Uploaded by matyie9161

Buku Log Pengakap PKK 2019

advertisement
BUKU LOG
PENGAKAP
KANAK-KANAK
Nama Ahli Pengakap: ___________________________________________________
Sekawan:
_____________
Kumpulan:
_____________ Negeri: ___________ Daerah:____________
Sekolah:
____________________________________________________
SLIP UJIAN LENCANA KEAHLIAN
BIL
TAJUK
MUKA
TARIKH
TT. PENGUJI
SURAT
1
Biodata Ahli Pengakap
1
2
Lencana Keahlian
2
3
Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap
3
4
Prinsip Rukun Negara
5
5
Hormat dan Cogan Kata Pengakap
6
6
Sejarah Permulaan Pengakap
7
7
Cerita Hutan
8
8
Laung Agung
9
9
Laporan perjumpaan mingguan
10
Adalah dengan ini diperakukan dan disahkan bahawa ahli Pengakap Kanak-Kanak ini
telah menjalankan ujian-ujian seperti mana yang disyaratkan dan disahkan
LULUS/GAGAL ujian-ujian tersebut.
TARIKH
DILULUSKAN OLEH
DISAHKAN OLEH
BIODATA AHLI PENGAKAP
Nama:
:
Sekawan:
:
Kumpulan:
:
Negeri:
:
Sekolah:
:
Tarikh Lahir:
:
Tempat Lahir:
:
No. Sijil Kelahiran: :
No. K. Pengenalan: :
Alamat:
:
No. Telefon:
:
Cita-cita:
:
Hobi:
:
Nama Bapa:
:
Nama Ibu:
:
(R)
/
(B)
LENCANA
KEAHLIAN
PENGAKAP
PERSETIAAN PENGAKAP
BAHAWA DENGAN SESUNGGUHNYA SAYA BERJANJI DAN BERSETIAN YANG
SAYA DENGAN SEBERAPA DAYA UPAYA SAYA AKAN,
•
TAAT KEPADA TUHAN, RAJA DAN NEGARA
•
MENOLONG ORANG PADA SETIAP MASA
•
MENURUT UNDANG-UNDANG PENGAKAP
** salin ke dalam buku log
ISYARAT TANGAN PERSETIAAN PENGAKAP
** gunting dan tampal
UNDANG-UNDANG PENGAKAP
** gunting dan tampal atau salin semula ke dalam buku log
PRINSIP RUKUN NEGARA
1. Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31
Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi
13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.
2. Perisytiharan
Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
o mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh
masyarakatnya
o memelihara cara hidup demokratik
o mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan
dapat dinikmati secara adil dan saksama
o menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang
kaya dan berbagai-bagai corak
o membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan
teknologi moden.
3. Ikrar
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan
usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip
yang berikut:
•
Kepercayaan kepada Tuhan
•
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
•
Keluhuran Perlembagaan
•
Kedaulatan Undang-Undang
•
Kesopanan dan Kesusilaan
** salin semula ke dalam buku log secara ringkas
HORMAT DAN COGAN KATA PENGAKAP
1. Hormat Pengakap dilakukan apabila:
•
menemui ahli Pengakap lain, sama ada dalam atau luar negara yang
menunjukkan persaudaraan Pengakap.
•
menemui Pemimpin Pengakap dan penolong-penolongnya serta Ketua
Kumpulan dan Ketua Patrol / Sekawan.
•
semasa menerima sijil, anugerah dan sebagainya di dalam satu istiadat.
•
selepas bendera dikibarkan dalam Istiadat Bendera (Ladam Kuda)
•
ketika menjalankan Istiadat Laung Agung.
** salin semula ke dalam buku log
2. Cara hormat Pengakap:
** gunting dan tampal ke dalam buku log
3. Makna hormat Pengakap:
•
Tiga jari yang dirapatkan menunjukkan tiga persetiaan Pengakap, iaitu:
i.
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
ii.
Menolong orang pada setiap masa
iii.
