Sains : Tingkatan 4 Tema 4 : Tenaga dan Kelestarian Hidup Bab 11 : Daya dan Gerakan Standard Kandungan : 11.3 Pecutan Graviti dan Jatuh Bebas Standard Pembelajaran : 11.3.1 Menjalankan eksperimen untuk menentukan nilai pecutan graviti bumi g 11.3.2 Mentafsir graf gerakan yang mengalami keadaan jatuh bebas 11.3.3 Menjalankan eksperimen mengkaji keadaan jatuh bebas dan bukan jatuh bebas Objektif Pembelajaran Murid boleh : a) Menerangkan maksud pecutan graviti b) Menyatakan pecutan nilai graviti c) Menerangkan maksud jatuh bebas d) Membandingkan masa jatuh bagi objek di bawah daya graviti dan jatuh bebas Membuat ramalan masa objek sampai ke dasar jika jisim dua objek adalah sama Menyelesaikan masalah bagi pecutan bagi objek jatuh bebas e) f) NOTA RINGKAS 1. Objek jatuh ke bawah disebabkan tarikan ke arah pusat Bumi oleh daya graviti Bumi. 2. Pecutan graviti ialah pecutan objek yang disebabkan oleh tarikan daya graviti. Simbol yang digunakan untuk pecutan graviti ialah g. Nilai g di permukaan Bumi ialah 10 m s–2. https://youtu.be/kHEvyeSKd6w 3. Sekiranya suatu objek jatuh disebabkan oleh tindakan daya graviti semata-mata, objek itu dikatakan mengalami jatuh bebas. https://youtu.be/XvMG8Bo9Wm4 SOALAN PENGUKUHAN Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul. 1 …………………..ialah pecutan suatu objek yang disebabkan oleh tarikan daya graviti. 2 Nilai pecutan graviti ialah ……………………….. 3 Rajah (a) menunjukkan bekas vakum yang panjang di mana segumpal kapas berjisim 2 g dan seketul batu berjisim 20 g dilepaskan serentak dari ketinggian yang sama. Rajah (b) menunjukkan suatu fotograf stroboskopik menunjukkan gerakan batu dalam keadaan jatuh bebas. Frekuensi stroboskop itu ialah 20 Hz. (a) Bandingkan masa yang diambil oleh kapas dan batu itu untuk sampai ke dasar bekas. ……………………………………………………………………………………………….. ……………………………………………………………………………………………….. (b) Namakan satu faktor yang menyebabkan kedua-dua kapas dan batu jatuh ke bawah. ……………………………………………………………………………………………….. (c) Apakah yang akan terjadi kepada masa jatuh jika jisim kapas dan batu adalah sama? Terangkan jawapan anda.. ……………………………………………………………………………………………….. ……………………………………………………………………………………………….. (d) (i) Apakah maksud jatuh bebas? ………………………………………………………………………………………. ... ……………………………………………………………………………………… …. (ii) Apakah masa yang diambil di antara dua imej batu tersebut? (iii) Tentukan pecutan batu tersebut.