1.0 PENDAHULUAN Pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam Mu’ja Musalahat al-Tarbiyyah wa al-Ta’lim oleh Gergers (2005) menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran adalah dua terma yang berbeza yang mana ia membawa maksud yang tersendiri (Ishak, 1995). Menurut beliau, pengajaran adalah sebagai sa’lim yang diklasifikasikan sebgai wahana penyampaian kemanusiaan dan pendidikan yang mana menyalurkan atau menyampaikan maklumat dan pengetahuan daripada seseorang guru kepada muridnya. Sesuatu pengajaran tanpa tiga unsur utama tisak akan berjaya yang mana unsurnya termasuklah guru, pelajardan kaedah pengajaran yang dijadikan sebagai alat bantu mengajar. Manakala pembelajaran pula dimaksudkan dengan bagaimana penguasaan sifat, kemahiran dan ilmu pengetahuan seseorang pelajar dalam menyerapkan ilmu pengajaran yang telah disampaikan oleh seseorang guru tersebut. Maka dengan itu, maksud PdP adalah dimana proses menyampaikan maklumat dan menyerap maklumat yang dilakukan di dalam bilik darjah di antara murid danj uga guru menggunakan pelbagai kaedah bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Di dalam tugasan ini, tujuan tugasan adalah untuk mengaplikasikan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik sebagai guru Pendidikan Islam dan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan islam. Ianya supaya setiap guru lebih memahami setiap elemen di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di dalam tugasan ini, terdapat pelbagai perkara yang dibincangkan termasuklah perbezaan strategi, pendekatan, kaedah dan tekik yang boleh digunkan dan dijadikan rujukan kepada seseorang guru bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula, membincangkan betapa pentingnya sumber pengajaran Pendidikan islam yang mana ianya dapat dijadikan rujukan kepada guru didalam bilik darjah. Di dalam tugasan ini juga, alat bantu mengajar juga perlu dibangunkan dan merangka rancangan pengajaran mingguan. 2.0 PERBEZAAN STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK DALAM PdP Proses pengajaran dan pembelajaran perlu bergerak seiring dengan pembaharuan di dalam pendidikan pada masa kini. Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, setiap objektif adalah sama walaubagaimanapun strategi, pendekatan, kaedah dan teknik di dalam pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada guru yang mana menggunakan pelbagai elemen tersebut dan juga perlulah bersesuaian dengan peredaran zaman. Oleh yang demikian, setiap guru perlulah memahami setiap elemen tersebut. i. Konsep Strategi Perkataan strategi adalah diambil dari perkataan Inggeris iaitu strategy dan berdasarkan Kamus Dwibahasa Oxford Fajar yang mana startegi memberi makna “kepandaian merancang dan mengarahkan perang; pelan; polisi” (Abas, 2012). Makan dengan itu,ianya boleh ditakrifkan didalam konteks pengajaran dan pembelajaran sebagai kebijaksanaan seseorang pengajar ataupun guru untuk merancang dan melaksanakan pendekatan, kaedah ataupun Teknik pengajaran yang perlu digunakan untuk mencapai objektif pembelajaran yang telah dirancang”. Selain itu, berdasarkan Kamus Dewan (1998), strategi adalah rancangan yang disusun atur bagi mencapai objektif dan matlamat sesuatu perkara. Diantara contoh strategi pengajaran yang boleh dijadikan rujukan adalah strategi penggabungjalinan, strategi penyerapan nilai-nilai, strategi gabungan kaedah keseluruhan kelas dengan kaedah kumpulan dan strategi integrasi fakta-fakta dalam pelbagai mata pelajaran yang berkaitan ii. Konsep Pendekatan Menurut Kamus Dewan (1998), pendekatan adalah langkah-langkah bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugasan. Approach adalah perkataan dalamBahasa Inggeris yang bermaksud pendekatan. Ianya adalah bermakna mendekati atau menghampiri yang mana didalam konteks Pendidikan merujuk kepada cara bagaimana seseorang guru tersebut mendekati isi pengajaran supaya setiap objektif tercapai dengan jayanya. Konsep pendekatan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan komunikatif dan pendekatan oral (“Tugasan pendidikan islam hbis1103 ustazah siti eshah salleh,” n.d.) iii. Konsep Kaedah Konsep kaedah adalah suatu Tindakan yang sistematik atau tersusun prosedurya