Uploaded by Miss Fazy

ASSIGNMENT FEM3106

advertisement
TUGASAN INDIVIDU (BACELOR)
SESI SEMESTER
KOD KURSUS
SEMESTER 2 2019/2020
F
E
M
3
1
0
6
NAMA KURSUS
POLISI SOSIAL DAN UNDANG-UNDANG
PENSYARAH
DR MUSLIHAH HASBULLAH @ ABDULLAH
TUGASAN KE
1
TAJUK TUGASAN
DASAR KOMUNITI NEGARA
NAMA PELAJAR
NUR FAZIEYATEY BINTI MOHAMMAD YUSOFFF
/ 2 / 3 / 4 / 5
Sila pastikan nama &
no.matrik adalah BETUL
NO.MATRIK
PUSAT
PEMBELAJARAN
1.
2.
J
4
6
0
0
0
KOTA BHARU
Pengakuan pelajar : saya mengaku bahawa,
Nama,No.matrik & Kod kursus adalah BETUL
Sebarang kesilapan adalah tanggungjawab saya sendiri
Sila potong di sini setelah disemak dan dicop (Salinan penerimaan pelajar)
………………………………………………………………………………………………………………………………………………............................................................................................
TUGASAN INDIVIDU (BACELOR)
KOD KURSUS
FEM3106
TUGASAN KE
1
NAMA PELAJAR
NUR FAZIEYATEY BINTI MOHAMMAD YUSOFF
/ 2 / 3 / 4 / 5
Sila pastikan nama &
no.matrik adalah BETUL
NO.MATRIK
1.
2.
J
4
COP PUSAT PEMBELAJARAN :
1
6
0
0
0
Pengakuan pelajar : saya mengaku bahawa,
Nama,No.matrik & Kod kursus adalah BETUL
Sebarang kesilapan adalah tanggungjawab saya sendiri
COP UPMET :
ISI KANDUNGAN
BIL.
ITEM
MUKA
SURAT
PENGENALAN
3-4
2.
PERBINCANGAN
5- 11
3.
CADANGAN DAN KESIMPULAN
12-13
4.
RUJUKAN
14
1.
2
PENGENALAN
Dasar Komuniti Negara adalah satu dasar yang diperkenalkan untuk masyarakat bandar.
Ianya selaras dengan usaha kerajaan untuk meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara maju.
Penekanan dasar ini adalah untuk memberi penekanan kepada nilai, cara hidup serta aspek sosial
yang diamalkan oleh komuniti bandar dalam menjalani kehidupan mereka setiap hari. Negara
maju di dunia merupakan negara yang moden dan mempunyai ekonomi yang kukuh dan
mampan. Namun begitu, proses ke arah matlamat begara maju tidak sebegitu mudah. Selain,
mempunyai kestabilan politik serta aspek ekonomi yang berkembang pesat, aspek sosial juga
harus rapid dan utuh bagi mencapai matlamat tersebut. Masyarakat dalam komuniti yang
bekerjasama dan hidup bersatu padu tanpa mengira kaum mahupun latar belakang merupakan
kunci utama kepada strategi sesebuah negara seperti Malaysia bagi mengorak langkah menuju ke
sebuah negara maju. Pelancaran Dasar Komuniti Negara dilancarkan pada 17 Februari 2019 oleh
YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia di Padang Awam Taman Puchong
Indah, Puchong, Selangor. Dasar Komuniti Negara ini telah diluluskan oleh Jemaah Menteri
pada 23 November 2018.
