Uploaded by sbrin_rfsm

Translation animated digestive process 2

advertisement
A
Mulut
Makanan dikunyah oleh gigi. Cebisan makanan dilembutkan oleh air liur. Amilase liur dalam
air liur menguraikan kanji kepada maltosa.
B
Esofagus
Makanan yang memasuki esofagus disebut sebagai bolus. Proses peristalsis pada dinding
esofagus menolak bolus untuk masuk ke dalam perut.
C
Perut
Dinding perut merembeskan protease dan asid hidroklorik. Asid hidroklorik mengaktifkan
protease dan membunuh bakteria di dalam makanan yang masuk ke dalam perut. Protease
mencernakan protein kepada polipeptida.
D
Duodenum
Makanan memasuki bahagian pertama usus kecil, iaitu duodenum.
E
Hati
Hati menghasilkan jus hempedu. Jus hempedu mengemulsikan lemak menjadi titisan kecil dan
meneutralkan asid yang dihasilkan dalam perut.
F
Pundi hempedu
Jus hempedu disimpan sementara dalam pundi hempedu.
G
Pankreas
Pankreas menghasilkan jus pankreas yang mengandungi enzim amilase, protease dan lipase.
H
Usus kecil
Usus kecil merembeskan enzim maltase dan protease. Maltase mencernakan maltosa menjadi
glukosa. Protease mencernakan dipeptida menjadi asid amino.
I
Usus besar
Makanan yang tidak dicerna akan memasuki usus besar. Proses penyerapan semula air berlaku
di dalam usus besar.
J
Rektum
Makanan yang tidak tercerna dikenali sebagai tinja akan memasuki rektum dan tersimpan
sementara di dalamnya.
K
Dubur
Tinja disingkirkan dari badan melalui dubur.
Download