PENULISAN TESIS FORMAT GAYA UKM STAE6992 LATIHAN ILMIAH BENGKEL CADANGAN PENYELIDIKAN 2019 KANDUNGAN I. Bentuk II. Format III. Susunan dan Kandungan IV. Rujukan V. Lampiran BENTUK • Saiz kertas A4, >80 gsm • Jenis huruf Times New Roman, saiz huruf 12 poin • Semua tajuk (KECUALI SUBTAJUK) hendaklah ditaip dengan HURUF BESAR TEBAL • Teks am manuskrip hendaklah ditaip SELANG SATU SETENGAH BARIS (1.5 lines). • Bagi memulakan perenggan baru, baris pertama hendaklah ditaip SELANG SATU BARIS (1.0 lines) di bawah ayat terakhir perenggan sebelumnya. • Perenggan pertama bagi setiap tajuk hendaklah dimulakan santak kiri bagi tulisan rumi. BENTUK Teks bagi perkara berikut hendaklah ditaip SELANG SATU BARIS (1.0 lines): a) Pengakuan b) Penghargaan c) Abstrak d) Abstract e) Kandungan f) Senarai Jadual dan Ilustrasi g) Rujukan NASKHAH UNTUK PEMERIKSAAN Calon hendaklah menyerahkan tesis yang berjilid (KULIT LEMBUT) mengikut bilangan yang ditetapkan, iaitu merangkumi: • 1 Salinan untuk Pemeriksa • 1 Salinan untuk Penyelia utama • 1 Salinan untuk Penyelia Bersama (Jika berkaitan) NASKHAH AKHIR TESIS Calon hendaklah menyerahkan tesis yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Pemeriksa Siswazah dan berjilid kemas (KULIT KERAS) mengikut bilangan yang ditetapkan oleh Fakulti iaitu: • 1 Salinan bersama CD-Rom untuk Pusat Pengajian • 1 Salinan bersama CD-Rom untuk Penyelia • 1 Salinan bersama CD-Rom untuk simpanan sendiri. WARNA KULIT NASKHAH AKHIR TESIS Warna kulit hendaklah seperti yang berikut: • Diploma Siswazah: Hitam • Sarjana Muda: Hijau tua • Sarjana dan Sarjana Lanjutan: Merah tua • Doktor Falsafah: Biru tua KETERANGAN PADA KULIT Maklumat kulit depan hendaklah dicetak dengan HURUF BESAR berwarna EMAS berukuran 18 POIN dan mengikut susunan seperti berikut: • Tajuk Tesis: Disusun dalam bentuk piramid terbalik-60 mm dari birai atas • Nama penuh pengenalan • Nama Universiti: Universiti Malaysia-60 mm dari birai bawah calon: Seperti dalam kad Kebangsaan TULANG BELAKANG Maklumat pada tulang belakang hendaklah dicetak dengan HURUF BESAR berwarna EMAS berukuran 18 POIN mengikut susunan seperti berikut: • Nama penulis: Ditaip 60 mm dari birai atas • Ijazah: Singkatan ijazah dalam Bahasa Melayu • Tahun Tesis diserahkan • Singkatan nama Universiti: Ditaip 60 mm dari birai bawah FORMAT • Semua permulaan tajuk bab kecuali rujukan dan lampiran hendaklah ditaip 50 mm dari birai atas. • Perenggan terakhir dalam sesuatu halaman hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya DUA BARIS teks bercetak. Jika kurang dari dua baris, teks tersebut hendaklah dipindahkan ke halaman berikutnya sebagai perenggan baru. • Perkataan terakhir pada baris terakhir sesuatu halaman tidak boleh menggunakan tanda sengkang. • Sesuatu halaman baru hendaklah mengandungi sekurangkurangnya SATU BARIS teks. JIDAR • Jidar atas: 30 mm dari birai atas • Jidar bawah: 25 mm dari birai bawah • Jidar kanan: 25 mm dari birai kanan • Jidar kiri: 38 mm dari birai kiri PENOMBORAN HALAMAN • Nombor halaman hendaklah berada di SUDUT ATAS SEBELAH KANAN dan 15 mm dari birai atas serta 25 mm dari birai kanan bagi digit terakhir nombor berkenaan. • Gunakan jenis huruf yang sama seperti huruf teks tanpa hiasan. • Halaman permulaan (bermula dari halaman judul) hendaklah dinomborkan dengan angka kecil Roman secara berturut-turut contohnya i, ii, iii dan seterusnya. • Nombor halaman teks hendaklah menggunakan angka 1,2,3 dan seterusnya. PENOMBORAN HALAMAN • Halaman permulaan (halaman judul) dianggap sebagai halaman i tetapi nombornya tidak dicetak. • Halaman pertama setiap permulaan bahagian atau bab, tidak ditulis nombor halamannya tetapi diambil kira bagi