Uploaded by Iqbal Badaruddin

Senjata Tradisional Bajau: Kajian Tesis & Artikel

advertisement
https://docs.google.com/document/d/1XvbVy8ukbDp_GvUUnheYG9bn9ILUB_lGyhRqTne4cec/edit
https://miro.com/app/board/o9J_l3Yq94s=/
(CARS: cth synthesize LR)
i. Senjata Tradisional Bajau
1.
Tesis
ijazah
sarjana
2.
Tesis
ijazah
sarjana
3.
Artikel
Jurnal
Mohd Farit Azamuddin B. Musa (2018), Bentuk dan Motif Pada Senjata Tradisional Masyarakat
Bajau Sama di Kota Belud, MA, FKSW, UMS.
Kajian primer, membuat dokumentasi reka corak ukkil motif yang terdapat pada senjata
tradisional dan proses temubual di beberapa buah bengkel panday basey Bajau Sama di Kg.
Siasai Jaya, Siasai Dundau dan Siasai Tamu (Kota Belud) dan pameran kraf setempat.
Penulisan tesis sarjana ini adalah mengenai kajian terhadap bentuk dan reka corak ukkil motif yang
terdapat pada senjata tradisonal Bajau Sama di K. Belud antara tahun 2017-2018. Farit merujuk teori
Ikonografi oleh Panofsky sebagai indikator dalam mengenalpasti falsafah panday ukkil (ukir)/kahuy
Bajau Sama dan memahami nilai budaya masyarakat Bajau Sama terhadap senjata tradisional
tersebut. Walaupun Farit tidak membincangkan reka corak ukkil motif dari aspek sejarah (motif
tradisional) dan hanya memahami falsafah panday basey Bajau melalui motif terkini, namun beliau
tidak menyatakan dengan terperinci proses mengukir reka corak motif yang di amalkan oleh panday
kahuy/ukkil (kayu). Farit tidak cuba membuat perbandingan antara reka corak motif Bajau Laut di
pantai timur Sabah ataupun etnik lokal lain seperti Kadazan Dusun, Iranun, Tausug (Suluk) atau
Melayu Brunei memandangkan sampel lokasi adalah di pantai barat Sabah (Kota Belud). Walaupun
begitu, ia membantu pengkaji mengenalpasti makna sesebuah rekaan motif secara terperinci dan
membuat kajian menyeluruh mengenai sesebuah proses ukiran dan proses menempa besi.
Nelson Dino (2018), An Iconological Study of The Barung Ukkil Kahuy of The Suluk in Sabah, MA,
Faculty of Humanities, Arts & Heritage, UMS.
Kajian primer, mendokumentasi dan menemubual 5 orang informan yang menyimpan
senjata tradisional parang Barung/Barong (berusia 50 tahun ke atas) yang dijadikan sbg
pusaka.
Kajian memfokuskan kepada aspek sejarah sesebuah artifak (senjata parang Barung) yang dijadikan
sebagai pusaka dan koleksi senjata tradisional. Kajian melalui nilai kesenian ukiran kayu serta rupa
bentuk bilah parang (ketajaman dan warna bilah jika karat) yang terdapat pada masyarakat Tausug
(Suluk) di Sabah. Secara tidak langsung ia dapat mengenalpasti perjuangan pahlawan Tausug ini dan
seni mempertahankan diri melalui parang Barung sebagai senjata utama. Teori Ikonografi dari
Panofsky digunakan dalam mengukur keaslian, nilai budaya, falsafah ukiran dan kaitan sejarah
penentangan pada zaman penjajahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (British North Borneo
Chartered Company) sekitar tahun 1900an dan semasa perang dunia kedua (1940an), iaitu zaman
pendudukan Jepun di Sabah. Namun demikian Nelson hanya merujuk ukiran dan reka bentuk parang
Barung sahaja berbanding jenis-jenis senjata tradisional lain. Kajian beliau bagaimanapun memberi
maklumat mengenai sejarah perjuangan masyarakat Tausug dan gaya bermainan parang Barung
melalui seni silat aliran kuntau.
Noorajamsha Nasrin dan Azizan Morshidi (2015), Traditional Parang & Metal Arms Craftsmanship in
Kota Belud Sabah: An Overview, FKSW Universiti Malaysia Sabah (dapatan dari
https://www.researchgate.net/publication/287865708)
Rujukan mengenai usaha mempromosikan perusahaan parang Bajau (Ego Swords Ent.) di
Kota Belud. Namun pengkaji mendapati kaedah tersebut merupakan corak (pattern) umum
yang terdapat pada syarikat perusahaan parang Bajau yang berdaftar.
Kajian mengenai beberapa cadangan dan kaedah untuk mengembangkan industri parang Bajau di
Kota Belud, Sabah terutama dikalangan panday basey muda yang baru mula berkecimpung dalam
perusahaan tersebut. Terutama bantuan peralatan moden dan kaedah pemasaran, seperti promosi
di media internet selain terlibat dengan pameran kraftangan dan jualan di tamu mingguan serta
sistem penghasilan senjata dengan lebih teratur agar dapat meningkatkan kuantiti pengeluaran.
Namun penulis hanya mengambil sampel dari Ego Swords Ent. yang diusahakan oleh Tuan Aswadie
Ramlan yang menghasilkan senjata tradisional untuk kegunaan harian serta perniagaan/syarikat yang
berdaftar (SSM). Kajian tidak menyatakan apakah penambahbaikan yang boleh dilakukan terhadap
sesebuah senjata tradisional Bajau (reka corak motif dan reka bentuk). Kajian dari Norajamsha
memberi pandangan awal kepada pengkaji untuk membuat pemerhatian terhadap proses
penghasilan senjata tradisional dikalangan panday basey mengikut pengalaman dan kemahiran serta
perbezaan senjata tradisional yang dihasilkan untuk kegunaan harian dan yang ditempah khas untuk
amalan tradisi ritual.
4.
Artikel
(local
wisdom
of
Bajau
Ubian)
5.
Artikel
Jurnal
6.
Tesis
ijazah
sarjana
Mohd Jirey Kumalah, Gusni Saat, Jabil Mapjabil, Rosazman Hussin, Teuku Afrizal, Mustapa Abu Talip
(2015), Kearifan tempatan dan potensinya sebagai tarikan pelancongan berasaskan komuniti:
Kajian kes komuniti Bajau Ubian di Pulau Mantanani, Sabah, GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian
Journal of Society and Space 11 issue 12 (112 - 128), ISSN 2180-2491.
Makalah oleh Jirey et.al menunjukkan usaha memperkenalkan atau mempromosikan kearifan
tempatan (local wisdom) oleh masyarakat Bajau Ubian di pantai timur Sabah. Antara kearifan
tempatan yang dinyatakan adalah makanan tradisi, pertukangan dan kraftangan, permainan tradisi,
kemahiran individual seperti memburu, ubat-ubatan tradisional atau menangkap ikan, adat resam
dan perayaan serta majlis-majlis keraian. Jirey menyatakan kebanyakan kearifan tempatan adalah
warisan dari generasi sebelumnya dan penting untuk meneruskan tradisi tersebut sesuai dengan
zaman kini terutama kepada generasi baru Bajau. Selain itu, ia juga membantu meningkatkan
produktiviti dan ekonomi masyarakat luar bandar, kawasan pedalaman dan di pulau terpencil
terutama untuk tujuan pelancongan. Jirey hanya menyertakan beberapa kearifan tempatan
termasuk produk senjata tradisional Bajau Ubian secara umum tanpa membuat perbandingan
dengan kearifan suku Bajau lain di Sabah. Jirey banyak membincangkan kepentingan
mempromosikan kearifan tempatan melalui sokongan dari pihak kerajaan negeri dan pelancongan
sebagai promosi kepada keunikan di bahagian/daerah lain di Sabah. Ia memberi data sekunder
kepada pengkaji tentang panday basey Bajau Ubian di pantai timur Sabah.
Mohd Farit Azamuddin Musa dan Humin Jusilin (2013), Ikonografi Motif Pada Senjata Tradisional
Gayang Etnik Bajau Sama Di Kota Belud, Universiti Malaysia Sabah.
Diekstrak dari tesis sarjana; kajian dokumentasi dan temubual dengan beberapa orang
panday basey Bajau di bengkel perusahaan parang dan tamu mingguan.
Kajian diekstrak dari penulisan sarjana, Farit memfokuskan keunikan ukiran kayu pada senjata
gayang, sejenis pedang Bajau yang di hasilkan oleh kalangan panday basey Bajau di Kota Belud.
Melalui rujukan ikonografi oleh Panofsky, Farit menganalisa reka corak motif dan reka bentuk gayang
Bajau serta mengenalpasti apakah kekurangan yang terdapat pada sesebuah reka corak motif dan
reka bentuk gayang. Selepas itu Farit mengenalpasti beberapa reka corak motif yang telah
diubahsuai dari motif terdahulu (tradisi). Farit menyenaraikan beberapa jenis reka corak motif
mengikut kategori seperti flora, fauna dan hasil ciptaan manusia (manmade). Walau bagaimanapun
Farit tidak menyatakan makna reka corak motif dari aspek kosmologi Bajau dan lebih menekankan
pada rekaan visual yang terdapat pada senjata gayang Bajau. Manakala proses mengukir sesebuah
reka corak motif secara teratur seperti lukisan teknikal, peralatan ukiran dan proses kekemasan juga
tidak dinyatakan dengan terperinci. Kajian beliau menggalakkan pengkaji untuk mengkaji reka bentuk
senjata tradisional Bajau dari sudut pantang larang dan kepercayaan yang diamalkan di kalangan
panday basey Bajau Sama di Kota Belud.
