TAJUK: “HIKMAH SOLAT MENURUT PERSPEKTIF SAINS DAN AGAMA” CTIS 10: ASAS-ASAS ISLAM PROGRAM: A-LEVEL UK KELAS: SANDY GROUP MEMBERS: HAMZAH BIN ABD RAHMAN NURUL FATEHA BINTI MOHD ZABIR ADELIN IRIENNA BINTI AZHAR ALAM MUHAMMAD FAIZ BIN MD ESA 2011170618 2011170798 2011170808 2011170627 LECTURER’S NAME: SITI NOR AHIASAH SHAFAK AHMAD TARIKH SERAHAN: 18 OGOS 2020 ISI KANDUNGAN Perkara Disediakan Muka surat oleh 1. Pengenalan 4 Nurul Fateha 5 Adelin Azhar 9 Muhd Faiz 2. Pengenalan Tentang Solat 2.1 Pengertian solat dan rukunnya 2.2 Hukum solat 2.3 Jenis-jenis solat 3. Hikmah solat menurut perspektif sains 3.1 Takbiratul Ihram 3.2 Qiyam 3.3 Bacaan Al-Fatihah 3.4 Rukuk 3.5 Sujud 3.6 Duduk Antara Dua Sujud (Iftrasy) dan Duduk Tahiyat Akhir (Tawaruk) 3.7 Memberi Salam 3.8 Aturran Gerakan Solat dan Keseimbangan Dinamik Badan 3.9 Solat dan Ketenangan 2 4. Hikmah solat menurut perspektif agama 4.1 Memenuhi rukun Islam yang pertama 4.2 Mendekatkan diri kepada Allah 4.3 Menjauhkan diri daripada maksiat Hamzah Abd 16 Rahman 5. Kesimpulan 22 Nurul Fateha 6. Bibliografi 23 Nurul Fateha 4.4 Sebagai tanda kesyukuran terhadap Allah S.W.T 4.5 Mendapat keampunan dan rahmat Allah 3 1.0 PENGENALAN “Solat tiang agama” Solat merupakan ibadat penting dan menjadi paksi utama keimanan seseorang mukmin.Ibadat solat merupakan rukun Islam yang kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah. 1 Ia adalah tiang agama yang telah difardukan ke atas orang Islam yang mukallaf. Sesiapa yang meninggalkan solat seolah-olah dia mencerobohkan agama. Dengan melaksanakan solat, kehidupan orang muslim akan lebih teratur dan lengkap. Pelaksanaan ibadat solat juga adalah lambang keperibadian seorang muslim sejati yang dapat menghubungkan antara makhluk dan pencipta-Nya tanpa sebarang perantaraan. Solat yang sempurna dapat mencegah perbuatan maksiat, keji dan mungkar. Dengan solat juga, manusia dapat mendekatkan diri kepada Allah dan bertaqarrub kepada-Nya. Melalui pendidikan dalam solat yang teratur pasti akan membuahkan kesan-kesan positif dalam pelbagai aspek kehidupan manusia antaranya aspek kerohanian kerana solat memberikan ketenangan jiwa. Solat juga merangkumi semua aspek kehidupan dan ada juga perkaitannya dengan ilmu sains. Sains di sini bermaksud ilmu yang dihasilkan melalui cerapan dan fahaman atau huraian sistematik mengenai fenomena tabi’e. Huraian sistematik melibatkan penggunaan kaedah logic, sains dan matematik serta segala peralatan yang diperlukan. Dari segi aspek fizikal dan jasmani , solat mendidik seseorang supaya menjaga kesihatan dan sentiasa cergas serta aktif. 1 http://studentsrepo.um.edu.my/5061/14/SERAHAN_TESIS_-_Submit_Akhir.pdf (31 Julai 2020) 4 2.0 PENGENALAN TENTANG SOLAT 2.1 PENGERTIAN SOLAT DAN RUKUNNYA Dari segi bahasa : Solat diketahui sebagai doa atau doa dengan sesuatu kebaikan Dari segi syarak : Solat bermaksud perbuatan dan perkataan yang dimulai dengan takbir, disertai bersama niat dan diakhiri dengan salam dengan tertib (memelihara urutan rukun-rukun solat).2 Terdapat tiga rukun dalam solat iaitu rukun Qauli, Qabli dan Fi’li 1. Rukun Qauli bermaksud rukun yang dilafazkan atau bacaan dalam solat. Rukun qauli dibuat secara lisan dan wajib didengari oleh telinga sendiri. Ini bermaksud jika tertinggal satu huruf dalam surah Al-Fatihah, tidak sah solat tersebut. Contoh rukun ini ialah bacaan