Uploaded by cudacmlo8

1.3.2 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA

advertisement
1.3.2 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA
Sejarah Pendidikan Jasmani boleh dibahagikan kepada empat era iaitu:
1) Zaman sebelum penjajahan British
2) Zaman pemerintahan British
3) Sebelum merdeka
4) Selepas merdeka
Zaman Sebelum Penjajahan British
Ketika zaman sebelum penjajahan British, Negara ketika itu tidak langsung memiliki satu sistem
pendidikan yang tersusun dan berbentuk formal. Pendidikan ketika itu banyak tertumpu kepada
kelas-kelas pengajian yang tidak formal seperti kelas agama manakala kedudukan Pendidikan
Jasmani ketika itu boleh dikatakan tidak diutamakan dan tidak memiliki objektif yang jelas.
Zaman Pemerintahan British
Pihak British ketika menjajah Tanah Melayu telah mula memperkenalkan sistem pendidikan
yang diadun dengan pengaruh mereka yang kebaratan. Pendekatan ini banyak tertumpu di
negeri-negeri selat yang berada dalam taklukan British. Kebanyakan sekolah diurus dan dibuka
oleh mubaligh kristian dan juga syarikat-syarikat Inggeris.
Latihan jasmani yang diajar di sekolah-sekolah Melayu diajar bermula dari darjah satu hingga
empat dan hanya menjadi matapelajaran sampingan. Selepas tahun empat pendidikan jasmani
diajar di Special Mlay Class. Pada tahun 1856, ia diajar di dua buah sekolah Melayu di
Singapura. Namun, kurikilum pendidikan jasmani adalah terhad kerana kerajaan British
bersikap sambil lewa.
Sekolah Cina di Melaka menjadikan Pendidkan Jasmani sebagai matapelajaran pada tahun
1815. Pada tahun 1819, Pendidikan Jasmani dijadikan sebagai matapelajaran yang diajar di
tiga buah sekolah di Singapura. Pendidikan Jasmani ketika itu juga diajar di sekolah menengah
rendah seperti di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Ipoh, dan Muar pada tahun 1923-1925. Bermula
pada 1930-an Pendidikan Jasmani mula diperkenalkan di sekolah menengah atas seperti di
Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Ipoh. Manakala di Melaka dan Pulau Pinang (1816), sekolah
Inggeris ditubuhkan dari usaha para mubaligh Kristian (Mohd.Soffian et.all, 2003)
Download