Selain itu, Dasar komuniti Negara adalah inisiatif kerajaan bagi memupuk semangat
kemasyarakatan yang semakin dipingirkan oleh masyarakat bandar kerana kekangan kesibukan
kerja dan fokus terurus kepada kehidupan sendiri tanpa menghiraukan rakan tetangga. Dasar ini
juga adalah untuk mempertingkatkan keupayaan komuniti setempat agar terlibat secara aktif
dalam penyelengaraan dan pengurusan harta awam dan harta bersama serta dapat
membangunkan komuniti secara menyeluruh bagi memperolehi kesejahteraan hidup dan
pembangunan mampan yang dirancang oleh kerajaan. Tumpuan pelaksanaan Dasar Komuniti
Negara adalah tertumpu kepada lapan kluster iaitu infrastruktur dan penyelenggaraan;
kebersihan, alam sekitar dan kesihatan; keselamatan; pendidikan, kesedaran dan kemahiran;
keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan bantuan seperti kaum wanita, OKU (Orang
kelainan Upaya), ibu tunggal, kanak-kanak, warga emas, dan daif; perkhidmatan sosial;
keusahawanan dan perniagaan sosial; dan sukan dan rekreasi.
3
Usaha kerajaan ini adalah mengambil berat tentang komuniti yang berkualiti akan
meningkatkan produktiviti negara. Masalah yang berlaku dalam komuniti juga dapat
mengurangkan kebolehpatuhan kepada polisi dan dasar yang diwartakan oleh kerajaan. Justeru,
Dasar Komuniti Negara adalah satu strategi yang baik yang dapat memperkuatkan keadaan
komuniti bagi memastikan matlamat negara secara keseluruhan dapat dicapai dalam masa yang
ditetapkan. Permasalahan dan konflik yang selalu terjadi dapat ditangani dengan sebaiknya
dengan pengenalan dasar ini untuk kesepaduan dan kelarasan dalam matlamat memajukan
negara setaraf dengan negara maju di dunia akan dapat dicapai. Usaha kerajaan dan kerjasama
erat dalam kalangan komuniti adalah penting untuk memastikan pelaksanaan dasar ini dapat
dijalankan dengan sepenuhnya seperti yang dirancang dan mengikut garis panduan dasar yang
telah dikeluarkan oleh kerajaan. Oleh hal yang demikian, semua masyarakat seharusnya
bersama-sama menjayakan Dasar Komuniti Negara demi kepentingan masyarakat dan negara.
Bersama kita menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dari segala aspek menuju
negara maju akan tercapai.
Dasar Komuniti Negara digubal oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
(KPKT) yang mendapat kelulusan cabinet pada 23 November 2018. Dasar ini bertujuan bagi
menangani isu sosial perumahan di peringkat komuniti setempat, khususnya di kawasan
perumahan berstrata kos rendah di seluruh negara. Strategi ini di bawah pelarasan Rancangan
Malaysia Ke-11(RMK 11), Dasar Perumahan Negara 2.0, Dasar Sosial Negara, Rancangan
Fizikal Negara Ke-3, Deklarasi Kuala Lumpur 2018 di bawah Agenda Perbandaran Baharu dan
Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs). Dasar ini adalah satu dasar yang bermanfaat kepada
landskap sosial negara Malaysia. Oleh itu, bersama-sama kita menjayakan Dasar Komuniti
Negara (DKN) seperti yang dirancangkan oleh pihak kerajaan dengan kerjasama dan pelaksaan
secara bersepadu dengan semua pihak yang terbabit.
4
PERBINCANGAN
Dasar Komuniti Negara merupakan dasar penting yang dapat menyumbang kepada
terbentuknya sebuah komuniti yang saling memahami, menghormati, menyayangi dan
bekerjasama diantara satu sama lain. Hal ini bagi mencapai hasrat kerajaan dalam mengapai
kesejahteraan hidup dan pembangunan yang mampan. Pengenalan dasar ini dalam usaha dalam
penyenggaraan serta pengurusan harta awam dan harta bersama secara aktif. Fokus dasar ini
adalah mengalakkan wujudnya komuniti yang sejahtera dan kohesif dengan wujudnya jalinan
kerjasama yang erat serta mengalakkan kehidupan yang harmoni dan selamat. Objektif
pengamalan dasar ini adalah untuk mendaya upayakan anggota komuniti supaya mempunyai rasa
kepunyaan, prihatin terhadap harta benda, ruang dan fasiliti yang dikongsi bersama serta rasa
bertanggungjawab terhadap komuniti dan kawasan tempat tinggal.