M. Tajulhadis Ab. Halim, 2011, Sarjana Seni (Seni Reka Perindustrian), UNISMAS.
Penambahbaikan Reka Bentuk Asli Parang Borneo Dari Aspek Semantik Kepada Reka Bentuk
Komersil
Mengumpul data melalui temubual dengan 3 orang perusaha parang (Bajau, Iban dan
Melayu Sarawak), 2 orang pegawai arkeologi senjata (Muzium) dan seroang pengumpul
senjata lama (Kg. Mang, Sarawak).
Membuat analisa terhadap senjata lama (artifak) dan senjata tradisional yang baru
dihasilkan oleh seseorang pandai besi sebelum menganalisa jawapan soalan kajian dari
responden.
Kajian perbandingan terhadap parang Bajau dan parang Iban dari aspek reka bentuk bilah parang
terdahulu (1980-1990an) dan parang terkini (2011). Tajulhadis membuat perbandingan senjata lama
(artifak) dan senjata tradisional (baru) untuk membuat penambahbaikan dari segi reka bentuk pada
hulu, sarung dan bilah parang. Walaupun begitu, Tajulhadis tidak memfokuskan kepada proses
penghasilan sesebuah senjata tradisional mengikut pandai besi dalam sesebuah etnik dan hanya
fokus kepada reka bentuk parang Bajau dan Iban sahaja berbanding etnik lain di Sabah dan Sarawak
seperti pandai besi Kadanzan Dusun, Iranun, Melanau, Dayak, Bidayuh dll. Tesis oleh Tajukhadis ini
menggalakkan pengkaji untuk merujuk Tuan Hj. Ebin sebagai sampel adiguru panday basey Bajau di
Kota Belud dan keunikan yang terdapat pada senjata tradisional yang beliau pernah hasilkan dan
koleksi senjata yang masih disimpan. Pengkaji juga dapat mengenalpasti beberapa cadangan dari
Tajulhadis untuk membuat penambahbaikan terhadap sesebuah senjata tradisional iaitu reka corak
motif yang lebih sesuai dengan citarasa pelanggan/pengumpul senjata, kesesuaian reka bentuk bilah
dan sarung parang.
7.
Bab
buku
8.
Buku
pameran
Ismail Ibrahim (2007), Warisan Motif dan Corak Etnik Sabah, Bab 7: Motif Ukiran Bajau: Satu
Kupasan Awal Motif dan Bentuk Ukiran Sarung dan hulu guk Lading Kota Belud, Universiti
Malaysia Sabah, KK, hlm 105.
Buku penulisan dari Ismail Ibrahim yang membincangkan beberapa warisan motif dan reka corak
etnik yang terdapat di Sabah seperti masyarakat Rungus, Murut, Bajau, Kadazan Dusun dan
Melayu Brunei. Ismail membincangkan 1 bab tentang motif dan reka corak tradisional seni ukiran
kayu yang terdapat pada hulu dan sarung (taguban) parang Bajau Kota Belud. Ismail menunjukkan
imej grafik beberapa reka bentuk parang Bajau dengan membahagikan 3 bahagian motif pada
sesebuah senjata seperti hulu, sarung dan bilah parang. Tanpa merujuk teori analisa seperti
ikonografi atau semiotik, beliau masih berupaya mengenalpasti elemen rekaan motif melalui
proses mendokumentasi, merekod dan membuat temubual dengan beberapa orang adiguru
panday basey, sebelum mengenalpasti subjek yang telah digayakan. Ismail tidak mengkaji dari
sudut pengaruh reka corak dari etnik lain di Sabah dan rekaan asal dari masyarakat Bajau di
selatan Filipina (Bab awal telah menyatakan sejarah masyarakat Bajau di Sabah). Malah Ismail
hanya memberi cadangan agar kajian lebih memfokuskan kepada pengkomersilan parang Bajau
melalui perusahaan setempat. Penulisan bab buku oleh Ismail memberi pendedahan awal kepada
pengkaji tentang keunikan reka corak motif dan proses penghasilan sesebuah motif pada hulu,
taguban dan bilah parang Bajau.
Herbert W.Krieger (1926), The Collection of Primitive Weapons and Armor of The Philippine
Islands in The United States National Museum, Bulletin 137, Smithsonian Institution, U.S National
Museum, USA.
Buku pameran koleksi senjata tradisional, perisai dan pelindung badan dan dihuraikan oleh kurator
pameran, Herbert W. Krieger. Antaranya mengkaji reka bentuk bilah dan reka corak motif yang
terdapat pada senjata masyarakat Moro dan masyarakat orang asli suku Igorot, Negrito dan
Tinggian. Krieger menghuraikan reka bentuk sesebuah senjata yang menjadi koleksi dari general
perang Amerika seperti kalis sundang, parang, tombak, sumpit dan alat memanah. Krieger
menyatakan pengaruh reka bentuk sesebuah bilah senjata di alam Melayu, kerajaan Cina, India dan
Arab kerana kesan hubungan diplomatik dan serangan yang lebih praktikal dan efektif selain
menceritakan beberapa siri perjuangan masyarakat Moro di selatan Filipina menentang
penjajahan. Krieger hanya membuat analisa berdasarkan reka bentuk dan reka corak motif senjata
khusus dan seterusnya merujuk catatan dari siri peperangan sebagai kajian sekunder. Namun
dokumentasi terhadap senjata asli pada awal 1900-1930an memberi rujukan utama kepada
pengkaji untuk membuat perbandingan umum terhadap senjata tradisional Bajau Sama di Kota
Belud.
ii. Senjata Tradisional Masyarakat Nusantara dan Praktik Pandai Besi (Weapon/Bladesmith)
1.
Artikel
2.
Artikel
mengenai
inisiasi
silat dan
fungsi
senjata
(keris)
3.
Artikel
mengenai
senjata
artifak
3.
Artikel
mengenai
kegunaan
keris
Hamid Darmadi (2018), Sumpit (Blowgun) as Traditional Weapons with Dayak High Protection,
Journal of Education, Teaching and Learning Vol. 3 No. 1 (March) 2018. Page 113-120 p-ISSN:
2477-5924 e-ISSN: 2477-4878.
Membuat dokumentasi terhadap keunikan sumpit sebagai senjata kecil tradisional masyarakat
Dayak Kalimantan. Hamid menyatakan pengenalan secara umum penghasilan sumpit, fungsi dan
kegunaan dalam masyarakat Dayak Kalimantan seperti memburu haiwan, pertahanan diri (jarak
jauh) dan dijadikan sebagai salah satu hadiah perkahwinan sebagai lambang tradisi. Hamid tidak
menyatakan secara terperinci proses dan teknik penghasilan sumpit serta aspek formalistik yang
terdapat pada senjata kecil tradisional tersebut. Kajian Hamid bukan sahaja memberi
pendedahan tentang keunikan yang terdapat pada sesebuah senjata kecil tradisional malah
kepentingan senjata tersebut sebagai senjata tradisi dalam tradisi perkahwinan masyarakat
Dayak Kalimantan.
Gabriel Facal (2017), Trans-Regional Continuities Of Fighting Techniques In Martial Ritual
Initiations Of The Malay World, Martial Arts Studies 4, martialartsstudies.org.
Kajian dari Facal mengenai corak budaya sesebuah perguruan silat (terpilih) di beberapa lokasi
seperti Jakarta, Sumatera, Brunei D.S, Sarawak dan K.L (M’sia). Facal menghuraikan beberapa
tradisi yang perlu ada dalam sesebuah perguruan silat seperti tradisi mandi bunga dan minyak
mengikut peringkat pelajaran, teknik buah silat dan bermain senjata, ilmu kebatinan dan upacara
tamat belajar yang disusuli dengan ritual. Setiap corak silat di tempat/lokasi berlainan
mempunyai pelbagai perspepsi, kepercayaan dan falsafah memandangkan ia terhad dan dikawal
oleh pihak kerajaan tempatan. Penulisan tersebut mengkaji secara menyeluruh fungsi sesebuah
senjata tradisional dalam teknik bermain senjata, langkah silat, ritual inisiasi dan
‘penyejuk’/pendinding atau ‘pakaian’ seseorang pesilat.
