Uploaded by fatihahusna

article

advertisement
Proceeding of The ICECRS
Vol 3 (2019): Global Education: Perspectives, Innovations, Issues, and Challenges
Articles
Pengurusan Konflik Guru Bimbingan dan
Kaunseling Sekolah Menengah
Muhammad Bazlan Mustafa
Mohammad Nasir Bistamam
Samsiah Mohd Jais
Mohammad Aslina Ahmad
Noor Hayati Zakaria
Fakulti Pembangunan Manusia,
Sultan Idris
Fakulti Pembangunan Manusia,
Sultan Idris
Fakulti Pembangunan Manusia,
Sultan Idris
Fakulti Pembangunan Manusia,
Sultan Idris
Institut Aminuddin Baki
Universiti Pendidikan
Universiti Pendidikan
Universiti Pendidikan
Universiti Pendidikan
Kajian ini bertujuan untuk membina, menguji kesahan dan kebolehpercayaan Modul
Pendekatan Rational Emotive Behavior Therapy dalam pengurusan konflik Guru Bimbingan
Dan Kaunseling sekolah menengah. Konflik yang terhasil menyebabkan Guru Bimbingan dan
Kaunseling mengalami stres. Oleh itu modul ini dibina sebagai satu strategi untuk membantu
Guru Bimbingan dan Kaunseling menangani stres. Modul ini dibina berdasarkan kajian
kepustakaan Teori Rational Emotive Behavior Therapy oleh Albert Ellis (1995). Hasil kajian
perpustakaan telah berjaya membina Modul Pengurusan Konfik yang diaplikasikan menerusi
lapan sesi utama yang merangkumi 20 aktiviti kendiri. Sesi 1: Ice Breaking, Sesi 2:
Pengenalan Modul Pengurusan Konflik, Sesi 3: A – Peristiwa / C – Emosi Terhasil, Sesi 4: B –
Sistem Kepercayaan, Sesi 5: A – Peristiwa / B - Sistem Kepercayaan / C – Emosi Yang Terhasil
Sesi 6: Pengajaran Tentang Dispute, Sesi 7: D – Hujah / E – Emosi Baru dan Sesi 8: Rumusan
/ Penamatan. Dapatan kajian menunjukkan nilai kesahan kandungan modul ialah 88.44%.
Nilai kebolehpercayaan modul ialah .915. Modul pengurusan konflik dapat membantu Guru
Bimbingan dan Kaunseling menangani konflik di sekolah. Modul ini memberi kemahiran
cognitive coping sebagai satu strategi dalam mengurangkan stres Guru Bimbingan dan
Kaunseling.
I. PENGENALAN
Konflik wujud apabila berlaku ketidakseimbangan antara pemikiran dan emosi di antara individu
dengan individu lain atau dalaman individu itu sendiri (Corvette, 2007). Konflik tersebut mungkin
betul-betul berlaku atau hanya tanggapan bergantung pada konsep pemikiran seseorang.
Pemikiran - kognisi (perbuatan atau proses memperoleh pengetahuan secara taakulan atau intuisi
atau melalui deria) adalah termasuk dalam sistem kepercayaan kita. Kepercayaan seseorang adalah
apa yang difikirkan sama ada berdasarkan realiti atau pun tidak. Dalam interaksi interpersonal,
persepsi adalah lebih penting dari realiti. Apa yang seseorang fikir atau tanggapan akan memberi
kesan kepada tingkah laku, sikap dan komunikasi.
Mengikut Goncalves (2008) konflik terhasil kerana kurang persetujuan dalam mencari kata sepakat
dalam kalangan dua pihak berikutan minat dan keperluan yang berbeza terhadap sesuatu perkara.
Dua komponen paling penting dalam setiap konflik yang berlaku ialah keperluan dan tujuan dalam
sesuatu perkara sepertimana kebimbangan yang dipersepsikan oleh seseorang individu
berdasarkan situasi ini. Kebimbangan itu sering dicetuskan oleh rasa takut atau oleh perasaan yang
seseorang tidak mempunyai pilihan. Kita seringkali mendapati bahawa kita berada dalam konflik
apabila keperluan dan kemahuan kita dirasakan tidak dipenuhi sehingga mencetuskan tahap
Copyright © Author(s). This is an open-access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution License (CC BY).
1/9
Proceeding of The ICECRS
Vol 3 (2019): Global Education: Perspectives, Innovations, Issues, and Challenges
Articles
kebimbangan dari rendah ke tahap paling tinggi. Jika anda masih memikirkan kepada konflik yang
sudah terjadi, anda akan mendapati bahawa keperluan anda berada dalam keadaan terancam.
