SMK SULTAN AZLAN SHAH 33400 LENGGONG PERAK KERTAS KERJA PENAMBAHBAIKAN PRASARANA DAN KECERIAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DISEDIAKAN OLEH : NAJIHAH BT MD ZUBIR GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA 0 PUSAT SUMBER SMK SULTAN AZLAN SHAH KERTAS KERJA PENAMBAHBAIKAN PRASARANA DAN KECERIAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 1.0 PENDAHULUAN Pusat Sumber Sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang perlu diurus secara sistematik. Hal ini supaya PSS dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlaku dalam situasi yang selesa, menarik dan mudah difahami serta mencapai objektifnya. Sehubungan dengan itu, sumber dan prasana yang cukup serta keceriaan Pusat Sumber adalah aspek paling utama bagi menarik minat seluruh warga SKPP2 untuk menggunakan PSS dengan optimum. Pertambahan bahan bacaan, alat bantu belajar dan menambah baik keadaan fizikal serta mutu perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang sedia ada boleh menjadikan sebuah pusat sumber yang lengkap, bermaklumat, selesa serta berfungsi sepenuhnya bagi mencapai objektif proses Pengajaran dan pembelajaran (P&P) selaras dengan kehendak Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 2.0 OBJEKTIF 2.1 Mengadakan sebuah Pusat Sumber Sekolah yang lengkap dengan beberapa kemudahan asas yang penting supaya dapat berfungsi dengan sebaik-baiknya disamping lebih mudah dan selesa digunakan sewaktu proses P&P. 2.2 Menambah bilangan bacaan dan rujukan di perpustakaan selaras dengan fungsinya sebagai gedung ilmu dan sumber rujukan murid-murid di sekolah. 2.3 Menambah pelbagai Bahan Bantu Mengajar yang berkualiti, mudah digunakan, mudah disimpan, menarik, tahan lama serta serba guna lebih-lebih lagi sesuai dengan sukatan pelajaran masa kini. 2.4 Menambahkan keceriaan PSS supaya lebih selesa dan menarik agar dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh guru-guru dan murid-murid disamping mewujudkan situasi P&P yan pelbagai serta berlainan daripada di bilik darjah. 2.5 Mewujudkan keadaan bilik atau ruang yang sesuai serta selesa di samping peralatan yang lengkap dan mudah digunakan (mesra pengguna) 1 3.0 TARIKH Persekolahan bermula 3 Januari hingga 1 November 2017 4.0 TEMPAT Pusat Sumber Sekolah 5.0 SASARAN 5.1 Guru-guru SMK Sultan Azlan Shah 5.2 Pengawas PSS 2017 6.0 RANCANGAN PEMBANGUNAN 6.1 Penambahan Koleksi Bahan BIL 1. 2. 3. PERANCANGAN Membeli pelbagai bahan bacaan dan rujukan untuk kegunaan perpustakaan. (buku-buku fiksyen, ilmiah, karya agung, rujukan dan latihan serta langganan majalah dan akhbar) Membeli dan membina pelbagai bahan bantu mengajar. (bahan berbentuk carta, model serta alatan yang berkaitan dengan P&P) Memohon sumbangan daripada pihak luar. (Perpustakaan Negara Malaysia, BTPNKL, Dewan Bahasa dan Pustaka serta syarikatsyarikat swasta) ANGGARAN PERBELANJAAN SUMBER RM 1500.00 PCG RM 500.00 PCG - BPTN PERPUSTAKAAN NEGERI PERAK 6.2 Pembangunan Fizikal BIL PERANCANGAN 1. Memilih dan mengasingkan buku-buku lama dan menyusun buku mengikut Sistem Pengkelasan Dewey. 