Fendi Adiatmono (2017), The Weapons Kingdom of Gorontalo (Form, Symbols, and History),
International Journal of European Studies 2017; 1(1): 7-14
Pengkaji memfokuskan kepada beberapa kaedah seperti antropologi dan nilai estetik dalam
mengenalpasti nilai artifak sesebuah senjata tradisional kerajaan Gorontalo (Indonesia),
contohnya Lembing Juwele (warisan), Perisai Pariso, Rencong Emas dan keris tradisi. Senjata
tradisional tersebut dinilai bukan sahaja teknik menempa dan mengukir dalam pertukangan besi
tetapi melalui bentuk, simbol dan sejarah yang terdapat pada senjata tersebut. Walaupun
demikian, Fendi banyak menekankan reka bentuk bilah seperti ketajaman dan kekaratan untuk
mengenalpasti umur atau berapa lama senjata tersebut agar dapat menunjukkan bukti
kegunaannya dalam adat istiadat kerabat di raja Gorontalo. Ia menunjukkan antara kaedah
menilai sesebuah keunikan senjata tradisional berdasarkan reka bentuk bilah walaupun Fendi
tidak membuat perbandingan dengan senjata adat istiadat pada masakini.
Azlina Musa (2017), Analisis Penyelidikan Keris Dalam Pengubatan Tradisional Melayu Suatu
Kajian Kes Di Kelantan, Prosiding Persidangan Sosiobudaya, Kolej Universiti Islam A’bangsa
Selangor
(KUIZ),
Selangor,
Msia,
dapatan
dari
http://conference.kuis.edu.my/pasak2017/images/prosiding/sosiobudaya/18-AZLINA-MUSA.pdf.
dalam
perubatan
tradisional
4.
Artikel
(peralatan
seperti
senjata
sebagai alat
pendinding)
5.
Tesis
PhD
Keris
‘berisi’
6.
Buku
7.
Artikel
mengenai
kegunaan
senjata
dalam
tradisi
D.S Farrer (2016), War Magic: Religion, Sorcery, and Performance, Berghahn Book, N.Y.
Farrer menyatakan beberapa ritual dalam bentuk sihir/ilmu ghaib untuk kegunaan dalam
sesebuah pertempuran oleh pahlawan Melayu di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Ia
merupakan sebuah kesenian dan beliau menilainya dari perspektif sesebuah persembahan.
Farrer membuat perbandingan secara neutral terhadap kegunaan ilmu ghaib dan agama Islam
di kalangan pahlawan Melayu yang berjuangan demi kepentingan agama namun pada masa
sama mengamalkan ilmu ghaib untuk kekebalan dan pertempuran secara halus menggunakan
beberapa peralatan seperti senjata, pakaian, tasbih dsb.
Azlina Musa (2015), Keris ‘Berisi’ Dalam Perubatan Tradisional Melayu: Kajian Kes di Daerah Pasir
Mas dan Tanah Merah, Kelantan, Tesis Doktor Falsafah, UKM,
Kajian penyelidikan dari Azlina Musa mengenai keris ‘berisi’ yang dihasilkan dari pandai/empu besi
Melayu di Kelantan. Namun kajian beliau banyak menjurus kepada kegunaan seseorang bomoh
setempat dalam perubatan tradisional. Azlina tidak menyatakan secara terperinci proses
penghasilan sesebuah keris yang ‘berisi’ tetapi secara asas sahaja dan hanya menyatakan beberapa
jenis pantang larang semasa proses menempa. Malah Azlina juga tidak menyatakan bagaiman
sesebauh entiti/semangat diserap ke dalam bilah keris tersebut. Walau bagaimanapun, tesis Azlina
membantu pengkaji untuk melihat proses penghasilan parang Bajau yang ditempah khas untuk
tujuan aktiviti mistik berbanding aktiviti harian serta fungsi sesebuah senjata tersebut dalam
tradisi ritual.
Edward Frey (2015), The Kris: Mystic Weapon of The Malay World (Edisi ke-3), ITBM Berhad,
KL, Malaysia.
Karya penulisan Edward Frey adalah cetakan ke-2 dari ITBM (Ins.Terjemahan & Buku Msia
Bhd). Buku ini adalah mengenai nilai budaya yang terdapat pada senjata keris sebagai sebuah
artifak di nusantara Melayu seperti asal usul keris, kekuasaan dan ilmu kebatinan keris, hulu
dan sarung keris, koleksi keris dan bagaimana menjaga dan mengekalkan ilmu pembuatan
kesenian keris. Frey tidak merujuk teori analisa seperti ikonografi ataupun semiotik. Frey lebih
menumpukan kepada nilai mistik yang mempengaruhi kosmologi dan falsafah, oleh itu kaedah
mengumpul data adalah melalui kajian lapangan dan temubual mendalam dengan empu besi,
pengumpul seni dan masyarakat setempat. Frey hanya membuat perbandingan secara asas
terhadap kepercayaan yang masih wujud di kalangan masyarakat setempat pada awal 1900
sehingga 1980an. Frey tidak mengkaji secara menyeluruh fungsi sesebuah keris mistik dalam
ritual tertentu contohnya perubatan tradisional atau seni mempertahankan diri.
Gabriel Facal (2014), Silat Martial Ritual Initiation In Brunei Darussalam History Of Combat
Practices In Brunei, Southeast Asia: A Multidisciplinary Journal, Vol 14, 2014.
Kajian oleh Facal memfokuskan pertubuhan sesebuah persatuan/perguruan seni silat di Brunei
yang membincangkan pertembungan antara agama dan budaya tradisi seni mempertahankan
diri. Oleh kerana Brunei menjadi sebuah negara yang berlandaskan hukum hudud (syariah), maka
beberapa aliran seni silat dikawal oleh pihak kerajaan (R.O.C) untuk memastikan amalan tradisi
tertentu seperti ritual inisiasi menggunakan senjata terpilih (keris, parang, kerambit, belantan
dsb) dalam sesebuah perguruan silat tidak bercanggah dengan syariah Islam. Memberi gambaran
ritual silat
tentang perkembangan seni silat di Brunei seperti sambutan dan galakan kepada generasi muda,
meneruskan seni beladiri Brunei melalui pertandingan silat olahraga (sukan) dan kepentingan
pihak kerajaan mengawal persatuan silat dan dikomersilkan secara umum seperti Silat Cakak Asli
dan Silat Kuntau.
8.
Ritual inisiasi
Jawa
menggunakan
keris
dan
senjata
sederhana
panjang
9.
Artikel proses
penghasilan
keris
untuk
kegunaan
perubatan
tradisional
3.
Jean-Marc de Grave (2014), Javanese Kanuragan Ritual Initiation: A Means to Socialize by
Acquiring Invulnerability, Authority and Spiritual Improvement, Social Analysis, Volume 58,
Issue 1, Spring 2014, Berghahn Journals.
Grave mendokumentasi upacara ritual Kanuragan masyarakat Jawa yang masih dipraktikkan
sehingga hari ini sebagai inisiasi kepada seseorang penuntut silat (Perguruan Trah
Gondosuman, Yogyakarta). Selain keris, senjata tradisional seperti kerambit, parang dan bilah
tombak khas di gunakan untuk memastikan semangat dari alam ghaib memberkati seni yang
dipelajari. Namun Grave menyatakan pihak kerajaan Indonesia (Islam/ Kristian) dan organisasi
seperti persatuan silat dan majlis agama setempat mula mengambil kisah tradisi ritual
tersebut dan ada usaha untuk membasmi kepercayaan animisme di kalangan pesilat (Jawa)
melalui pertandingan silat olahraga. Oleh itu, tradisi tersebut semakin terhakis dari segi
proses, penggunaan bahan dan paralatan dan perbezaan amalan di kalangan guru-guru dalam
perguruan Trah Gondosuman. Oleh itu, Grave mendokumentasi dalam bentuk penulisan dan
fotografi sebagai langkah melihat perbandingan amalan tersebut pada masa akan datang.
Azlina Musa dan Yusmilati Yunos (2013), Pandai Besi Dalam Pertukangan Melayu: Satu
Kajian Kes Di Daerah P.Mas, Kelantan, Proceeding Seminar A’bangsa ke-2, Arkeologi, Sejarah
dan Budaya di Alam Melayu, Novermber 2013, ATMA, UKM,
Kajian artikel menekankan kepada proses penghasilan sesebuah keris untuk tujuan aktiviti
mistik, iaitu digunakan untuk proses perubatan tradisional. Azlina mengkaji amalan yang
dipraktikkan serta pantang larang yang khusus ketika seseorang pandai/empu besi
menghasilkan sebuah keris yang ‘berisi’ seperti hari yang sesuai untuk menempa bilah keris.
Sememangnya senjata keris lebih sesuai digunakan sebagai pendinding dalam perubatan
menghalau semangat (histeria/sihir) selain melindungi diri dari serangan fizikal. Walau
bagaimanapun Azlina tidak mengkategorikan jenis-jenis keris dan hanya fokus kepada keris
sebagai pendinding diri kepada seseorang bomoh.
KHAMIS MOHAMAD & NIK HASSAN SHUHAIMI NIK ABDUL RAHMAN (2013), Keris:
Falsafah dan Isu Masa Kini, International Journal of the Malay World and Civilisation
(IMAN), 1(2), 2013: 45 – 53.
Falsafah
keris dan
isu
10.
Artikel:
Pandai
besi
di
Pulau
Cebu
Jocelyn B. Gerra (2013), An Ethno Archeological Study of the Blacksmithing Technology in Cebu
Island, Philippines, European University Studies Archeology, Frankfurt.
