CARA PENJAGAAN POKOK STRAWBERRY Medium yang sesuai : Tanah 3in1 atau 6in1, + tanah kompos + cocopeat + perlite 🍓 Bagi panas pagi sahaja letak bawah bumbung atau greenhouse. Pokok masih memerlukan cahaya matahari tetapi BUKAN matahari terik atau direct sun. 🍓🍓🍓 Siraman sekali sehari diwaktu pagi, semasa musim panas boleh bagi 1 cawan air sejuk dari peti ais atau 2 kiub ais batu Nota: Jangan siram atau letak ais direct pada pokok, tepi-tepi pasu saja. 🍓🍓 JANGAN ❌ bagi kena hujan nanti akar cepat reput dan busuk 🍓🍓 🍓 CARA BIAK 🍓 Kalau ada SULUR / RUNNER / STOLON, biakkan dengan cara - pindahkan ke pasu lain - cucuk ke media tanpa memotong sulur sehingga runner berakar dan stabil. CARA PEMBAJAAN Bagi pokok yang baru ditanam, disyorkan untuk membaja guna FISHMEAL 2x sebulan dan BONEMEAL 2 kali sebulan - ini bermakna, pembajaan seminggu sekali dengan berselang seli. ✔ baja bonemeal 100% diperbuat dari tulang ikan khas untuk pokok berbunga dan berbuah ✔ baja fishmeal 100% dari isi ikan khas untuk pembesaran pokok dan kesuburan pokok ✍️ www.wasap.my/60198651609