SUBJEK : PENGURUSAN PROFESIONALISME HOSPITALITI TUGASAN : REFLEKSI TERHADAP PROFESIONALISME REFLEKSI PROFESIONALISME Profesionalisme merupakan suatu perkara yang merangkumi beberapa aspek penting. Antara perkara yang dititikberatkan adalah etika, pengetahuan, kualiti, kejujuran, bekerjasama dan kepatuhan kepada peraturan. Setiap perkara yang dinyatakan perlu diambil perhatian adalah disebabkan bagi mencerminkan keperibadian seseorang individu dalam sesuatu bidang pekerjaan. Sebagai contoh, sebagai penghantar makanan (FoodPanda) saya perlulah mempunyai etika yang tinggi dalam melakukan tugasan. Keadaan ini bole dijelaskan melalui, penghantaran makanan yang tepat pada waktunya, sentiasa senyum apabila penghantaran dibuat ke rumah pelanggan, serta memaklumkan kepada pelanggan jika berlaku sebarang kesulitan sekiranya boleh menyebabkan makanan yang dipesan akan lambat untuk dihantar. Hal ini demikian, akan membantu saya dalam melakukan kerja secara lebih berdisiplin sekaligus dapat mengelakkan daripada mendapat komentar yang negative dari pihak pelanggan dan syarikat. Selain itu, profesionalisme ini juga turut mengambil kira dari aspek kejituan kita semasa bekerja melalui bagaimana sikap kita apabila melakukan sesuatu pekerjaan sama ada suka atau tidak. Keadaan ini bole dijelaskan melalui keseronokkan seseorang individu melakukan pekerjaan itu atau sebaliknya. Sebagai contoh, pekerja kilang meja kopi yang setiap hari akan melakukan kerja yang sama berulang kali, namun kita dapat lihat bahawa orang yang proaktif dalam melakukan kerjanya maka produk yang dihasilkan akan menepati piawaian yang ditetapkan oleh syarikat. Namun begitu, bagi seseorang individu yang tidak profesionalisme akan tidak dapat menepati kehendak dan keperluan syarikat sekligus akan mencalarkan produktiviti syarikat. Kesimpulannya, profesionalisme ini adalah suatu perkara yang perlu diberikan perhatian bagi setiap individu dalam setiap bidang pekerjaan. NAMA : AMIRUL HAZIQ BIN MUHAMMAD SHAZWAN MATRIC NO : AB200024