menomborkan halaman berikutnya. SUSUNAN DAN KANDUNGAN Susunan dan kandungan tesis hendaklah mengikut tertib seperti yang berikut: a) Halaman judul b) Pengakuan c) Penghargaan d) Abstrak e) Abstract (Terjemahan abstrak) f) Kandungan g) Senarai jadual h) Senarai ilustrasi/rajah i) Senarai simbol/singkatan/tatanama/istilah j) Teks k) Rujukan l) Lampiran HALAMAN JUDUL Halaman ini hendaklah mengandungi maklumat yang ditaip selang SATU BARIS menggunakan HURUF BESAR dan mengikut susunan seperti yang berikut: a) Judul tesis: Hendaklah ditaip dalam bentuk piramid terbalik-60 mm dari birai atas b) Nama penuh calon: Seperti dalam kad pengenalan c) Tujuan tesis dikemukakan: Ungkapan seperti Lampiran d) Nama Fakulti e) Nama Universiti f) Lokasi Universiti g) Tahun penyerahan tesis: Hendaklah ditaip selang DUA BARIS selepas nama kampus dan 40 mm dari birai bawah. PENGAKUAN Pengakuan hendaklah dimulakan pada halaman baru selepas halaman judul, dan ditaip di tengahtengah halaman tersebut. PENGHARGAAN • Perkataan penghargaan dan teksnya hendaklah ditaip santak tengah dan 30 mm dari birai atas. Penghargaan kepada sebarang bantuan yang telah diberi oleh orang perseorangan atau pertubuhan dalam penyediaan tesis calon hendaklah dirakamkan. • Teks penghargaan ini tidak melebihi satu halaman. • Kandungan penghargaan adalah kepada: a) Tuhan b) Penyelia, penyelia bersama c) Pusat pengajian bagi kemudahan penyelidikan d) Sumber kewangan e) Umum ABSTRAK • Abstrak dan terjemahannya hendaklah ditaip dalam satu perenggan dengan selang SATU BARIS. • Perkataan Abstrak hendaklah ditaip santak tengah dan 30 mm dari birai atas. • Panjang abstrak hendaklah antara 200 hingga 300 patah perkataan. ABSTRAK • a) Abstrak tidak boleh mengandungi maklumat berikut: Tambahan, pembetulan atau sebarang maklumat yang tidak terdapat dalam tesis. Jadual, ilustrasi dan rujukan. c) Pemerihalan terperinci tentang ujikaji, teknik atau alat. d) Sorotan karya b) • Tesis dalam Bahasa Melayu, abstraknya hendaklah dalam Bahasa Melayu dan diikuti dengan terjemahannya dalam Bahasa Inggeris beserta judul yang diterjemahkan. KANDUNGAN Senarai kandungan hendaklah dimulakan pada halaman baru dengan perkataan KANDUNGAN ditaip santak tengah dan 30 mm dari birai atas. KANDUNGAN SENARAI JADUAL • Senarai jadual hendaklah dimulakan pada halaman baru dengan perkataan SENARAI JADUAL ditaip santak tengah dan 30 mm dari birai atas. • Senarai ini hendaklah mengandungi tajuk jadual seperti di dalam tesis. • Jadual hendaklah dinomborkan mengikut bab. SENARAI ILUSTRASI • Senarai ilustrasi hendaklah dimulakan pada halaman baru dengan perkataan SENARAI ILUSTRASI ditaip santak tengah dan 30 mm dari birai atas. • Senarai ini hendaklah mengandungi tajuk rajah seperti di dalam tesis. • Senarai ilustrasi hendaklah dinomborkan mengikut bab. SENARAI SIMBOL/ SINGKATAN/TATANAMA • Simbol ialah suatu singkatan sistematik yang mewakili sesuatu nilai/hubungan. • digunakan bagi menunjukkan sesuatu operasi, kuantiti, unsur atau kualiti. • Simbol termasuklah simbol matematik/statistik, tatanama dan unit. • Senarai simbol, singkatan dan tatanama hendaklah dimulakan pada halaman baru selepas halaman senarai ilustrasi. • Susunannya hendaklah mengikut urutan abjad. SENARAI SIMBOL/ SINGKATAN/TATANAMA • Simbol ialah suatu singkatan sistematik yang mewakili sesuatu nilai/hubungan. • digunakan bagi menunjukkan sesuatu operasi, kuantiti, unsur atau kualiti. • Simbol termasuklah simbol matematik/statistik, tatanama dan unit. • Senarai simbol, singkatan dan tatanama hendaklah dimulakan pada halaman baru selepas halaman senarai ilustrasi. • Susunannya hendaklah mengikut urutan abjad. SENARAI SINGKATAN SENARAI