2. Membaik pulih dan menyusun semula rak-rak buku 3. Memasang karpet dinding pada papan kenyataan di pusat sumber (bilik wall room) Papan kenyataan 12 papan kenyataan 4X4m2 172m2 x RM 8 = Papan kenyataan 2 papan kenyataan 6x4 24m2 x RM 8 = ANGGARAN BELANJAWAN - - SUMBER Buku dilabel mengikut warna pengkelasan Sumbangan Sumbangan RM 1376 RM 192 2 4. Menambah sudut informasi dan melengkapkan papan kenyataan di bilik pusat sumber, bilik unit Teknologi Pendidikan dan bilik akses. RM 300.00 PCG 6.3 Aktiviti dan Program PSS BIL PERANCANGAN ANGGARAN BELANJAWAN RM 100.00 1 Mengadakan majlis perlantikan pengawas PSS 2 Program Nilam 3 4 Program Kem Membaca 1 Malaysia Literasi maklumat - memperkenalkan Sistem Pengkelasan Dewey kepada murid RM 500.00 Waktu ganti kelas GPM 5 Melengkapkan maklumat PSS dan laluan tangga ke PSS untuk projek mengindahkan sekolah. RM 100.00 6 Aktiviti bersama panitia atau kaunseling contoh program anti dadah peringkat sekolah RM 50.00 RM 100.00 7.0 IMPLIKASI KEWANGAN 7.1 Perbelanjaan Jumlah keseluruhan yang diperlukan dalam projek pembangunan Pusat Sumber Sekolah adalah RM 4718.00 7.2 Pendapatan BIL PERKARA PERUNTUKAN 1. Wang Sekolah (Peruntukan Geran Perkapita) RM 3630.00 2. Keuntungan jualan surat khabar 2016 RM 21.00 3. 4. Duit runcit - Jualan buku Nilam Derma dan sumbangan RM 20.00 RM 500.00 - Ibu bapa - Aktiviti jualan PSS RM 200.00 - Lain-lain RM 1000.00 3 8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA: Penasihat : Tn Hj Mohd Shukor Bin Hj Ahmad Pengetua SMK Sultan Azlan Shah Pengerusi : En. Ahmad Jailani bin Kamaroddin Penolong Kanan Pentadbiran SMK. Sultan Azlan Shah Naib Pengerusi 1 : Cik Satariah bt Mohamad Penolong Kanan HEM SMK. Sultan Azlan Shah Naib Pengerusi 2 : Tn Hj Abdul Hakim Bin Abdul Malik Penolong Kanan Ko kurikulum SMK. Sultan Azlan Shah Penyelaras : En Razali Bin Daud Guru Kanan Bahasa SMK. Sultan Azlan Shah Setiausaha : Pn. Najihah Bt Md Zubir Guru Perpustakaan dan Media SMK. Sultan Azlan Shah AJK Pusat Sumber : Cik Nur Athirah Bt Ismail Guru Unit Teknologi Pendidikan SMK. Sultan Azlan Shah AJK Media Elektronik : En Lokman Bin Ramdan Mohamed Guru Penyelaras Bestari AJK Komputer : En Muhammad Nor Al-Hadi Bin Abdul Mutalib Juruteknik Komputer sekolah AJK BBM/BBB : Ketua Panitia AJK Nilam : Guru Kelas 9.0 PENUTUP Besar harapan semoga projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya bersama-sama dan mencapai objektif yang digariskan dalam menjadikan PSS sebagai pusat tumpuan ilmu di sekolah ini dan seterusnya melahirkan pelajar yang cemerlang dari semua sudut. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan dari Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar berserta hidayah dan pertolongan Allah SWT. Disediakan oleh: Disemak oleh: Diluluskan oleh: (Najihah Bt Md Zubir) Guru Perpustakaan & Media SMK Sultan Azlan Shah, 33400 Lenggong, Perak (En Razali Bin Daud) Guru Kanan Bahasa SMK Sultan Azlan Shah 33400 Lenggong Perak (Hj Mohd Shukor Bin Hj Ahmad) Pengetua SMK Sultan Azlan Shah 33400 Lenggong Perak 4