Al-Fatihah, Takbiratul Ikhram dan selawat atas Nabi SAW. 2. Rukun Qabli pula melibatkan hati. Contoh rukun qabli ialah niat dan tertib. Ketiganya ialah rukun Fi’li. Rukun Fi’li melibatkan pergerakan seseorang dalam 3. solat. Dalam rukun Fi’li mempunyai enam rukun iaitu qiam, ruku’, iktidal, sujud, duduk di antara dua sujud dan tahiyat akhir.3 2 http://www.muftimelaka.gov.my/masjid/infoislam/ibadat/solat.htm ( 1 Ogos 2020 ) 3 https://www.islamituindah.my/apa-itu-rukun-qauli-qalbi-dan-fili-dalam-solat-jom-sama- sama-ulangkaji/ ( 1 Ogos 2020 ) 5 2.2 HUKUM SOLAT Solat fardu ialah suatu perbuatan yang wajib bagi umat islam yang mukallaf ( orang islam atau orang yang kembali kepada jalan tuju islam yang baligh dan berakal sihat). 4dan suci daripada haid dan nifas. Ini bermaksud wanita yang didatangi haid dan nifas tidak boleh menunaikan solat sehingga wanita tersebut mengangkat hadas besar(mandi wajib).5 Solat fardu juga wajib ditunaikan lima kali sehari mengikut masa-masa yang tertentu. Seseorang individu juga perlulah mengelak daripada membuat perkara-perkara yang membatalkan solat atau memakruhkan solat. Orang yang mengingkari kewajipan solat dinyatakan murtad/kafir. Menurut sebuah hadith: Daripada Abu Hurairah RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Katanya, andai kata pada pintu seseorang di antara kamu ada sebuah sungai dan ia mandi disitu sebanyak lima kali dalam sehari, apakah masih ada kekotoran yang masih tertinggal dibadannya?” para sahabat menjawab, tidak ada kekotoran sedikit pun yang tertinggal dibadannya. Baginda bersabda, “Demikianlah bandingan sembahyang lima waktu, dengan mengerjakan semua itu Allah akan menghapuskan semua dosanya dan kesalahan” (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 4 http://johariyap.com/antara-mualaf-dan-mukalaf/ ( 1 Ogos 2020 ) 5 https://www.slideshare.net/ummi_amirah/solat-pengertian-syarat-rukun-sunat ( 1 Ogos 2020 ) 6 2.3 JENIS-JENIS SOLAT 2.3.1 SOLAT FARDU Solat fardu ditunaikan lima kali sehari iaitu solat Subuh, Zuhr, Asar, Maghrib dan Isyaa’ pada masa-masa yang tertentu. Firman Allah SWT: ْ َّللاَ قِيَا ًما َوقُعُودًا َو َعلَ ٰى ُجنُوبِ ُك ْم ۚ فَإِذَا ْ ص ََلةَ كَان َّ ص ََلة َ فَاذْ ُك ُروا ََْ َعلَى ْال ُمْْ ِم ِنين َّ ص ََلةَ ۚ ِِ َّ َّ ال َّ اط َمأْنَ ْنت ُ ْم فَأَقِي ُموا ال َّ ض ْيت ُ ُم ال َ َفَإِذَا ق ِكت َابًا َم ْوقُوتًا Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. (Surah al—Nisa’: 103) Di samping solat fardhu, umat Nabi Muhammad SAW juga disarankan untuk melakukan solat sunat untuk mendapat ganjaran pahala bagi yang melakukannya. 7 2.3.2 SOLAT SUNAT Solat sunat mempunyai pelbagai manfaat dan erti tersendiri. Contoh solat sunat yang biasa dilakukan oleh umat Nabi SAW ialah solat dhuha, solat tahajud, solat istikharah, solat hajat dan solat taubat. Menurut Ulama’ Mazhab Syafi’i, terdapat dua jenis solat iaitu solat fardhu dan solat sunat. 1. Solat yang terdiri daripada rukuk, sujud, dan bacaan yang mencakupi dua bahagian, iaitu solat fardhu lima waktu dan solat sunat. 