Dasar Komuniti Negara mempunyai tiga peringkat, menurut Menteri Perumahan dan
Kerajaan Tempatan YB Zuraida Kamaruddin. Pada peringkat pertama adalah dengan
mewujudkan pejabat Sekretariat Muafakat Komuniti di setiap kawasan Projek Perumahan
Rakyat (PPR). Sekretariat Muafakat Komuniti menjadi perantara di antara pihak kerajaan dan
komuniti bagi mengemukakan permasalahan dan bersama-sama berganding bahu menjaga
keselamatan komuniti. Sekretariat menjadi platform untuk memudah cara dan menjalinkan
hubungan di antara agensi selain dapat mengemukakan cadangan-cadangan yang dapat
memberikan kebaikan kepada komuniti setempat. Peringkat kedua adalah memperkasakan
komniti menerusi beberapa kaedah seperti mewujudkan kesedaran dalam kalangan anggota
komuniti untuk bersikap lebih bertanggungjawab, penglibatan aktif dalam aktiviti atau program
pembangunan komuniti secara inklusif, menjalinkan kerjasama strategik dengan pihak-pihak
berkepentingan, memastikan kelestarian komuniti yang berdaya maju dan mewujudkan semangat
kesukarelawan yang tinggi dalam kalangan komuniti. Peringkat ketiga pula memberikan fokus
kepada pemantauan pelaksaan melalui lima buah jawatankuasa yang ditubuhkan dengan Ketua
Sekretariat Muafakat Komuniti menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kerja manakala Ketua
Komuniti menjadi Pengerusi bagi wakil persatuan penduduk. Ketiga-tiga peringkat ini akan
dijalankan secara berperingkat.
5
Dasar ini memberi tumpuan kepada 8 kluster yang utama. Antara klusternya adalah
infrastruktur dan penyelengaraan. Pemasalahan dalam komuniti timbul dengan isu vandalism
yang berleluasa sehingga merosakkan harta benda dan merugikan kerajaan serta orang awam.
Penguatkuasaan dasar ini agar komuniti mempunyai rasa kepunyaan dan prihatin terhadap harta
benda dan kemudahan fasiliti yang disediakan dalam komuniti tempat tinggal mereka. Kesedaran
komuniti terhadap kepentingan ini akan meningkatkan kesejahteraan sosial dan mengurangkan
bebanan kerjaan untuk membaikpulih kerosakan yang berlaku. Antara petunjuk prestasi utama
(KPI) Dasar Komuniti Negara yang ditetapkan adalah dengan peningkatan peratus penduduk
membayar sewa, pengurangan kos baik pulih dan penyelenggaraan PPR serta wujudnya komuniti
yang lestari.
Dasar ini juga memberi tumpuan kepad Kluster Kebersihan, alam sekitar dan kesihatan
dalam komuniti. Hal ini kerana wujudnya masalah kebersihan, kesihatan yang kotor serta tidak
terurus. Komuniti setempat memainkan peranan yang amat penting dalam melaksanakan
tanggungjawab masing-masing dan perlu turut serta dalam pelbagai aktiviti bagi menjaga
kebersihan alam sekitar. Bagi menjaga kebersihan alam sekitar bukan hanya terletak pada bahu
satu pihak sahaja tetapi memerlukan semua pihak berganding mahu dalam komuniti di pelbagai
peringkat umur. Komuniti hendaklah mengutamakan penjagaan kesihatan bermula dari diri
sendiri sehinggalah penjagaan kesihatan seisi keluarga dan seluruh ahli komuniti. Pelaksanaan
Dasar Komuniti Negara yang efektif, empat (strategi) di bawah Kluster 2 dengan strategi yang
dirancang iaitu strategi 2.1 dengan meningkatkan kesedaran dan amalan menjaga kebersihan diri,
keluarga dan komuniti. Manakala strategi 2.2 adalah dengan meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran pengurusan alam sekitar supaya bersih dan terpelihara. Startegi 2.3 adalah dengan
memupuk keprihatinan terhadap kepentingan penjagaan kesihatan seluruh komuniti dan strategi
2.4 dengan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan risiko penyakit berjangkit dalam kalangan
komuniti. Strategi ini akan dapat mencapaikan hasrat untu menyelesaikan masalah alam sekitar,
kebersihan dan kesihatan yang terdapat dalam komuniti.