berdasarkan pendekatan yang telah dipilih (Abas, 2012). Selain itu, berdasarkan Edward M. Anthoy (1963), konsepkaedah adalah satu set prosedur yang tersusun untuk mencapai objektif. Kaedah juga menekankan dengan lebih penyusunan prosedur-prosedur utuk menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran secara sistematik berlandaskan teori pembelajaran. Antara kaedah yang boleh digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah soal jawab, perbincangan, demonstrasi dan sebagainya. iv. Konsep Teknik Teknik adalah suatu kemahiran oleh seseorang guru untukmengelola dan memastikan kaedah pengajaran benar-benar dilaksanakan di dalam bilik darjah. Berdasarkan buku Pengajian Melayu III: Komunikasi Bahasa oleh Kamaruddin B Hj Husin dan Siti Hajar B Abdul Aziz menyatakan bahawa Teknik adalah suatu pengendalian suatu organisasi yang berlaku di dalam bilik darjah untuk mencapai objektif (“roxarapsayacikgubiasa: perbezaan antara strategi, pendekatan, kaedah & teknik,” n.d.). teknik yang boleh digunakan didalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah latih tubi, simulasi, forum dan sebagainya. 3.0 MENGAPA SUMBER PENGAJARAN PENTING DALAM PDP PENDIDIKAN ISLAM. Berdasarkan Jamaluddin et. al (2000), beliau mendefinisikan bahawa sumber pengajaran boleh dikategorikan sebagai teknologi pendidikan yang mana ianya merupakan aplikasi prinsip-prinsip saintifik untuk membangunkan dan juga membentuk sesuatu bahan lain yang disimpulkan daripada sumber tersebut bagi melakukan serta melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah (citation slideshare) di dalam sumber pengajaran, terdapat pelbagai sumber yang boleh dijadikan sebagai rujukan dan ianya meliputi satu sistem yang meliputi bahan media, pengetahuan dan kemahiran serta teknik yang digunakan secara teratur. Hal ini supaya, segala proses pengajaran dan pembelajarn dapat dilaksanakan secara teratur dan lancar. Sumber pengajaran teramatlah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaan untuk subjek Pendidikan Islam. Pertama sekali, sumber pengajaran di dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat memotivasikan diri para pelajar. Hal ini kerana, dengan adanya sumber pengajaran ianya dapat menaikkan minat para pelajar untuk terus fokus di dalam pembelajaran. Contoh yang dapat kita ketengahkan adalah dengan menggunakan sumber daripada bahan elektronik seperti paparan video cerita Kisah-Kisah Nabi, dengan adanya elemen-elemen animasi di dalam paparan video tersebut dapat menarik minat para pelajar untuk fokus di dalam bilik drajah. Selain itu, sumber pengajaran dapat lagi menambahkkan lagi peratusan ingatan para pelajar. Seperti contoh, penggunaan slide di projector berkaitan dengan “Panduan Mendirikan Solat”. Hal ini kerana, apabila para pelajar melakukan, melihat dan juga menyebut bahan di dalam sumber pengajaran, para pelajar akan lebih faham dan ingat kerana mereka melakukannya secara praktikal. Hal ini telah dibuktikan oleh Jamaluddin et. al (2002) yang mana di dalam kajiannya mengatakan bahawa sekiranya deria seseorang itu digunakan, ianya akan meningkatkan peratusan ingatan seseorang itu. Seterusnya, sumber pengajaran penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ianya boleh dijadikan rujukan kepada para pelajar untuk lebih memahami tentang sesuatu pelajaran dengan lebih mendalam. Seperti contoh, As-Sunnah boleh dijadikan rujukan untuk para pelajar lebih mendalami ilmu berkaitan dengan hadis-hadis dan dalil-dalil. Hal ini kerana, di dalam As-Sunnah, terdapat pelbagai dalil dan hadis yang menerangkan sesuatu perkara tersebut dengan lebih terperinci. Maka dengan itu, para pelajar boleh menjadikan As-Sunnah tersebut sebagai rujukan mereka. 