Menurut undang-undang Pengakap
•
Ibu jari menunjukkan Undang-Undang Pengakap.
•
Jari kelingking menunjukkan ahli Pengakap.
•
Ibu jari bertaut pada jari kelingking, menunjukkan Pengakap adalah
bersaudara tanpa mengira pangkat, darjah atau pun keturunan.
4. Cogan Kata Pengakap:
•
BUAT HABIS BAIK (Pengakap Kanak-Kanak)
•
SELALU SEDIA (Pengakap Muda)
•
BERKHIDMAT (Pengakap Remaja)
•
PANDANG LUAS (Pengakap Kelana)
** salin semula ke dalam buku log
SEJARAH
PERMULAAN
PENGAKAP
OLEH
PENGASAS
PENGAKAP DUNIA
\
Pada 22 Februari 1857, seorang bayi telah dilahirkan di sebuah rumah
berhampiran Hyde Park, London. Bayi itu dinamakan Robert Stephenson Smyth Baden
Powell. Bapanya bernama Reverend H.G. Baden Powell, iaitu seorang maha guru di
Universiti Oxford. Ibunya ialah anak seorang Laksamana British bernama W.T. Smyth.
Beliau mempunyai tujuh orang adik-beradik.
Pada usia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau dalam
pemeliharaan ibunya. Beliau sangat gemar kepada penghidupan di luar rumah. Beliau
terkenal dengan nama ringkas BP. BP amat sayang kepada kanak-kanak.
BP ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Pasukan Askar Hussar ke-13 dan
ditempatkan di India pada tahun 1876 dan kemudian mendapat pangkat Ketua Inspektor
pada tahun 1903. Dalam satu serangan terhadap Mafeking pada tahun 1899, BP
merancang membawa pesanan-pesanan dan menggantikan askar-askar di medan
perang dengan kanak kanak yang tinggal di bandar yang diserang itu. Kepantasan dan
kecekapan kanak kanak ini meninggalkan kesan yang amat dalam pada hati BP dan
pada tahun 1907, ketika pulang ke England, beliau telah menganjurkan suatu
perkhemahan percubaan di Pulau Brownsea bagi kanak-kanak lelaki. Melalui kejayaan
perkhemahan di Pulau Brownsea itu, pada tahun 1908, BP telah mengarang sebuah
buku bernama Scouting For Boys.
BP menanam semangat taat kepada Tuhan, Raja dan Negara. Kejayaan ini tidak
dapat ditandingi oleh teman-teman yang sezaman dengannya. Inti daripada pusaka
yang ditinggalkannya ialah adunan teratur bagi kecekapan dan tatatertib yang
mengembangkan dasar dasar asas seorang manusia.
Dalam Jambori Pengakap Sedunia Pertama di Olympia, BP telah dilantik menjadi
Pengakap Agung bagi seluruh dunia.
Pada tahun 1937, sewaktu berumur 80 tahun, BP bersama-sama isterinya. Lady
Baden Powell, seorang yang telah bersungguh-sungguh membantu BP dalam segala
kerja mengembangkan pergerakan pengakap, dengan disertai oleh anak-anaknya,
meninggalkan Bandar Raya London menuju Kenya di Afrika dan bermastautin di sebuah
kampung yang aman dengan pemandangan yang indah, hutan yang menghijau,
kemuncak gunung yang diselaputi oleh saiji; di situlah BP berehat setelah lama berbakti
kepada dunia.
Buku Scouting For Boys dijadikan panduan untuk semua pengakap dunia. Ramai
yang telah menerima ideanya kerana ini terbukti dengan perkembangan pergerakan ini
ke serata dunia kecuali negara-negara komunis. Pergerakan pengakap telah memberi
peluang kepada muda mudi mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dan telah
menunjukkan kecekapan dalam berbagai perkara yang diuji. Pada mulanya masyarakat
menganggap perkhemahan sebagai sesuatu yang janggal, tetapi Lord Baden Powell
telah menyangkal perkara ini sehinggalah kini perkhemahan bukan sahaja popular di
kalangan pengakap malah di kalangan masyarakat biasa.
