Uploaded by inarosyaida91

MINI KOLOKIUM

advertisement
ABSTRAK
1.0
LATAR BELAKANG KAJIAN
Sistem pendidikan di Malaysia sering mengalami perubahan sejajar dengan perubahan
pendidikan dunia yang menuntut pembelajaran yang lebih progresif, berdaya saing dan
mampu mendepani pelbagai cabaran. Bagi memenuhi tuntutan tersebut, Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan konsep Pembelajaran Abad Ke-21
(PAK21) yang memberi penekanan terhadap pembelajaran berpusatkan murid berasaskan
lima tunjang utama iaitu komunikasi, kolaborasi, pemikiran kritis, kreativiti serta nilai dan
sahsiah (Sinar Harian, 20 Disember 2018). Pembelajaran yang menyediakan murid untuk
menduduki peperiksaan semata-mata sudah dianggap kurang relevan. Oleh hal demikian,
konsep PAK21 diperkenalkan bagi menyediakan murid-murid yang bersedia menghadapi
cabaran dunia pekerjaan abad ke-21 kelak. Tambahan lagi, murid-murid abad ke-21 kini
lebih terbuka dalam menerima pengetahuan daripada pelbagai sumber dari luar bilik darjah
seperti daripada ibu bapa, rakan sebaya, komuniti setempat dan akses internet (Hayati,
2018).
Dalam pelaksanaan pembelajaran abad ke-21, aspek kurikulum, pedagogi dan
pentaksiran dijadikan kayu ukur dalam menentukan keberkesanan dan pencapaian PAK21
dalam sesebuah bilik darjah. Namun begitu, aspek fizikal PAK21 juga perlu diberi perhatian
yang mana ia memberi pengaruh terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah. Menurut Ahmad Tarmimi, Zubaidah Bibi dan Kamarudin (2015), konsep bilik
darjah abad ke-21 yang akan dibangunkan adalah mentransformasikan bilik darjah dengan
ruang pembelajaran kreatif hasil usaha murid supaya menarik dan bermakna; juga suasana
atau iklim bilik darjah yang dapat merangsang murid untuk bersaing, belajar secara koperatif
dan memperoleh kemahiran kolaboratif.
Ketidakhadiran murid ke sekolah pula dirujuk sebagai keengganan murid hadir ke
sekolah bagi mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran seperti rakan-rakan yang lain.
Murid-murid SK Kuala Muput sering tidak hadir ke sekolah tanpa alasan yang kukuh dan
munasabah. Kebiasaannya, murid-murid yang tidak hadir ke sekolah pada hari Isnin
berpotensi besar untuk tidak hadir sepanjang minggu tersebut. Begitu juga apabila terdapat
cuti umum pada pertengahan minggu persekolahan, murid-murid cenderung untuk tidak
menghadirkan diri ke sekolah pada minggu tersebut dengan alasan bilangan hari
persekolahan yang pendek dan menyukarkan ibu bapa untuk menghantar serta mengambil
anak mereka dalam jarak masa yang dekat.
Masalah ketidakhadiran murid ke sekolah sering kali membelenggu pihak sekolah.
Ketidakhadiran murid banyak memberi kesan terhadap perkembangan pembelajaran murid,
proses pengajaran guru dan merencatkan kelancaran program-program yang telah dirancang
oleh pihak sekolah. Justeru, faktor-faktor yang mempengaruhi ketidakhadiran murid perlu
diambil berat agar langkah-langkah pencegahan dapat dilaksanakan. Bagi sekolah di
kawasan pedalaman, masalah ketidakhadiran murid sering kali dikaitkan dengan faktor jarak
tempat tinggal dengan sekolah, motivasi murid yang rendah, kurang penekanan terhadap
pembelajaran oleh ibu bapa serta insfrastruktur sekolah yang lama dan uzur kurang menarik
minat murid. Menurut kajian yang dijalankan oleh Khalid (2013), faktor suasana sekolah
merupakan faktor tertinggi yang menyumbang kepada gejala ponteng dalam kalangan
pelajar.
Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah juga sering dilihat mempunyai pencapaian
akademik yang kurang memberangsangkan. Hal ini kerana mereka kerap kali ketinggalan
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Kurangnya dorongan dan paksaan daripada ibu
bapa serta penjaga turut mendorong murid menjadikan ketidakhadiran sebagai suatu
kebiasaan dan bukan kesalahan bagi mereka. Kesedaran ibu bapa tentang kepentingan
kehadiran anak-anak mereka ke sekolah masih rendah dan ada dalam kalangan mereka yang
menganggap sekolah adalah pusat jagaan anak mereka apabila mereka bekerja. Namun
begitu, pihak sekolah tidak pernah berputus asa dalam mencari langkah-langkah
penambahbaikan bagi menggalakkan murid hadir ke sekolah. Setiap warga sekolah sama
ada pentadbir, guru mahu pun ahli kumpulan sokongan mempunyai peranan masing-masing
dalam hal ini.
Berdasarkan data analisis kehadiran murid SK Kuala Muput bagi tahun 2018, purata
peratusan kehadiran murid dari bulan Januari sehingga November adalah sebanyak 88.5%.
Peratusan ini menunjukkan hampir 10% murid tidak hadir setiap bulan. Rentetan daripada
perkara ini, pihak sekolah perlu mencari jalan bagi mempertingkatkan peratusan kehadiran
murid dari semasa ke semasa. Ia penting bagi memastikan murid-murid menjalani proses
pengajaran dan pembelajaran secara berterusan tanpa berlaku keciciran serta menjejaskan
pencapaian akademik mereka. Kehadiran murid ke sekolah juga penting bagi memastikan
kelancaran program-program yang telah diatur dan mencapai objektif yang dinginkan.
