Uploaded by WOO XUEMI Moe

Kajian Lepas Kejutan Budaya

advertisement
Kajian Lepas yang Berkaitan dengan Kejutan Budaya
Dalam kajian Ridaryanthi (
) yang bertujuan untuk mengesan dan menyoroti pengalaman para pelajar
yang berhijrah ke luar negara serta pola adaptasi yang dapat dikesan selama lebih kurang lima tahun.
Maklumat diperoleh daripada informan yang melanjutkan pelajaran di Fakulti Perubatan, Pergigian dan
Farmasi Universitas Padjadjran, Indonesia melalui kaedah temu bual. Menurut Nicholson (2001), sekiranya
terdapat perbezaan norma antara budaya asal dengan budaya baru semasa penghijrahan, seseorang pelajar
akan berasa tidak selesa, tertekan, sedih. Walau bagaimanapun, secara beransur-ansur, seseorang pelajar
itu akan menyesuaikan diri dan selesa dengan budaya baru sama ada disedari atau tanpa disedari oleh
penghijrah. Pengalaman ini adalah menyerupai bentuk lekuk-U yang menunjukkan naik turun perasaan
yang dikemukakan oleh Lysgaard (1955).
Pada mula penghijrahan, pelajar akan berasa selesa dengan persekitaran, namun, mereka akan menghadapi
dengan cabaran-cabaran yang tidak disangka dan ini akan mula menyebabkan seseorang mengalami kejutan
budaya. Jadi, ini dapat dilihat pada pola adaptasi Lekuk- U, menunjukkan tahap penyesuaian adalah tinggi
pada awal penghijrahan, kemudian melekuk atau menurun ke bawah secara mendadak pula menunjukkan
seseorang itu telah mengalami kejutan budaya.
Dalam kajian Heuer dan Jean (2001) pula, berbincang tentang kejutan budaya seperti yang dilaporkan oleh
jururawat pelajar yang mengambil bahagian dalam program antarabangsa bagi masa jangka pendek.
Apabila individu melancong ke luar negara, seseorang berasa akan mempunyai satu pengalaman yang
menarik. Tetapi, tidak dapat diabaikan ialah kesan kejutan budaya yang mungkin akan mempengaruhi
pelancongan seseorang. Seramai 8 orang jururawat telah menyertai dalam program antarabangsa ini dan
dapat disimpulkan bahawa semua jururawat pelajar mengalami kejutan budaya yang berbeza-beza dan
mereka mempunyai persepsi yang berlainan mengenai pengalaman mereka. Mereka telah ditemu bual
sebelum seminggu ke luar negara dan selepas dua minggu pulang dari luar negara. Seterusnya, mereka juga
ditemu bual selepas enam bulan ke luar negara. Mereka telah ditemu bual berkenaan dengan persepsi
mereka tentang budaya, dan mereka juga dikehendaki menulis journal bagi mengetahui perkembangan
mereka setiap hari semasa berada di luar negara. Menurut Weinmann (1983), seseorang yang berhijrah dan
tinggal dalam persekitaran budaya yang lain akan mengalami pelbagai peringkat kejutan budaya. Jadi, ia
adalah penting sekali bahawa pendidik jururawat perlu menyedari tahap ini apabila menyediakan kursus
bagi jururawat pelajar. Kesedaran ini memberi kuasa kepada jururawat pelajar untuk menangani pelbagai
kejutan budaya yang akan dihadapi semasa tinggal di persekitaran yang tidak dikenali.
Data lapan orang jururawat pelajar telah dikumpul dan menghasilkan lima puluh kod topical. Dalam analisis
lanjutan, kod tersebut telah dinamakan semula dan dikelompokkan kepada dua kategori kejutan budaya
yang luas iaitu isu awam dan isu persendirian. Seterusnya, tiga tema iaitu kastam lapangan terbang,
persekitaran dan bilik mandi awam telah diwujudkan oleh jururawat pelajar bagi mendedahkan persepsi
pengalaman mereka dengan kejutan budaya.
Seterusnya, kajian Miyamoto (2002) pula, bertujuan untuk menentukan ramalan untuk pengalaman kejutan
budaya bagi penghijrahan pelajar asing Jepun di California, dan untuk gred yang mereka terima sama ada
di sekolah Amerika ataupun Jepun yang mereka hadiri di Amerika Syaraikat dan tahap kecemasan mereka
ke atas penghantaran pulang ke negara asal. Kaedah yang digunakan adalah kualitatif dan kuantitatif.
Kaedah kualitatif dijalankan dengan temu bual berstruktur bersama 17 orang ibu, 3 orang ayah dan 8 orang
kanak-kanak manakala bagi kaedah kuantitatif pula, dijalankan dengan menganalisis 188 set soal selidik
yang diterima oleh penghijrahan murid Japan di California sama ada yang menghadiri kelas sekolah Jepun
pada hari Sabtu atau sepenuh masa sekolah Jepun dan juga ibu bapa mereka.
Kebimbangan yang rendah ke atas penghantaran balik pelajar sekolah pada hari Sabtu dikaitkan dengan
hubungan peribadi yang baik serta kemahiran Bahasa Jepun mereka yang baik manakala kebimbangan
rendah pelajar sekolah sepenuh masa ke atas penghantaran pulang dikaitkan dengan penglibatan ibu bapa
dalam kehidupan mereka. Bagi kedua-dua kumpulan ini, bapa memainkan peranan yang penting untuk
meringankan kebimbangan kanak-kanak semasa penghantaran balik. Tambahan pula, kedua-dua kumpulan
ini menunjukkan simpton kejutan budaya untuk meninggalkan Amerika Syarikat. Lebih banyak keluarga
dengan anak-anak di sekolah sepenuh masa (19.6%) daripada kelas sekolah Sabtu (9.8%) merancang untuk
kembali ke Jepun dalam masa satu tahun; Walau bagaimanapun, selama lima tahun tempoh, hamper sama
peratusan keluarga dengan sekolah kelas Sabtu dan sekolah sepenuh masa pelajar berniat untuk kembali ke
Jepun. Terdapat enam pemboleh ubah untuk meramal kesepian seorang kanak-kanak iaitu keupayaan untuk
memberi respons kepada guru dalam Bahasa Inggeris, keupayaan untuk menyiapkan kerja sekolah Jepun,
kanak-kanak mentafsikan kepada bapa, berasa rapat dengan guru di sekolah Jepun, tidak perlu penterjemah
dalam sekolah Jepun dan kemahiran membaca dalam Bahasa Jepun.
Dalam kajian Abdul Latiff, Nur, Ali, Emma dan Hasrul (2014), mereka menerokai proses adaptasi antara
budaya yang dilalui oleh pelajar sarjana dan PhD dari Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Australia
dan United Kingdom. Elemen kejutan budaya dan proses penyesuaian di dalam Model Lekuk U oleh
Lysgaard (1955) telah diberi fokus dalam kajian ini. Selain itu, kajian ini juga memberi fokus kepada
cabaran yang dihadapi seperti cabaran sosial, persekitaran serta adaptasi diri sebagai seorang Muslim
semasa berada di luar negara.
Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar menghadapi masalah dari segi bahasa, makanan, perumahan,
kenderaan, penggunaan tandas, penukaran mata wang, perasaan rindu kepada keluarga, kawan-kawan dan
tanah air dan pemakaian hijab. Pelajar mengalami kejutan budaya apabila mereka membandingkan nilai
mata wang tempatan dengan ringgit Malaysia. Dalam proses penyesuaian, pelajar memerlukan masa untuk
menyesuaikan diri sebagai seorang Muslim dari Malaysia dan tinggal di luar negara.
Download