2. Solat yang tidak terdiri daripada rukuk, sujud , tetapi terdiri daripada takbir dan salam sahaja iaitu solat jenazah.6 6 Dato’ Haji A.Aziz Deraman (2004), Solat, Ensiklopedia Islam Jilid 4 N-S hlm: 256-257 8 3.0 HIKMAH SOLAT MENGIKUT SAINS Terdapat pelbagai kajian Sains yang dilakukan dan terbukti menunjukkan bahawa pergerakan dalam solat yang baik dapat membantu dalam aspek kesihatan fizikal , mental dan emosi seseorang individu. Secara amnya , solat menyamai senaman yang membantu dalam pengaliran oksigen yang lancar ke otak dan seluruh bahagian badan juga.7 3.1 TAKBIRATUL IHRAM Semasa mengucapkan Allahu Akbar, teknik pernafasan adalah dengan menahan nafas antara 3 hingga 5 saat, kemudian mengambil nafas baru sedalam yang boleh, dan menghembuskannya secara perlahan-lahan. Gerakan ini menggabungkan mekanisme pengembangan dan pengempisan paru-paru yang dapat membuang dan mengisi semula kandungan oksigen dalam paru-paru atau lebih spesifik , di dalam rongga toraks dengan optimum untuk mendapatkan oksigen yang lebih banyak.8 Oleh itu, oksigen yang mencukupi dapat diangkut dan diresap ke dalam sel-sel badan termasuklah sel otot. Secara amnya , hal ini dapat membantu dalam pengaliran darah yang dan pergerakan otot yang lancar dalam badan. 7 http://www.kk.usm.my/index.php/news-media/132-rahsia-kebaikan-solat-dari-perspektif sains-dan-al-quran ( 8 Ogos 2020 ) 8 http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/12407/1/AJ_NOOR%20AZURA%20ZAINUDDIN%20JI%2 0%2014.pdf , (8 Ogos 2020) 9 3.2 QIYAM Perbuatan melipatkan tangan sebegitu merupakan kedudukan santai atau rehat yang paling sempurna bagi kedua dua tangan. Mengikut ahli fisiologi, dari posisi dan kedudukan ini, sendi siku dan sendi pergelangan tangan serta otot dari kedua dua tangan berada dalam keadaan rehat yang sangat baik. Keadaan ini akan melancarkan pergerakan sendi dan menghindarkan dari timbulnya penyakit berkaitan sendi dalam jangka masa panjang. Kedudukan berdiri tegak juga bantu dalam membaiki postur badan kerana badan berada tegak ( 90 darjah dari lantai ) menyebabkan keseluruhan badan berada pada kedudukan graviti Bumi lalu dapat menyumbang kepada keseimbangan dan postur badan9 3.3 BACAAN AL-FATIHAH Melalui bacaan surah Al-Fatihah dalam solat yang baik bersama bacaan tajwid yang betul , secara tidak langsung , proses penarikan dan penghembusan nafas yang lancar telah berlaku. Ini dapat membantu dalam peredaran darah yang baik di mana oksigen dapat diresap ke dalam sel badan melalui peparu dan pada masa yang sama , gas karbon dioksida dapat dikeluarkan daripada badan. Secara total, bacaan Al-Fatihah kelima-lima solat ialah sebanyak 17 kali , tidak termasuk bacaan surah-surah lain. Oleh itu , sistem peredaran darah dalam badan yang baik dapat dijana dalam badan. 9 https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3885840/ (9 Ogos 2020) 10 3.4 RUKUK Gerakan dan teknik rukuk yang ideal ialah dengan membengkokkan badan pada sudut 90 darjah. Hubungan gerakan rukuk dengan terapi kesihatan fizikal adalah di mana postur tersebut dapat menjaga kesempurnaan fungsi tulang belakang sebagai penyangga tubuh dan pelindung sistem saraf serta mengurangkan tekanan antara tulang-tulang belakang. Gerakan ini merenggangkan ruas antara tulang belakang dengan memanipulasi aliran cecair serebrospinal di dalam otak dan tulang belakang. Postur rukuk juga dapat melembutkan ruas-ruas tulang belakang bagi mengurangkan kesakitan waktu bersalin khususnya bagi wanita10. Posisi rukuk juga dapat melancarkan aliran darah ke otak, kerana jantung berada pada garis lurus untuk mengepam darah terus ke otak dengan lebih lancar Ketika rukuk juga , otot-otot seperti otot ektensor