Uploaded by RASHEEDA HANIS BINTI ROSLI Moe

PJPK F4 UNIT 1 KEKELUARGAAN

advertisement
UNIT 1
KEKELUARGAAN
PJPK Tingkatan 4 KSSM PK
Oleh Cikgu Norazila Khalid
Smk Ulu Tiram, Johor
KEKELUARGAAN
• Kemahiran keibubapaan merupakan sesuatu yang amat
penting bagi institusi kekeluargaan dalam dasawarsa
ini.
• Kemahiran ini perlu sesuai dengan situasi semasa anakanak.
• Kemahiran keibubapaan bukan sahaja perlu
dipraktikkan oleh ibu bapa, malah anak-anak terutama
remaja masa kini juga perlu menguasainya.
KEKELUARGAAN
• Mereka perlu didedahkan dengan kemahiran tersebut
agar menjadi pemangkin kewujudan sesebuah keluarga
bahagia, bertoleransi dan memahami.
• Peranan diri sendiri (anak-anak dan remaja) dan ahli
keluarga lain dapat meningkatkan keharmonian
institusi kekeluargaan terutama dari aspek kesihatan
keluarga.
Kemahiran Keibubapaan
dalam Konteks Berkeluarga
• Institusi kekeluargaan
terbentuk melalui ikatan
perkahwinan yang sah.
• Kedua-dua pasangan perlu
berusaha untuk
mengekalkan perkahwinan
mereka bagi membentuk
keluarga yang bahagia,
bertoleransi dan saling
memahami.
Kemahiran Keibubapaan
dalam Konteks Berkeluarga
• Keluarga merupakan satu
institusi yang amat penting
dalam masyarakat.
• Kepincangan institusi
kekeluargaan akan
menyumbang kepada
keretakan sesebuah
masyarakat.
• Keluarga yang harmoni
akan melahirkan insan yang
bertanggungjawab terhadap
diri dan insan lain.
KEIBUBAPAAN
• Setiap pasangan yang berkahwin
mengimpikan sebuah keluarga
yang bahagia.
• Keluarga bahagia ialah asas
kepada pembentukan
masyarakat penyayang.
• Ibu bapa merupakan pemimpin
dalam rumah tangga dan
institusi kekeluargaan. Sebagai
pemimpin, mereka perlu
menguasai kemahiran
keibubapaan.
Kemahiran Keibubapaan
dalam Konteks Berkeluarga
• Suri teladan kepada
anak-anak
• Kemahiran
mendengar
• Kemahiran
berkomunikasi
• Kemahiran
berbincang
• Kemahiran
membimbing
• Kemahiran insaniah
Suri teladan kepada
anak-anak
• Ibu bapa berperanan sebagai
suri teladan kepada anak-anak
terutama remaja bagi
memastikan mereka mempunyai
sahsiah yang baik.
• Anak-anak atau remaja yang
sedang meningkat usia
mencontohi kelakuan ibu bapa.
• Hal ini bertepatan dengan
peribahasa Melayu bagaimana
acuan, begitulah kuihnya.
Suri teladan
kepada anak-anak
• Sebagai contoh,
amalan gaya hidup
sihat, penampilan diri
yang kemas, berkata
jujur, rajin, bersikap
lemah lembut, sopan
santun dan ceria.
Kemahiran mendengar
• Ibu bapa perlu menjadi
pendengar yang baik untuk
mendengar luahan anak-anak
sama ada dalam keadaan sedih
atau gembira.
• Ibu bapa menjadi sumber
rujukan dan berkongsi pendapat
dengan anak-anak.
Kemahiran mendengar
• Sentiasa memberikan tumpuan,
sabar dan meluangkan masa
untuk mendengar.
• Seorang pendengar yang baik
tidak mencelah perbualan
dengan cerita lain.
• Jadi pendengar yang aktif
dengan memberikan maklum
balas yang baik.
• Fahami pandangan dan perasaan
anak-anak.
Kemahiran
berkomunikasi
• Komunikasi yang baik
akan membentuk
sahsiah anak-anak.
• Ibu bapa perlu tahu
untuk membezakan
antara situasi yang
memerlukan
ketegasan dengan
situasi yang
memerlukan
kelembutan dan kasih
sayang
Kemahiran
berkomunikasi
• Sentiasa memberikan tumpuan
semasa berkomunikasi dengan
anak-anak.