Lord Baden Powell telah menerima banyak anugerah scperti 'Baron’ dan telah
menjadi Ketua Pengakap Dunia. Pada tahun 1937, beliau menerima Order of Merit.
Beliau telah meneruskan usaha dalam lapangan ini sehingga berumur 80 tahun. Beliau
kemudiannya melancong ke serata pelosok dunia untuk menyaksikan sendiri kegiatan
pengakap dan pandu puteri. Seumur hidupnya, BP telah berusaha mewujudkan
kegembiraan kepada orang lain melalui pergerakan pengakap.
Oleh yang demikian, adalah menjadi kerugian besar bagi semua orang
khususnya pengakap apabila pada 8 Januari 1941 BP meninggal dunia. Mendiang
dikebumikan dengan penuh kchormatan di bawah bayang-bayang kelembutan Gunung
Kenya. Kata-kata akhirnya kepada kita semua di dalam pergerakan ini ialah: “TUHAN
MEMIMPIN DAN MEMBANTUMU DI DALAM KERJA-KERJAMU”.
Sejarah Permulaan Pengakap di Malaysia
Selepas dua tahun pengakap diasaskan oleh Lord Baden Powell di England,
seorang peneroka pengkap dari London bernarna E.G. Sands telah datang ke
Singapura pada tahun 1910 lain menubuhkan dua pasukan pengakap untuk anak-anak
orang Inggeris yang berada di Singapura. Pada tahun 1919, Kapten N.M. Hashim dan
Encik A.Z. Alsagoff telah menubuhkan pasukan pengakap untuk budak-budak Melayu
yang tahu berbahasa Inggeris di Singapura.
Negeri Melayu yang mula-mula menubuhkan pasukan pengakap ialah Pahang,
iaitu di Pekan, yang ditubuhkan oleh G.M. Laidlow, tetapi apabila beliau meninggal
dunia, pergerakan pengakap di situ turut berkubur. Hanya pada tahun 1927 barulah
dihidupkan semula oleh H.P. Hertslet yang kemudiannya diasaskan pula oleh Wheeler
dan Erisby dari Pejabat Pelajaran Pahang.
Di Pulau Pinang, pergerakan pengakap telah ditubuhkan oleh seorang ahli
pendidik yang termasyhur, iaitu H.R, Gheesman di Penang Free School pada tahun
1915. Gheesman telah berkhidmat selama 13 tahun dalam pergerakan pengakap di
Malaya, sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya.
Di Perak, pengakap telah ditubuhkan pada tahun 1926, iaitu di Maktab Melayu
Kuala Kangsar oleh I.R. Wheeler. Kemudian itu, banyak lagi sekolah di Perak
menubuhkan pasukan pengakapnya. Di Kedah, pergerakan pengakapnya bermula pada
tahun 1922. Peneroka pengakap di Kedah ialah E.G. Hicks, E.A.G. Stuart, R.P.S.
Walker dan G.W. Bloomfield. Di Johor, pengakap ditubuhkan pada awal taliun 1928,
iaitu dengan kedatangan Gheesman dari Pulau Pinang. Kumpulan yang pertama
ditubuhkan ialah di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar) Johor Bahru.
Manakala pergerakan pengakap di Melaka dan Negeri Sembilan bermula pada tahun
1926 oleh Brunstone.
Pada tahun 1926, Selangor pula menubuhkan gerakan pengakap dan orang
yang bertanggungjawab menubuhkannya ialah Ameen Akbar. Ini diikuti oleh penubuhan
pergerakan pengakap di Terengganu pada tahun 1927 oleh AJ. Grade dan di Kelantan
(1927) oleh Y.M. Tengku Ahmad Temenggong. Negeri yang terakhir di Semenanjung
menubuhkan pergerakan pengakap ialah Perlis pada tahun 1931.
