Tadabbur: ْ قَا َل فَ ِب َما أ َ ْغ َو ْيت َ ِني َ ألقعُد ََّن لَ ُه ْم ِِ ََط ْت َ ِِي َم ْ َ ََ ط ْل ُم يه ْم َو ِم ْن َخ ْل ِف ِه ْم َوع َْن أ َ ْي َمانِ ِه ْم َوع َْن ِ ث ُ َّم آلتِيَنَّ ُه ْم ِم ْن بَ ْي ِن أ َ ْي ِد َ َِ ش َما ِئ ِل ِه ْم َوال ت َ ِج ُد أ َ ْكث َ ََ ُه ْم شَا ِك ين َ 16 17 Iblis berkata: “Oleh kerana Engkau telah menghukum aku sebagai sesat, aku benarbenar akan (menghalang) mereka dari jalan Engkau yang lurus. "Kemudian aku akan mendatangi mereka dari depan dan belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat)" [Surah al-A'raf 16-17] Iblis, syaitan tidak akan pernah berhenti untuk menggoda manusia agar terjerumus ke dalam kesesatan hinggalah ke hari kiamat Inilah misi besar Iblis syaitan dalam menjahanamkan kehidupan manusia. Semenjak dihalau keluar dari syurga, inilah sumpahnya iaitu memesongkan manusia daripada jalan yang lurus/kebenaran. menggunakan pelbagai cara untuk menyesatkan manusia agar mereka mensyirikkan Allah, leka dengan dunia, bersedap-sedap dengan perkara yang haram dan hidup dengan angan-angan kosong. Ketahuilah bahawa syaitan akan masuk ke dalam diri manusia melalui sepuluh pintu. 1. Tamak dan buruk sangka. 2. Sifat khianat. 3. Cintakan kerehatan dan kemewahan. 4. Kagum terhadap diri sendiri (`ujub). 5. Memandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka. 6. Hasad (dengki). 7. Riya’ dan sukakan pujian orang ramai. 8. Bakhil (kedekut). 9. Takabbur (membesar diri). 10. Tidak suka menerima ilmu dan nasihat. ♡ Berhati-hatilah dengan godaan dan tipu daya Iblis, syaitan dan bala tenteranya. Sentiasalah memohon perlindungan Allah daripada gangguan dan hasutan Syaitan ♡ Thank you ^-^