4.0 HASILKAN SATU ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) YANG MENARIK DAN KREATIF. Alat bantu mengajar yang digunakan adalah untuk mata Pelajaran Pendidikan Islam Tahun 4 yang mana sumbernya adalah daripada sumber elektronik (Internet)dan bersesuaian dengan pelajar tahun 4 dimana ianya mudah difahamai kerana alat bantu mengajar adalah berbentuk Peta Pemikiran 5.0 MEMBINA RANCANGAN PENGAJARAN MINGGUAN (RPM). RPM MEMPUNYAI ELEMEN BERIKUT: Minggu 1 Hari Kelas Bidang Tajuk Isi kandungan Alat Bantu Mengajar/Catatan ISNIN 1 Amanah Komsas Sajak - Memainkan video Sajak Kunci Bahasa - Video Kunci - Mendeklamasikan sajak Kunci Bahasa secara - Nota Slide Bahasa SELASA 1 Geografi Kedudukan Cemerlang individu. - Menyampaikan maksud sajak secara individu. - Penerangan berkaitandengantajuk(kedudukan) - Buku teks - Menunjukkan simulasi jenis-jenis kedudukan - Game - Membuat - simulasi - Video, Papan aktiviti berkumpulan (melakukan simulasi kedudukan mengikutarahandariguru) RABU KHAMIS 1 Amanah 1 Cemerlang Bahasa Bandingan Melayu semacam Geografi Arah - Menonton video ‘perbandingan semacam’ di papan layar Layar, Kertas - Mengenal pasti perbandingan semacam bergambar, - Membina ayat dengan menggunakan perbandingan Nombor semacam secara berkumpulan. giliran - Penerangan berkaitan dengan tajuk(arah) - Buku - Menunjukkan video berkaitan dengan jenis-jenis - Teksvideo arah - Membuat susunan arah yang betul menggunakan - kertas mahjong mahjong - JUMAAT 1 Geografi Cemerlang Skala dan - Jarak Pen marker Penerangan secara mendalam berkaitan dengan Buku teks skala dan jarak - Kertas Papan putih Menunjukkan di papan putih bagaimana kedudukan skala dan juga jarak dikira Minggu 2 Hari Kelas Bidang Tajuk Isi kandungan Alat Bantu Mengajar/Catatan ISNIN 2 Bahasa Cemerlang Melayu Karangan - Respon Terbuka - (Amalan Gaya Hidup - Sihat) SELASA 1 Cemerlang Geografi Skala Menerangkan Teknik ataupu kaedah menulis - Video perenggan isi dengan menggunakan kaedah IHCP. - Nota Teknik Memberikan video penerangan berkenaan kaedah karangan menulis pereggan isi menggunakan kaedah IHCP. IHCP Meulis perenggan isi berkaitan dengan amalan gaya format) hidup sihat menggunakan kaedah IHCP. dan - Jarak Penerangansecara ringkas berkaitan dengan skala -kertas kuiz dan jarak (topikminggu lepas) - Membuat kuiz berkaitan dengn tajuk menggunakan kertas kuiz yang telah diagihkan (pdf RABU 2 Bahasa Cemerlang Melayu Sjarah Kita - (Jasamu (Kemahiran Dikenang) - Menulis) - Menonton vido mengenai krisis pencerobohan KG. - Video Tanduo, Lahad Datu - Surat khabar Membahagikan 4 kumpulan (dibekalkan skrip - Lagu dialog ringkas) - Megenal pasti kesalahan ejaan yag terdapat pada skrip dialog - Murid dibekalkan dengan petikan berita dari surat khabar dan mengenal pasti kesalahan dengan menanda di surat khabar tersebut KHAMIS 1 Geografi Cemerlang Penempatan - di Malaysia - Mendedahkan berkenaan tajuk yang dipelajari dan - Mini menerangka definisi penempatan Putih, Menerangkan jenis penempatan di Malaysia berserta Marker Papan Pen contohnya. - Murid dibahagikan 4 kumpulan dan membincangkan topik yang berkaitan dengan menggunakan minipapan putih dan pen JUMAAT 1 Cemerlang Geografi Penduduk - di Malaysia Menerangkan pengajran berkenaan factor-faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di Malaysia. - Video youtube Menunjukkan satu video berkaitan dengan pelajaran Buku teks Geografi pada harini - - Membuat sesi soal jawab bersama pelajar berkenaan tajuk ini Minggu 3 Hari Kelas Bidang Tajuk Isi kandungan Alat Bantu Mengajar/Catatan ISNIN 2 Amanah Bahasa Imbuhan Melayu Kata Nama (Awalan dan - - Akhiran) 1 Geografi Cemerlang Bentuk - muka bumi - - imbuhan Mengenalpasti imbuhan kata nama bagi awalan dan kata nama - Buku Menulis 10ayat menggunakan kata nama yang Bahasa mempunyai awalan dan akhiran Melayu Teks Menerangkan pengajran berkenaan bentu kmuka - Buku teks bumi dengan terperinci - Video - Replika Menunjukkan satu video berkaitan dengan pelajaran pada harini - Nota nama dan akhiran imbuhan akhiran - SELASA Menerangakan berkaitan dengan imbuhan kata (globe) Menunjukkan replika globe kepada pelajar supaya pelajar dapat leih memahami dengan melihat dan menyentuh replika tersebut. RABU 2Cemerlang Bahasa Melayu Teladani - Sejarah (Tatbahasa) Hargai Melakonkan dialog Lagnda Batu Belah Bertangkup - yang terdapat dalam Buku teks - Warisan - Kertas mahjong Mencipta sajak yang bersesuaian dengan bahan - Penmarker ransangan - Buku teks Meulis sajak berkaitan dengan tema di dalam kertas mahjong KHAMIS 1 Geografi Cemerlang Saliran - (kepentingan saliran di Geografi Cemerlang Saliran - di Malaysia melalui perbincangan kumpulan - Menghuraikan kepentingan sungai Peta Pemikiran mengikut - Buku teks - Memaparkan