Uploaded by NUR SYAHIRAH

Perlembagaan Persekutuan.pdf

advertisement
See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.net/publication/326987913
Perlembagaan Persekutuan.pdf
Preprint · May 2010
DOI: 10.13140/RG.2.2.13958.27209
CITATIONS
READS
0
62,774
1 author:
Noraini Zulkifli
33 PUBLICATIONS 3 CITATIONS
SEE PROFILE
Some of the authors of this publication are also working on these related projects:
Both are mine View project
All content following this page was uploaded by Noraini Zulkifli on 13 August 2018.
The user has requested enhancement of the downloaded file.
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN : RUKUN PEMBENTUKAN MASYARAKAT
HARMONI
Oleh: Dr Noraini Zulkifli
<ketika_kubersujud@yahoo.com>
Pengenalan
Perlembagaan Persekutuan merupakan satu set undang- undang tertinggi bagi Negara
Malaysia. Ia telah mula digunapakai sejak Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 1957.
Perlembagaan Malaysia mengandungi 183 perkara. Mana- mana undang- undang negeri yang
bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan secara automatik akan terbatal.1 Perlembagaan
digubal di Parlimen dengan tiga kali pendengaran (perdebatan). Sesuatu perlembagaan atau
akta akan dikira digazetkan apabila ia mendapat sokongan 2/3 dari ahli dewan rakyat.
Perlembagaan sebagai Rukun Masyarakat
Perlembagaan merupakan undang- undang tertinggi yang wujud dalam sesebuah negara. Bagi
negara Malaysia perlembagaan telah mengikat masyarakat untuk merujuk pada satu undang
yang sama untuk sesuatu masalah supaya tidak bercanggah antara satu sama lain. Contohnya
Fasal 152, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Perlembagaan Malaysia 1963,
disebutkan bahawa, „Bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu dan akan kekal seperti itu
seperti yang diperuntukkan oleh Parlimen, dengan bahawa (a) tidak ada seseorang pun yang
akan dihalang dari menggunakan (kecuali hal-hal rasmi), atau mengajar atau mempelajari
bahasa-bahasa lain dan (b) tidak ada sebarang peruntukan dalam fasal ini yang boleh
mengganggu hak kerajaan Persekutuan atau sebarang kerajaan negeri untuk memelihara dan
memperkembangkan penggunaan dan pengkajian bahasa komuniti lain (PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN BAHAGIAN XII 1957). Ini bermaksud penggunaan Bahasa Melayu
1
Walaupun setiap negeri mempunyai undang- undng masing- masing, namun jika ia bercanggah dengan
Perlembagaan, maka perlembagaan Persekutuan akan digunakan. Sebagai contoh, Badan Perundangan Kerajaan
Kelantan telah menbuat draf untuk untuk meminda Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Kelantan) dan
.mewartakan undang- undang Hudud di Kelantan, namun ia masih tidak di putuskan diperingkat persekutuan.
Mengikut Bekas Ketua Hakim Malaysia, Tun Abdul Hamid Moamad, pada 7 January 2014 beliau telah
mengatakan bahawa Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Kelantan) itu tidak sah kerana Badan
Perundandangan Negeri Kelantan telah membuat undang-undang mengenai perkara yag terletak di bawah
bidangkuasa Persekutuan. 2 April 2014, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan telah memutuskan untuk
membawa Private Bill di Parlimen untuk mendapat kebenaran Parlimen bagi Badan Perundangan Negeri
membuat undang-undang mengenai perkara-perkara yang terletak dalam bidangkuasa Persekutuan, seperti yang
diperuntukkan oleh Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan (https://tunabdulhamid.me/2014/12/bidngkuasapersekutuan-dan-negeri-mengenai-undang-undang-jenayah-di-malaysia/)
sebagai bahasa untuk urusan rasmi di Malaysia adalah meliputi setiap agensi dan kementerian
di Malaysia.2 Walau bagaimanapun penggunaan Bahasa Inggeris boleh digunakan di Sabah
dan Sarawak (Perkara 161 (1) BAHAGIAN XIIA)3.
Perlembagaan penting kerana ia dapat menjamin kestabilan politik dan sistem
pentadbiran negara. Sebagai contoh, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) merupakan
undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuat kuasa di Malaysia. Sesiapa pun
boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk
yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya.4,5.
