Anak Ikan yang Suka Menipu Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif serta bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang saya kasihi. Pada pagi ini, saya ingin menyampaikan sebuah cerita yang boleh dijadikan pengajaran buat kita semua. Cerita saya bertajuk “Anak Ikan yang Suka Menipu”. Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal. Ia bernama Tonya. Tony tidak disenangi rakan-rakannya kerana ia suka menipu dan mempermain-mainkan mereka. Ketika ikan-ikan lain sedang bermain, Tony akan menjerit, “Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat!” Ikan-ikan itu ketakutan lalu lari dan bersembunyi di celah-celah batu. Tony akan mentertawakan rakannya itu. Ikan-ikan kecil amat takut dengan jerung. Jerung yang garang itu akan memakan mereka tanpa belas kasihan. Sebab itulah mereka akan lari ketakutan apabila Tony menjerit, “Jerung! Jerung!” Namun Tony sungguh nakal. Ia berasa seronok dapat mempermainkan rakannya. Ikan-ikan kecil itu mempercayai Tonya, walaupun mereka selalu tertipu dengan helah Tony. Pada suatu hari, Tony menghampiri rakan-rakannya itu. Ia ingin mempermainkan mereka seperti biasa. Tiba-tiba muncul seekor jerung menghampiri mereka. Namun Tony tidak menyedari kehadiran jerung itu. “Jerung! Jerung!” Bersembunyi cepat!” Jerit ikan-ikan itu. Ikan-ikan itu lari lalu bersembunyi di celah-celah batu. Tony tidak menghiraukan jeritan rakannya. Ia menyangka mereka cuba mempermainkannya. Baiklah, kamu semua menang! Di sini mana ada jerung! Tak usahlah kamu semua mempermain-mainkan aku!” jerit Tony. Jerung itu berenang menghampiri Tony. Tony tidak sempat melarikan diri. Ia dimakan oleh jerung itu. Begitulah kisah ikan yang suka menipu. Oleh yang demikian, kita haruslah sentiasa bercakap benar dan sama sekali jangan menipu kepada sesiapa pun kerana ianya akan merugikan diri kita sendiri. Sekian terima kasih. Tikus Bandar dengan Tikus Kampung Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif serta bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang saya kasihi. Pada pagi ini, saya ingin menyampaikan sebuah cerita yang boleh dijadikan pengajaran buat kita semua. Cerita saya bertajuk “Tikus Bandar dengan Tikus Kampung”. Tikus bandar melawat sepupunya, tikus kampung. Tikus kampung menghidangkan makanan seperti jagung, anggur dan epal. Tikus bandar tidak suka akan makanan yang tidak lazat itu. Ia berkata,” Datanglah ke bandar dan lihat sendiri cara hidup kami.” Tikus kampung tidak pernah pergi ke bandar. Ia pun bersetuju dengan pelawaan sepupunya. Apabila ia sampai ke bandar. Ia berasa tidak selesa dengan bunyi bising dan kereta yang bergerak ke sana ke sini. Ia hampir-hampir dilanggar kereta dan bas. Apabila mereka sampai ke rumah besar tempat tinggalnya, tikus bandar berkata,” mari masuk,” Tikus kampung mengikut tikus bandar pergi ke meja makan. Di atas meja makan terdapat banyak makanan yang lazat. Ketika hendak makan, tikus kampung dan tikus bandar terdengar suara yang kuat, “Pergi dari sini, pencuri! Nanti aku pukul kamu.” Tikus-tikus itu lari menyelamatkan diri. Apabila berada di luar rumah, tikus bandar berkata, “maafkan aku atas kejadian itu. Mari kita pergi ke rumah lain. Di sana mungkin ada makanan yang lebih sedap dan selamat. Tikus kampung menjawab, “Terima kasih. Biarlah aku pulang ke kampung. Makanan aku tidak lazat dan kehidupan aku sederhana tetapi aku hidup dalam aman dan selamat. Begitulah kisah tikus bandar dengan tikus kampung yang mengajar kita perlulah bersyukur dengan apa-apa yang ada, asalkan selamat dan sejahtera. Sekian, terima kasih. Angsa yang Bertelur Emas Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif serta bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang saya kasihi. Pada pagi ini, saya ingin menyampaikan sebuah cerita yang boleh dijadikan pengajaran buat kita semua. Cerita saya bertajuk “Angsa yang Bertelur Emas”. Seorang petani dan isterinya hidup gembiran di sebuah ladang kecil, menternak sekawan angsa dan menjual telurnya di pasar. Mereka tidak kaya, tetapi gembira dengan kehidupan mereka. Suatu hari, seekor angsa terbang masuk menyertai kawanan angsaangsa mereka. Keesokan harinya, pasangan suami isteri itu terperanjat apabila mendapati sebiji telur emas berkilauan di sarang kawanan angsa mereka. Tiap-tiap hari selepas itu, angsa itu akan mengeluarkan telur emas. Tidak lama selepas itu, pasangan itu menjadi semakin kaya seperti yang tidak pernah mereka impikan sebelum ini. Tetapi mereka tidak gembira. Mereka tidak puas dengna hanya sebiji telur emas sehari. Petani itu berkata kepada isterinya, “angsa itu tentu penuh dengan emas. Kenapa perlu kita tunggu untuk mendapatkan lebih banyak emas?” “Jika kita membelah badannya, kita boleh mendapatkan semua telur sekali gus,” kata petani kepada isterinya. Oleh itu, mereka pun membunuh angsa itu! Mereka terperanjat apabila mendapati badannya sama sahaja seperti angsa-angsa lain. Lebih teruknya, mereka tidak akan dapat memperolehi telur emas lagi. Begitulah kisah angsa yang bertelur emas. Pengajaran yang kita dapat pelajari daripada cerita ini ialah janganlah bersikap tamak kerana sikap tamak akhirnya akan membawa kerugian kepada diri sendiri. Sekian terima kasih.