Kluster 3 dalam Dasar komuniti Negara adalah keselamatan yang dititikberatkan dalam
bermatlamat mengurangkan risiko kemalangan, kecederaan dan kebakaran di kawasan
perumahan berstrata. Perumahan bertingkat adalah jenis perumahan yang cenderung untuk
berlaku kemalangan malahan sekiranya berlaku, sukar untuk mendapatkan atau diberikan
bantuan dan pertolongan. Kebanyakkan isu sosial seperti kecurian, pengedaran dan penagihan
6
dadah, vandalism, kacau ganggu serta jenayah pelbagai juga menimbulkan rasa tidak selamat
dalam kalangan komuniti setempat. Hal ini bukan sahaja dalam aspek infrastruktur malahan
kekuatan ikatan sosial dalam komuniti juga menjadi faktor kepada berlakunya gejala sosial ini.
Bagi memastikan pelaksanaan Dasar komuniti Negara yang efektif, 3 strategi yang telah
dirancang bagi kluster keselamatan adalah memastikan persekitaran hidup yang selamat dan
terjamin dan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan berkaitan aspek keselamatan serta
memperkukuhkan jalinan kerjasama sosial antara komuniti dengan pihak berkaitan dalam
memastikan isu keselamatan diberi keutamaan. Sebagai contohnya, bekerjasama dengan pihak
polis mengawal keselamatan pintu masuk kediaman berstrata terbabit. Dengan kerjasama semua
pihak, kluster keselamatan akan dapat dipertingkatkan ke tahap yang optimum.
Kluster 4 dalam Dasar Komuniti Negara adalah pendidikan yang merupakan pelaburan
masa hadapan terutamanya bagi anak-anak golongan berpendapatan rendah B40 yang
menduduki perumahan berstrata. Pendekatan kolaboratif ini dengan kerjasama pelbagai pihak
dan komuniti untuk membantu anak-anak dan remaja yang tercicir daripada mendapatkan
pendidikan di sekolah. Selain itu, usaha untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang
vokasional adalah perlu bagi meningkatkan daya upaya ahli komuniti. Kerjasama yang erat di
antara sektor awam, swasta dan NGO amat diperlukan bagi meningkatkan kebolehupayaan dan
kepakaran komuniti sehingga dapat menjadi sandaran untuk membantu menambahkan
pendapatan isi rumah. Dalam usaha melaksanakan Dasar Komuniti Negara yang efektif, 4
strategi dirancang di bawah Kluster 4 iaitu menggalakkan persekitaran pendidikan awal yang
kondusif dan berkesan. Strategi juga dengan meningkatkan tahap pendidikan dan kemahiran
golongan belia komuniti dan memperkasakan pengetahuan dan kemahiran ahli komuniti serta
mewujudkan kerjasama strategik dengan pihak berkepentingan bagi memperkukuhkan
pengetahuan dan kemahiran anggota komuniti. Aspek pendidikan amat penting dalam usaha
meningkatkan taraf kehidupan komuniti dan boleh meningkatkan keupayaan menjana
pendapatan ahli-ahli komuniti.