Sabah telah menubuhkan pergerakan pengakapnya di Sandakan pada tahun
1915. Sementara di Sarawak ia ditubuhkan pada tahun 1913, tetapi terhend pergerakan
pengakapnya sehinggalah pada tahun 1930 apabila ia bergiat semula.
Sebelum merdeka, Persekutuan Budak-budak Pengakap Tanah Melayu meliputi semua
negeri, dengan tiap-tiap sebuah negeri sebagai satu daerah pengakap. Selepas Perang
Dunia Kedua, pergerakan pengakap di Malaya dan Singapura dimasukkan menjadi
cawangan Persekutuan Pengakap Great Britain. Selepas diadakan penyusunan semula,
tiap-tiap negeri menjadi satu persekutuan yang terdiri daripada beberapa daerah
pengakap. Tiap-tiap daerah ada dengan persekutuan pengakapnya.
Apabila Malaya mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957, Persekutuan
Budak-budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu menjadi ahli penuh dalam
Persidangan Pengakap Dunia. Dengan wujudnya Malaysia pada tahun 1963, namanya
bertukar menjadi Persekutuan Pengakap Malaysia dan keahliannya menjadi besar
kerana Sabah, Sarawak dan Singapura menjadi anggotanya. Apabila Singapura
berpisah daripada Malaysia pada tahun 1965, Persekutuan Pengakap Singapura
berhenti menjadi cawangan Persekutuan Pengakap Malaysia.
Rumah BP yang terletak di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, ialah ibu pejabat
Persekutuan Pengakap Malaysia, yang telah didirikan dengan belanja RM150 ribu dan
telah dibuka dengan rasminya pada 5 Januari 1957 sempena menyambut perayaan
ulang tahun yang ke-50 Pengakap Dunia. Rumah BP adalah nadi pergerakan pengakap
seluruh negara. Di sinilah Ketua Pesuruhjaya Negara mengarahkan segala gerak kerja
Persekutuan Pengakap Malaysia.
CERITA HUTAN
Di pedalaman India pada zaman dahulu ada seekor harimau tua yang tempang
kakinya dan paling dibenci oleh binatang-binatang yang hidup aman dalam sebuah
kawasan hutan. Harimau ini bernama Shere Khan.Pada suatu malam ketika dia
menghendap-hendap mencari makanan Shere Khan ternampak sebuah khemah
pemotong kayu. Di dalam khemah itu, pemotong kayu suami isteri dan seorang anak
meeka yang masih kecil sedang tidur dengan nyenyak. Di sisi khemah itu, unggun api
menyala dengan maraknya.Kerana terlalu gembira menemui mangsanya itu Shere Khan
terus menerkam. Malangnya Shere Khan terpijak bara unggun api yang ada di sisi
khemah itu. Dia pun melolong kesakitan sehingga menggemparkan satu keluarga
serigala yang tinggal dalam sebuah gua batu tidak jauh dari situ.
Sedang Bapa Serigala berlari keluar dari guanya hendak menyiasat kejadian itu,
tiba-tiba dia terdengar sesuatu merayap di dalam semak. Apabila dia bersedia hendak
menerkam, dia ternampak seorang anak manusia sedang merangkak ke arahnya
dengan berani. Budak itu adalah anak pemotong kayu yang tertinggal di dalam khemah
ketika ibu bapanya melarikan diri apabila terdengar lolongan Shere Khan tadi.Bapa
serigala menggonggong budak itu dan membawanya ke dalam gua. Ibu serigala
kasihan dan tertarik hati kepadanya kerana budak itu sedikit pun tidak takut kepada
mereka malah berebut-rebut dengan anak serigala yang lain menghisap susu Ibu
Serigala.