TATANAMA TEKS Teks hendaklah dimulakan dengan: • BAB I, iaitu PENDAHULUAN: Bab ini terdiri daripada pengenalan, permasalahan kajian, objektif kajian, skop kajian, dan kepentingan kajian. • BAB II, iaitu KAJIAN KEPUSTAKAAN/KAJIAN LITERATUR: Berkaitan kupasan kepada bahan bacaan seperti jurnal, artikel, buku dan lain-lain. • BAB III, iaitu KAEDAH KAJIAN/METODOLOGI: Tatacara menjalankan kajian dengan mengambil kira bahan, alat, instrumentasi, persampelan dan lain-lain yang berkaitan bidang kajian.Bab ini juga perlu memasukkan cara penganalisian data. • BAB IV, iaitu KEPUTUSAN: Hasil/Dapatan/Penemuan kajian. • BAB V, iaitu PERBINCANGAN: Menghuraikan dan membincangkan dapatan kajian. • BAB VI, iaitu KESIMPULAN: Rumusan kajian. PENAIPAN BAB • Setiap BAB hendaklah ditaip 50 mm dari birai atas dan di tengah-tengah antara jidar kanan dan jidar kiri. • Tajuk BAB hendaklah dimulakan selang TIGA BARIS di bawah perkataan BAB dan terletak di tengah-tengah antara jidar kanan dan jidar kiri. • Subtajuk atau kandungan bab dimulakan selang DUA BARIS di bawah tajuk BAB dan hendaklah memenuhi keperluan jidar. • Penomboran subtajuk sehingga DUA tempat perpuluhan sahaja (sehingga tahap ketiga). • Penomboran bagi subtajuk selanjutnya hendaklah dimulakan dengan a, b, c diikuti i, ii, iii dan tiada penomboran bagi tahap selanjutnya. 50mm Selang 3 baris Selang 2 baris JADUAL DAN ILUSTRASI • Tajuk jadual hendaklah ditaip di ATAS jadual. • Tajuk ilustrasi/rajah ilustrasi/rajah. • Sekiranya kedudukan sesuatu jadual atau ilustrasi itu melintang, bahagian atasnya hendaklah terletak di sebelah tulang belakang tesis. • Jadual dan ilustrasi hendaklah dinomborkan mengikut bab. • Penjelasan jadual dan ilustrasi dalam teks hendaklah mendahului Jadual dan Ilustrasi tersebut. hendaklah ditaip di BAWAH LAMPIRAN • Lampiran hendaklah disusun sebagai LAMPIRAN A, LAMPIRAN B dan seterusnya. • Perkataan LAMPIRAN hendaklah ditaip santak tengah dan 30 mm dari birai atas disertakan dengan tajuk. • Tajuk lampiran dalam senarai kandungan hendaklah sama dengan tajuk lampiran tersebut. • Bahan yang boleh dimasukkan dalam lampiran terdiri daripada glosari, data kajian, jadual, soal selidik dan sebagainya yang tidak diperlukan secara langsung bagi menjelaskan perkara yang dibincangkan dalam teks. RUJUKAN DALAM TEKS • Penulisan rujukan dalam teks memberi kemudahan kepada penulis dan pembaca untuk mengetahui sumber dan mendapatkan maklumat mengenainya. • Hendaklah menggunakan sistem pengarang-tarikh secara berterusan. • Bentuk asas rujukan dalam teks menggunakan sistem pengarangtarikh GAYA UKM hendaklah menggunakan nama PENGARANG dan TARIKH seperti contoh berikut: • Basri (2018) atau (Basri 2018) RUJUKAN DALAM TEKS Jenis Pengarang Contoh Tunggal a) Reid (2018) menyatakan… b) … seperti yang dikaji oleh Ramlah (2014). c) …mengenai pengajaran dan pembelajaran matematik (Shahrir 2015) d) Dalam kajian mengenai pengajaran dan pembelajaran matematik, Shahrir (2015) menyatakan… Bersama (2 pengarang) a) … Fauziana dan Rafidah (2012) telah memberi takrif… b) … seperti yang dibuktikan (Abdul Rahman & Embong 2015). Bersama (> 2 pengarang) a) Laila et al. (2017) menerangkan secara terperinci… b) … telah menyebabkan kerosakan DNA (Zaleha et al. 2014) Institit/Organisasi a) Berdasarkan Jabatan Standard Malaysia (2015)… atau …(Jabatan Standard Malaysia 2015) Tanpa pengarang a) Anon. (2011) atau (Anon. 2011) RUJUKAN DALAM TEKS Jenis Pengarang Contoh Multirujukan a) (Halim et al. 2009; Nazri et al. 2012; Sanusi 2015) b) (Cowan 1999, 2011, 2014) c) Shamsul 2016a, 2016b Perisian (MATLAB 2005) SENARAI RUJUKAN • Sistem pengarang-tarikh yang digunakan dalam teks hendaklah diberikan