Uploaded by WOO XUEMI Moe

Anak Ikan yang Suka Menipu

advertisement
Anak Ikan yang Suka Menipu
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif serta
bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang saya kasihi. Pada pagi ini, saya
ingin menyampaikan sebuah cerita yang boleh dijadikan pengajaran buat
kita semua. Cerita saya bertajuk “Anak Ikan yang Suka Menipu”.
Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal. Ia bernama
Tonya. Tony tidak disenangi rakan-rakannya kerana ia suka menipu dan
mempermain-mainkan mereka. Ketika ikan-ikan lain sedang bermain, Tony
akan menjerit, “Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat!” Ikan-ikan itu
ketakutan lalu lari dan bersembunyi di celah-celah batu.
Tony akan mentertawakan rakannya itu. Ikan-ikan kecil amat takut
dengan jerung. Jerung yang garang itu akan memakan mereka tanpa belas
kasihan. Sebab itulah mereka akan lari ketakutan apabila Tony menjerit,
“Jerung! Jerung!” Namun Tony sungguh nakal. Ia berasa seronok dapat
mempermainkan rakannya. Ikan-ikan kecil itu mempercayai Tonya,
walaupun mereka selalu tertipu dengan helah Tony.
Pada suatu hari, Tony menghampiri rakan-rakannya itu. Ia ingin
mempermainkan mereka seperti biasa. Tiba-tiba muncul seekor jerung
menghampiri mereka. Namun Tony tidak menyedari kehadiran jerung itu.
“Jerung! Jerung!” Bersembunyi cepat!” Jerit ikan-ikan itu. Ikan-ikan itu
lari lalu bersembunyi di celah-celah batu.
Tony tidak menghiraukan jeritan rakannya. Ia menyangka mereka
cuba mempermainkannya. Baiklah, kamu semua menang! Di sini mana ada
jerung! Tak usahlah kamu semua mempermain-mainkan aku!” jerit Tony.
Jerung itu berenang menghampiri Tony. Tony tidak sempat melarikan diri.
Ia dimakan oleh jerung itu.
Begitulah kisah ikan yang suka menipu. Oleh yang demikian, kita
haruslah sentiasa bercakap benar dan sama sekali jangan menipu kepada
sesiapa pun kerana ianya akan merugikan diri kita sendiri. Sekian terima
kasih.
Tikus Bandar dengan Tikus Kampung
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif serta
bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang saya kasihi. Pada pagi ini, saya
ingin menyampaikan sebuah cerita yang boleh dijadikan pengajaran buat
kita semua. Cerita saya bertajuk “Tikus Bandar dengan Tikus Kampung”.
Tikus bandar melawat sepupunya, tikus kampung. Tikus kampung
menghidangkan makanan seperti jagung, anggur dan epal. Tikus bandar
tidak suka akan makanan yang tidak lazat itu. Ia berkata,” Datanglah ke
bandar dan lihat sendiri cara hidup kami.”
Tikus kampung tidak pernah pergi ke bandar. Ia pun bersetuju
dengan pelawaan sepupunya. Apabila ia sampai ke bandar. Ia berasa tidak
selesa dengan bunyi bising dan kereta yang bergerak ke sana ke sini. Ia
hampir-hampir dilanggar kereta dan bas.
Apabila mereka sampai ke rumah besar tempat tinggalnya, tikus
bandar berkata,” mari masuk,” Tikus kampung mengikut tikus bandar
pergi ke meja makan. Di atas meja makan terdapat banyak makanan yang
lazat.
Ketika hendak makan, tikus kampung dan tikus bandar terdengar
suara yang kuat, “Pergi dari sini, pencuri! Nanti aku pukul kamu.”
Tikus-tikus itu lari menyelamatkan diri. Apabila berada di luar
rumah, tikus bandar berkata, “maafkan aku atas kejadian itu. Mari kita
pergi ke rumah lain. Di sana mungkin ada makanan yang lebih sedap dan
selamat.
Tikus kampung menjawab, “Terima kasih. Biarlah aku pulang ke
kampung. Makanan aku tidak lazat dan kehidupan aku sederhana tetapi
aku hidup dalam aman dan selamat. Begitulah kisah tikus bandar dengan
tikus kampung yang mengajar kita perlulah bersyukur dengan apa-apa
yang ada, asalkan selamat dan sejahtera. Sekian, terima kasih.
Angsa yang Bertelur Emas
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif serta
bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang saya kasihi. Pada pagi ini, saya
ingin menyampaikan sebuah cerita yang boleh dijadikan pengajaran buat
kita semua. Cerita saya bertajuk “Angsa yang Bertelur Emas”.
Seorang petani dan isterinya hidup gembiran di sebuah ladang kecil,
menternak sekawan angsa dan menjual telurnya di pasar. Mereka tidak
kaya, tetapi gembira dengan kehidupan mereka.
Suatu hari, seekor angsa terbang masuk menyertai kawanan angsaangsa mereka. Keesokan harinya, pasangan suami isteri itu terperanjat
apabila mendapati sebiji telur emas berkilauan di sarang kawanan angsa
mereka. Tiap-tiap hari selepas itu, angsa itu akan mengeluarkan telur
emas.
Tidak lama selepas itu, pasangan itu menjadi semakin kaya seperti
yang tidak pernah mereka impikan sebelum ini. Tetapi mereka tidak
gembira. Mereka tidak puas dengna hanya sebiji telur emas sehari. Petani
itu berkata kepada isterinya, “angsa itu tentu penuh dengan emas. Kenapa
perlu kita tunggu untuk mendapatkan lebih banyak emas?”
“Jika kita membelah badannya, kita boleh mendapatkan semua telur
sekali gus,” kata petani kepada isterinya. Oleh itu, mereka pun membunuh
angsa itu! Mereka terperanjat apabila mendapati badannya sama sahaja
seperti angsa-angsa lain. Lebih teruknya, mereka tidak akan dapat
memperolehi telur emas lagi.
Begitulah kisah angsa yang bertelur emas. Pengajaran yang kita
dapat pelajari daripada cerita ini ialah janganlah bersikap tamak kerana
sikap tamak akhirnya akan membawa kerugian kepada diri sendiri. Sekian
terima kasih.
Download