Seperti yang diperkatakan oleh Mayer (2000), “penyelesaian konflik adalah proses yang kreatif,
interaktif dan boleh berubah di mana ia memerlukan lebih daripada pengetahuan asas dan sesuatu
peralatan. Untuk merungkai konflik dengan baik, penyelesai konflik tersebut perlu mempunyai
tumpuan dalaman yang berterusan dan kesedaran yang berkembang mengenai perubahan yang
berlaku kepada pihak yang memerlukan bantuan.” “Konflik adalah sebahagian dari kesinambungan
yang membawa kepada gangguan dan kekerasan,”
Konflik yang tidak diselesaikan akan merosakkan semangat moral, mengurangkan produktiviti dan
kualiti, mengekang operasi kerja dan boleh menghalang modal insan yang cemerlang. Mengikut
Goncalves (2008) permulaan konflik boleh menjadi amat serius untuk memusnahkan hubungan dan
tugas berkumpulan, memberikan kesan ketara kepada produktiviti dalam mana-mana organisasi.
Bila Konflik Ini Berlaku?
Kita cenderung bertanggapan konflik sebagai kesan kepada percanggahan di mana terdapat
ancaman kepada keperluan, kepentingan dan kebimbangan. Apabila kita cenderung beranggapan
bahawa konflik adalah ancaman maka reaksi kita akan cenderung beremosi. Kiat seringkali percaya
bahawa status kita mungkin akan berubah, kerja kita akan terjejas dan kita mungkin kehilangan
peluang. Dalam hal ini, adalah sangat penting untuk mencari sumber kepada ancaman tersebut dan
cuba meyakinkan kepada pihak lain bahawa kita berdepan dengan percanggahan.
Konflik juga boleh terjadi apabila kita salah faham tentang sumber sesuatu isu. Kita cenderung
memberi respon kepada tanggapan terhadap situasi seperti yang dinyatakan di atas dan bukan
realiti tentangnya. Apabila kita rasa terancam dengan situasi atau tanggapan bahawa kita tidak
akan mendapat apa yang diperlukan, kita sudah mula berada dalam konflik. Kita sering gagal
mengenali bahawa konflik adalah multidimensi. Ia tidak hanya memberi kesan kepada tahap fizikal
kita dengan memberi ancaman kepada status namun ia juga memberi kesan kepada emosi dan
tahap professional kita. Tambahan lagi, persekitaran kerja, prosedur dan polisi syarikat, klien dan
hubungan interpersonal juga akan menjejaskan kebolehan untuk menangani konflik.
Faktor lain yang memberi kesan apabila berhadapan dengan konflik ialah hakikat bahawa kita
menganggap percanggahan adalah sesuatu yang tidak normal. Perbezaan pendapat dijangka pasti
akan berlaku di tempat kerja dan ia seharusnya dipupuk. Kita tidak menyedari bagaimana perlu
startegi yang kreatif apabila berdepan dengan konflik. Kita tidak seharusnya keliru antara konflik
dengan tidak dapat membuat keputusan, percanggahan atau tekanan. Walaupun ia adalah puncapunca konflik, ia masih tidak membentuk konflik dan tidak semesinya ditangani melalui kaedah
penyelesaian konflik.
Jika kita ingin belajar tentang cara menangani konflik, kita harus memahami tentang konflik.
Sebaliknya, seseorang individu mungkin menggunakan kaedah yang sesuai menangani konflik,
namun begitu ia tidak mencapai keputusan yang seperti mana yang diharapkan. Mengikut
Goncalves (2008) simptom - simptom konflik adalah:
1. Punca isu adalah saling bergantung – Dalam kata lain, pihak yang terlibat dalam konflik
memerlukan sesuatu dalam kalangan satu sama lain dan mereka mudah terjejas kepada
keperluan tersebut. Sebagai contoh, penyelia meminta anda untuk bekerja lebih masa pada
malam ini, namun anda sudah mempunyai perancangan untuk menonton wayang.
2. Pihak menyalahkan antara satu sama lain – Dalam konflik yang biasa, pihak yang
terlibat cenderung untuk mencari salah masing-masing kerana mencetuskan masalah.
Sebagai contohnya, penyelia menyalahkan anda kerana tidak mahu bekerja lebih masa
disebabkan anda tidak komited terhadap tugas yang diberikan. Dalam pada masa yang
sama, anda pula menyalahkan penyelia kerana bersikap tidak peka dan tidak wajar
Copyright © Author(s). This is an open-access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution License (CC BY).
2/9
Proceeding of The ICECRS
Vol 3 (2019): Global Education: Perspectives, Innovations, Issues, and Challenges
Articles
mengambil kesempatan di atas kebaikan anda dengan menyuruh anda bekerja lebih masa.