pada tulang belakang , otot hamstring dan otot betis dapat ddiregangkan. Ini dapat memastikan fleksibiliti otot-otot tersebut meningkat. Fleksibiliti tertamanya pada bahagian otot hamstring amat penting dalam mengekalkan postur dan keseimbangan badan yang baik. Melalui kajian fizikal kepada orang ramai , kajian mendapati bahawa selepas beberapa minggu , julat gerakan otot meningkat , lalu mengelakkan masalah sendi otot. Kajian dari negara Barat juga mendapati bahawa pengamal agama Islam mempunyai koordinasi & keseimbangan badan yang lebih baik daripada bukan pengamalAgama Islam. Ini antara bukti yang menunjukkan bahawa solat dapat membantu dalam koordinasi badan dan otot.11 10 http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/12407/1/AJ_NOOR%20AZURA%20ZAINUDDIN%20JI%2 0%2014.pdf ( 8 Ogos 2020 ) 11 https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3885840/. (9 Ogos 2020) 11 3.5 SUJUD Rasulullah SAW bersabda dengan maksudnya: “Apabila kamu bersujud, hendaklah kamu menekankan dahimu ke bumi dan jangan mencecah cepat semata-mata”,hadis sahih yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban. Hadis seterusnya Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Apabila sujud, letakkanlah kedua-dua telapak tangan kamu, dan angkatlah siku kamu”,Riwayat Muslim dan Ahmad. Melalui pergerakan dan posisi sujud ini , antara kebaikannya termasuklah , melegakan atau mengurangkan beberapa kesakitan seperti penyakit hernia , apendiks , sendi otot serta membantu dalam kelancaran peredaran darah. Khusus kepada golongan wanita pula , sujud membantu dalam mengurangkan kesakitan senggugut dan meregangkan otot dan serviks pada rahim wanita bagi memudahkan proses bersalin. Menurut kajian saintifik, posisi sujud mencatatkan denyutan jantung per minit antara 72 dan 73 denyutan per minit berbanding keadaan biasa antara 80- 90 denyutan per minit. Oleh itu, posisi sujud merupakan terapi dan rawatan yang efektif bagi masalah kardiovaskular.12 12 http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/12407/1/AJ_NOOR%20AZURA%20ZAINUDDIN%20JI%2 0%2014.pdf (8 Ogos 2020) 12 3.6 DUDUK ANTARA DUA SUJUD (IFTRASY) DAN DUDUK TAHIYAT AKHIR (TAWARUK) Pada kedudukan ini, tumit menekan otot-otot pangkal paha yang besar di mana posisi ini dapat melancarkan pengaliran darah kembali ke jantung. Selain itu , posisi ini juga dapat menghindarkan dan menjadi penawar penyakit saraf pangkal paha dan kelenjar prostat. Keadaan kaki kanan ketika duduk iftirasy di mana hendaklah dipacakkan sambil membengkokkan hujung jari kaki ini dapat mengurangkan penyakit seperti gout kerana asid urik dapat dipecahkan manakala penyakit kardiovaskular juga dapat dikurangkan melalui pengurangan kolesterol dalam badan. Kajian juga mendapati bahawa posisi duduk ini dapat menghentikan aliran darah utama ke punggung dan meningkatkan pengaliran darah ke otak dan organ lain serta kaki. Duduk iftirasy dan tawaruk juga dapat mengaktifkan kelenjar peluh yang dilipat pada bahagian paha. Geseran antara lipatan paha dan betis meningkatkan pengeluaran peluh sehingga mampu mengeluarkan mineral dan urea berlebihan yang mungkin ada pada lipatan paha. Ini adalah rawatan dan terapi bagi menjaga kesihatan buah pinggang kerana lebihan urea dan mineral dapat dikeluarkan lalu mengurangkan bebanan ginjal untuk menapis darah yang mengandungi kandungan garam yang tinggi. Bangun daripada kedudukan itu juga merupakan senaman otot bagi otot bahagian perut , peha dan betis. 