2.0
MASALAH KAJIAN
Peranan dan pengaruh persekitaran terutamanya bilik darjah dilihat mempunyai hubung kait
dengan masalah ketidakhadiran murid ke sekolah. Hal ini kerana reka bentuk dan
persekitaran bilik darjah disifatkan dapat mempengaruhi perasaan dan minda pelajar
(Muriza, 2006). Bagi menarik minat murid-murid ke sekolah, guru perlu lebih kreatif dalam
mewujudkan suasana bilik darjah yang menarik dan menyeronokkan. Mengambil
pendekatan konsep pembelajaran abad ke-21, aspek fizikal iaitu susun atur bilik darjah
tradisional perlu dihapuskan kerana dianggap membosankan, tidak memberi ruang kepada
murid untuk berkolaborasi serta menghadkan keupayaan murid.
Wierman (2016) menggariskan empat elemen reka bentuk bilik darjah abad ke-21;
antaranya ialah susun atur yang fleksibel, kemudahan perabot, integrasi teknologi dan
pencahayaan persekitaran. Kurani (2016) pula menyatakan bahawa sekolah memerlukan
persekitaran fizikal yang dapat menghadapi kekerapan perubahan landskap pembelajaran
yang mana pembelajaran berlaku secara kolaboratif dan individu serta dapat melalui proses
penyesuaian. Perubahan perlu dilakukan terhadap bilik darjah yang mempunyai susun atur
yang sama selama bertahun-tahun sehingga menjadikannya satu kebiasaan tanpa sebarang
inovasi sehingga menyebabkan murid berasa bosan dan tidak tertarik dengan bilik darjah
mereka sendiri. Namun begitu, dalam menghasilkan persekitaran bilik darjah yang
dikehendaki, guru-guru di sekolah pedalaman menghadapi cabaran yang tersendiri apabila
bilik darjah sedia ada sememangnya uzur, tidak mempunyai kelengkapan perabot yang
sempurna serta teknologi yang tidak seiring dengan perkembangan semasa.
Masalah ketidakhadiran dalam kalangan murid-murid SK Kuala Muput mula diberi
perhatian apabila purata peratusan kehadiran tahunan pada tahun 2018 kurang daripada 90%.
Secara umumnya, masalah ketidakhadiran murid pada tahun tersebut disebabkan bencana
banjir yang melanda pada 7 hingga 9 Februari. Berikutan daripada bencana tersebut, sekolah
mengalami kemusnahan 100% dan telah menjejaskan kelangsungan proses pengajaran dan
pembelajaran. Kehilangan harta benda dan kerosakan insfrastruktur terutamanya bilik darjah
telah memberi kesan yang mendalam. Guru-guru mengalami kesukaran dalam membaik
pulih semula bilik darjah dalam masa yang singkat kerana kekangan kewangan dan sumber.
Hal ini telah menyebabkan kelas-kelas kelihatan suram serta kosong.
Sehubungan dengan itu, sekolah menerima kesannya dari segi kehadiran murid
apabila sebahagian murid enggan hadir ke sekolah kerana melihat kemudahan pembelajaran
di bilik darjah mereka belum lengkap dan menganggap pembelajaran tidak akan berlaku.
Terdapat juga ibu bapa yang kerap kali tidak menghantar anak-anak mereka kerana percaya
persekitaran bilik darjah yang kosong dan tidak lengkap belum sesuai untuk pembelajaran
anak-anak mereka. Menurut Che Nidzam et.al. (2014), fizikal bilik darjah kebiasaannya
dianggap sebagai guru kedua kerana berupaya mempengaruhi tingkah laku pelajar dan
memberi kesan kepada jalinan hubungan mesra antara guru dan murid serta sesama murid.
Arzi (dlm. Che Nidzam et.al., 2014) menyebut bahawa fizikal bilik darjah juga akan
merangsang
aktiviti
intelektual,
meningkatkan
hubungan
social,
menggalakkan
pembelajaran dan pembangunan pelajar serta menghadkan tingkah laku negative dalam
kalangan murid.
Oleh hal demikian, kajian ini dijalankan bagi melihat hubungan antara aspek fizikal
bilik darjah abad ke-21 dengan peratusan kehadiran murid ke sekolah. Ia merangkumi
keseluruhan bilik darjah di SK Kuala Muput dan melibatkan peratusan kehadiran murid dari
Tahun 1 hingga Tahun 6 bagi bulan Januari sehingga September 2019. Kajian ini diharap
dapat membantu pihak sekolah merancang dan merangka pelan tindakan masa akan datang
bagi meningkatkan peratusan kehadiran murid. Ia juga memberi peluang kepada guru-guru
menilai kekuatan dan kelemahan sendiri dalam mengurus bilik darjah mereka dengan lebih
baik agar dapat mengatasi masalah ketidakhadiran murid. Kajian ini juga melibatkan
penglibatan secara langsung antara murid-murid, guru-guru serta pentadbir yang mempunyai
peranan mereka tersendiri.
3.0
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Am
Secara amnya, kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara pengaruh fizikal bilik
darjah abad ke-21 terhadap peningkatan peratusan kehadiran murid-murid di SK Kuala
Muput.
Objektif Khusus
Kajian ini mempunyai bebarapa objektif yang hendak dicapai seperti:
(a)
menghuraikan reka bentuk fizikal bilik darjah abad ke-21
(b)
mengenal pasti peratusan kehadiran murid setiap bulan bagi setiap kelas sepanjang
Januari hingga September
4.0
KAEDAH KAJIAN
4.1
Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran bagi kajian ini adalah semua murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 SK
Kuala Muput. Pengkaji akan melihat peratusan kehadiran murid dari bulan Januari hingga
September bagi tahun 2019.
4.2
Kaedah Pengumpulan Data
Download