Di samping itu, kluster seterusnya ke-5 adalah keprihatinan terhadap kanak-kanak, warga
emas, orang kurang upaya (OKU), wanita, ibu tunggal dan daif. Kluster ini amat penting bagi
memastikan kanak-kanak, warga emas, OKU, wanita, ibu tunggal dan golongan daif tidak
ketinggalan daripada arus permodenan dan urbanusasi, pelbagai inisiatif perlu dilaksanakan.
Golongan ini berhak untuk mendapat akses kepada pendidikan, kemudahan awam, peluang
7
pekerjaan dan perniagaan, dan perkhidmatkan kesihatan yang berkualiti. Jalinan kerjasama yang
erat diantara ahli-ahli komuniti perlulah dipertingkatkan bagi memupuk rasa keprihatinan dan
sikap penyayang terhadap golongan yang kurang bernasib baik ini mendapatkan hak yang sama
rata dengan orang lain. Kluster 5 dalam Dasar Komuniti Negara menetapkan 3 strategi yang
telah dirancang iaitu usaha mempertingkatkan inklusiviti golongan kanak-kanak, warga emas,
OKU, wanita, ibu tunggal dan golongan daif dalam pembangunan komuniti dan menerapkan rasa
keprihatinan dan sikap penyayang terhadap golongan sasar khususnya kanak-kanak, warga emas,
OKU, wanita, ibu tunggal dan daif serta menggalakkan jalinan kerjasama strategik dengan pihak
luar dalam membantu golongan ini. Pelaksanaan strategi secara menyeluruh akan dapat
membantu memperjuangkan hak-hak yang patut diprolehi oleh golongan tidak bernasib baik ini
agar dapat mencorak dan membina kehidupan dengan taraf hidup yang lebih berkualiti dari
sebelumnya.
Kluster 6 dalam Dasar Komuniti Negara adalah keusahawanan dan perniagaan sosial.
Hakikatnya reality kehidupan penduduk di kawasan perumahan berstrata yang terdiri daripada
golongan B40 adalah sukar, ditambah pula kebanyakkan penduduk memiliki anak yang ramai
serta keluasan ruang kediaman adalah amat terhad. Dalam usaha bagi membantu agar komuniti
ini tidak ketinggalan dalam arus pembangunan khususnya dari aspek ekonomi, beberapa strategi
perlu dilaksanakan bagi membuka peluang keusahawanan dan perniagaan kepada komuniti. Bagi
perniagaan sosial pula, ahli komuniti perlu diberi pendedahan dan kesedaran supaya mereka
boleh meningkatkan pendapatan atau melaksanakan perniagaan tetapi dalam semangat memberi
sumbangan kembali kepada ahli-ahli komuniti atau dengan mengenakan caj yang minimal dalam
perkhidmatan yang ditawarkan. Strategi pelaksaan Dasar Komuniti Negara Kluster 6 adalah
dengan menggalakkan budaya keusahawan dan perniagaan. Pendedahan kepada bidang
keusahawan dan perniagaan secara tidak langsung dapat memberikan peluang kepada komuniti
untuk mengusahakan perniagaan secara kecil-kecilan dalam komuniti. Strategi kedua adalah
dengan memperluaskan peluang peningkatan pendapatan. Menerokai bidang keusahawanan dan
perniagaan secara serius akan dapat meningkatkan pendapatan serta dapat mengubah taraf
kehidupan komuniti setempat. Strategi dalam bidang keusahawanan dan perniagaan sosial adalah
dengan menggalakan budaya melaksanakan keusahawan sosial. Ahli komuniti mestilah pandai
merebut peluang perniagaan yang terserlah dalam komuniti. Sebagai contohnya perkhidmatan
dobi, makanan, kedai cuci kereta dan sebagainya.