Jocelyn mengkaji penggunaan sesebuah peralatan oleh komuniti pandai besi Moro di Pulau
Cebu, Filipina. Jocelyn mengkaji peralatan tradisional dan membuat perbandingan dengan
peralatan moden. Antara yang dibincangkan adalah perbezaan dari aspek kualiti sesebuah
senjata tradisional yang dihasilkan apabila menggunakan peralatan tradisional atau peralatan
moden seperti grinder, blower. Namun kesempitan hidup dan tanpa sokongan dari pihak
kerajaan tempatan, menyebabkan hanya beberapa pandai besi sahaja yang beralih arah
menggunakan peralatan moden dan mampu menghasilkan sebuah senjata tradisional dengan
kualiti yang baik sama seperti senjata yang dihasilkan menggunakan peralatan tradisional.
11.
Artikel:
Parang
Iban
12.
Falsafah
reka
bentuk
keris
13.
Amalan
empu
besi.
14.
Menyeru
semangat
halus
melalui
ruang
spiritual
dalam
latihan seni
silat (keris
sbg
Amee Joan (2013), Seni Pembuatan Ilang dan Nyabur: Kebanggaan dan Simbol Masyarakat
Iban di Sarawak, Pusat Pengajian Bahasa, Universiti Malaysia Sarawak, Kuching, Sarawak.
Amee mengkaji proses penghasilan parang Ilang dan parang Nyabur khususnya proses menempa
bilah butuh kunding iaitu proses mengetuk besi dan membentuk bilah yang dilakukan oleh
tukang kambuh (pandai besi Iban). Walau pun demikian, Amee lebih memfokuskan kepercayaan
kosmologi yang terdapat pada senjata tersebut dari generasi Iban sebelumnya, serta fungsi
parang Ilang dan Nyabur dalam sesebuah amalan tradisi seperti ritual membayar denda dan
mendapatkan nasib yang baik (keramat). Antara ritual yang menggunakan parang Ilang dan
Nyabur sebagai proses peneutralan adalah seperti Manuk Sabung, Gawai Burung dan Gawai
Batu. Amee tidak mengkaji secara terperinci reka corak motif yang terdapat pada senjata
tradisional tersebut dan lebih terarah kepada fungsi senjata dalam ritual yang dipraktikkan, serta
tidak menyatakan samada terdapat unsur semangat halus yang diserap oleh tukang kumbah ke
dalam bilah senjata tersebut. Kajian dari Amee membantu pengkaji untuk melihat dan
memahami fungsi dan kegunaan sesebuah senjata tradisional Bajau dalam tradisi ritual yang
masih diamalkan dan kaedah yang beliau rujuk ketika menjalankan kajian lapangan.
Khamis Mohamad, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman & Abdul Latif Samian (2012), Falsafah
Perkerisan Dalam Masyarakat Melayu, International Journal of the Malay World and Civilisation
(IMAN) hlm 105-119.
Kajian mengenai falsafah perkerisan masyarakat Melayu termasuk makna, adab, rahsia
pembuatan/penghasilan jenis-jenis keris, perbandingan umum beberapa reka bentuk pada
bahagian tertentu keris seperti bilah, anatomi/ricikan dan pamor. Tiada perbincangan dengan
perbezaan agama dan tiada analisa mendalam/terperinci terhadap penghasilan sesebuah keris.
Namun banyak menunjukkan kepercayaan mistik yang ada pada sesebuah keris pusaka.
Khamis Mohamad, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, Abdul Latif Samian & Zuliskandar
Ramli (2012), Keris : Artifak Kejuruteraan Spiritual Melayu, Prosiding Seminar Antarabangsa,
Arkeologi Sejarah & Budaya Alam Melayu, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Artikel dari Khamis Mohd et.al, menyatakan falsafah penghasilan dan mendokumentasikan
pembuatan sebuah keris mistik/’berisi’ oleh seseorang pandai besi/empu besi. Khamis
menyatakan secara menyeluruh proses pembuatan keris oleh empu besi termasuk amalan dan
pantang larang, penjodohan (gabungan) bahan kayu dan besi untuk mendapatkan tuah pada
keris. Khamis kemudian menyertakan kajian metalurgi secara terperinci (saintifik) kekerasan bilah
keris. Hanya sedikit perbincangan mengenai pengaruh tradisi Islam dan budaya setempat.
Memberi rujukan kepada pengkaji mengenai falsafah dan amalan empu besi Melayu dalam
proses/praktis pembuatan keris yang ditempah khas secara tradisional.
D.S Farrer (2006), Deathscapes Of The Malay Martial Artist, Social Analysis, Vol. 50, Issue 1,
Berghahn Journals.
Artikel dari Farrer mengkaji tentang ruang spiritual dari alam ghaib dengan seseorang pesilat
sebagai ujian terakhir sebelum menamatkan latihan sesebuah perguruan. Ujian tersebut
merupakan proses inisiasi seseorang pesilat dengan menyeru semangat haiwan liar (harimau)
atau pahlawan Melayu yang telah meninggal dunia sebagai pendinding kepadanya (kekebalan)
agar tidak mempunyai perasaan takut atau gentar ketika menghadapi musuh dan bersedia
dengan kematian. Persediaan kematian pula dinyatakan oleh Farrer bahawa seseorang guru
silat telah mempunyai persediaan pada perjalanan alam akhirat kelak. Walau bagaimanapun,
menurut perubatan moden, Wak Sarin (guru silat) akhirnya meninggal dunia kerana kanser
paru-paru akibat merokok. Ilmu kebal yang dimiliki oleh Wak Sarin tidak mampu
menyelamatkannya daripada kanser tersebut. Farrer menyatakan ilmu kekebalan seseorang
pendinding)
15.
Artikel
16.
Bab buku
17.
Artikel
guru silat melalui semangat di alam ghaib tidak memberi jaminan seseorang itu dapat hidup
lama tetapi hanyalah satu amalan untuk mendidik pesilat menjadi lebih berani dan tidak takut
dengan kematian.
Michael Morimoto (2004), The Forging of A Japanese Katana, Colorado School of Mines,
unpublished.
Penulisan dari Michael menjelaskan secara terperinci kehalusan dan ketelitian teknik menempa
sesebuah senjata Jepun seperti katana atau tanto. Namun Michael hanya menyatakan teknik
menghasilkan senjata tersebut secara terperinci termasuk sejarah mengikut dinasti Jepun tanpa
sebarang perbincangan seperti kepentingan meneruskan penghasilan senjata Jepun secara
tradisional dan apakah perubahan dari empu besi terdahulu dan masakini (2004).
Durand-Charre, Madeleine. (2004), Microstructure of Steels and Cast Irons, Chapter 2: Of
swords and swordmaking, Springer Science and Busines Media, 13–34, doi:10.1007/978-3-66208729-9_2
Penulisan mengenai kajian metalurgikal terhadap beberapa artifak senjata ikonik sesebuah
peradapan seperti pedang Merovingian dan Carrolingian, bilah Damascus, pedang (Katana)
Jepun, senjata keris di alam Melayu (Koleksi Bern Historical Museum, Switszerland, dan reka
corak yang pada bilah tersebut dari aspek kekaratan. Kajian penyelidikan tersebut menunjukkan
kajian secara saintifik terhadap kepadatan bilah senjata. Ia memberi pendedahan dan
pemerhatian awal kepada pengkaji terhadap beberapa teknik tradisional oleh empu/pandai besi
dari pelbagai lokasi dalam menghasilkan sesebuah bilah senjata yang baik dari aspek teknikal
seperti teknik menempa, melipat bilah dan teknik sepuhan (quentching).
*Roxana Waterson (1989), Hornbill, Naga and Cock in Sa’dan and Toraja Woodcarving Motifs
Archipel, volume 38. pp. 53- 73;
Kajian dari Rozana membicarakan tentang nilai budaya melalui reka corak motif ukiran kayu di
Sa’dan dan Tana Toraja, selatan Sulawesi, Indonesia. Reka corak motif tersebut bersubjekkan
burung atau haiwan yang bersayap dan mampu terbang ke udara. Tiga jenis subjek tersebut
adalah Burung enggang, naga atau niaga dan manuk (ayam) dikenali sebagai Sari-Manuk. Subjek
burung tersebut dibahagikan mengikut interpretasi masyarakat lokal seperti alam kayangan,
alam bawah (underworld) dan alam manusia (bumi). Roxana menyatakan rujukan dan imej
burung/haiwan bersayap sebagai subjek menggalakkan masyarakat sekitar untuk memelihara
dan menghargai burung terutama spesis terancam serta usaha-usaha menghalang peruruan
haram di kalangan masyarakat Toraja.
*Kebudayaan dan Kesenian Bajau di Sabah
1.
