Uploaded by htaninie

kertas kerja pss

advertisement
SMK SULTAN AZLAN SHAH
33400 LENGGONG
PERAK
KERTAS KERJA
PENAMBAHBAIKAN PRASARANA DAN KECERIAAN PUSAT
SUMBER SEKOLAH
DISEDIAKAN OLEH :
NAJIHAH BT MD ZUBIR
GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA
0
PUSAT SUMBER
SMK SULTAN AZLAN SHAH
KERTAS KERJA
PENAMBAHBAIKAN PRASARANA DAN KECERIAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
1.0 PENDAHULUAN
Pusat Sumber Sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi
bahan pengajaran dan pembelajaran yang perlu diurus secara sistematik. Hal ini supaya PSS
dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlaku dalam situasi yang
selesa, menarik dan mudah difahami serta mencapai objektifnya. Sehubungan dengan itu,
sumber dan prasana yang cukup serta keceriaan Pusat Sumber adalah aspek paling utama
bagi menarik minat seluruh warga SKPP2 untuk menggunakan PSS dengan optimum.
Pertambahan bahan bacaan, alat bantu belajar dan menambah baik keadaan fizikal serta mutu
perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang sedia ada boleh menjadikan sebuah pusat sumber
yang lengkap, bermaklumat, selesa serta berfungsi sepenuhnya bagi mencapai objektif proses
Pengajaran dan pembelajaran (P&P) selaras dengan kehendak Pusat Sumber Pendidikan
Negeri (PSPN) dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Mengadakan
sebuah Pusat Sumber Sekolah yang lengkap dengan beberapa
kemudahan asas yang penting supaya dapat berfungsi dengan sebaik-baiknya
disamping lebih mudah dan selesa digunakan sewaktu proses P&P.
2.2 Menambah bilangan bacaan dan rujukan di perpustakaan selaras dengan fungsinya
sebagai gedung ilmu dan sumber rujukan murid-murid di sekolah.
2.3 Menambah pelbagai Bahan Bantu Mengajar yang berkualiti, mudah digunakan, mudah
disimpan, menarik, tahan lama serta serba guna lebih-lebih lagi sesuai dengan sukatan
pelajaran masa kini.
2.4 Menambahkan
keceriaan PSS supaya lebih selesa dan menarik agar dapat
dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh guru-guru dan murid-murid disamping
mewujudkan situasi P&P yan pelbagai serta berlainan daripada di bilik darjah.
2.5 Mewujudkan keadaan bilik atau ruang yang sesuai serta selesa di samping peralatan
yang lengkap dan mudah digunakan (mesra pengguna)
1
3.0 TARIKH
Persekolahan bermula 3 Januari hingga 1 November 2017
4.0 TEMPAT
Pusat Sumber Sekolah
5.0 SASARAN
5.1 Guru-guru SMK Sultan Azlan Shah
5.2 Pengawas PSS 2017
6.0 RANCANGAN PEMBANGUNAN
6.1 Penambahan Koleksi Bahan
BIL
1.
2.
3.
PERANCANGAN
Membeli pelbagai bahan bacaan dan rujukan
untuk kegunaan perpustakaan.
(buku-buku fiksyen, ilmiah, karya agung,
rujukan dan latihan serta langganan majalah
dan akhbar)
Membeli dan membina pelbagai bahan
bantu mengajar.
(bahan berbentuk carta, model serta alatan
yang berkaitan dengan P&P)
Memohon sumbangan daripada pihak luar.
(Perpustakaan Negara Malaysia, BTPNKL,
Dewan Bahasa dan Pustaka serta syarikatsyarikat swasta)
ANGGARAN
PERBELANJAAN
SUMBER
RM 1500.00
PCG
RM 500.00
PCG
-
BPTN
PERPUSTAKAAN
NEGERI PERAK
6.2 Pembangunan Fizikal
BIL
PERANCANGAN
1.
Memilih dan mengasingkan buku-buku lama
dan menyusun buku mengikut Sistem
Pengkelasan Dewey.
2.
Membaik pulih dan menyusun semula rak-rak
buku
3.