3. Pihak yang marah – Apabila pihak yang terlibat dalam konflik sedang marah, ia adalah
disebabkan mereka berasa sangat kecewa. Namun, dalam kebanyakan konflik emosi-emosi
sebegitu adalah disembunyikan. Kita cenderung untuk menyembunyikan rasa kecewa
tersebut dengan berperwatakan ceria supaya rakan sekerja tidak dapat melihat bahawa kita
sedang kecewa. Emosi sentiasa wujud dalam konflik sama ada ia disembunyikan atau tidak.
4. Tingkah laku dalam konflik adalah penyebab masalah kerja – Konflik sering
mengakibatkan prestasi serta produktiviti kerja menjadi sangat rendah kerana kurang
kerjasama antara satu sama lain. Apabila individu terlibat dalam konflik, kerja mereka akan
terganggu melalui tingkah laku mereka sendiri. Reaksi emosi yang disebabkan oleh tingkah
laku individu semasa berinteraksi, secara langsung memberi kesan pada prestasi kerja.
Konflik berlaku apabila dua orang individu yang tugasnya saling bergantung memarahi antara satu
sama lain. Masing-masing menuding kesalahan dan bertindak sesuatu yang boleh menyebabkan
masalah pada organisasi contohnya mengurangkan produktiviti, ponteng kerja, sinergi atau
kerjasama yang negatif dan sebagainya. Sesetengah masalah memerlukan individu itu sendiri
untuk menanganinya. Terdapat sesetengah perbezaan adalah baik dan bermanfaat kepada
persekitaran kerja. Jika anda tidak dapat meneliti situasi konflik yang terjadi dengan sedalamnya,
adalah lebih baik jika anda tidak melibatkan diri untuk menanganinya kerana ia boleh
memburukkan lagi keadaan.
Secara keseluruhannya, apabila berhadapan dengan konflik, seseorang itu perlu memberi
perhatian pada isu peribadi, interpersonal dan halangan berstruktur. Contoh isu halangan personel
ialah budaya dan ketakutan, halangan interpersonal ialah komunikasi dan emosi serta halangan
struktur contohnya birokrasi.
Konflik adalah melampaui tanggapan percanggahan pendapat yang dianggap sebagai ancaman
kepada kesejahteraan. Konflik adalah pengalaman penting dalam hidup kita yang perlu diberi
perhatian. Apabila kita cenderung untuk memberi respon kepada rakan-rakan sejawat ketika
bercanggah pendapat berdasarkan persepsi dan anggapan kita terhadap situasi, secara langsung
kita telah terlibat dalam konflik tersebut. Oleh kerana sikap bias kita (berpunca dari asuhan, latar
belakang budaya, sistem kepercayaan, dan lain-lain), kita menyaring tanggapan dan reaksi dalam
konflik melalui nilai, maklumat berkaitan isu, pengalaman, jantina serta pemboleh ubah fizikal dan
emosi yang lain. Respon kita terhadap konflik kemudiannya penuh dengan idea dan perasaan yang
akan menjadi pemangkin yang sangat kuat terhadap persepsi kita bahawa terdapat jalan
penyelesaian bagi konflik itu.
Dalam menyelesaikan konflik perlu ada pemahaman tentang ancaman yang difikirkan oleh individu
yang terlibat dalam konflik. Kita perlu mengambil kira semua dimensi ini sebagai pengalaman yang
biasa dalam persekitaran kerja. Selain itu, konflik adalah sesuatu perkara yang boleh dijangka
terjadi di tempat kerja ditambah pula bekerja dalam satu kumpulan seperti yang digambarkan
dalam Rajah 1. Situasi ini akan terjadi semasa melaksanakan satu projek yang rumit dan
memberikan tekanan. Oleh itu, menyediakan satu prosedur untuk mengenal pasti konflik yang
berkemungkinan berlaku misalnya satu sistem yang boleh digunakan secara membina untuk
menguruskan konflik-konflik ini adalah satu langkah yang bijak. Melalui proses ini, anda boleh
menemui peluang baru untuk menukarkan konflik organisasi ini kepada satu pengalaman
pembelajaran yang produktif.
Rajah 1. Konflik boleh diramalkan dan boleh diduga
Sumber: Diubahsuai daripada Goncalves (2008:15)
Memahami tentang isu adalah sangat penting apabila kita berdepan dengan situasi konflik. Kita
juga perlu sentiasa beringat bahawa tanggapan tentang perbezaan pendapat adalah persepsi
kepada pemahaman kita. Harus dipastikan bahawa kita memahami individu yang terlibat dalam
Copyright © Author(s). This is an open-access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution License (CC BY).
