Uploaded by Roup Soup

Faktor Kejayaan Murid dalam Akademik

Pada era kemodenan ini, kejayaan murid berkait rapat dengan pencapaian mereka
dalam akademik. Betul, pencapaian akademik seseorang murid mampu menunjukkan
tahap disiplin di samping intelek mereka. Lantaran itu, murid-murid cemerlang dapat
diketengahkan untuk menerima biasiswa dan anugerah yang mampu menggalakkan
mereka untuk mencapai pada tahap yang lebih tinggi. Dengan mengatakan ini, apakah
faktor-faktor yang membawa kepada kejayaan murid dalam akademik?
Faktor pertama ialah murid cemerlang sentiasa menghadiri program sekolah seperti
kelas tambahan dan bengkel akademik. Sehubungan dengan itu, apakah impak
program sekolah tersebut terhadap pencapaian murid? Kebetulannya, program sekolah
mampu meningkatkan pemahaman murid tentang sesuatu mata pelajaran serta
membetulkan kesalahan yang kerap dilakukan oleh murid dalam peperiksaan. Oleh itu,
murid-murid mestilah rajin menyertai program sekolah jika menginginkan kejayaan bak
kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
Seterusnya, murid yang berjaya juga mendapat dorongan sepenuh keluarganya.
Peranan keluarga terutamanya ibu bapa dalam menyokong anak mereka untuk berjaya
tidak dapat dinafikan. Ibu bapa merupakan suri teladan bagi anak mereka bak kata
pepatah bagaimana acuan begitulah kuihnya. Oleh itu, ibu bapa patutlah menyemai
sikap disiplin mahupun kegigihan dalam anak mereka. Selain peranan ibu bapa, abang
dan kakak mestilah memberikan sokongan juga misalnya, memberikan nasihat ataupun
meminjamkan nota pelajaran.
Akhirnya, faktor ketiga ialah murid cemerlang memiliki sikap positif. Seperti yang
dikatakan sebelum ini, murid haruslah bersungguh-sungguh berusaha untuk berjaya.
Mereka mesti memahami bahawa tanpa usaha dan sikap tidak mudah berputus asa,
kejayaan tidak dapat diperoleh bak kata pepatah usaha tangga kejayaan. Antara cara
terbaik untuk memupuk sikap positif ialah berkawan rapat dengan orang yang berakhlak
mulia kerana mereka mampu mempengaruhi kita.
Kesimpulannya, kejayaan dalam akademik begitu penting untuk seseorang murid.
Namun begitu, kecemerlangan akademik hanya merupakan separuh daripada kejayaan
murid. Murid mestilah pandai mengimbangi masa antara akademik dengan kokurikulum
agar dapat membentuk seorang insan yang sejati. Tuntasnya, belajarlah dengan
bersungguh-sungguh dan berpegang rapat terhadap peribahasa Melayu, berakit-rakit
ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang
kemudian.