Uploaded by Nurul Adilah

Latar belakang Kajian

advertisement
Latar belakang Kajian
Perkembangan kurikulum pendidikan terutamanya dalam bidang sains di negara maju seperti Amerika Syarikat
dan United Kingdom selalunya menjadi model atau ikutan kepada negara membangun seperti Malaysia.
Walaupun kurikulum menerima pelbagai perubahan bagi menyesuaikannya dengan matlamat dan hala tuju serta
keperluan masa depan negara tetapi dari segi kandungan kurikulum tersebut, tidak banyak perbezaan yang
dilihat (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1993). Agama Islam yang syumul, sememang tidak dapat dipisahkan
daripada sains. Dalam Islam ada sains. Begitu juga bidang ilmu yang lain seperti politik, ekonomi, sosial dan
sebagainya, tidak dapat dipisahkan dari Islam. Dalam falsafah ilmu Islam, ilmu yang sebenarnya ialah ilmu yang
mampu membimbing manusia mengenali dan mendekati Allah s.w.t. Oleh itu, adakah semua individu tahu
manfaat yang boleh diperoleh dengan pelbagai cara untuk mencapai matlamat tersebut.Contohnya,
menggunakan sains dalam perkembangan ilmu untuk kebaikan manusia sebagai satu cara untuk mendekatkan
diri kepada Allah s.w.t.
Adakah setiap individu sedar bahawa dalam Islam, ilmu dibimbing oleh wahyu dan berpegang kepada prinsip
Allah s.w.t., sementara ilmu dalam pemikiran Barat bertunjangkan falsafah yang lebih terbuka dan tidak terikat
dengan nilai-nilai agama. Pencapaian sains dan teknologi adalah pencapaian minda yang dikenali al-ulum alaqliyyah (ilmu akal). Namun ulum al-aqliyyah perlu diintegrasikan atau digabungkan dengan ulum alnaqliyyah (ilmu wahyu). Contohnya, Islam menggalakkan penerokaan alam semesta dengan sains, namun
tujuannya adalah untuk mengenali kebesaran dan keagungan Allah s.w.t. Persoalan yang ingin dikaji ialah
apakah revolusi sains mempunyai kaitan dalam perkembanagn ilmu islam di Malaysia dan bagaimanakah ia
boleh dilihat sebagai satu bentuk respons di kalangan pemikir individu terhadap persoalan tersebut.
Download