3.7 MEMBERI SALAM Tampak seperti mudah tetapi kebaikan memberi salam dalam gerakan 3-5 saat ke kiri dan 3-5 saat ke kanan dapat meregangkan otot-otot pada bahagian leher dapat diregangkan untuk mengelakkan masalah sendi otot leher. 13 13 Maulana Mohammed Arsyad , Psysiotherapy and Prayer (Salah) , hlm 4Physiotherapy and Prayer (Salah) 13 3.8 ATURAN GERAKAN SOLAT DAN KESEIMBANGAN DINAMIK BADAN Selain daripada perkaitan solat dan sendi otot , jantung , peredaran darah dan perkara yang telah diterangkan di atas , terdapat kajian antarabangsa yang mendapati bahawa rukun fe’li dalam solat menyumbang kepada keseimbangan dinamik badan. Dalam semua pergerakan , badan masih kekal pada posisi yang sama , hanya gerakan sahaja yang membezannya tetapi badan masih terarah kepada graviti Bumi ( keadaan mencancang / vertical ). Perlakuan ini sedikit sebanyak dapat menyebabkan keseimbangan badan yang baik dan mengelakkan keadaan ketidakseimbangan badan (impaired balance). Gerakan dalam solat dapat merangsang sensitiviti sistem vestibular yang berfungsi untuk mengekalkan keseimbangan badan bagi mengelakkan keadaan seperti nistagmus dan vertigo. Seperti yang dinyatakan di 3.4 , kajian mendapati bahawa warga pengamal Islam dalam lingkungan umur 35 tahun mempunyai tahap keseimbangan badan yang lebih baik daripada bukan pengamal Islam pada lingkungan umur yang sama. Ukuran kuantitatif digunakan adalah menggunakan “Balance Master” yang akan mengukur had kestabilan terhadap subkomponen masa reaksi (LoS & RT) , kawalan arah (DC) dan gerakan halaju (MVL).14 14 https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3885840/ (9 Ogos 2020) 14 3.9 SOLAT DAN KETENANGAN Konteks ketenangan di sini diukut melalui alat bernama ‘Electroencephalography’ (EEG) dan ‘electrocardiography’ (ECG). Secara ringkas , kajian ini mengkaji kesan solat terhadap kuasa relatif alpha , RPα -turut merujuk kepada frekuensi gelombang alpha. Apabila RPα meningkat , hal ini menunjukkan peningkatan tahap ketenangan , kelapangan minda , peningkatan fokus dan pengurangan tahap stress. Kajian mendapati bahawa pada keadaan sujud , Tahap RPα berada ada paras tertinggi berbanding gerakan lain. Tambahan pula , tahap peningkatan aktiviti parasimpatetik dan penurunan tahap aktiviti simpatetik dapat memastikan individu berada dalam keadaan tenang dan stabil. Mekanisme parasimpatetik akan menurunkan kadar denyutan nadi akibat rembesan hormon ‘acetylcoline’ manakala simpatetik berlaku sebaliknya.15 15 https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4086364/ ( 9 Ogos 2020 ) 15 4.0 HIKMAH SOLAT DARIPADA PERSPEKTIF AGAMA 4.1 MEMENUHI RUKUN ISLAM Dalam lima rukun Islam yang telah sedia kita tahu,rukun Islam yang kedua ialah solat fardu lima waktu dalam sehari selepas rukun islam yang pertama iaitu mengucap dua kalimah syahadah. Apabila menyebut tentang rukun,ia juga boleh diertikan sebagai asas ataupun tonggak bagi sesuatu perkara sebagaimana sesebuah bangunan memerlukan tiang dan konkrit yang kukuh untuk terus terbina megah dan kuat.Ia mempunyai kedudukan yang amat penting dalam Islam dan merupakan tapak yang kukuh bagi tegaknya agama Islam16.Sebagaimana yang telah difirmankan Allah S.W.T di dalam al-quran,yang begitu banyak untuk