Melalui
perlembagaan, corak pemerintahan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan
kerajaan serta prinsip-prinsip umum cara kuasa dilaksanakan. Selain itu, perlembagaan dapat
menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat dimana hak asasi rakyat seperti kebebasan
bersuara dapat digunakan. Walaupun kebebasan bersuara dibolehkan namun ia masih dibawah
peruntukkan Akta Hasutan dan Keselamatan Dalam negari. Ini membawa maksud walaupun
setiap rakyat dibenarkan untuk meluahkan pendapat dan pandangan masing- masing namun ia
masih di bawah undang- undang di mana sekiranya berlaku unsur hasutan yang boleh
menghuru- harakan keharmonian masyarakat, seseorang masih boleh didakwa. 6
2
Perkara 152 (6) Dalam Perkara ini, “maksud rasmi” ertinya apa-apa maksud Kerajaan, sama ada Kerajaan
Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam.
3
Tiada Akta Parlimen yang menamatkan atau menyekat penggunaan bahasa Inggeris bagi apa-apa maksud yang
disebut dalam Fasal (2) hingga (5) Perkara 152 boleh mula berkuat kuasa berkenaan dengan penggunaan bahasa
Inggeris dalam apa-apa hal yang disebut dalam Fasal (2) Perkara ini sehingga sepuluh tahun selepas Hari
Malaysia.
4
Section 73(1) Internal Security Act 1960: "Any police officer may without warrant arrest and detain pending
enquiries any person in respect of whom he has reason to believe that there are grounds which would justify his
detention under section 8; and that he has acted or is about to act or is likely to act in any manner prejudicial to
the security of Malaysia or any part thereof or to maintenance of essential services therein or to the economic
life thereof."
5
Sect 8. Power to order detention or restriction of persons. "(i) If the Minister is satisfied that the detention of
any person is necessary with a view to preventing him from acting in any manner prejudicial to the security of
Malaysia or any part thereof or to the maintenance of essential services therein or the economic life thereof, he
may make an order (hereinafter referred to as a detention order) directing that that person be detained for any
period not exceeding two years."
6
Akta Hasutan 1948 merupakan suatu akta undang-undang di Malaysia yang digubal untuk menghalang
perbincangan yang dikatakan sebagai menghasut. Akta ini sebenarnya digubal oleh penjajah British pada tahun
1948. Akta ini menjadikan ucapan yang "mempunyai kecenderungan menghasut" sebagai suatu kesalahan
jenayah (Jabatan Penerangan Malaysia 2016).
Perlembagaan digubal bagi melindungi kepentingan semua kaum dengan jaminan
keadilan sosial antara kaum. Contohnya Perkara 149 berkenaan perundangan menentang
perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam. Di bawah perkara ini,
disebut bahawa mana- mana perbuatan atau perkataan yang diutarakan, yang mana boleh
menimbulkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum yang berlainan atau golongan
penduduk yang berlainan yang mungkin menyebabkan keganasan maka apa-apa peruntukan
undang-undang itu yang bermaksud untuk memberhentikan atau mencegah tindakan itu
adalah sah walaupun peruntukan itu tidak selaras dengan mana-mana peruntukan Perkara 5
(Kebebasan Diri),Perkara 9 (Larangan Buang Negeri dan Kebebasan bergerak), Perkara 10
(Kebebasan Percakap, Berhimpun dan Berpesatuan) atau Perkara 13 (Hak Terhadap Harta)
(PERLEMBAGAAN MALAYSIA 1957).
Perlembagaan yang dicabar
Walaupun Perlembagaan merupakan undang- undang
tertinggi negara Malaysia, namun
adakalanya ia juga dicabar. Perkara ini berlaku kerana masyarakat pada masa kini yang lebih
celik teknologi dan berpendidikan tinggi cuba untuk mendapatkan hak yang lebih melebihi
hak- hak yang telah termaktub dalam kontrak sosial pada masa dahulu.
7
Dalam konteks
Negara Malaysia, kontrak Sosial merujuk kepada persetujuan yang dicapai sebelum merdeka
di kalangan para pemimpin Melayu, Cina dan India dan parti-parti yang mereka wakili,
UMNO, MCA dan MIC (JABATAN PENERANGAN 2017). Bagaimanapun, kontrak sosial
harus dianggap sebagai satu persetujuan di kalangan masyarakat berbilang kaum, bukan
hanya pemimpin atau kumpulan elit tertentu. Pada tahun 2016, Perkara 10 telah dicabar
kerana beberapa pemimpin seperti Maria Chin dan Luqmanul Hakim Zul Razali (aktivis
pelajar) telah ditangkap sewaktu menyertai perhimpunan aman.8 Keadaan ini menjadi agak
tidak terkawal dan dibantah oleh penyokong perhimpunan kerana Perkara 10 (1)
7
Kontrak adalah perjanjian formal dengan syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih. Ia juga bermaksud
dokumen yang mengandungi syarat-syarat perjanjian atau cabang undang-undang yang berkaitan dengan
kontrak. Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat dan
kemasyarakatan. Oleh itu, kontrak sosial apabila diasimilasikan boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian
atau permuafakatan yang ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang yang melibatkan semua masyarakat di
sesebuah negara.