Syamsul Azizul Marinsah, Asmiaty Amat, Aisyah Tamby Omar (2020), Ritual Perubatan
Tradisional Etnik Bajau di Sabah: Analisis Dari Perspektif Hukum Islam, MANU bil. 31
(1), 73-95, 2020 (Jun)
Perubatan
tradisional
Bajau
dari
perspektif
hukum Islam
Syamsul membuat pemerhatian ritual perubatan tradisional Bajau di 2 buah lokasi,
iaitu ritual Ngalai di Kota Belud dan ritual Magombo di Semporna. Selain membuat
beberapa perbandingan, Syamsul nyatakan kedua proses ritual di 2 buah lokasi
adalah bercanggah dengan hukum syariah kerana dikhuatiri mensyirikkan Allah
kerana 2 buah ritual tersebut memohon keberkatan dan pertolongan kepada
semangat nenek moyang (embo’/ombok).Walaupun konflik ini tidak begitu
kelihatan memandangkan banyak adat dan budaya Bajau cuba disesuaikan dengan
kehendak agama dan persekitaran, namun apabila dianalisis dengan mendalam, ia
sebenarnya berkait rapat dengan unsur syirik dan membawa kepada dosa besar. Oleh
kerana ia merupakan ritual perubatan tradisional, maka Syamsul menilai dari
perspektif hukum Islam dan bukannya dari perspektif warisan budaya.
2
Alshadat Bayo Sabal (2019), Magkiparat: A Cultural Practice Of Peace-Making, Healing
And Conflict Resolution Among The Sama’ Of Tawi-Tawi, Borneo Research Journal,
https://borneojournal.um.edu.my/article/view/17610.
Tradisi
mengukuhkan
Magkiparat merupakan tradisi yg diamalkan oleh masyarakat Sama’ di kepulauan Tawi-Tawi
antara keluarga besar (clan) bertujuan untuk mengeratkan ukhwah, melupakan sengketa dan
salah faham dan memberi kehidupan harmoni kepada generasi muda (kanak-kanak). Alshadat
ukhwah
menjelaskan mekanisme yang terbaik untuk mengekalkan tradisi tersebut walaupun terdapat
beberapa ritual yang dipraktikkan seperti Hak Adat Resam dan Tradisi (Customary Rights and
Traditions) di bawah akta Bangsa Moro Law, kerajaan Filipina. Alshadat juga menyatakan
kepentingan ritual ini dikekalkan dan dikembangkan ke seluruh negara (Filipina) agar semua
pihak dapat hidup dalam keharmonian kaum walaupun majoriti masyarakat Moro di selatan
Filipina telah menganuti Islam namun tradisi tersebut telah diseimbangkan dan diseralaskan
dengan tradisi Islam.
3.
Mohd Kipli Abdul Rahman & Lena Farida Hussin Chin (2018), Conservation of the
Ngalai/Berasik Ritualistic Performance of Bajau/Sama’ Ethnic Group for Sustainable
Intangible Heritage, International Journal of Academic Research in Business and Social
Sciences, 8 (3), 35–45.
Kajian mengenai pemuliharaan dan pelestarian ritual Ngalai/Berasik masyarakat
Bajau Sama sebagai warisan (intangible heritage) dari generasi sebelum ini. Kipli
menyatakan ritual ini bukan sahaja dapat membantu mengeratkan ukhwah
dikalangan Bajau Sama, mendidik generasi muda dan menggalakkan untuk menjaga
tradisi sebagai keunikan Bajau dan harus dikekalkan. Perbincangan dari Kipli byk
menjurus kepada beberapa cadangan untuk mengekalkan ritual tersebut terutama di
Sabah.
Pemuliharaan
ritual
perubatan/
persembahan
Ngalai/Berasik
4.
Artikel
ruangan
spiritual/
alam ghaib.
Senjata
tradisional
5.
Artikel
(pertembungan
Agama
dan
kepercayaan
Bajau)
6.
Membaca
mantera
mendapat
Hanafi Hussin (2017), Langkapan and Tampat: Spiritual and Physical Ritual Spaces of SamaBajau Ritual of the Philippines & Msia; Perspective on Bajau/Sama’ Diaspora, edited by
M.Anis Md Nor, Sabah State Museum, KK, Sabah.
Merujuk kepada adat dan kepercayaan terhadap peralatan yang dijadikan sebagai pusaka
(langkapan) serta ruang khusus (tampat) sebagai ruang untuk upacara ritual berhubung
dengan semangat nenek moyang di alam ghaib. Hanafi mendokumentasi ritual seperti pagumboh oleh masyarakat Bajau Laut pantai timur (Sabah) dan selatan Filipina untuk membuat
perbandingan antara amalan-amalan yang dipraktikkan. Ia menunjukkan kepentingan ritual
tersebut untuk mendapatkan pelindungan dengan semangat (omboh/ombo’) dari
malapetaka alam sepeti hujan lebat, panas terik dsb. Melalui beberapa peralatan yang
dijadikan sebagai langkapan (senjata, cincin, tangkal dll), Hanafi mengenalpasti ruang di
dalam rumah sebagai ruangan spiritual (alam ghaib) dan dijaga dengan rapi utk
memudahkan proses kewujudan/kehadiran semangat serta apabila ingin kembali ke alam
ghaib.
Syamsul Azizul Marinsah, Mohammad Naqib Hamdan, Mohd Farhan Md Ariffin & Mohd
Anuar Ramli (2016), Amalan Tradisi Masyarakat Bajau di Semporna Sabah: Kajian Menurut
Hukum Islam, Jurnal Perspektif Jil. 8 Bil. 2(135-149).
Amalan tradisi yang berkait rapat dengan sistem kepercayaan masyarakat Bajau di
Semporna. Urf (arab) bermaksud mengetahui dan dipecahkan kepada 2 iaitu Urf Sahih dan
Urf Fasid. Kajian dilakukan dalam mengenalpasti amalan tertentu yang dikaitkan dengan
nilai budaya dan kosmologi masyarakt Bajau di Semporna, Sabah. Walaubagaimanapun,
kajian mendapati sesetengah amalan hanyalah kepercayaan tradisi dan bercanggah dengan
Islam contohnya kepercayaan terhadap jin dan orang yang berjin.
*Saidatul Nornis Hj. Mahali (2015), Dikir Mistik dalam Masyarakat Bajau: Satu
Pemerhatian Awal pada Perubahan Minda Terhadap Upacara Penanaman, Int. Journal of
The Malay World & Civilization (IMAN), 2015, 3 (1)- (35-43).
Makalah ini membicarakan tentang amalan mantera dalam bentuk dikir oleh golongan
petani Bajau di Sabah terutamanya daerah Kota Belud. Sebuah mantera akan dibaca oleh
seorang bomoh untuk menjaga semangat tanah agar padi yang ditanam akan terjaga dan
pertolongan
dari
mangat
duwata,
senjata
digunakan sbg
pendinding.
7.
Bab buku
Senjata
tradisional
sbg
motif
ukiran
8.
Tesis
ijazah
sarjana
(tarian Igal
dan ruang
halus
di
alam
ghaib
9.
Artikel (3
jenis/
peringkat
alam)
10.
Artikel
(merujuk
tumbuh dengan subur. Walau bagaimanapun amalan ini semakin dilupakan oleh generasi
baru kerana sebilangan besar banyak menjalani kehidupan di bandar dan golongan tua
Bajau hanya mampu melihat perubahan ketara dikalangan muda ini. Kajian penulisan ini
lebih memfokuskan analisis ayat-ayat mantera yang dinyanyikan atau dibaca. Ada
menyatakan beberapa jenis parang digunakan untuk proses menanam padi, seperti bomoh
ketika membaca mantera (menghalau mangat ruwata/semangat jahat) dan kerja-kerja
menebas lalang.
Ismail Ibrahim, M.Azareen Aminullah, Humin Jusilin, M.Pu’ad bebit dan Zaimie Sahibil (2013),
Warisan Seni & Budaya: Masyarakat Kepulauan Pesisir Sabah, Bab 2: Ikon Dan Konsep Reka
Bentuk Sunduk Bajau Pulau Omadal, Universiti Malaysia Sabah, KK, Sabah.
Merujuk kepada reka corak motif yang terdapat pada sunduk atau batu nisan masyarakat
Bajau (pulau) Omadal di pantai timur Sabah. Bentuk ukiran kayu pada sunduk tersebut diukir
berpandukan kepada karektor tertentu si mati (lelaki atau perempuan) seperti imam, ketua
adat, ketua kampung, guru silat, dukun, penari igal ataupun bidan. Setiap motif ukiran dihiasi
dengan reka corak seperti motif songkok/kopiah, hiasan kepala, bentuk badan wanita dan
mempunyai ikon khas seperti senjata tradisional (parang, keris dsb), tasbih, cucuk sanggul,
rantai leher dsb. Reka corak motif senjata tradisional merupakan simbolik kepada seseorang
yang dihormati dan dipandang tinggi semasa hidupnya, dan sebagai pelindung dalam
perjalanan di alam roh/akhirat selepas meninggal dunia. Ismail et.al membincangkan
keseimbangan antara nilai budaya dan agama dengan menggayakan reka bentuk sunduk
sesuai dengan tradisi Islam dan tidak bercanggah dengan hukum Islam. Sunduk tersebut hanya
dihasilkan oleh masyarakat Bajau secara berkelompok dan mengikut kawasan penempatan.