diberikan kesemuanya. Antara firman-Nya: ُ َِحاف َ ص ََلةِ ْال ُو ْس ﴾٢٣٨﴿ َط ٰى َوقُو ُموا ِللَّـ ِه قَانِتِين ِ صلَ َوا َّ ت َوال َّ ظوا َعلَى ال Maksudnya: Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk. (Al-Baqarah 2:238) Di dalam hadis pula Nabi Muhammad S.A.W bersabda: Maksudnya: Solat itu tiang agama.Barangsiapa mendirikan solat,sungguhlah ia telah mendirikan agama agama; dan barangsiapa meruntuhkan solat,sesungguhnya ia telah meruntuhkan agama. (H.R Al;Baihaqi dari Umar R.A,Al-Ihya 2:9 16 Drs. Usman Alnas,(2004),Ensiklopedia solat. hlm:255 16 4.2 MENDEKATKAN DIRI DENGAN ALLAH Sebagai seorang makhluk yang lemah lagi tiada daya dan upaya, seharusnya kita berusaha untuk mengabdikan diri kita kepada Allah dengan sentiasa beramal soleh dan menunaikan kewajiban yang telah ditetapkan oleh-Nya. Hubungan antara hamba dan Tuhan seharusnya dijaga dengan sebaiknya agar kita akan terus dirahmati dan dikasihi oleh Allah.Amalan solat secara jelas dapat memperkuatkan lagi hubungan kita dengan Allah kerana di dalam solat, kita berdoa dan berharap sepenuh hati kepada Allah sehingga dapat menimbulkan rasa kemanisan iman di dalam beribadah. Melalui amalan solat lima waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas setiap mukmin, ia menjadi asas kepada lahirnya sifat takwa dalam diri seseorang.Apabila sesorang itu istiqamah dalam menunaikan solat dalam kehidupan sehariannya,nescaya ketenangan akan hadir dalam hatinyakerana Allah sentiasa dekat di hatinya. Firman Allah S.W.T: ﴾٢٨﴿ ُالَّذِينَ آ َمنُوا َوت َْط َمئِ ُّن قُلُوبُ ُهم بِ ِذ ْك ِر اللَّـ ِه ۗ أَ ََل بِ ِذ ْك ِر اللَّـ ِه ت َْط َمئِ ُّن ْالقُلُوب Maksudnya: "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Ar Ra’d:28) Begitu juga terdapat di dalam hadis mengenai Qiamullail : Riwayat At-Tarmizi dan Al-Hakim, Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah kamu melakukan qiamullail, kerana qiamullail adalah kebiasaan orang-orang yang soleh sebelum kamu, kerana qiamulail mendekatkan diri kepada Allah, mencegah daripada dosa, menghapuskan kesalahan-kesalahan dan menghalau penyakit dari tubuh “. 17 4.3 MENJAUHKAN DIRI DARIPADA MAKSIAT Nafsu dan hasutan syaitan seringkali berjaya menyebabkan manusia lupa dan alpa terhadap tanggungjawab mereka terhadap Allah. Hanya yang kuat keimanannya akan terus berusaha untuk meninggalkan amalan buruk dengan sentiasa mengingati Allah dalam apa jua cara. Orang mukmin akan sentiasa berusaha untuk mengingati Allah dengan solat,tidak kira solat fardu mahupun solat nawafil, kedua-duanya terasa sangat gembira sehingga mereka terhindar dari fahsya’ dan munkar. Allah SWT telah secara jelasnya berfirman: ﴾٤٥﴿ ََّ صنَعُو ِ ص ََلة َ ت َ ْن َه ٰى َع ِن ْالفَحْ ش ْ ََاء َو ْال ُمنك َِر ۗ َولَ ِذ ْك ُر اللَّـ ِه أ َ ْك َب ُر ۗ َواللَّـهُ َي ْعلَ ُم َما ت َّ ِِ َّ َّ ال Maksudnya: Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (Al-‘Ankabut:45) Adalah satu kepentingan untuk sesorang yang menunaikan solat untuk khusyuk iaitu tunduk dan tawaduk serta ketenangan hati dan segala anggota kepada Allah. Ikhlas dalam beribadah agar dapat melaksanakan solat yang lebih bermutu dan dapat memberikan kesan yang mendalam terhadap hati.Solat orang yang lalai,jauh dari khusyuk,tidak dapat mecegahnya dari fahsya’ dan mungkar. Berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W bersabda : Maksudnya:Barangsiapa