8
Kluster 7 dalam Dasar Komuniti Negara adalah perkhidmatan sosial. Dalam usaha
membangunkan komuniti di kawasan perumahan berstrata, perkhidmatan sosial perlu
diwujudkan dan diperkasakan. Pemantapan perkhidmatan sosial akan dapat memudahkan dan
membantu ahli komuniti yang memerlukan bantuan dan perhatian daripada pihak
bertanggungjawab. Dalam usaha membangunkan komuniti di kawasan perumahan berstrata,
perkhidmatan sosial perlu diwujudkan dan diperkasakan agar dapat menjaga kebajikan sosial
ahli-ahli komuniti. Hasil usaha daripada pelbagai pihak, jaringan kerjasama sektor awam, swasta,
NGO dan kerjasama daripada komuniti perlu dipergiatkan bagi membantu komuniti perumahan
berstrata untuk menjalani kehidupan seharian dengan lebih mudah. Strategi efektif telah
dirancang dalam melaksanakan perkhidmatan sosial Dasar Komuniti Negara iaitu memupuk
semangat kesukarelawan. Memberi kesedaran dan promosi kepada ahli komuniti tentang
kepentingan menjadi anggota kesukarelawan dalam usaha memperkemaskan perkhidmatan sosial
dalam komuniti perumahan berstrata. Semangat kesukarelawan dapat dipupuk dengan
mewujudkan kawalan keselamatan kawasan komuniti yang disertai oleh ahli komuniti dengan
bimbingan dari pihak berkuasa demi memastikan kesejahteraan sosial dalam komuniti dapat
dicapai.
Strategi kedua adalah menggalakkan pewujudan perkhidmatan sosial mengikut
keperluan dan kepentingan komuniti. Sebagai contohnya, wujudnya badan kebajikan komuniti
yang dapat membantu ahli komuniti yang memerlukan sokongan dan bantuan kewangan apabila
menghadapi kesukaran dalam meneruskan kehidupan. Strategi ketiga dengan memperkasakan
perkhidmatan yang sedia ada dalam komuniti. Perkhidmatan yang sedia ada hendaklah
bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi memperkukuhkan perkhidmatan yang ditawarkan
kepada komuniti. Selain itu, perkhidmatan sosial juga hendaklah menjalinkan jalingan kerjasama
strategik khidmat sosial pihak luar dengan komuniti. Pihak luar contohnya, pihak polis, Jabatan
Kebajikan Masyarakat dan sebagainya. Usaha yang berterusan akan dapat meningkatkan
perkhidmatan sosial dalam komuniti perumahan berstrata.
Seterusnya, kluster 8 dalam Dasar Komuniti Negara adalah sukan dan rekreasi. Budaya
bersukan dan bereakreasi dalam kalangan masyarakat perlu dipupuk supaya ianya menjadi
sebahagian daripada gaya hidup yang sihat kepada ahli komuniti. Dengan kekal aktif, komuniti
boleh menjaga kesihatan dan mempunyai minda yang cerdas, bab kata pepatah,”badan sihat otak
cerdas”. Kesihatan tubuh badan akan menyumbang kepada kecerdasan fikiran manusia.
Penerapan budaya sukan dan rekreasi ini diharapkan dapat meningkatkan kerjasama disamping
9
meningkatkan semangat kekitaan di antara ahli komuniti pada setiap peringkat umur.
Pelaksanaan Dasar Komuniti Negara yang efektif dengan mengariskan tiga strategi iaitu dengan
mewujudkan dan memelihara prasarana sukan dan reakreasi supaya selamat untuk digunakan.
Selain itu, strategi juga dengan perancangan menambah bilangan sukan dan aktiviti reakreasi
yang sesuai dan meningkatkan kerjasama dengan rakan strategik dalam menghidupkan amalan
budaya hidup sihat. Penerapan amalan sukan dan reakreasi dalam komuniti dapat memastikan
kesihatan ahli komuniti terjaga dan dapat mencegah berlakunya penyakit tidak berjangkit seperti
kencing manis dan hipertensi. Aktiviti sukan dan reakreasi juga dapat mengeratkan perhubungan
di antara anggota komuniti dengan melakukan aktiviti secara bersama-sama dan bekerjasama
dalam aktiviti reakreasi dapat mengukuhkan hubungan sesama mereka.
