Uploaded by SITI RAHAMAH BINTI MOHD JOHAN Moe

kimia

advertisement
1
BAHAGIAN A (OBJEKTIF)
Jawab semua soalan.
1. Pernyataan yang manakah benar tentang teori kinetik jirim?
I Zarah-zarah sentiasa bergerak dan bergetar.
II Kelajuan zarah-zarah bertambah jika lebih banyak tenaga dibekalkan.
III Zarah-zarah dalam cecair bergerak lebih cepat daripada zarah-zarah dalam gas.
IV Gerakan bagi zarah-zarah dalam cecair ialah getaran.
A I dan II
C II dan IV
B I dan III
D III dan IV
2. Yang berikut yang manakah menunjukkan contoh yang betul bagi setiap jenis zarah?
Atom
Molekul
A
Air
Kuprum
B
Besi
Helium
C
Natrium klorida
Ammonia
D
Natrium
Karbon dioksida
3. Warna air di dalam sebuah bikar bertukar ke biru dengan cepat jika seketul hablur kuprum(II) sulfat
yang berwarna biru dimasukkan ke dalamnya. Ini adalah kerana
A air melarutkan kuprum(II) sulfat
B kuprum(II) sulfat ialah konduktor elektrik
C kuprum(II) sulfat terdiri daripada zarah-zarah yang halus dan diskret
D daya tarikan antara air dan kuprum(II) sulfat adalah kuat
4. Yang berikut yang manakah tidak berlaku semasa pemanasan sesuatu bahan?
A Tenaga kinetik zarah-zarah bertambah.
B Jarak antara zarah-zarah bertambah.
C Daya tarikan antara zarah-zarah menjadi lemah.
D Saiz zarah-zarah bertambah.
5.Siapakah ahli sains yang mengemukakan elektron dalam suatu atom beredar dalam petala
yang mengelilingi nukleus?
A Niels Bohr
C James Chadwick
B J.J. Thomson
D Ernest Rutherford
6.Suatu unsur mengandungi dua isotop. Kedua- dua isotop ini adalah sama dari segi
A nombor nukleon
C sifat fizik
B bilangan elektron
D bilangan neutron
7. Cl-35 dan Cl-37 ialah isotop. Terdapat 20 neutron dalam Cl-37.
Berapakah bilangan proton dalam Cl-35?
A 17
C 19
B 18
D 20
2
8.Bromin-79 dan bromin-81 ialah isotop. Bilangan neutron dalam satu atom bromin -79 ialah
44. Berapakah bilangan neutron dalam satu atom bromin-81?
A 43
C 45
B 44
D 46
9. Isotop yang manakah digunakan untuk menganggar umur fosil dan bahan purba?
A Kobalt-60
C Uranium-235
B Karbon-14
D Fosforus-32
Satu balang gas mengandungi 0.25 mol gas karbon dioksida. CO₂
10. Berdasarkan pernyataan di atas, berapakah bilangan molekul karbon dalam balang gas tersebut?
[Pemalar Avogadro = 6.02 x 10²³]
A 1.505 x 1023
C 4 x 1023
B 3.01 x 1023
D 7.525 x 1023
11. Sebuah balang gas mengandungi 3.01 x I023 molekul hidrogen. Berapakah bilangan mol gas
hidrogen dalam balang gas tersebut? [Pemalar Avogadro = 6.02 x 10²³]
A 0.5 mol
C 3.0 mol
B 1.0 mol
D 6.0 mol
12. Jisim formula relatif natrium klorida, NaCl ialah 58.5. Jisim 2 mol natrium klorida ialah
A 58.5 g
C 117 g mol⁻1
B 117 g
D 174 unit mol⁻1
13.Hitung isi padu 0.8 mol gas hidrogen pada STP.
[Isi padu molar: 22.4 dm³mol⁻ 1 pada STP]
A 17.92 dm³
C 28 dm³
B 18.8 dm³
D 44.8 dm³
14. Berapakah bilangan mol atom klorin dalam 31.2 dm³ gas klorin pada keadaan bilik?
[Isi padu molar: 24 dm³ mol⁻ 1 pada keadaan bilik]
A 1.3 mol
C 0.77 mol
B 2.6 mol
D 1.54 mol
15. Namakan sebatian dengan formula CO.
A Karbon oksida
C Karbon dioksida
B Karbon oksigen
D Karbon monoksida
3
BAHAGIAN B (STRUKTUR)
1. Jadual di bawah menunjukkan sifat fizik untuk tiga bahan P, Q dan R
.
Bahan
Takat lebur/°C
Takat didih/°C
Keadaan fizikal pada suhu bilik
P
-183
-89
Q
15
70
Cecair
R
900
2030
(a) Nyatakan keadaan fizikal P dan R.
i. P: ________________________________________
ii. R: ________________________________________
[2 markah]
(b) Ramalkan keadaan fizikal Q pada suhu 100°C.
_________________________________________________________________
[1 markah]
(c) Zarah bahan manakah yang mempunyai tenaga kinetik yang paling tinggi pada suhu bilik?
_________________________________________________________________________
[1 markah]
2. Rajah di bawah menunjukkan simbol bagi karbon-12 dan karbon-14.
Rajah 9
Karbon-14 adalah isotop bagi karbon-12.
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan isotop?
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
[1 markah]
(b) Nyatakan bilangan neutron karbon-14.
_____________________________________________________________________________
[1 markah]
(c) i. Tuliskan susunan elektron bagi atom karbon-12.
_____________________________________________________________________________
[1 markah]
ii. Apakah bilangan elektron valens bagi atom karbon-12?
_____________________________________________________________________________
[1 markah]
4
(d) Lukis susunan elektron bagi karbon-14.
Dalam rajah anda, tunjukkan kedudukan elektron, proton dan neutron.
[2 markah]
(e) Nyatakan satu contoh isotop dan kegunaannya dari segi perubatan
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
[2 markah]
3. Jadual menunjukkan nama, formula kimia dan jisim molekul relatif bagi sebatian kimia.
Nama sebatian
Etena
Glukosa
Kuinin
Formula kimia
C2H4
C₆H12O₆
C₂₀H₂₄N₂O₂
Jisim molekul relatif/ gmol⁻¹
Formula empirik
(a) Lengkapkan Jadual dengan memasukkan jisim molekul relatif dan formula empirik bagi
setiap sebatian itu.
[Jisim atom relatif: H = 1; O = 16; C = 12; N = 14; CI = 35] [Pemalar Avogadro = 6.02 x 10²³]
[6 markah]
(b) Berapakah bilangan mol yang terdapat dalam....
i. 10 g etena?
[1 markah]
ii. 10 g glukosa?
[1 markah]
5
(c) Dalam pembakaran etena dan oksigen, gas karbon dioksida dan air dihasilkan.
Tuliskan persamaan kimia yang seimbang bagi pembakaran karbon itu.
__________________________________________________________________________
[2 markah]
(d) Berdasarkan persamaan kimia di (c), berapakah isipadu gas karbon dioksida yang terhasil pada
keadaan bilik apabila 14 g etena terbakar dengan lengkap dengan oksigen.
[Isi padu molar: 24 dm³ mol⁻ 1 pada keadaan bilik]
[3 markah]
Download