Hafzan Zannie Hamzah, 2013, Igal: The Traditional Performing Arts Of The Bajau Laut In
Semporna, Sabah, Master Of Arts (Performing Arts), Institute Of Graduate Studies, University Of
Malaya Kuala Lumpur
Membincangkan kesenian tarian Igal masyarakat Bajau Laut di pantai timur Sabah. Melalui
dokumentasi, Hafzan menyatakan kebanyakan tarian adalah laju/pantas termasuk irama muzik
tradisional. Hafzan menganalisa melalui teori yang dicadangkan oleh Schechner dan hubungan
para penari dengan omboh/umboh dari ruang spiritual/alam ghaib. Kajian Hafzan lebih menjurus
kepada keunikan dan kepentingan tarian Igal dipraktikkan agar dapat dilestarikan kepada
masyarakat luar dari Sabah. Hafzan mencadangkan proses menganalisa sesebuah tarian
tradisional melalui rujukan dari Schechner.
Halina Sendera Mohd. Yakin (PhD) (2013), Cosmology and World-View Among The Bajau: The
Supernatural Beliefs and Cultural Evolution, Mediterranean Journal of Social Sciences, Vol 4 No 9
MCSER Publishing Rome-Italy.
Halina menyatakan kosmologi masyarakat Bajau Sama di Kota Belud melalui upacara kematian
dan proses pengkebumian jenazah. Dalam artikel tersebut, Halina mengklasifikasikan kosmologi
Bajau Sama melalui 3 bahagian iaitu alam surgah (upperworld), neraka (underworld) dan
semangat halus (embo’/mangat) berada di alam ghaib walaupun di kedudukan bumi (alam
manusia). Halina menghasilkan diagram kosmologi Bajau melalui temubual mendalam dan kajian
sekunder walaupun banyak memfokuskan kepada tarian/ ritual ngalai (perubatan) dan ritual
penanaman padi.
Asmiaty Amat & Lokman Abdul Samad (2013), Bajau’s Tekodon: A Preliminary Study, Journal
of Educational and Social Research, Vol. 3 No.7, MCSER Publishing, Rome-Italy.
Tekodon bermaksud teta-teki dan dinyanyikan dalam bentuk puisi ataupun pantun. Biasanya
tekodon dan Kalung Sama (sejenis pantun Bajau) akan dinyanyikan semasa majlis perkahwinan
senjata
tradisional
Bajau)
atau keramaian. Aktiviti ini dianggap sebagai satu hiburan selain aktiviti permainan tradisi,
namun kini ia semakin dilupakan kerana faktor kepesatan teknologi sosial. Kajian terarah
kepada makna ayat yg terdapat pada sesebuah tekodon. Beberapa jenis senjata seperti parang
dan budjak disebut dalam tekodon sebagai tanda memperingati perjuangan dan kegagahan
pahlawan Bajau terdahulu.
11.
Menyeimbangkan
keberadaan
di
dunia dan alam
ghaib.
12.
Artikel
(amalan
kosmologi/
kepercayaan
Bajau)
13.
Buku (Jenisjenis ukiran
pada senjata
tradisional
dan bentuk
kesenian
lain)
Senjata
tradisional
14.
Kajian
mengenai
melestarikan
Hanafi Hussin (2012), Balancing The Spiritual and Physical Worlds Memory, Responsibility
and Survival in the Rituals of the Sama Dilaut (Bajau Laut) in Sitangkai, Tawi-Tawi/Southern
Philippines and Semporna, Sabah/Malaysia, Oceans of Sound Sama Dilaut Performing Arts,
disunting oleh Birgit Abels, Morag Josephine Grant, Andreas Waczkat, Göttingen Studies in
Musicology Vol.3, Amsterdam, Netherland.
Kajian Hanafi menjurus kepada usaha pengamal ritual Bajau Laut dari 3 lokasi berbeza sebagai
salah satu kaedah mencari keseimbangan antara alam manusia dan alam ghaib. Hanafi
menyatakan secara menyeluruh amalan praktik tersebut dan kepentingannya kepada
masyarakat Bajau Laut secara berkelompok. Hanafi menjelaskan tanggungjawab sesebuah
kelompok Bajau Laut yang mengambil serius usaha meneruskan warisan dan tradisi dari
generasi sebelum ini, dan bentuk kesenian (tarian) tersebut boleh dijadikan sebagai usaha
mempromosikan keunikan Bajau Laut terutama di kawasan pendalaman dan kepulauan dari
aspek pelancongan. Namun Hanafi menegaskan agar tarian tersebut dikawal/terhad hanya
untuk persembahan semata untuk mengelakkan dari kesan buruk seperti histeria/keteguran.
Halina Sendera Mohd Yakin & Saidatul Nornis Hj. Mahali (2008), Duang: The Semiotic
Interpretation and Perception of the Bajau-Sama Community in Sabah, Jurnal Sari 26 (71-78).
Membincangkan mengenai upacara Ngeduang yang diamalkan dalam masyarakat Bajau-Sama
di Kota Belud. Ngeduang disimbolkan sebagai satu aktiviti memberi makan dan membantu si
mati dalam mengharungi dunia baru selepas kematian tersebut melalui amalan bersedekah
kpd penduduk setempat. Duang dibahagikan kepada 3 jenis iaitu Duang Ruma’, Duang Tampu’
Duang Subu/ Raya, dan setiap jenis/kategori duang ini berbeza mengikut lokasi dan masa.
Menunjukkan gabungan dan keseimbangan adat resam Bajau dan agama yang dianuti
contohnya terdapat mendoakan dengan surah dari Quran dan beberapa jenis mantera agar
semangat dapat melindungi perjalanan roh si mati. Halina mengkaji perubahan adat resam
dengan menutralkan atau menyeimbangkan mantera dan tradisi dengan amalan tradisi Islam.
Ligaya Fernando- Amilbangsa (2005), Ukkil: Visual Art of The Sulu Archipelago Ateneo de Manila
Universitu Press, Manila, Philippines.
Buku dari Ligaya ini banyak membincangkan dan mendokumentasikan keunikan reka corak ukkil
motif, reka bentuk dan nilai budaya yang dihasilkan oleh masyarakat Moro (Bajau/Samal/
Tausug/Yakan) di selatan Filipina. Bermula dengan bab 1, iaitu tentang istilah motif dan simbol,
sehingga aplikasi rekaan motif pada produk atau kesenian kraf masyarakat Bajau seperti ukiran
kayu pada senjata, sunduk atau keranda, batu nisan, seni reka tekstil, seni bina, seramik dan seni
reka logam halus. Ligaya mengkategorikan beberapa jenis rekaan motif (ukkil) melalui bentuk
kesenian. Penulisan beliau membantu pengkaji untuk membuat perbandingan umum, hasil reka
corak dan reka bentuk masyarakat Bajau Sama di Kota Belud terutama senjata tradisional.
Ismail Ali, 2010, Pembudayaan Lepa dan Sambulayang dalam Kalangan Suku Kaum Bajau di
Semporna, Sabah, Malaysia: Satu Penelitian Semula, SOSIOHUMANIKA, 3(2), m/s 193-208.
Makalah lebih menjurus kepada pelestarian terhadap budaya Lepa samada terkandung dalam
masyarakat Bajau Laut di pantai timur Sabah seperti Bajau Kubang, Bajau Ubian, Bajau
beberapa
amalan ritual
melalui festival
Lepa.
Senjata
tradisional
Sengkuang, Bajau Sampulna, dan Bajau Simunul. Melalui penganjuran festival Lepa ini, ia
dianggap sebagai salah satu usaha melestarikan keunikan sambutan tersebut selain tarikan
pelancongan. Hal ini kerana pada masa sama, beberapa suku dari Bajau Laut mengadakan
sambutan memperingati semangat nenek moyang dengan mempraktikkan tradisi ritual seperti
permainan muzik dan tarian tradisional khusus kepada omboh. Beberapa tarian disertakan
dengan permainan senjata (sayaw) oleh penari lelaki sebagai simbolik memperingati
perjuangan pahlawan Bajau seperti Selingaya Bongsu/Papu dsb.
15.
Bruno Bottignolo (1995), Celebrations With The Sun: An Overview of Religious Phenomena
Among The Badjaos, Ateneo de Manila University Press, Quezon City, Manila.
Penulisan mengenai kepercayaan masyarakat Badjao di kepulauan Tawi-Tawi dan Jolo di
wilayah Sulu, selatan Filipina. Bottignolo menjelaskan beberapa kepercayaan asas seperti
jangka masa/waktu, perubatan tradisional sehingga ritual memperingati semangat halus
dengan klasifikasi atau kategori tertentu seperti tuhan, saitan, kalamat dsb. Buku ini
memberi pendedahan terperinci amalan tradisi yang masih dipraktikkan oleh beberapa
kelompok Badjao di Sulu yang mencampuradukkan tradisi Islam. Selain dijadikan sebagai
rujukan sekunder, buku ini juga memberi pemahaman mengenai individu khusus ketika
proses kelancaran sesebuah upacara ritual seperti bidan, imam, ketua kampung dan ketua
adat (pengamal/pakar rujuk adat resam).