Memasang karpet dinding pada papan
kenyataan di pusat sumber (bilik wall room)
Papan kenyataan 12 papan kenyataan 4X4m2
172m2 x RM 8 =
Papan kenyataan 2 papan kenyataan 6x4
24m2 x RM 8 =
ANGGARAN
BELANJAWAN
-
-
SUMBER
Buku dilabel
mengikut warna
pengkelasan
Sumbangan
Sumbangan
RM 1376
RM 192
2
4.
Menambah
sudut
informasi
dan
melengkapkan papan kenyataan di bilik pusat
sumber, bilik unit Teknologi Pendidikan dan
bilik akses.
RM 300.00
PCG
6.3 Aktiviti dan Program PSS
BIL
PERANCANGAN
ANGGARAN
BELANJAWAN
RM 100.00
1
Mengadakan majlis perlantikan pengawas PSS
2
Program Nilam
3
4
Program Kem Membaca 1 Malaysia
Literasi maklumat - memperkenalkan Sistem Pengkelasan
Dewey kepada murid
RM 500.00
Waktu ganti kelas GPM
5
Melengkapkan maklumat PSS dan laluan tangga ke PSS
untuk projek mengindahkan sekolah.
RM 100.00
6
Aktiviti bersama panitia atau kaunseling
contoh program anti dadah peringkat sekolah
RM 50.00
RM 100.00
7.0 IMPLIKASI KEWANGAN
7.1 Perbelanjaan
Jumlah keseluruhan yang diperlukan dalam projek pembangunan Pusat Sumber
Sekolah adalah RM 4718.00
7.2 Pendapatan
BIL
PERKARA
PERUNTUKAN
1.
Wang Sekolah (Peruntukan Geran Perkapita)
RM 3630.00
2.
Keuntungan jualan surat khabar 2016
RM 21.00
3.
4.
Duit runcit - Jualan buku Nilam
Derma dan sumbangan
RM 20.00
RM 500.00
- Ibu bapa
- Aktiviti jualan PSS
RM 200.00
- Lain-lain
RM 1000.00
3
8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA:
Penasihat
:
Tn Hj Mohd Shukor Bin Hj Ahmad
Pengetua SMK Sultan Azlan Shah
Pengerusi
:
En. Ahmad Jailani bin Kamaroddin
Penolong Kanan Pentadbiran SMK. Sultan Azlan Shah
Naib Pengerusi
1
:
Cik Satariah bt Mohamad
Penolong Kanan HEM SMK. Sultan Azlan Shah
Naib Pengerusi
2
:
Tn Hj Abdul Hakim Bin Abdul Malik
Penolong Kanan Ko kurikulum SMK. Sultan Azlan Shah
Penyelaras
:
En Razali Bin Daud
Guru Kanan Bahasa SMK. Sultan Azlan Shah
Setiausaha
:
Pn. Najihah Bt Md Zubir
Guru Perpustakaan dan Media SMK. Sultan Azlan Shah
AJK Pusat Sumber
:
Cik Nur Athirah Bt Ismail
Guru Unit Teknologi Pendidikan SMK. Sultan Azlan Shah
AJK Media Elektronik :
En Lokman Bin Ramdan Mohamed
Guru Penyelaras Bestari
AJK Komputer
:
En Muhammad Nor Al-Hadi Bin Abdul Mutalib
Juruteknik Komputer sekolah
AJK BBM/BBB
:
Ketua Panitia
AJK Nilam
:
Guru Kelas
9.0 PENUTUP
Besar harapan semoga projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya bersama-sama dan
mencapai objektif yang digariskan dalam menjadikan PSS sebagai pusat tumpuan ilmu di
sekolah ini dan seterusnya melahirkan pelajar yang cemerlang dari semua sudut. Semoga apa
jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan dari Ilahi. Segala
perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat
berjalan dengan lancar berserta hidayah dan pertolongan Allah SWT.
Disediakan oleh:
Disemak oleh:
Diluluskan oleh:
(Najihah Bt Md Zubir)
Guru Perpustakaan & Media
SMK Sultan Azlan Shah,
33400 Lenggong, Perak
(En Razali Bin Daud)
Guru Kanan Bahasa
SMK Sultan Azlan Shah
33400 Lenggong Perak
(Hj Mohd Shukor Bin Hj Ahmad)
Pengetua
SMK Sultan Azlan Shah
33400 Lenggong Perak
4
Download