8
Walaupun Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa BERSIH 5 adalah satu perhimpunan yang aman dan
juga pihak polis adalah bertanggungjawab untuk mengawal-selia perhimpunan aman tersebut selaras dengan
peruntukan Seksyen 18 Akta Perhimpunan Aman 2012 („Akta 736‟), namun tangkapan-tangkapan tersebut
masih dibuat.
Perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan “Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4), (a)
tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara; (b) semua
warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata.
Selain itu, isu agama juga sering menjadi perdebatan di kalangan masyarakat pada
masa kini. Mengikut Perkara 11(1), Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan
agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4).
9
Walau bagaimanapun apabila ia melibatkan isu
agama yang tentunya sangat sensitif bagi masyarakat di Malaysia, satu pertimbangan yang
teliti dan bijaksana perlu dilakukan bagi mengelakkan ketegangan agama berlaku. Seperti Kes
Lina Joy, berlaku percanggahan pendapat di kalangan peguam pembela dan juga pihak
mahkamah kerana pihak peguam bela telah mengutarakan Perkara 11 berkenaan Kebebasan
Beragama. Namun di pihak Mahkamah telah mengutarakan hujah berdasarkan kepada Perkara
Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan dimana Undang-undang Negeri dan berkenaan
dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Undang-undang
persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan
agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam. Hal tersebut menunjukkan bahawa
status agama Islam sebagai agama utama berbanding agama lain di Malaysia. Status
keutamaan agama Islam tersebut sewajarnya tidak boleh dipertikaikan lagi.
Adalah menjadi satu cabaran yang besar bagi pihak kerajaan untuk mendaulatkan
Perlembagaan yang ada bagi menyatupadukan rakyat. Disebabkan perkara – perkara yang
berbangkit, pihak kerajaan sentiasa meneliti Perlembagaan bagi memastikan ia bersesuaian
dengan masyarakat selain mencari jalan untuk mengekalkan keharmonian kaum di negara ini.
Keadaan ini juga telah menyebabkan kerajaan terpaksa meminda akta- akta yang ada dalam
perlembagaan bagi disesuaikan dengan kehendak setiap kaum. Sebagai contoh Akta Kanakkanak (Pindaan) 2016 telah dipindah dari Akta Kanak- kanak 2001 dengan empat kandungan
utama - Daftar Kanak-kanak, Perintah Khidmat Masyarakat (CSO), penjagaan berasaskan
keluarga dan kenaikan penalti. Antara isi kandungan di dalam akta tersebut adalah menaikkan
9
Pada tahun 1997, Lina Joy telah membuat permohonan untuk menggugurkan perkataan ISLAM dari kad
pengenalannya kerana beliau telah menukar agama kepada agama Kristian. Rayuan dan permohonannya dibuat
dengan mengenepikan kuasa mahkamah syariah, tetapi secara lansung melalui proses undang-undang sivil. Pada
mulanya beliau ke Mahkamah Tinggi, kemudian ke Mahkamah Rayuan, seterusnya ke Mahkamah Syariah dan
Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN).
hukuman denda kepada RM50,000 dan 20 tahun penjara bagi kesalahan mengikut Seksyen 31
iaitu mendera, mengabaikan dan menganiaya kanak-kanak (JABATAN KEBAJIKAN
MASYARAKAT 2015).10 Ia dibuat bagi melindungi kanak- kanak dari dianiaya serta
diabaikan oleh ibu bapa serta penjaga. Secara tidak langsung ia akan menyebabkan ibu bapa
mahupun penjaga lebih berwaspada dan peka terhadap tanggungjawab mereka terhadap anakanak. Sebagai contoh ibu kanak-kanak OKU yang ditemui terabai di Nilai, Negeri Sembilan,
telah dituduh di Mahkamah bagi kesalahan di bawah seksyen 31 (1)(a) Akta 611 iaitu dengan
sengaja mengabaikan kanak-kanak tersebut dengan cara yang mungkin menyebabkannya
mengalami kecederaan fizikal atau emosi dan juga di bawah seksyen 33(c) Akta 611 iaitu
membiarkan kanak-kanak tersebut tanpa pengawasan yang berpatutan.
