7. TUJUAN, REKA BENTUK DAN PRINSIP PENGOPERASIAN BEKALAN KUASA Bekalan kuasa telah direka untuk membekalkan agen penyejukkan kepada OHH dan juga menyalurkan kuasa elektrik kepada system semasa persediaan pelancaran misil. Bekalan kuasa merangkumi pressure bottle yang diisi dengan gas yang mampat bersama bateri 1 dan elektrolit. Pressure bottle telah direka untuk menyimpan gas mampat untuk jangkamasa yang panjang pada tekanan 350 kgf/cm2 dan alat ini juga dijadikan sebagai bekas berkilat yang berbentuk sfera. Hollow stem 11 ditempatkan di dalam Pressure bottle. Hujung stem akan disambungkan ke paip penyambung 10 yang digunakan untuk mengisi dan juga mengeluarkan gas apabila diafragma 4 di sentuh. Bateri di skru pada hujung stem yang bertentangan. Bateri merangkumi komponen elektrokimia yang bersambung pada campuran litar siri-selari. Pyrotechnic Heaters ditempatkan diantara komponen elektrokimia tersebut. Bekalan kuasa diaktifkan apabila striker 7 membocorkan diafragma 4 semasa bergerak. Setelah diafragma dibocorkan, gas akan disalur keluar melalui laluan C pada paip penyambung 8 dan juga menerusi garis bekalan kepada penyejuk OHH dan menerusi laluan D dalam stem striker 12. Apabila daya yang mencukupi di hasilkan, lockpin 14 akan di leraikan, dimana striker 12 yang bergerak pada halaju yang tinggi yang seterusnya menghasilkan pembakaran pada ingniting primer 2 yang terdapat pada bateri. Didalam kes ini, percikan api yang terhasil akan membakar pyrotechnic heaters lalu meleburkan elektrolit pada komponen elektrokimia. Ini menunjukkan bahawa bateri berada di dalam keadaan boleh beroperasi. Terminal bateri disambung oleh batang karbon yang menghubungkan contacts 3 kepada penyambung 9 yang membolehkan electrical coupling bateri ke tiub pelancar berlaku. Paip penghubung di tutup oleh penutup keselamatan 5. Dengan mengambil kira keadaan penutup 6 boleh menentukan bahawa bekalan kuasa telah diaktifkan atau tidak. Jika bekalan kuasa telah diaktifkan,penolak tiub akan meninggalkan kesan.