Uploaded by Nasem Mustaqim

Ciri ciri sains islam dari segi universal

advertisement
CIRI CIRI SAINS ISLAM DARI SEGI
UNIVERSAL,BERSEPADU DAN
HARMONI
Mohammad nasem mustakim bin sahroni
11dkm19f2004
Pengenalan:
• Dalam dunia kini, arus pemodenan semakin berkembang dari semasa ke semasa. Disebabkan perkembangan
teknologi yang semakin canggih setiap hari, kita sepatutnya berterima kasih kepada sains dan kejuruteraan kerana
telah memudahkan kehidupan kini.
• Sains dan teknologi kejuruteraan, hampir keseluruhan darinya terhasil dan diinspirasikan dari Islam, juga
merupakan cabang ilmu dalam Islam. Tradisi Islam adalah untuk melahirkan para saintis berteknologi muslim yang
beriman dan berakhlak. Namun begitu, islam menolak kemajuan teknologi tanpa akhlak dan sains yang menolak
spiritual (batiniah, rohaniah dan perkara yang berkaitan dengan agama). Walaubagaimanapun, Barat beranggapan
bahawa sumber wahyu tak diperlukan berasakan prinsip logos dan mitos.
• Logos ialah satu penemuan yang paling ampuh hasil daripada eksperimen. Dalam bahasa Yunani, bererti buah
fikiran yang diungkapkan dalam perkataan. Mitos pula iakah cerita (kisah) tentang perkara-perkara luar biasa
zaman dahulu yang dianggap benar oleh sesetengah golongan masyarakat. Dalam kata lain, khayalan yang tak
wujud dan tak dapat dibuktikan secacra tepat dan konkrit.
Defenisi:
• Sains dan teknologi kejuruteraan tak dapat dipisahkan dengan bidang ilmu dalam
islam. Dalam sains, sains adalah satu usaha manusia untuk menghuraikan sesuatu
dengan tepat dan secara kuantitif mengenai alam tabii dan proses melalui
pengamatan, hipotesis dan eksperimen. Setiap proses mendapatkan maklumat sains,
bermula dengan pengalaman dan kemudian mendapatkan fakta dan peraturan
daripadanya. Antara konsep dalam sains ialah hokum, sebab dan akibat.
• Walau bagaimanapun, kita perlu tahu bahawa sains merupakan satu proses yang
berterusan. Dalam hal ini, sains dan islam sama-sama berpegang kepada prinsip
bahawa alam ini bersifat konseptual, iaitu sesuatu yang boleh difahami dan
dimengerti.
Kejuruteraan dari aspek keilmuan islam:
• Kejuruteraan ialah satu disiplin yang berkaitan dengan kepandaian dalam penggunaan teknologi secara
efisyen bagi tujuan kebaikan kepada manusia. Kejuruteraan dalam Islam digunakan untuk membantu manusia
memenuhi tugas sebagai khalifah secara lebih berkesan.
• Kajian-kajian telah menunjukkan sumbangan para sarjana dan jurutera Islam tersebar ke Benua Eropah,
khususnya Andalus (Sepanyol) dan Itali. Dalam bidang kejuruteraan awam, penciptaan kubah dan menara
masjid membuktikan kefahaman dan kemahiran kejuruteraan awam hidrologi diperkenalkan dan beberapa
buah terusan telah dibina. Terusan yang utama ialah terusan yang menghubungkan Sungai Nil dengan Laut
Merah.
• Rekaan-rekaan menarik juga dapat dihasilkan dengan segala kemahiran dan kefahaman ilmu para sarjana
Islam dalam segala bidang kejuruteraan pada zaman itu apabila menggabungkannya dengan rekaan seniseni halus. Pada abad ke-8M, jurutera-jurutera Islam telah mempelajari teknologi membuat kertas dan
mendirikan beberapa buah kilang kertas di Samarqand dan Baghdad. Pada awal abad ke-9M, Khalifah Harun
al-Rashid telah menghadiahkan sebuah jam air yang sunggu menarik kepada Raja Charlemagne.
• Perkembangan semasa di Malaysia turut mendorong permintaan yang tinggi terhadap profesion kejuruteraan.
Isu ini dapat dilihat hamper setiap hari jawatan kosong sebagai jurutera diiklankan di dalam akhbar-akhbar
tempatan dan media elektronik. Walaupun skop kerjaya ini agak mencabar, namun mampu memberikan
kepuasan kepada para jurutera. Tambahan pula, gaji dan imbuhan yang diberikan agak lumayan sekali gus
mampu menarik minat golongan muda untuk menceburi bidang kejuruteraan ini.