Menformulasi masyarakat harmoni
Untuk membina sebuah negara yang aman serta masyarakat yang bersatu padu bukanlah satu
usaha yang mudah kerana ia memerlukan kerjasama dari semua etnik di Malaysia.
Membentuk persefahaman memerlukan agen penggerak yang berdedikasi untuk terus- terusan
membawa aura positif untuk merapatkan anggota masyarakat. Masyarakat seharusnya
mengenang kembali sejarah untuk mendapatkan kemerdekaan supaya mereka lebih
menghargai erti keamanan yang dinikmati pada hari ini. Prinsip Rukun Negara harus
diamalkan kerana ia merupakan asas kerukunan hidup bermasyarakat, permuafakatan dan
perpaduan yang melambangkan wujudnya “kesatuan hati”. Prinsip Rukun Negara
dilaksanakan ekoran rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Ia menyedarkan
masyarakat akan pentingnya bersatu padu dan hidup dengan aman damai di dalam sesebuah
negara.
Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu,
bermuhibah tampa mengira kaum serta bersikap saling hormat menghormati di antara satu
sama lain. Melalui perpaduan akan dapat membantu negara kita mempertingkatkan dan
mempergiatkan lagi pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem
pemerintahan negara yang bersifat liberal dan demokratik
Permuafakatan dengan menerima dan saling bertolak ansur sesama etnik sangat
penting kerana ia akan mewujudkan keadaan di mana setiap anggota masyarakat faham akan
10
Akta 611I subseksyen 31(1)(a): Ibu atau bapa atau penjaga bagi kanak-kanak yang menganiayai,
mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya
mengalami kecederaan fizikal atau emosi atau yang menyebabkan atau membenarkannya dianiayai, diabaikan,
dibuang atau didedahkan sedemikian adalah melakukan kesalahan dan boleh diambil tindakan.
tanggungjawab untuk mengekalkan keadaan yang tenang. Keadaan ini jelas apabila datangnya
musim perayaan di mana setiap etnik di Malaysia akan turut menyambut perayaan etnik lain
bagi meraikan mereka. Keadaan ini jarang berlaku di mana- mana negara lain di dunia tetapi
menjadi amalan tahunan rakyat Malaysia. Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara
(PLKN) juga mampu mewujudkan keharmonian rakyat serta negara. PLKN dapat memupuk
perpaduan nasional. Remaja pelbagai etnik akan ditempatkan bersama di bawah satu
bumbung. Mereka akan bekerjasama untuk menjalankan aktiviti bersama-sama, berinteraksi
dan bergaul mesra. Persefahaman yang lebih erat akan memupuk perasaan kekitaan.
Media Massa memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu
memformulasikan masyarakat majmuk di Malaysia menjadi masyarakat yang bersatu padu
dan bekerjasama. Ini kerana pengaruh media terhadap minda golongan muda sangat cepat dan
adakalanya mereka tidak dapat membezakan beberapa hal/ isu yang sahih. Oleh itu pihak
media perlu memainkan peranan yang betul sebagai agen penghubung dalam dunia tanpa
sempadan ini. Sebagai contoh, lebih banyak iklan dan cerita- cerita yang berunsurkan kepada
kerjasama antara etnik mampu melahirkan kesedaran terutama di kalangan kanak- kanak
untuk menjadi warga negara yang lebih menghargai dan menyayangi tanah air. 11
Kesimpulan
Perlembagaan yang telah diwartakan di Malaysia bukanlah bertujuan untuk mengikat dan
mengongkong rakyat dari mendapatkan hak kemanusiaan masing- masing. Namun lebih dari
itu, ia dilaksanakan bagi membentuk kerjasama dan mencapai keharmonian sesama ahli
masyarakat. Bayangkan sebuah negara yang tidak mempunyai undang- undang atau undangundang yang sedia ada tidak dipatuhi, pergolakan sering berlaku sehingga berlakunya rusuhan
dan pembunuhan sesama sendiri. Sebagai ahli masyarakat yang telah dilahirkan dalam
keadaan yang sedia aman, adalah menjadi satu tanggungjawab sosial untuk kita bersama
mengekalkan keamanan ini. Ini kerana apa yang dinikmati pada hari ini adalah hasil
pengorbanan para perajurit pada masa lepas.
11
Petronas dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) merupakan antara syarikat yang menggunakan media massa
untuk mengekatkan permuafakatan. Ini jelas terbukti melalui iklan- iklan sempena hari raya dan hari
kemerdekaan setiap tahun di mana ia lebih banyak menekankan kepada semangat kerjasama, belas ehsan serta
persahabatan.
View publication stats
Download