Dasar Komuniti Negara adalah salah satu dasar yang penting dalam memastikan
kesejahteraan masyarakat dalam komuniti terutamanya komuniti perumahan berstrata.
Pengenalan dasar ini menggalakkan ahli komuniti bertanggungjawab terhadap aspek dalam
komuniti mereka dan bukan hanya menyerahkan sepenuhnya keputusan kepada pihak
bertanggungjawab dalam menangani isu-isu atau masalah yang berbangkit. Pengubalan dasar ini
dengan kerjasama pakar sosiologi, ahli akademik. Professional, kaunselor, NGO dan ahli koporat
yang bekerjasama dengan ahli komuniti bagi mencapai matlamat dasar yang diwartakan oleh
pihak kerajaan. Amalan dasar ini secara menyeluruh akan dapat mengurangkan masalah sosial
yang berlaku dalam komuniti perumahan berstrata. Oleh yang demikian, komuniti dan pihak
terbabit hendaklah sentiasa berganding bahu untuk memperkenalkan dan merperkasakan dasar
yang diperkenalkan ini bagi memberikan impak yang positif dalam perkembangan sosial negara
dengan berjaya meningkatkan kesejahteraan hidup dan memastikan sosio-ekonomi komuniti
berada dalam keadaan yang optimum sekaligus dalam membantu dalam perkembangan
pembangunan negara dalam menuju negara maju yang diimpikan.
Kekuatan dasar ini bergantung kepada dorongan dalaman komuniti itu sendiri iaitu
keterbukaan ahli komuniti untuk mengikuti saranan dan aspek yang diambil berat dalam Dasar
Komuniti ini secara sukarela tanpa sebarang paksaan daripada mana-mana pihak. Dorongan
luaran pula adalah promosi dan kempen yang dilakukan oleh pihak KPKT dalam
memperkenalkan dan memberi maklumat yang perlu diketahui oleh komuniti bagi mereka
mengetahui kepentingan dan kelebihan dengan dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan ini. Hal
ini mememerlukan, keterbukaan dan kesudian kedua-dua pihak dalam usaha mempraktikkan dan
10
mengamalkan dasar yang digariskan oleh pihak kerajaan. Sikap dan attitude ahli komuniti juga
memberi kesan penting dalam usala menjayakan kluster-kluster dalam Dasar Komuniti Negara
ini agar berjaya mencapai objektif yang digariskan oleh pihak kerajaan. Oleh itu, setiap ahli
komuniti dan pihak bertanggungjawab sedaya upaya menjalankan tugas dan peranan mereka
dengan sepenuhnya dan memberikan impak yang positif dalam perkembangan sosial komuniti.
11
CADANGAN DAN KESIMPULAN
Cadangan bagi memastikan Dasar Komuniti Negara ini dapat dilaksanakan dengan baik
adalah meningkatkan program kesedaran dalam kalangan komuniti tentang agenda-agenda yang
telah digariskan bagi memberikan kefahaman yang sepenuhnya dan ahli komuniti dapat
mengemukakan sebarang persoalan dan permasalahan yang membelengu mereka dalam usaha
mengikut perancangan yang dilakukan oleh pihak kerajaan dan sekretariat komuniti. Program
kesedaran secara formal ataupun tidak formal. Secara tidak formal ianya boleh dilakukan pada
bila-bila masa dan dimana-mana sahaja secara tidak langsung dalam menyampaikan aktiviti dan
program yang dirancangkan dalam komuniti. Pendekatan secara tidak langsung akan dapat
menarik lebih ramai ahli komuniti untuk terlibat dalam menjayakan dasar ini dengan keterbukaan
hati mereka sendiri.
