi.
- Sambutan Bulan
Kemerdekaan.
- Pegawai
Perpaduan Daerah
(Pemantauan)
- Sambutan Bulan
Perpaduan.
- Kumpulan pembaca ikrar
terdiri daripada murid
pelbagai kaum.
2.
3.
NYANYIAN LAGU
KEBANGSAAN
‘NEGARAKU’ DAN
NEGERI
Menyemai rasa cinta dan
bangga terhadap raja dan
negara.
LAWATAN
Memberi pendedahan
mengenai Sistem
Pemerintahan Raja
Berperlembagaan.
- Semasa majlis sekolah
- Pengetua/Guru
Besar
- Setiap perjumpaan kelab.
- AJK KRN
- Lawatan ke Istana,
Muzium DiRaja dan
Muzium Negeri
- Semua murid
- AJK KRN
- Lawatan Integrasi semasa
Hari Keputeraan Agong.
- Lawatan semasa
Persidangan Parlimen dan
Dewan Undangan Negeri.
4.
PERTANDINGAN BUKU
SKRAP / FOLIO
SALASILAH
KESULTANAN NEGERI
1. Menyemai rasa cinta dan
bangga kepada Raja dan
Negara.
- Bersifat pertandingan
2. Memberi pendedahan
mengenai sistem pemerintahan
negeri-negeri di Malaysia.
- Dijalankan di peringkat
sekolah.
- Pengetua/Guru
Besar
- Kerja kumpulan.
- AJK KRN
BIL
5.
AKTIVITI
KEMPEN KIBAR JALUR
GEMILANG DAN
BENDERA NEGERI
OBJEKTIF
Menyemai dan memupuk
semangat patriotisme di
kalangan murid.
STRATEGI
PERLAKSANAAN
TINDAKAN
- Mengadakan majlis
pelancaran Kempen Kibar
Jalur Gemilang dan
Bendera Negeri.
- Pengetua/Guru
Besar
- Nyanyian lagu Jalur
Gemilang dan patriotik.
- JPNIN
- AJK KRN
- Tayangan gambar
berunsurkan patriotik untuk
semua kaum.
- Ahli KRN menyertai
Perbarisan sempena ulang
tahun Hari Kemerdekaan.
- Sempena Sambutan
Bulan Kemerdekaan.
- Majlis rasmi yang lain.
6.
7.
PENGKISAHAN
SEJARAH NEGARA
OLEH TOKOH-TOKOH
NEGARA DAN
TEMPATAN
1. Mengingati dan menghayati
sejarah dan pembangunan
negara.
PAMERAN
(Sejarah Negara)
1. Mengenali dan menghayati
sejarah Negara.
- Sempena Sambutan
Bulan Kemerdekaan.
- Pengetua/Guru
Besar
- Majlis rasmi.
- AJK KRN
- Mengadakan pemeran.
- Pengetua/Guru
Besar
2. Menghargai jasa-jasa
pemimipin negara.
- Menyediakan bahan.
2. Memupuk perasaan
cintakan negara.
3. Menghargai jasa-jasa
pemimipin- pemimipin
tempatan dan pejuang negara.
8.
PERTANDINGAN
KEBUDAYAAN /
KESENIAN DAN
WARISAN
1. Mencungkil bakat.
2. Membentuk keyakinan diri.
- AJK KRN
- Mengadakan lawatan ke
pameran yang dianjurkan
oleh agensi-agensi lain.
- Menguruskan
pertandingan:a) Puisi
- Pengetua/Guru
Besar
- AJK KRN
b)
Drama
BIL
AKTIVITI
OBJEKTIF
3. Memberi pendedahan
kapada murid tentang
kebudayaan dan keseniaan
kaum-kaum lain.
9.
KARNIVAL PATRIOTIK
1. Memupuk semangat
patriotik dan menyuburkan
semangat perpaduan di
kalangan murid.
2. Menyemarakan jati diri
murid.
STRATEGI
PERLAKSANAAN
c)
Mencipta lagu
patriotik
d)
Menyanyi
e)
Tarian
f)
Buku skrap
g)
Cerpen
h)
Kata bestari
kenegaraan
i)
Pertandinganpertandingan lain
yang difikirkan
sesuai dan selaras
dengan prinsipprinsip Rukun
Negara.
Koir, sajak, pentomen dan
sabagainya.
TINDAKAN
- Pengetua/Guru
Besar
- AJK KRN
PRINSIP 3: KELUHURAN PERLEMBAGAAN
BIL
1.
AKTIVITI
LAFAZ IKRAR RUKUN
NEGARA
OBJEKTIF
Supaya murid sentiasa
menghayati falsafah serta
prinsip-prinsip Rukun
Negara.