yang tiada ditegahnya oleh solat dari fahsya dan munkar,tiadalah bertambah baginya,selain dari jauh dari Allah. (H.R Ali Ibnu Ma’bad dari Al-Hasan,Syarah Ihya’,2:112) 18 4.4 TANDA KESYUKURAN TERHADAP ALLAH SWT ﴾١٨﴿ ور َّر ِحي ٌم ٌ ُصوهَا ۗ ِِ َّ َّ اللَّـهَ لَغَف ُ َْو ِِ َّ تَعُدُّوا نِ ْع َمةَ اللَّـ ِه ََل تُح Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Nahl 16:18) Nikmat Allah itu memang tiada batasnya jika ingin dihitung. Sebagai hamba Allah yang hanya meminjam dunia ini daripadaNya seharusnya ingat bahawa Allah boleh mengambil segala nikmat ini dalam sekelip mata.Walau sekecil-kecil nikmat yang kita tidak perasan seperti dapat bernafas,tubuh badan yang sihat sehinggalah nikmat keimanan yang sangat besar nilainya.Allah memberikan nikmatNya secara percuma tanpa apa apa bayaran perlu dikenakan kepada kita,seharusnya kita sangat sangat bersyukur atas nikmat-nikmatNya dengan mentaati segala suruhannya terutamanya dalam hal ibadah solat.Solat adalah tanda syukur kita terhadap Allah yang sewajibnya dilakukan tanpa paksaan.Orang yang meninggalkan ibadah solat ini adalah tanda-tanda orang yang tidak bersyukur ke atas nikmat yang telah diberikan. Sebagaimana firman Allah S.W.T: ﴾٧﴿ ٌشدِيد َ َشك َْرت ُ ْم ََل َ ِزيدَ َّن ُك ْم ۖ َولَئِن َكفَ ْرت ُ ْم ِِ َّ َّ َعذَابِي ل َ َوِِذْ تَأَذَّ ََّ َربُّ ُك ْم لَئِن Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Ibrahim 14:7) 19 4.5 MENDAPAT KEAMPUNAN DAN RAHMAT ALLAH SWT Rasulullah dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A: أول ما حياب ه لعبد لتاه فا َّ كا َّ أكملها وَلل قال لهلل عز وجل لنظرول عبد ي من هطوع فا َّ وج ع هطوع قال أكملول ه لعفريضة Maksudnya: “Amalan yang mula-mula dihisab (diperhitungkan) daripada seseorang hamba pada hari kiamat ialah solat jika sempurna solatnya. Jika tidak, Allah berfirman : Lihatlah kepada solat-solat sunat yang dikerjakan oleh hambaku ini jika ada yang sunat sempurnakanlah solat-solat fardu itu dengan solat-solat sunat”. Allah itu Arrahim(Maha Penyayang),At-Tawwab (Maha Penerima Taubat) , Al-Ghofur (Maha Pengampun).Tiga sifat daripada 99 sifat Allah menunjukkan bahawa Allah sangat mengasihani hamba-hambaNya yang bersungguh-sungguh untuk mencari keampunanNya dalam kehidupan mereka.Amalan solat ini adalah antara amalan wajib seorang hamba dalam usaha untuk memohon keampunan daripada Allah.Sepertimana yang dijelaskan di dalam hadis di atas,ibadah solat kita adalah yang akan menjadi yang pertama sekali dihitung di Yaumul Hisab kelak. Jika solatnya diterima,diterimalah amalan-amalan lain juga.Jika solatnya ditolak,ditolaklah amalan amalan yang lain juga.Pengampunan Allah itu amatlah penting bagi kita,hamba yang lemah ini yang menjadi penentu nasib syurga atau neraka untuk kita di hari akhirat kelak.Melalui solat fardu juga,kita boleh mendapat keampunan Allah. 20 Berdasarkan sabda Nabi S.A.W: يغتسل فيه كل، أرأيتم لو أ َّ نهرا بباب أحدكم: أنه سمع رسول هللا صلى هللا عليه وسلم يقول:عن أبي هريرة رضى هللا عنه . يمحوهللا بها الخطايا، فذلك مثل الصلوات الخمس: قال، َليبقى من درنه شيأ: قالوا. ذلك يبقى من درنه: ما تقول،يوم خمسا )(رواه اإلمام البخاري Maksudnya: Daripada Abu Hurairah Radiallahu Anhu: Bahawasanya dia pernah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Jika ada suatu sungai di depan rumah seorang yang di situ dia mandi lima kali dalam sehari, masihkah ada kotoran pada dirinya?" Para sahabat menjawab: "Tidak ada sedikit pun kotoran yang tersisa pada dirinya". Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Begitulah perumpamaan sembahyang fardhu lima waktu yang dengannya Allah menghapus dosa orang yang mengerjakannya". (Riwayat Bukhari) Sungguh Allah itu Maha Pengampun,manfaatkanlah masa yang ada untuk terus bertaubat dan mohon keampunan Allah terutamanya dengan memenuhi tuntutan solat fardu lima kali sehari yang lebih afdhal lagi jika dilaksanakan secara berjemaah berbanding bersendirian tidak kira sama ada di masjid ataupun di rumah sahaja.17 17 https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/2498-irsyad-al-hadith-siri-ke-278-ganjaran- solat-subuh-berjemaah-menyamai-haj2 (14 Ogos 2020) 21 5.0 KESIMPULAN Islam merupakan agama yang menyeluruh kerana merangkumi pelbagai aspek kehidupan . Berdasarkan ajaran Al-Quran mahupun Sains, ibadah utama ini mampu memberi pelbagai hikmah dalam kehidupan dan diri kita tidak kira secara rohani mahupun aspek Sains. Secara amnya , Solat sangat berkait rapat dengan agama. Implikasi solat terhadap agama memberi aspek yang besar terhadap diri setiap umat Islam. Solat yang bermutu menjanjikan kebahagiaan dunia dan akhirat. Solat yang berkualiti melahirkan mukmin yang Berjaya dalam setiap aspek kehidupan. Malahan , solat menjadi benteng terhadap budayabudaya dan kemungkaran yang sama sekali bertentangan dengan agama Islam. Kajian turut mendapati bahawa solat memberi implikasi jangka Panjang terhadap kesihatan penganutnya. Kajian mendapati bahawa solat membantu dalam melancarkan peredaran darah , membantu keseimbangan dan koordinasi badan , meregangkan sendi otot dan juga memberi ketenangan dalam diri. Sains yang juga merupakan Ilmu Allah ini menjadi kayu ukur dan bukti kebaikan Solat kepada penganutnya. Dengan ini , kita harus sedar bahawa solat bukanlah sekadar ibadat atau ‘tiket’ untuk ke syurga, tetapi juga memberi impak terhadap kehidupan kita di muka Bumi Allah , Bumi Tarbiyah ini. 22 6.0 BIBLIOGRAFI Laman sesawang a) http://studentsrepo.um.edu.my/5061/14/SERAHAN_TESIS_-_Submit_Akhir.pdf (31 Julai 2020) b) http://www.muftimelaka.gov.my/masjid/infoislam/ibadat/solat.htm (1 Ogos 2020) c) http://johariyap.com/antara-mualaf-dan-mukalaf/ (1 Ogos 2020 ) d) https://www.slideshare.net/ummi_amirah/solat-pengertian-syarat-rukun-sunat ( 1 Ogos 2020 ) e) https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/2498-irsyad-al-hadith-siri-ke-278ganjaran-solat-subuh-berjemaah-menyamai-haj2 (14 Ogos 2020) f) https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4086364/ , ( 9 Ogos 2020 ) g) https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3885840/ (9 Ogos 2020 ) h) http://www.kk.usm.my/index.php/news-media/132-rahsia-kebaikan-solat-dariperspektif sains-dan-al-quran ( 8 Ogos 2020 ) i) http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/12407/1/AJ_NOOR%20AZURA%20ZAINUDDIN%2 0JI%20%2014.pdf ( 8 Ogos 2020 ) j) https://www.islamituindah.my/apa-itu-rukun-qauli-qalbi-dan-fili-dalam-solat-jomsama-sama-ulangkaji/ ( 1 Ogos 2020 ) Buku a) Dato’ Haji A.Aziz Deraman (2004), Solat,Ensiklopedia Islam Jilid 4 N-S,hlm: 256-257 b) Drs. Usman Alnas, (2004), Ensiklopedia solat, hlm: 255 c) Hj. Hasan Muhammad Al-Khairun Bin Ghazali (2003), Mutiara Hati, hlm: 37 d) Maulana Mohammed Arsyad , Psysiotherapy and Prayer (Salah) , hlm 4 23