Buku
Rangka LR:
Senjata tradisional Bajau:
Kajian sebelum ini banyak memfokuskan kepada keunikan yang ada pada reka corak motif dan reka
bentuk bilah senjata (Farit Azamuddin, 2018, 2013; Tajulhadis 2011; Ismail Ibrahim 2007; Krieger 1926)
Hal ini kerana kajian terdahulu ingin mengenalpasti/menjejaki rekaan asal atau asal-usul Bajau Sama di
Sabah melalui reka corak ukkil motif di selatan Filipina (Sulu), serta pengaruh rekaan motif dari etnik lokal
di Sabah seperti suku Idahan (Kadazan Dusun) (Amilbangsa, 2005).
Reka corak motif dapat memahami falsafah panday basey Bajau dan nilai budaya masyarakat setempat.
Menganalisa reka corak motif menggunakan beberapa teori seperti ikonografi ataupun semantik (Farit
Azamuddin, 2018,2013; Nelson Dino 2018, Tajulhadis, 2011).
Selain menggalakkan penglibatan penduduk luar bandar, kawasan pendalaman dan kawasan kepulauan
dengan hasil kraftangan, ia juga menjadi tarikan pelancongan di Sabah (Noorajamshah, 2015; Jirey
Kumalah, 2015; Tajulhadis 2011).
Praktik atau amalan dan pantang larang proses penghasilan sesebuah senjata tradisional Bajau Sama oleh
adiguru/guru tua hanya dikaji secara umum dan tidak terperinci seperti senjata tradisional lain di Asia
Tenggara (keris) (Azlina Musa, 2015, 2013; Khamis Mohd, 2012), sedangkan pandai/empu besi juga
mempunyai pengalaman dan kemahiran yang tinggi dalam penghasilan senjata tradisional termasuk
kepercayaan dari guru terdahulu.
Malah kajian terhadap sesebuah senjata tradisional seperti keris banyak memfokuskan kepada fungsi dan
kegunaannya dalam seni silat seperti ritual inisiasi (Frey (2015); Grave, (2014); Farrer, 2006, 2016).
Amalan dan pantang larang khusus penghasilan keris contohnya memerlukan ketelitian dan proses yang
rumit dan mengambil masa.
Oleh itu, selain mengenalpasti dan menganalisa sesebuah senjata tradisional Bajau dari perspektif lain
(kuantitatif, teori semiotik dsb), kajian juga boleh difokuskan kepada proses penghasilan senjata
tradisional Bajau secara terperinci terutama senjata yang ditempah khas oleh mahaguru seni
mempertahankan diri atau pesilat.
Kosmologi Bajau:
Hal ini kerana masyarakat Bajau Sama di Sabah terkenal dengan amalan dan kepercayaan animisme
dari generasi terdahulu dan sesetengah tempat masih mempraktikkannya seperti ritual penanaman
-
-
-
-
-
-
-
-
padi, perubatan tradisional atau tarian (Sharifuddin Zainal et.al, 2018; Hanafi Hussin, 2017, 2012;
Saidatul Nornis, 2015; Halina Sendera, 2013, 2008; Ismail Ibrahim et.al, 2013; Bottignolo, 1995).
Tradisi ritual ini juga menyertakan beberapa peralatan termasuk senjata tradisional Bajau Sama
(parang, pidah, keris kecil, budjak /mata lembing).
Kajian mengenai proses amalan ritual dibincang dengan kesesuaian tradisi Islam. Ia merupakan topik
atau isu yang diutarakan sehingga masakini selain mendokumentasikannya kerana sudah tidak
diamalkan oleh generasi muda Bajau Sama (Syamsul A. Marinsah et.al, 2016; Halina Sendera, 2013;
Ismail Ibrahim et.al, 2013).
Beberapa cadangan menganalisa sesebuah amalan ritual juga dibincangkan untuk memahami makna
sesebuah persembahan tradisional seperti performance of enhancement (Farrer, 2006), The Fan
(Schechner, 2013) atau dari sudut linguistik oleh Mark Miller (2007), Halina Sendera (2014), atau
konsep ruang fizikal-spiritual oleh Bottignolo (1995) (Hanafi Hussin, 2019; MCM Santamaria, 2019).
Isu yang sentiasa dibincangkan adalah pertembungan budaya/kepercayaan animisme dan tradisi
Islam. Namun dari sudut penulisan, kebanyakan kajian meneutralkan amalan-amalan tersebut dengan
kesesuaian ajaran Islam dan pada masa sama mencadangkan agar beberapa praktik diubah-suai untuk
mengelakkan dari unsur khurafat dsb.
Oleh itu, kajian terhadap praktik amalan dan pantang larang oleh guru tua panday basey Bajau Sama
boleh didokumentasikan berdasarkan temubual mendalam dan pemehatian, dan dikaji dari sudut
persembahan (ritual) dan ruangan spiritual (trance).
Antara isu yang wujud adalah pertembungan warisan tradisi dan kemodenan (keusahawanan) serta
agama dan budaya. Melalui temubual dan pemerhatian, informan dikalangan panday basey tidak
berminat untuk berkongsi rahsia proses penghasilan sesebuah senjata tradisional terutama yang
ditempah khas kerapa pantang larang yang dipesan oleh guru terdahulu (kajian lapangan 2010, 2018,
2019). Mereka percaya pantang larang tersebut boleh memberi kesan kepada penghasilan senjata
secara teknikal, perniagaan yang diusahakan dan kehidupan di alam akhirat.
Guru tua ingin tradisi tersebut diwarisi dan diteruskan oleh panday basey muda kerana ia dikaitkan
dengan nilai kosmologi Bajau Sama serta perbezaan yang ketara terhadap sesebuah senjata
tradisional yang ditempa khas dan senjata untuk kegunaan harian (sembelihan, melapah daging,
menyiang ikan, menebas/memotong rumput dsb).
Antara kepentingan senjata khas adalah sebagai pendinding dan pemberi tuah untuk amalan
sesebuah tradisi ritual. Malah amalan dan teknik dari warisan terdahulu dipercayai lebih unik
berbanding amalan dan proses penghasilan senjata untuk kegunaan harian memandangkan proses
lebih mudah, cepat dan jimat kos.
Walaupun kualiti dan ketahanan senjata khas dan kegunaan harian sama, namun senjata khas lebih
bermakna dan bernilai kerana dipercayai mempunyai ‘isi’ dan digunakan untuk aktiviti mistik serta
boleh dijadikan sebagai langkapan (pusaka) dalam sesebuah keluarga.
Praktik Penghasilan Senjata Tradisional di Alam Melayu
1.
Tesis
Zulkarnaim Mappasahi (2017), Proses Pembuatan Kawali Lagecong Senjata Tradisonal Etnik
Bugis Di Desa Gunung Perak Kecamatan Sinjai Barat Kabupaten Sinjai, Program Studi
Pendidikan Seni Rupa, Fakultas Seni Dan Desain, Universitas negeri makassar, Makassar,
Indonesia.
Mendokumentasi secara terperinci proses penghasilan senjata jenis kawali lagecong
(rencong/pisau) Bugis di kalangan pandai besi wanita (perajin perempuan) dari proses pemilihan
bahan, proses menempa bilah sehinggalah ukiran bentuk kayu pada hulu dan sarung. Zulkarnaim
menyatakan kesungguhan perajin perempuan yang mampu menghasilkan kawali lagecong
dengan kualiti yang baik seperti ketahanan dan ketajaman bilah besi dan kehalusan ukiran motif.
Zulkarnaim juga menyatakan beberapa jenis pantang larang yang khusus kepada seseorang
perajin perempuan seperti tidak boleh melakukan beberapa proses penghasilan (menempa dan
mengukir) semasa ‘uzur’ serta cabaran lain seperti mempromosikan dan menjual senjata
tersebut untuk menjana pendapatan. Kajian dari Zulkarnaim membantu pangkaji memahami
proses penghasilan kawali lagecong secara terperinci terutamanya yang dihasilkan oleh
seseorang perajin perempuan berketurunan Bugis. Namun kekurangan pada kajian tersebut
adalah proses analisis yang memfokuskan kualiti kawali lagecong secara fizikal seperti bilah besi
dan ukiran pada hulu dan sarung.
2.
Artikel proses
penghasilan
keris
untuk
kegunaan
perubatan
tradisional
3.
Azlina Musa dan Yusmilati Yunos (2013), Pandai Besi Dalam Pertukangan Melayu: Satu
Kajian Kes Di Daerah P.Mas, Kelantan, Proceeding Seminar A’bangsa ke-2, Arkeologi, Sejarah
dan Budaya di Alam Melayu, Novermber 2013, ATMA, UKM,
Kajian artikel menekankan kepada proses penghasilan sesebuah keris untuk tujuan aktiviti
mistik, iaitu digunakan untuk proses perubatan tradisional. Azlina mengkaji amalan yang
dipraktikkan serta pantang larang yang khusus ketika seseorang pandai/empu besi
menghasilkan sebuah keris yang ‘berisi’ seperti hari yang sesuai untuk menempa bilah keris.