STRATEGI
PERLAKSANAAN
- Arahan daripada KPM.
- Setiap perhimpunan
sekolah.
- Hari Kokurikulum.
TINDAKAN
- Pengetua/Guru
Besar
- Semua murid
- AJK Kelab Rukun
Negara(KRN)
- Majlis rasmi.
- Sambutan Bulan
Kemerdekaan.
- Pegawai
Perpaduan Daerah
(Pemantauan)
- Sambutan Bulan
Perpaduan.
- Kumpulan pembaca ikrar
terdiri daripada murid
pelbagai kaum.
2.
3.
NYANYIAN LAGU
KEBANGSAAN
‘NEGARAKU’ DAN
NEGERI
Menyemai rasa cinta dan
bangga terhadap raja dan
negara.
CERAMAH
Memberi kesedaran dan
kefahaman tentang
keluhuran perlembagaan /
pembentukan perlembagaan /
kontrak sosial.
- Semasa majlis sekolah.
- Pengetua/Guru
Besar
- Setiap perjumpaan kelab.
- AJK KRN
- Semasa kempen/ minggu
kesedaran sivik.
- Semua murid
- AJK KRN
- Salah satu aktiviti Kursus
Kepimpinan Perkhemahan.
- JPNIN
- Salah satu aktiviti Bulan
Patriotisme.
4.
LAWATAN
KENEGARAAN
1. Memberi peluang kepada
murid menyaksikan proses
sistem perundangan Negara
dijalankan.
2. Mempertingkatkan
kefahaman murid mengenai
sistem perundangan Negara.
- Menganjurkan lawatan ke
Sidang Dewan Undangan
Negeri/ Parlimen.
- Pengetua/Guru
Besar
- AJK KRN
BIL
5.
AKTIVITI
KUIZ / PERBAHASAN
(PERLEMBAGAAN)
OBJEKTIF
1. Memupuk kemahiran
pengucapan awam.
2. Menilai/ menguji tahap
pengetahuan murid tentang
Perlembagaan.
6.
PERKHEMAHAN
(MOTIVASI)
1. Memupuk sifat-sifat
kepimpinan berlandaskan
prinsip-prinsip Rukun
Negara.
STRATEGI
PERLAKSANAAN
- Menganjurkan
pertandingan peringkat
sekolah/ daerah.
TINDAKAN
- Pengetua/Guru
Besar
- AJK KRN
- Diadakan semasa
Sambutan Bulan Perpaduan,
Bulan Kemerdekaan.
kempen/ minggu berkaitan.
- Aktiviti luar sekolah/
ceramah motivasi.
- Pengetua/Guru
Besar
- Kerjasama dengan agensi
kerajaan swasta.
- AJK KRN
1.Menggalakkan integrasi
kaum.
- Permainan Mencari Harta
Karun (Treasure Hunt).
- Pengetua/Guru
Besar
2. Memupuk perpaduan dan
nilai kerjasama.
- ‘Clue’ yang digunakan
berdasarkan sistem
perlembagaan negara.
- AJK KRN
2. Meningkatkan
pengetahuan murid tentang
sistem perlembagaan negara.
7.
PERMAINAN
BERASASKAN PRINSIP
TIGA RUKUN NEGARA
3. Menambah pengetahuan
dan pengalaman tentang
sistem perlembagaan negara.
- Perlaksanaan peringkat
sekolah di dalam dan sekitar
sekolah.
- Kerjasama dengan agensiagensi kerajaan/ swasta.
8.
PERTANDINGAN
MENULIS
1. Memupuk kemahiran
kreatif menulis tentang isuisu perlembagaan negara.
2. Mencungkil bakat-bakat
dalam berkaitan.
3. Kesedaran tentang isu-isu
semasa perlembagaan
negara.
- Pertandingan Menulis Esei
Cerpen / Puisi peringkat
sekolah, daerah, negeri dan
kebangsaaan.
- Berkala.
- Pengetua/Guru
Besar
- AJK KRN
BIL
9.
AKTIVITI
DRAMA / SKETSA
OBJEKTIF
1. Memupuk daya kreativiti.
STRATEGI
PERLAKSANAAN
TINDAKAN
- Dalam bentuk
pertandingan.
- Pengetua/Guru
Besar
- Berkala
- AJK KRN
4. Menggalakkan integrasi
kaum.
1. Meningkat pengetahuan
tentang perlembagaan.
- Dianjurkan di peringkat
sekolah.
- Pengetua/Guru
Besar
2. Perkongsian pengetahuan
dan pengalaman.