Selain itu, keluarga yang telah mempraktikkan Dasar Komuniti Negara dijadikan contoh
tauladan terbaik sesama ahli komuniti. Perubahan dalam aspek kesihatan, keselamatan dan
pendidikan yang diperolehi oleh keluarga ini dapat memberikan gambaran kebaikan apabila
mencapai objektif dasar yang dipraktikkan oleh komuniti dengan saranan dan tunjuk ajar oleh
pihak berkenaan. Sekiranya ahli komuniti mempunyai sebarang masalah hendaklah dikongsikan
bersama agar dapat membantu mencari penyelesaian bersama-sama bagi menangani masalah
yang dihadapi. Sokongan moral juga begitu penting dalam memastikan ahli-ahli komuniti
mempunyai matlamat yang jelas dan ke arah yang positif. Sokongan ini adalah berbentuk kasih
sayang dan keprihatinan yang perlu bagi ahli komuniti supaya sentiasa bermotivasi tinggi dan
rasa dihargai dalam komuniti mereka sendiri.
Cadangan lain dalam memastikan peranan ahli komuniti dalam usaha mengamalkan
Dasar Komuniti Negara adalah dengan kerapkali meluangkan masa menziarahi dan berkunjung
ke rumah ahli-ahli komuniti yang tinggal dalam perumahan berstarata kawasan kita. Hal ini
kerana, kita boleh melihat dengan mata kita sendiri sama ada komuniti kita itu berada dalam
keadaan baik atau memerlukan bantuan. Jiran atau komuniti setempat adalah orang terdekat
yang rapat dengan kita dan hendaklah sedaya upaya membantu sekiranya mereka menghadapi
masalah yang dapat dibantu denga kudrat dan buah fikiran yang kita miliki.
12
Secara kesimpulannya, dasar ini adalah dasar berpandangan jauh oleh pihak kerajaan
kerana dalam pembangunan negara aspek pembangunan sosial iaitu komuniti persekitaran akan
memberi kesan dalam usaha melahirkan modal insan yang berkualiti dan mempunyai minda
kelas pertama. Komuniti yang sihat dan membangun akan membantu perkembangan negara ke
arah satu aras pembangunan yang akan menuju ke negara berstatus negara maju. Jangkaan
keberkesanan Dasar Komuniti Negara akan dapat mengurangkan kos baik pulih dan
penyelenggaraan PPR dan meningkatkan peratusan penduduk membayar sewa serta dapat
mengurangkan masalah sosial dalam komuniti PPR. Dasar ini juga akan memberi peningkatan
semangat jati diri serta semangat kesukarelawan dalam ahli komuniti dan dapat meningkatkan
tahap kesihatan dan keselamatan penduduk dan meberi rasa selamat untuk tinggal di perumahan
berstrata. Justeru, kerjasama diantara penduduk komuniti perumahan strata dan pihak
bertanggungjawab amatlah perlu dalam matlamat menjayakan dasar ini seperti yang diinginkan
oleh pihak kerajaan.
13
RUJUKAN
Berita Harian , 29 March 2019, “ Dasar Komuniti Negara perlu lebih inklusif” retrieved from
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/03/546636/dasar-komuniti-negara-perlu-lebih-inklusif
Berita harian, 17 Februari 2019, “ Dr Mahathir lancar Dasar Komuniti Negara” retrieved from
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/02/531778/dr-mahathir-lancar-dasar-komunitinegara
Pejabat Perdana Menteri Malaysia Laman Web Rasmi “ Pengenalan Dasar Komuniti Negara” retrieved
from https://www.malaysia.gov.my/portal/content/30911?language=my on April 20,2020.
Win Wilayahku, November,2019, KPKT lancar Dasar Komuniti Negara 20 PPR dipilih laksana projek rintis
tingkat muafakat selenggara harta awam, retrieved from https://www.wilayahku.com.my/kpkt-lancardasar-komuniti-negara-20-ppr-dipilih-laksana-projek-rintis-tingkat-muafakat-selenggara-harta-awam/
14
Download