Kedua-dua Ibu dan Bapa Serigala bersetuju menerima budak itu sebagai anak
mereka sendiri dan menamakannya Mowgli. Anak-anak serigala yang lain juga sayang
kepadanya dan menganggap Mowgli sebagai saudara mereka sendiri.Tetapi tidak lama
kemudian Shere Khan datang ke mulut gua itu dengan dipandu Tabaqui, seekor rubah
(jackal), yang memang hidupnya memakan sisa tangkapan binatang-binatang
lain.Tabaqui terdahulu daripada itu telah dapat mengesan ke mana budak kecil
pemotong kayu itu pergi dan mengharap dapat makan sisa-sisa Shere Khan jika
harimau tempang itu memakan budak itu nanti.Bagaimanapun apabila Shere Khan
menuntut supaya Bapa Serigala menyerahkan budak itu, yang didakwanya sebagai
haknya, Bapa dan Ibu Serigala menentang. Shere Khan cuba hendak mengambil budak
itu dari dalam gua, tetapi badannya tidak muat melalui pintu gua.Dengan marah dia
akhirnya meninggalkan gua itu tetapi bersumpah yang suatu hari nanti budak itu akan
tetap menjadi mangsanya. Semenjak itu, Mowgli tinggal bersama-sama keluarga
serigala itu dan benar-benar sebagai anak serigala di dalam hutan.
DITERIMA SEBAGAI AHLI KUMPULAN SERIGALA
Ada suatu adat Kumpulan Serigala yang tinggal di hutan itu. Apabila anak-anak
serigala sudah agak besar, mereka mestilah ditunjukkan kepada semua anggota
Kumpulan. Mereka mengadakan Sidang Kumpulan sebulan sekali pada malam bulan
purnama di kawasan berbatubatu yang dipanggil Batu Sidang.Di sinilah nasib anakanak serigala ditentukan, sama ada diterima sebagai anggota Kumpulan atau
sebaliknya. Apabila seekor anak serigala sudah diterima sebagai anggota Kumpulan,
tidak seekor serigala lain pun boleh membunuhnya, dan jika ada yang membunuh,
hukumannya ialah bunuh juga.
Bapa Serigala menunggu sehingga anak-anaknya termasuk Mowgli, sudah boleh
berlari lari. Kemudian, pada suatu malam bulan purnama, Bapa dan Ibu Serigala pun
membawa anakanak mereka ke Batu Sidang itu.Apabila semua anggota Kumpulan
sudah berada di situ dengan anak masing-masing, Ketua Kumpulan, seekor Serigala
Jantan yang gagah lagi bijaksana bernama Akela, mula menyuruh ibu-ibu serigala
menunjukkan
anak
masing-masing
untuk
dilihat
oleh
anggota-anggota
Kumpulan.Akhirnya tibalah kepada giliran Mowgli. Dia sedikit pun tidak menunjukkan
rasa takut sebaliknya bergurau dengan anak-anak serigala lain seolah-olah dia pun
serigala juga. Apabila Akela menyuruh anggota-anggota Kumpulan melihat Mowgli dan
membuat keputusan, tiba-tiba Shere Khan mengaum dari belakang batu besar."Anak
manusia milikku. Berikan dia kepadaku semula kerana anak manusia tidak layak hidup
bersama kumpulan Serigala!" katanya.
Setelah senyap seketika, mulalah beberapa ekor anak serigala yang sudah agak
dewasa menyatakan rasa tidak setuju mereka menerima Mowgli. Mengikut Undangundang Hutan, apabila timbul perselisihan begitu, dua anggota Kumpulan yang bukan
ibu atau bapa kepada anak serigala itu mestilah bercakap menyokongnya baru dia
diterima menjadi anggota Kumpulan."Siapakah antara anggota Kumpulan yang bersedia
menyokong?" tanya Akela, Ketua Kumpulan.Tidak seekor pun anggota Kumpulan itu
bersuara dan Ibu Serigala pun bersedia hendak bertempur bermati-matian untuk
mempertahankan Mowgli. Seekor binatang lain yang bukan anggota Kumpulan itu tetapi
dibenarkan bercakap dalam Sidang Kumpulan ialah Baloo, seekor beruang tua yang
menjadi guru mengajar anak-anak serigala Undang-undang Hutan.Setelah tidak ada
serigala yang lain bercakap, Baloo berdiri di tempatnya di belakang Batu Sidang dan
menyokong supaya Mowgli diterima sebagai anggota Kumpulan. Dia sendiri berjanji
akan mengajar Mowgli. Tetapi Mowgli memerlukan lagi satu suara menyokongnya.