- Kerjasama dengan agensi
luar.
- AJK KRN
2. Menghayati sistem
perlembagaan negara.
3. Sebagai pemangkin
percambahan fikiran.
10.
FORUM
PERLEMBAGAAN
- JPNIN
3. Memperjelaskan isu-isu
semasa yang timbul (kurang
difahami/keliru).
11.
PERTANDINGAN BUKU
SKRAP
1. Memupuk daya kreativiti
murid dalam bidang
penulisan.
- Bersifat pertandingan
- Pengetua/Guru
Besar
2. Kesedaran tentang isu-isu
semasa dalam sistem
perlembagaan.
- Peringkat sekolah
1. Memupuk daya kreativiti
murid.
- Kerja kumpulan untuk
mengendalikan pameran.
- Pengetua/Guru
Besar
2. Kesedaran tentang isu-isu
semasa dalam sistem
perlembagaan.
- Menonjolkan pencapaian
individu/ syarikat yang
berjaya.
- AJK KRN
- Kerja kumpulan
- AJK KRN
12.
PAMERAN
KENEGARAAN
- Melibatkan PIBG.
13.
BULAN
KEMERDEKAAN
1. Memupuk kesedaran
kebangsaan yang
merangkumi Prinsip Rukun
Negara.
2. Menghayati idea
kebebasan dan demokrasi.
3. Mengetahui tentang latar
belakang kronologi
penggubalan perlembagaan
Malaysia.
4. Memupuk semangat setia
dan cintakan negara.
- Kempen Kibar Jalur
Gemilang.
- Pengetua/Guru
Besar
- Sambutan Bulan
Kemerdekaan.
- AJK KRN
- Menganjurkan aktivitiaktiviti yang boleh
menyemarakkan semangat
patriotisme. Contoh:
Pertandingan mencipta lagu
patriotik, melukis poster dan
lain-lain.
BIL
AKTIVITI
14.
MENGADAKAN
AKTIVITI ALA MINI
PARLIMEN DI SEKOLAH
OBJEKTIF
1. Mencungkil bakat murid
sebagai pemimpin negara.
STRATEGI
PERLAKSANAAN
- Melibatkan semua murid
BULAN KESEDARAN
PERLEMBAGAAN
- Pengetua/Guru
Besar
- Peringkat antara sekolah.
2. Memberi kebebasan
membahas isu penting untuk
Pembangunan negara.
15.
TINDAKAN
- AJK KRN
1. Memberi kesedaran dan
kefahaman tentang
pembentukan perlembagaan /
keluhuran perlembagaan /
kontrak sosial.
- Mempamerkan naskah
Perlembagaan Negeri/
Persekutuan dalam Pusat
Sumber Sekolah dan di
papan kenyataan sekolah.
2. Memperjelaskan isu-isu
yang timbul yang kurang
difahami/ keliru.
- Menganjurkan ceramah
mengenai perlembagaan
daripada agensi-agensi yang
terlibat.
- Pengetua/Guru
Besar
- AJK KRN
- JPNIN
3. Perkongsian pengetahuan
dan pengalaman.
16.
KUIZ KELUHURAN
PERLEMBAGAAN
1. Meningkatkan
pengetahuan dan kefahaman
murid tentang perlembagaan
negara.
- Penyeragaman dalam
penyediaan soalan kuiz.
- Pengetua/Guru
Besar
- Hadiah disediakan oleh
JPN KPM/JPNIN.
- AJK KRN
PRINSIP 4: KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
BIL
1.
AKTIVITI
LAFAZ IKRAR RUKUN
NEGARA
OBJEKTIF
Supaya murid sentiasa
menghayati falsafah serta
prinsip-prinsip Rukun
Negara.
STRATEGI
PERLAKSANAAN
- Arahan daripada KPM.
- Setiap perhimpunan
sekolah.
- Hari Kokurikulum.
TINDAKAN
- Pengetua/Guru
Besar
- Semua murid
- AJK Kelab Rukun
Negara(KRN)
- Majlis rasmi.
- Sambutan Bulan
Kemerdekaan.
- Pegawai
Perpaduan Daerah
(Pemantauan)
- Sambutan Bulan
Perpaduan.
- Kumpulan pembaca ikrar
terdiri daripada murid
pelbagai kaum.
2.
3.
NYANYIAN LAGU
KEBANGSAAN
‘NEGARAKU’ DAN
NEGERI
Menyemai rasa cinta dan
bangga terhadap raja dan
negara.
- Semasa majlis sekolah.
KEMPEN
MENDAULATKAN
UNDANG-UNDANG
NEGARA DAN
PERATURAN SEKOLAH
1. Memberi kesedaran
tentang kepentingan undangundang serta penghayatan
terrhadap tugas-tugas
penguatkuasa.