video kepetingan sungai di Malaysia - Buku - Menerangkan secara terperinci berkaitan dengan Geografi saliran di Malaysia Tingakatan - Membuat sesi soal jawab bersama pelajar 1 - Membuat perbandingan kepentingan sungai dan Malaysia) JUMAAT 1 Mengenal pasti kepentigan sungai atau tasik utama giliran di Malaysia - teks Peta minda tasik yang terdapat di Malaysia Minggu 4 Hari Kelas Bidang Tajuk Isi kandungan Alat Bantu Mengajar/Catatan ISNIN 2 Bahasa Bahasa Cemerlang Melayu Melayu - (Tapak - Arkeologi) - SELASA 1 Cemerlang Geografi Saliran Malaysia di - Menunjukkanbeberapa kepig gambar tapak - Video arkeologi dan membuat sesi soal jawab - Gambar Memberikan video Tapak Arkeologi Sungai Batu - Buku teks dan mencatat isi-isi penting Bahasa Pelajar menceritakan keunikan Tapak Arkeologi Melayu Sungai Batu secara individu Tingkatan 2 Membicangkan topik saliran pada minggu lepas - Buku teks dengan lebih terperinci - Kertas kuiz - Membuat kuiz berkenaan dengan saliran di Malaysia RABU 2 Bahasa Cemerlang Melayu PertanianSatu - Perniagaan Mendengar penerangan mengenai tajuk - pembelajaran secara umum pngumuman (Kemahiran Membaca secara mekanis pengumuman, ikrar, - Skrin LCD Membaca) iklan dan promosi dengan sebutan danintonasi - Teks yang betul, nada yang sesuai serta kepantasan yang wajar KHAMIS 1 Vido Geografi Cemerlang Taburan - Penduduk Penerangan berkaitan taburan penduduk di pengumuman - Papan tulis - Pen marker - Peta Malaysia - Mengisi pemikiran peta pemikiran berkaitan taburan - penduduk di malaysia - Peta Malaysia Menjalankan aktiviti melabel taburan penduduk - Gambar - Peta menggunakan peta Malaysia JUMAAT 1 Cemerlang Geografi Penduduk di - Malaysia Membincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di Malaysia. - Menerangkan dengan contoh faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di Malaysia Pemikiran, - Game 6.0 KESIMPULAN. Kesimpulannya, proses pengajaran dan pembelajaran adalah suatu proses yang di lakukan dan dilaksanakan di dalam bilik darjah di anta guru dan juga murid. Proses ini adalah menyampaikan dan menyerap ilmu pengetahuan mengikut silibus yang telah ditetapkan menggunakan pelbagai teknik dan kaedah bagi memastikan objektif PdP dapat dicapai. Di dalam proses ini juga, setiap guru memerlukan alat bantu mengajar bagi membantu guru untukmelaksanakanda menyampaikan sesuatu ilmu itu dengan lebih mudah dan lebih difahami oleh setiap murid. Maka dengan itu, alat bantu mengajar perlulah disediakan oleh guru sebelum proses PdP ini dimulakan. Selain itu, ianya juga bagi menarik minat para pelajar untuk lebih focus dan memahami tajuk yang ingin disampaikan oleh guru berbanding dari hanya mendengar penjelasan dari guru semat-mata. Seperti yang kita ketahui, terdapat pelbagai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik dan kaedah di dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang boleh diguna pakai ataupun diaplikasikan oleh para guru untuk memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) kepada para pelajar. Setiap para pengajar perlulah bijak memilih untuk menggunakan dan mengaplikasikan kemahiran mengajar berdasarkan elemen-elemen tersebut. Hal ini dapat menarik minat para pelajar untuk terus fokus di dalam bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dan dapat mengikut garis panduan di dalam sukatan pembelajaran. Setiap guru perlulah merangka racanga pengajaran menggunakan format standard. Rancangan pengajaran penting di dalam proses PdP adalah supaya berkesesuaian dengan falsafah Pendidikan kebangsaan, menepati dengan sukata pelajaran dan juga keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. 7.0 RUJUKAN Abas, D. I. (2012). Kaedah Pengajaran dalam Pendidikan Islam. Ishak, A. (1995). Pengajaran dan Pembelajaran. Pendidikan Islam Dan Pengaruhnya Di Malaysia, (July), 74–75. roxarap-sayacikgubiasa: perbezaan antara strategi, pendekatan, kaedah & teknik. (n.d.). Retrieved November 9, 2020, from http://roxarapsayacikgubiasa.blogspot.com/2011/10/perbezaan-antara-strategi-pendekatan.html Tugasan pendidikan islam hbis1103 ustazah siti eshah salleh. (n.d.). Retrieved November 9, 2020, from https://www.slideshare.net/erwana/tugasan-pendidikan-islam-hbis1103-ustazahsiti-eshah-salleh