Sememangnya senjata keris lebih sesuai digunakan sebagai pendinding dalam perubatan
menghalau semangat (histeria/sihir) selain melindungi diri dari serangan fizikal. Walau
bagaimanapun Azlina tidak mengkategorikan jenis-jenis keris dan hanya fokus kepada keris
sebagai pendinding diri kepada seseorang bomoh.
Khamis Mohamad & Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman (2013), Keris: Falsafah dan Isu
Masa Kini, International Journal of the Malay World and Civilisation (IMAN), 1(2), 2013: 45 – 53.
Falsafah
keris dan
isu
4.
Artikel:
Parang
Iban
Amee Joan (2013), Seni Pembuatan Ilang dan Nyabur: Kebanggaan dan Simbol Masyarakat
Iban di Sarawak, Pusat Pengajian Bahasa, Universiti Malaysia Sarawak, Kuching, Sarawak.
Amee mengkaji proses penghasilan parang Ilang dan parang Nyabur khususnya proses menempa
bilah butuh kunding iaitu proses mengetuk besi dan membentuk bilah yang dilakukan oleh
tukang kambuh (pandai besi Iban). Walau pun demikian, Amee lebih memfokuskan kepercayaan
kosmologi yang terdapat pada senjata tersebut dari generasi Iban sebelumnya, serta fungsi
parang Ilang dan Nyabur dalam sesebuah amalan tradisi seperti ritual membayar denda dan
mendapatkan nasib yang baik (keramat). Antara ritual yang menggunakan parang Ilang dan
Nyabur sebagai proses peneutralan adalah seperti Manuk Sabung, Gawai Burung dan Gawai
Batu. Amee tidak mengkaji secara terperinci reka corak motif yang terdapat pada senjata
tradisional tersebut dan lebih terarah kepada fungsi senjata dalam ritual yang dipraktikkan, serta
tidak menyatakan samada terdapat unsur semangat halus yang diserap oleh tukang kumbah ke
dalam bilah senjata tersebut. Kajian dari Amee membantu pengkaji untuk melihat dan
memahami fungsi dan kegunaan sesebuah senjata tradisional Bajau dalam tradisi ritual yang
masih diamalkan dan kaedah yang beliau rujuk ketika menjalankan kajian lapangan.
5
Kuntadi Wasi Darmojo (2013), Keris ‘Jawa’: Teknik, Bentuk, Fungsi dan Latar Penciptaan, Tesis
Sarjana (S2), Program Studi Penciptaan dan Pengkajian Seni Minat Studi Pengkajian Seni Rupa,
PROGRAM PASCASARJANA INSTITUT SENI INDONESIA ( ISI ), SURAKARTA
Penulisan tesis mengenai keris Jawa dengan memfokuskan kepada empu besi/keris
berketurunan Jawa, falsafah proses penghasilan terutama bahagian dhapur (memanaskan dan
menempa besi) dan fungsi serta cadangan memelihara dan melestarikan senjata tradisional
senjata tersebut di kepulauan Jawa. Kuntadi mendokumentasi dan membuat perbandingan
melalui proses analisis terhadap penghasilan keris Jawa sejak tahun 1970an sehingga 2010an
seperti perubahan amalan dan pantang larang (empu besi), modifikasi pada peralatan menempa
dan inovasi pada reka corak motif dan bentuk keris Jawa. Kajian dari Kuntadi memberi
pengetahuan umum kepada pengkaji terhadap falsafah empu besi terhadap proses penghasilan
keris Jawa di Indonesia. Namun demikian, Kuntadi tidak mengkaji secara terperinci fungsi keris
Jawa dalam sesebuah kebudayaan masyarakat Jawa seperti kegunaan keris Jawa dalam seni silat
ataupun perubatan tradisional.
6.
Khamis Mohamad, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman & Abdul Latif Samian (2012), Falsafah
Perkerisan Dalam Masyarakat Melayu, International Journal of the Malay World and Civilisation
(IMAN) hlm 105-119.
Kajian mengenai falsafah perkerisan masyarakat Melayu termasuk makna, adab, rahsia
pembuatan/penghasilan jenis-jenis keris, perbandingan umum beberapa reka bentuk pada
bahagian tertentu keris seperti bilah, anatomi/ricikan dan pamor. Tiada perbincangan dengan
perbezaan agama dan tiada analisa mendalam/terperinci terhadap penghasilan sesebuah keris.
Namun banyak menunjukkan kepercayaan mistik yang ada pada sesebuah keris pusaka.
Falsafah
reka
bentuk
keris
7.
Dyota Adhiskahti Andana (2012), Pola Keruangan Pandai Besi di Kecamatan Cipaat, Tesis
Sarjana, Departemen Geografi, Fakultas Matematika & Ilmu Pengetahuan Alam, Universitas
Indonesia, Indonesia.
Kajian memfokuskan usaha pandai besi meneruskan warisan dan industri senjata tradisional di
daerah (kecamatan) Cipaat, Indonesia. Dyota mengklasifikasi beberapa kategori pandai besi
seperti pengalaman dan kemahiran secara berkelompok dan mengikut pola serta kedudukan
bengkel besi berdekatan dengan toko (kedai) untuk menjual produk senjata tradisional masingmasing. Kajian Dyota menggunakan kaedah kuantitatif dengan melihat peratus pandai besi di
Cipaat dari tahun 1980an-1990an sebelum bertambah secara 10% sekitar tahun 2000an. Namun
Dyota hanya menyatakan secara umum proses penghasilan senjata yang dipraktikkan oleh
pandai besi Cipaat dan melihat kepada ruang serta kedudukan bengkel besi samada berdekatan
atau berjauhan dengan toko senjata.
8.
Pananrangi Hamid, Drs. Darwas-Rasyid, Ms, Dra. Bennin Batong, Dra. Emia Ti A. Bonga & Kartini
(1990), Senjata Tradisional Daerah Sulawesi Selatan, Dept. Pendidikan & Kebudayaan, Dir. Jen.
Kebudayaan, Dir. Sejarah & Nilai Tradisional, Proyek Inventarisasi & Pembinaan Nilai-Nilai
Budaya, Sulawesi, Indonesia.
Amalan dan process
BURONG: Suatu Analisis Historis Fenomenologis dan hubungannya dengan Animisme, Dinamisme,
dan Hinduisme dalam Masyarakat Islam Aceh (1990) ISMAIL, HUSAINY
TRADISI MENGURUS JENAZAH DALAM MASY. BAJAU DI DAERAH SEMPORNA , SABAH, taufiqur
Rahman nasution abu masykur (2017), fakulti ushuluddin dan studi Islam, Universitas Islam negeri
Sumatera Utara, Medan. (perbincangan agama, nilai sinkretisme budaya animisme dan agama).
JURNAL WACANA SARJANA
Jilid 1(1) Dis 2017: 1: 18
Adat dan Kepercayaan dalam Ritual Kematian Masyarakat Bajau
Nordiana binti Mosum
Mohd Yuszaidy bin Mohd Yusoff
Universiti Kebangsaan Malaysia
Amalan tradisi dan adat resam: bertembungan agama. Diselaraskan dengan Islam. Netralkan antara budayaagama.
PERSEMBAHAN TARIAN PANANGSANG DALAM RITUAL PENYEMBUHAN MASYARAKAT BAJAU LAUT
Yeon Amsalie @ Amsalib Pisali Sharifuddin Zainal Humin Jusilin Mestrah Lauk (2017) Gendang Alam Jilid 7,
2017, UMS.
Mendokumentasi menghuraikan sejarah…kepentingan meneruskan tarian panangsang (perubatan tra.), tiada
perbincangan terperinci. Hanya menyatakan keunikan dan sejarah.
Arung Salamiah : Signifikasi Kepercayaan Keombokan Dalam Kepelbagaian Permainan Watak Dan
Perwatakan Teater Tradisional Etnik Bajau Pantai Timur Sabah,
Sharifuddin Zainal, Mohd Kipli Abdul Rahman, Yeon Amsalie @ Amsalib Pisali
Patta Ariffin Husin
3rd International Music and Performing Arts Conference Proceedings (13-15 November 2018)
ISBN 978-983-2084-43-3,
Sejarah dan watak penting dalam persembahan teater arung salamiah, jenis2 ombok/omboh dalam kosmologi
Bajau Laut, satu proses pengobatan.
Perbandingan watak jenis omboh (perubatan ngalai berasyik,bajau kota marudu)
Panangsang (kg. gelam2, pulau bum2,Semporna)
Magbuaya (kg. seloka empat, pulau bum2)…Banyak diskusi tentang pengaruh agama terhadap adat resam dan
budaya.
[16:23, 7/16/2021] um. dr simon soon: 1. Introduce topic (100 words)
2. Elaborate specifically on what is being studied and background (800-900)
3. Problem Statement (800)
4. Aims and Objectives (300)
5. Research Questions (100)
6. Argument/Significance (300)
7. Approach and Methods (1000)
8. Limitation and delimitation (500)
9. Literature review (3,000)
- 9.1 (Area 1)(1,000)
- 9.2 (Area 2)(1,000)
- 9.3 (Area 3) (1,000)
10. Chapter outline and conclusion (300-500)
[16:23, 7/16/2021] um. dr simon soon: 7000 proposal introduction that should be your First Chapter
Download