- Syarahan semasa
perhimpunan sekolah.
2. Menghayati cara undangundang dipraktikkan.
- Pertandingan buku skrap
pertandingan
melukis/fotografi.
- Pengetua/Guru
Besar
- Setiap perjumpaan kelab.
- AJK KRN
- Semua murid
- AJK KRN
- Mempamerkan keratan
akhbar di papan kenyataan.
3. Mengetahui cara-cara
penggubalan dasar-dasar dan
peraturan tertentu.
4.
MINGGU KESEDARAN
SIVIK
1. Menghayati nilai-nilai
murni.
2. Pemahaman terhadap
tugas-tugas penguatkuasa
undang-undang.
- Menganjurkan pameran
dengan kerjasama agensiagensi yang berkaitan seperti
PDRM, Majlis Perbandaran,
Pihak Berkuasa Tempatan
dan AADK.
- Tayang Multimedia/ slaid
berkenaan tugas-tugas unit
penguatkuasa undangundang.
- Bahan dibekalkan oleh
Unit-unit Majlis Perbandaran
/ Pihak Berkuasa Tempatan
/ PDRM / JPJ / Jabatan
Penerangan Malaysia.
- Pengetua/Guru
Besar
- AJK KRN
- Agensi Berkaitan
BIL
5.
AKTIVITI
LAWATAN
OBJEKTIF
STRATEGI
PERLAKSANAAN
1. Kesedaran tentang
implikasi melanggar undangundang.
- Menganjurkan lawatan di
Mahkamah, Penguasa
Tempatan.
2. Melihat sendiri cara-cara
pentadbiran tempat
berkenaan.
- Lawatan ke institusiinstitusi pemulihan seperti
Pusat Serenti/ sekolah
pemulihan akhlak dan
sebagainya.
1. Menggalakkan integrasi
murid pelbagai kaum.
- Semasa majlis sekolah.
TINDAKAN
- Pengetua/Guru
Besar
- AJK KRN
6.
PERMAINAN
(EXPLOLAW)
- Pengetua/Guru
Besar
- Setiap perjumpaan kelab.
2. Memberi pengalaman
tentang pelaksanaan undangundang.
- AJK KRN
PRINSIP 5: KESOPANAN DAN KESUSILAAN
BIL
1.
AKTIVITI
LAFAZ IKRAR RUKUN
NEGARA
OBJEKTIF
Supaya murid sentiasa
menghayati falsafah serta
prinsip-prinsip Rukun
Negara.
STRATEGI
PERLAKSANAAN
- Arahan daripada KPM.
- Setiap perhimpunan
sekolah.
- Hari Kokurikulum.
TINDAKAN
- Pengetua/Guru
Besar
- Semua murid
- AJK Kelab Rukun
Negara(KRN)
- Majlis rasmi.
- Sambutan Bulan
Kemerdekaan.
- Pegawai
Perpaduan Daerah
(Pemantauan)
- Sambutan Bulan
Perpaduan.
- Kumpulan pembaca ikrar
terdiri daripada murid
pelbagai kaum.
2.
3.
NYANYIAN LAGU
KEBANGSAAN
‘NEGARAKU’ DAN
NEGERI
Menyemai rasa cinta dan
bangga terhadap raja dan
negara.
SEMINAR / FORUM /
CERAMAH
1. Memperkenalkan dan
memupuk prinsip-prinsip
Rukun Negara di kalangan
murid.
- Semasa majlis sekolah.
- Pengetua/Guru
Besar
- Setiap perjumpaan kelab.
- AJK KRN
2. Mempertingkatkan
kesedaran murid tentang
nilai-nilai murni dalam
masyarakat.
- Menjemputkan penceramah
dari agensi kerajaan/ swasta
dan lain-lain.
- KPM
- Pertandingan Syarahan
(wujudkan piala) di
peringkat sekolah daerah.
- JPN
- Ceramah mengenai
kesopanan dan kesusilaan
untuk pemimpin-pemimpin
Murid:- Pegawas
- Ketua Kelas
- Pengerusi/AJK Kelab
Persatuan
- Forum mengenai adat
resam pelbagai kaum/
budaya/agama.
- JPNIN
- Biro Tata Negara
BIL
4
AKTIVITI
LAWATAN
OBJEKTIF
1. Memberi keinsafan dan
kesedaran semasa melakukan
lawatan ke institusi-institusi
yang berkenaan.
STRATEGI
PERLAKSANAAN
Menganjurkan lawatan
Rumah Orang Tua, Anak
Yatim dan sebagainya.