Ciri ciri sains islam:
• Sains Islam ialah sains yang lahir dan berkembang hasil dari dukungan dan
sumbangan ahli-ahli sains Islam. Merupakan satu entiti yang tidak boleh dipisahkan
kerana setiap cabang ilmunya saling melengkapi dan merujuk kalimah tauhid. Sains
Islam telah mencapai kegemilangan dalam pelbagai bidang ilmu seperti ilmu
astronomi dan ilmu senibina pada zaman perkembangan Islam bermula pada abad
ke-7M sehingga abad ke-16M. Sains Islam bergerak di atas paksi akidah membawa
satu mesej agung, iaitu mentauhid dan mengagungkan Pencipta alam semesta.
Keadaan ini dapat dilihat pada ciri-cirinya yang unik dan bersifat teologisme.
Tiga ciri sains islam:
1. Universal
Sains islam adalah bersifat universal atau sejagat kerana bukan sahaja dihasilkan oleh muslim semata
mata,malah bukan muslim.tiada Batasan demografi dan geografi dalam bidang kajian sains.Sesiapa
sahaja yang mampu menghasilkan sesuatu kebaikan dan mendatangkan kemanfaat kepada alam,maka
dialah yang layak digelar saintis islam.bidang kajian sains juga tidak mengenal Batasan tajuk dan
arena.apa apa jua perkara yang menyumbang kepada kebaikan dan menolak kemudaratan,maka
itulah hakikat sains islam.
2 . Bersepadu
• Ciri-ciri bersepadu ialah tiada istilah pemisahan antara ilmu sains atau bukan sains.
Mempelajari dan menggunakannya adalah dituntut berdasarkan ilmu fardhu ain dan
fardhu kifayah.
• Setiap kajian atau operasi dalam Sains Islam mengambil kira sifatnya yang menyeluruh dan
saling berkait. Kajian fizikal adalah berhubung terus dengan kajian metafizikal. Elemen
ketuhanan tidak boleh dipisahkan dengan elemen-elemen yang nyata dan sahih. Kesemua
aktiviti sains tertakluk kepada sudut pandangan yang bersepadu dan saling berhubungan.
3 . Harmoni
• Harmoni bermaksud tiada percanggahan antara sains dan agama. Dua perkara ini
saling bersatu dan menghormati satu sama lain. Agama digunakan untuk
menyelaraskan segala aktiviti kajian, penyelidikan, dan tadbir urus hidup manusia.
Manakala sains pula berfungsi sebagai mekanisme untuk mengeksplorasi dan
membongkar rahsia alam fizikal dan metafizikal. Perkaitan kedua-duanya yang
berlawanan, namun tetap harmoni.
• Sesuatu itu tidak dinamakan Sains Islam apabila kepentingan dunia dipinggirkan
semata-mata ingin mencapai kebahagiaan di akhirat. Dalam hal ini, untuk mencari
kebahagiaan dan kepentingan dunia, kita tidak seharusnya meninggalkan dan
meminggirkan urusan dan kepentingan akhirat, begitu juga sebaliknya. Keharmonian
antara dua entiti, iaitu duniawi dan ukhrawi perlulah dipupuk dengan seimbang demi
mencari redha Allah serta semua kajian yang dijalankan adalah untuk menuju kepada
matlamat yang sama, iaitu pengabdian diri kepada Allah SWT.
Rumusan:
• Islam merupakan sistem hidup yang berperanan mengurus alam dan segala keperluan
makhluk berdasarkan panduan syariat melalui amalan terbaik daripada Nabi
Muhammad SAW.Asas bagi segalanya kemajuan berdasarkan sains teknologi dan
kejuteraan adalah membawa kepada kebaikan,menolak kejahatan serta kepayahan
dan nilai tambah kepada kualiti hidupan manusia.segalanya menjurus kepada
mengabdikan diri kepada Allah SWT.kejayaan para sarjana islam pada masa lampau
dalam pelbagai bidang adalah kerana islam menganjurkan umatnya meneroka alam
untuk memakmurkan tadbir urus kehidupan manusia bagi membina kebahagian di
dunia dan akhirat.
• Akhir sekali, semoga dengan adanya sains teknologi dan kejuteraan dalam islam
dapat memimpin generasi ke arah yang lebih baik.
Download