• Menyesuaikan komunikasi
dengan emosi anak-anak ketika
berbual.
• Tidak segera memberi nasihat.
• Ibu bapa seharusnya
mempunyai ilmu memahami
perspektif remaja.
Kemahiran berbincang
• Ibu bapa perlu menguasai kemahiran
berbincang.
• Perbincangan dengan anak-anak
memberikan mereka keyakinan dalam
membuat sesuatu keputusan.
• Beri peluang kepada anak-anak
terutama remaja untuk memberikan
idea dan pandangan mereka.
• Ibu bapa perlu berbincang dalam
keadaan rasional dengan anak-anak,
bukan dalam keadaan beremosi.
• Cara ibu bapa berbincang dengan
anak-anak akan memberikan impak
kepada perhubungan antara ibu bapa
dengan anak-anak.
Kemahiran
membimbing
• Anak-anak perlu dibimbing
supaya mereka tidak lari
daripada landasan agama dan
norma kehidupan seperti
penyalahgunaan dadah dan
perhubungan seks luar nikah.
• Ibu bapa seharusnya
memberikan anak-anak
peluang untuk berdikari
selain peluang membuat
keputusan.
Kemahiran
membimbing
• Bimbingan yang
berterusan akan
menjadikan anakanak rapat dengan ibu
bapa.
• Perbincangan yang
diakhiri dengan
bimbingan
menjadikan anakanak berasa disayangi
dan dihargai.
Kemahiran
insaniah
• Ibu bapa perlu
bersikap adil dalam
kalangan anak-anak.
• Ibu bapa perlu
menjaga kebajikan
anak-anak seperti
mengambil berat
tentang keperluan
persekolahan dan
harian.
Kemahiran insaniah
• Ibu bapa perlu bersikap
memaafkan anak-anak.
• Namun begitu, hukuman
berbentuk pengajaran
perlu diterapkan agar
mereka belajar daripada
kesilapan.
• Ibu bapa seharusnya
sentiasa bersifat tenang
dan bersabar.
Kesan Kekurangan
Kemahiran Keibubapaan
Terhadap Ahli Keluarga
• Merendahkan harga diri
anak-anak
• Anak kerap memprotes
secara melampau
• Anak-anak lebih kerap
meluahkan perasaan di
media sosial
• Perhubungan antara ibu
bapa dengan anak-anak
menjadi kurang mesra
Kesan Kekurangan
Kemahiran Keibubapaan
Terhadap Ahli Keluarga
• Anak-anak gagal
mempunyai sikap asertif
• Menjarakkan hubungan
antara anak-anak dengan
ibu bapa
• Anak-anak menjadi
kurang bertanggungjawab
dan kurang matang
• Sering berlaku
pertengkaran antara adikberadik dan ibu bapa
Kepentingan Kemahiran Keibubapaan
dalam Konteks Berkeluarga
• Hari ini, kita didedahkan dengan
pelbagai masalah remaja akibat
lemahnya institusi kekeluargaan.
• Masalah seperti ponteng sekolah,
bergaduh, buli, merokok, hubungan
seks luar nikah, sumbang mahram,
penyalahgunaan bahan, menonton
laman web porno, lari dari rumah dan
terlibat dengan gangsterisme antara
masalah yang sering dipaparkan sama
ada di media elektronik, Internet
mahupun di dada akhbar.
Kepentingan Kemahiran
Keibubapaan dalam Konteks
Berkeluarga
• kemahiran keibubapaan dalam
konteks berkeluarga dapat
membentuk budaya anak-anak yang
cemerlang, tidak terpengaruh
dengan gejala sosial, mempunyai jati
diri dan tahap disiplin yang baik
serta mempunyai pengetahuan dan
pegangan agama.
• Namun ibu bapa yang menggunakan
kekerasan menyebabkan hubungan
yang terjalin dalam kalangan ahli
keluarga renggang sejak awal
seterusnya mendorong kepada
kehidupan yang penuh kemelut dan
tekanan.
Kepentingan Kemahiran Keibubapaan
dalam Konteks Berkeluarga
• Meningkatkan tahap disiplin
• Mendidik agar boleh berdikari
• Menghindarkan daripada
terjebak dengan gejala sosial
• Bertindak sebagai tempat
rujukan dan menyelesaikan
masalah
• Mendidik dengan nilai dan
pegangan agama
TAMAT
Download