Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap aktiviti fizikal harian, indeks jisim badan dan masa yang digunakan untuk duduk dalam seminggu mahasiswi dan pengaruh aktiviti fizikal harian terhadap tahap obesiti mahasiswi fakulti sains sukan dan kejurulatihan UPSI. Kajian yang dijalankan ini merupakan kajian berbentuk kuantitatif dan borang soal selidik (IPAQ-M versi panjang) telah diedarkan kepada responden. Seramai 90 orang mahasiswi daripada fakulti sains sukan dan kejurulatihan telah dipilih secara rawak. Responden adalah terdiri daripada tiga program pengajian yang berbeza iaitu program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Sukan), Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Jasmani) dan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Kejurulatihan). Bilangan responden daripada setiap program pengajian adalah seramai 30 orang. Analisis data telah dilakukan mengikut protokol pemprosesan data IPAQ versi panjang seterusnya analisis One-Way ANOVA dan korelasi Pearson digunakan. Hasil analisis data menunjukkan ketiga-tiga kumpulan responden menunjukkan tahap aktiviti fizikal yang tinggi dan ukuran BMI yang normal dengan nilai min Sains Sukan (MET-3728.917, BMI-20.757), Pendidikan Jasmani (MET-3957.2, BMI-21.103) dan Sains Kejurulatihan (MET-4539.837, BMI-22.673). Analisis korelasi Pearson menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan diantara tahap aktiviti fizikal (MET) dan indeks jisim badan (BMI) bagi tiga program pengajian iaitu Sains Sukan (r = -0.083, p = 0.661, p > .05), Pedidikan Jasmani (r = 0.121, p = 0.526, p > .05) dan Sains Kejurulatihan (r = -0.414, p = 0.023, p < .05). Hasil daripada analisis mendapati bahawa tahap aktiviti fizikal adalah bukan pengaruh utama bagi menentukan ukuran BMI. Implikasi dari penemuan ini dapat membantu setiap individu dalam merancang dan mengekalkan ukuran BMI dalam keadaan normal untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan memberikan impak yang positif dan mengelakkan penyakit yang berbahaya This study aims to identify the level of daily physical activity, body mass index and time spent sitting in a week and the influence of daily physical activity on the level of obesity among the students from the faculty of sports science and coaching UPSI. This study is a quantitative study and a questionnaire form (IPAQ-M long version) was distributed to respondents. A total of 90 students from the faculty of sports science and coaching were randomly selected. Respondents are comprised of three different study programs, namely the Bachelor of Education (Sports Science), Bachelor of Education (Physical Education) and Bachelor of Sports Science (Coaching) programs. The number of respondents from each study program is 30 people. Data analysis was performed according to the long version version of the IPAQ data processing protocol followed by the One-Way ANOVA analysis and Pearson correlation were used. The results of the data analysis showed that all three groups of respondents showed high levels of physical activity and normal BMI measurements with mean values of Sports Science (MET-3728.917, BMI-20.757), Physical Education (MET-3957.2, BMI-21.103) and Coaching Science ( MET-4539,837, BMI-22,673). Pearson correlation analysis showed that there was no significant relationship between the level of physical activity (MET) and body mass index (BMI) for the three study programs namely Sports Science (r = -0.083, p = 0.661, p> .05), Physical Education (r = 0.121, p = 0.526, p> .05) and Coaching Science (r = -0.414, p = 0.023, p <.05). The results of the analysis found that the level of physical activity is not the main influence to determine the measurement of BMI. The implications of these findings can help each individual in planning and maintaining BMI measurements under normal conditions to adopt a healthy lifestyle and provide a positive impact as well as to prevent dangerous diseases. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap aktiviti fizikal harian, indeks jisim badan dan masa yang digunakan untuk duduk dalam (tempoh/masa) seminggu dan pengaruh aktiviti fizikal harian terhadap tahap obesiti dalam mahasiswi fakulti sains sukan dan kejurulatihan UPSI