sumber rujukan yang lengkap. • Senarai ini diberi nama RUJUKAN dan ditaip dalam bahagian akhir tesis, sebelum bahagian Lampiran. • Penaipan senarai rujukan hendaklah dibuat selang SATU BARIS. • Senarai rujukan hendaklah ditaip mengikut Sistem Pengarang-Tarikh Gaya UKM. • Bahasa bahan rujukan (kecuali Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab) yang berlainan daripada bahasa yang digunakan dalam tesis hendaklah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. SENARAI RUJUKAN • Rujukan hendaklah dimulakan pada halaman baru dengan perkataan RUJUKAN ditaip santak tengah 30 mm dari birai atas. • Bahagian ini hendaklah mengandungi senarai bahan yang dirujuk di dalam teks sahaja. • Penyenaraian sumber rujukan hendaklah mengikut Sistem Pengarang Gaya UKM. • Semua bahan rujukan hendaklah disusun mengikut abjad. • Tajuk judul BUKU atau JURNAL hendaklah ditaip dengan huruf condong dan huruf pertama bagi setiap perkatan judul buku atau jurnal hendaklah dimulakan dengan HURUF BESAR kecuali kata sendi. • Untuk makalah/artikel hanya huruf perkataan pertama sahaja menggunakan huruf besar, perkataan lainnya menggunakan huruf kecil kecuali nama khas. SENARAI RUJUKAN Contoh nama pengarang: Nama asal pengarang Humphrey John Moule Bowen John Kennedy K. Sarvananthan Contoh Bowen, H.J.M. Kennedy, J. Sarvananthan, H.K. Hasan bin Basri Halimah binti Mahmod Ding Choo Ming Hasan Basri Halimah Mahmod Ding, C.H. H.S. Lee Beatrice Anak Jantan Akhdiyat Modjo Lee, H.S. Beatrice Jantan Modjo, A. CONTOH RUJUKAN Jurnal dan Prosiding: Dominczyk, A., Krzystek, L. & Ledakowicz, S. 2014. Biodrying of Organic Municipal Wastes and Residues from the Pulp and Paper Industry. Drying Technology 32(11): 1297-1303. Lee, C. C. & Lin, S. 2000. Handbook of Environmental Engineering Calculations. McGraw-Hill Professional. Mukhlisin & Abdul Rahman Raof. 2014. Prediction of Atterberg Limits Via ANN and ANFIS: A Comparison. Proceedings of the 2014 International Conference on Environmental Science and Geoscience (ESG14), hlm. 69-74. CONTOH RUJUKAN Rujukan Pengarang yang sama dengan tahun penerbitan yang sama Naryono, E. & Soemarno, S. 2013a. Pengeringan Sampah Organik Rumah Tangga. The Indonesian Green Technology Journal 2(2): 61-69. Naryono, E. & Soemarno, S. 2013b. Perancangan Sistem Pemilahan, Pengeringan dan Pembakaran Sampah Organik Rumah Tangga. The Indonesian Green Technology Journal 2(1): 27-36. Bahan rujukan elektronik SWCorp. 2015. Asingkan Demi Masa Depan Anak-anak Kita. http://www.swcorp.gov.my/mampan/Buletin Mampan Bil02.pdf [3 Mac 2017]. CONTOH RUJUKAN Berita dalam Akhbar/Online Tan Su Lin. 2013. Kitar Semula Sisa Makanan. Astro Awani, 6 November. Suffian Bakar. 2005. Tourism set to rake in RM30b in receipts. New Straits Times, 28 May:27. Temu bual Khalid Mohamad. 2014. Masalah Loji RDF di Semenyih, Selangor. Temu bual, 28 Mei. TEMPLATE GAYA UKM 2018 Muat turun templat Gaya UKM 2018 dari website Pusat Siswazah atau PTSL. CITATION MENGGUNAKAN ENDNOTE Google Scholar Letak cursor pada akhir ayat yang hendak di ‘cite’ Taip topik jurnal Klik Endnote dalam Word Pilih jurnal Klik Import into Endnote Klik Tools Sistem simpan dalam Endnote Klik Cite While You Write (CWYW) Kembali kepada Word Klik Insert Selected Citation(s) CITATION MENGGUNAKAN ENDNOTE Google Scholar Taip topik jurnal CITATION MENGGUNAKAN ENDNOTE Pilih jurnal Klik Import into Endnote Sistem simpan dalam Endnote Kembali kepada Word CITATION MENGGUNAKAN ENDNOTE Letak cursor pada akhir ayat yang hendak di ‘cite’ Klik Endnote dalam Word CITATION MENGGUNAKAN ENDNOTE Klik Tools Klik Cite While You Write (CWYW) Klik Insert Selected Citation(s) CITATION MENGGUNAKAN ENDNOTE