Ketika Akela meminta sokongan lagi, Bagheera, seekor Harimau Kumbang yang
tangkas tetapi baik hati, tiba-tiba bercakap. Walaupun dia tidak berhak bersuara, tetapi
mengikut Undang-undang Hutan, nyawa seekor anak serigala boleh ditebus dengan
seekor buruan.Dia akan menghadiahkan seekor lembu jantan yang baru dibunuhnya
dan disembunyikan tidak jauh dari situ untuk menebus nyawa Mowgli supaya diterima
sebagai anggota Kumpulan. Anggota-anggota Kumpulan segera bersetuju menerima
Mowgli sebagai anggota apabila mendengar hadiah lembu jantan yang ditawarkan oleh
Bagheera itu.Mereka turun dari bukit dan pergi beramai-ramai mendapatkan buruan itu
dan tinggallah Akela, Bagheera, Baloo dan keluarga Mowgli saja di Batu Sidang
itu.Shere Khan mengaum lagi sekuat hatinya, terlalu marah kerana budak itu tidak
diserahkan kepadanya. Tetapi Akela berkata keputusan itu amat baik kerana manusia
dan anak mereka memang baik dan Mowgli akan dapat memberi pertolongan kepada
suatu hari kelak. "Kekuatan sesebuah enam sekawan adalah ahli sekawannya dan
kekuatan ahli sekawan terletak pada enam sekawannya”.
Tarikh:
16 Februari 2011 (Sabtu)
Masa:
02.30 petang
Tempat:
Dewan Terbuka
Tajuk:
Laung Agung
Pemimpin:
Tuan Muhammad Farid bin Abdul Ghani
1. Akela berteriak 'Pek' semua Pengakap Kanak-kanak berdiri diam dalam
keadaan sedia.
2. Akela berteriak 'Pek!', 'Pek!','Pek!'.
3. PKK akan menyahut panggilan Akela 'Pek!!!!!!!!!!!' sambil berlari mengelilingi
Akela.
4. Akela mendepakan tangan untuk menandakan arahan kepada PKK membuat
bulatan besar. PKK lantas memegang tangan membuat bulatan besar. Bila
bulatan telah tersedia, PKK menjatuhkan tangan.
5. Akela mendepakan tangan sekali lagi, PKK mengangkat tumit, Akela rapatkan
tangan ke peha, PKK mencangkung dengan kedua-dua belah tangan
mencecah ke tanah, kepala diangkat dan terus berteriak 'Akela, Kami Buat
Habis Baik'
6. Sebaik sahaja perkatan Baik dilaungkan, PKK lantas bangun tegak dalam
keadaan sedia.
7. Petugas mencabar dengan hormat kepada Akela. Petugas berteriak dengan
intonasi mencabar.
8. ‘Kamu Buat Habis Baik?'
9. PKK berdiri hormat pada akela dan terus menjawab: ‘Kami Buat Habis Baik.'
10. Akela membalas hormat, PKK tidak menjatuhkan tangan mereka sehingga
Akela selesai membalas hormat.
11. Ketua sekawan membuat laporan kepada Akela.
12. Istiadat diteruskan dengan:
o Bacaan doa / Bertakafur
o Persetiaan Pengakap
o Istiadat mengibarkan bendera
o Ucapan dan arahan untuk meneruskan aktiviti.PKK keluar baris dan
bergerak kepada Sekawan untuk meneruskan aktiviti.
Download