PERTANDINGAN DIGITAL POSTER (SR) 2021 OLEH: ILLIAS BIN AZMI SEKOLAH KEBANGSAAN SRI JELOK Pertandingan Digital Poster • • • Terbuka kepada murid-murid sekolah rendah tahun 4 hingga 6 sahaja. Fokus Pertandingan ialah mencungkil kreativiti muridmurid dalam menghasilkan poster yang mampu menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Poster dibuat menggunakan perisian yang sesuai, bersaiz A4, berorientasi landscape atau potret dan perlu disimpan dalam pilihan format JPEG / PNG / PDF. • Poster mestilah hasil ciptaan peserta sendiri dan tidak diplagiat dari internet atau sumber-sumber lain. • Penghasilan poster berdasarkan tema; i. Stay Healthy Stay Happy / Kekal Sihat, Kekal Bahagia ii. Caring fo the Environment / Sayangi Alam Sekitar iii. Go Green Save the Planet / Amalan Hijau Selamatkan Bumi iv. Say No to Plastics / Katakan Tidak Kepada Plastik v. Endangered Species: Don’t Let Them Disappear / Spesies Terancam: Jangan Biarkan Ianya Pupus Penilaian adalah berdasarkan : i. persembahan dan reka bentuk : 60 markah ii. ketepatan tema : 40 markah • Penyertaan sekolah mestilah melalui pautan dari PPD daerah sekolah masing-masing. • Tidak dibenarkan menghantar terus ke peringkat negeri. • Sebarang penyertaan terus ke peringkat negeri akan dianggap batal serta tidak akan dilayan. Persembahan Dan Reka Bentuk • Poster hendaklah menyampaikan makna dan maksud yang pelbagai dan berkesan serta secara kreatif kepada umum. • Poster yang baru serta unik dan tidak pernah dilihat oleh mana-mana pihak ATAU panel menilaikannya sebagai asli dan baru. • Poster juga hendak mampu menonjolkan mesej atau maksud dengan sangat berkesan • Poster hendaklah mempunyai kualiti dari segi penyampaian maklumat serta aspek seni dan visual. • Poster yang dihasilkan tersusun, sangat kemas dan bersih. Ketepatan Tema • Penerangan isi kandungan yang jelas dan tepat serta isi penyampaian (Fakta) bertepatan dengan konsep sains yang dipilih. - tidak lari dan menyimpang jauh dari konsep dan fakta. • Pemilihan ”tema,rekabentuk serta hasil poster” hendaklah berkait dengan Konsep Sains dipilih. • Aplikasi Konsep Sains dipilih dalam kehidupan seharian seperti kitar semula untuk perlindungan alam sekitar. • Penggunaan Terma-terma Sains Dengan Tepat • Poster diterangkan dengan maklumat yang jelas dan padat. Contoh-Contoh Poster Digital Sumber : pinterest.com Sumber : verst.com.my Syarat-syarat Tambahan • 1. Setiap penyertaan hendaklah dihantar secara atas talian melalui pautan yang disediakan sahaja beserta dengan maklumat lengkap peserta. • 2. Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkaitan. • 3. Hanya nama peserta dan tahun / tingkatan sahaja DIBENARKAN ditulis @ disebut dalam hasil projek. Nama sekolah dan negeri TIDAK DIBENARKAN. • 4. Keputusan adalah muktamad. Markah peserta adalah sulit dan sebarang aduan tidak akan dilayan. • SEKIAN,TERIMA KASIH.