TINDAKAN
- Pengetua/Guru
Besar
- AJK KRN
2. Menyemai dan memupuk
nilai-nilai murni bagi
mengukuhkan semangat
perpaduan kaum.
5.
6.
PERKHEMAHAN
(MOTIVASI)
KEMPEN BERBUDI
BAHASA
Memberi pengertian dan
menerapkan nilai-nilai murni
bagi mengukuhkan semangat
perpaduan kaum.
- Penerangan budaya antara
Kaum.
Contohnya:a) Adat Resam /
Pantang Larang
b) Permainan
Tradisional /
Sukaneka
c) Kubudayaan.
- Pengetua/Guru
Besar
1. Menentukan pertuturan
yang baik di kalangan murid.
Memilih murid yang terbaik
bertutur dan berbudi bahasa.
- Pengetua/Guru
Besar
2. Menggunakan laras
bahasa yang sesuai dengan
semua peringkat umur.
- AJK KRN
- AJK KRN
3. Memupuk sikap beradab
sopan dikalangan murid.
7.
HARI KELUARGA / HARI
IBU PABA
Memupuk dan mengeratkan
rasa kasih sayang yang
mendalam antara ahli
keluarga.
- Pendedahan dan panduan
kepada ibu bapa dan murid
di peringkat sekolah.
- Pengetua/Guru
Besar
- AJK KRN
- Ibu bapa dan murid akan
melaksanakannya di rumah
untuk seluruh keluarga.
- Ibu Bapa
- Murid
AKTIVITI-AKTIVITI LAIN
BIL
1.
AKTIVITI
HARI TERBUKA KELAB
RUKUN NEGARA
OBJEKTIF
STRATEGI
PERLAKSANAAN
1. Meningkatkan minat murid
untuk menjadi ahli Kelab
Rukun Negara.
- Peringkat sekolah, Contoh:
Gerai jualan dan pameran.
- Pengetua/Guru
Besar
- Pameran Kelab Rukun
Negara.
- AJK KRN
Meningkatkan murid tentang
kepentingan Rukun Negara
dalam mengekalkan
keharmonian kaum di negara
ini.
Pelbagai aktiviti ke arah
meningkatkan penghayatan
Rukun Negara di kalangan
murid dilaksanakan.
- Pengetua/Guru
Besar
Mengeratkan hubungan antara
murid berbilang kaum.
- Sekurang-kurangnya satu
bulan.
-KPM
2. Mempromosikan Kelab
Rukun Negara di kalangan
murid pelbagai kaum.
3.
3.
4.
BULAN PENGHAYATAN
RUKUN NEGARA
PROGRAM
PERTUKARAN MURID
KE SABAH/SARAWAK/
LABUAN/
SEMENANJUNG.
LAWATAN INTEGRASI
TINDAKAN
- AJK KRN
- JPNIN
- Peringkat kebangsaan.
1. Memupuk semangat
setiakawan dan perpaduan di
antara murid.
- Lawatan antara
sekolah/daerah/negeri/
wilayah.
2. Memahami dan menghayati
adat resam sesuatu kaum.
- Berkonsepkan Homestay
(Program Anak Angkat).
Contoh: Rumah Panjang,
Bapa dan Nyonya,
Perkampungan Melayu dan
sebagainya.
Memupuk semangat cintakan
kesenian dan kebudayaan ke
arah menyatupadukan rakyat
pelbagai kaum.
- Persembahan /
pertunjukan tarian/
nyanyian tradisional.
- Pengetua/Guru
Besar
- AJK KRN
5.
KARNIVAL KESENIAN
DAN BUDAYAAN
PERPADUAN
- JPNIN
- Pengetua/Guru
Besar
- AJK KRN
- Pameran budaya adat
resam pelbagai kaum.
6.
SUKAN
1. Menggalak dan memupuk
semangat kesukanan di
kalangan murid.
2. Memupuk semangat
perpaduan menerusi sukan.
7.
PROGRAM PRA
LATIHAN KHIDMAT
NEGARA
Memupuk semangat
perpaduan dan sahsiah yang
tinggi di kalangan murid.
- Menganjurkan:i.
Larian Perpaduan
ii.
Permainan
Tradisional /
Sukaneka
- Pengetua/Guru
Besar
- Gotong royong di Rumah
Orang Tua/ Anak Tatim/
Kawasan Rekreasi/ Rumah
Ibadat dan sebagainya.
- Pengetua/Guru
Besar
- Memberi sumbangan
dalam kerja-kerja kebajikan
anjuran agensi
kerajaan/swasta.
- AJK KRN
- AJK KRN
Download