3/9
Proceeding of The ICECRS
Vol 3 (2019): Global Education: Perspectives, Innovations, Issues, and Challenges
Articles
konflik, jika terdapat keperluan untuk kita melibatkan orang lain dalam konflik tersebut dan
bagaimana persekitaran (contohnya: tempat kerja, bunyi, keadaan emosi) memberi kesan kepada
konflik. Kita adalah insan bermotivasi yang didorong oleh matlamat dan keazaman yang berbeza;
perbezaan seseorssng itu dengan orang lain adalah mendedahkan kita kepada konflik antara satu
sama lain.
Konflik Dalam Kalangan Guru Bimbingan Dan Kaunseling
Konflik yang berlaku dalam kalangan guru Bimbingan dan Kaunseling memberikan kesan dalam
jangka masa yang panjang. Kesan yang berlaku bukan sahaja tertumpu pada individu itu sahaja
malah menyebabkan aspek lain seperti pengurusan, rakan sekerja dan persekitaran yang berkaitan
dengan individu tersebut. Pengurusan konflik yang tidak bersesuaian dengan faktor psikologi guru
akan menyebabkan emosi dan juga fizikal mereka terganggu dan seterusnya mereka tidak dapat
melaksanakan tanggungjawab dengan baik.
Guru Bimbingan dan Kaunseling yang berkonflik tidak dapat memberi fokus yang baik dalam
menguruskan tanggungjawab mereka di sekolah. Beban tugas dan tanggungjawab yang pelbagai
menyebabkan terdapat segelintir daripada guru bimbingan dan kaunseling ini mengalami tekanan
dalam menjalankan tugas. Masalah daripada pihak pentadbiran juga menyebabkan mereka sukar
untuk memenuhi tuntutan sebagai guru bimbingan dan kaunseling dan seterusnya tugas sebagai
seorang pendidik di sekolah. Konflik yang berlaku dalam diri guru bimbingan dan kaunseling
sedikit sebanyak mempengaruhi emosi dan pertimbangan yang terdapat dalam diri.
Konflik adalah tidak dapat dielakkan dan peristiwa yang berlaku secara semula jadi yang terdapat
dalam semua hubungan dan persekitaran yang signifikan. Dalam persekitaran sekolah dengan
kepelbagaian nilai, kepercayaan dan sikap, konflik sudah pasti berlaku dalam kalangan pelajar, ibu
bapa, guru-guru dan kakitangan.
Terdapat banyak kajian yang mengaitkan guru Bimbingan dan kaunseling dengan konflik. Kajian
yang dijalankan oleh Aydin, Arastaman dan Akar (2011) terhadap kaunselor juga menunjukkan
konflik yang berlaku dalam kalangan kaunselor disebabkan tugas di luar tanggungjawab mereka
yang perlu dilaksanakan. Kajian Yunhui, Wei dan Jiang (2016) mendapati interpersonal konflik
mempunyai korelasi yang positif dengan kemurungan dan stres.
Kaunselor sekolah sering mengalami tahap tekanan yang tinggi berpunca dari pelbagai
tanggungjawab kerja, kesamaran peranan, bebanan kerja yang tinggi, kurang sumber untuk
menangani dan kurang penyeliaan klinikal (DeMato & Curcio, 2004; Lambie, 2007; McCarthy,
Kerne, Calfa, Lambert, & Guzmán, 2010). Kajian menunjukkan burnout adalah berpunca dari
pengalaman tekanan yang berterusan (Cordes & Dougherty, 1993; Maslach, 2003; Schaufeli &
Enzmann, 1998) dan boleh menyebabkan perkhidmatan yang diberikan adalah kurang berkualiti
(Lawson & Venart, 2005; Maslach, 2003).
McCarthy et al. (2010) mendapati bahawa kaunselor sekolah yang melaporkan tuntutan yang
mencabar sebagai sebahagian tugas mereka juga mempunyai tahap tekanan yang tinggi. Dapatan
kajian ini membimbangkan memandangkan kaunselor sekolah seringkali berhadapan dengan tugastugas yang kurang jelas, peranan tugas yang tidak konsisten dan konflik dalam jangkaan tugas
mereka (Burnham & Jackson, 2000; Culbreth, Scarborough, 2008; Lambie, 2007; Scarborough &
Culbreth, 2008). Tambah membimbangkan adalah tekanan yang berlaku secara berlarutan boleh
membawa kepada masalah kesihatan emosi dan fizikal (Sapolsky, 2004) bersama-sama dengan
peningkatan kemungkinan meninggalkan profesion (DeMato & Curcio, 2004).
Selain itu, konflik yang berlaku antara kaunselor dan pengetua di sekolah adalah kerana pengetua
tidak mempunyai kesedaran tentang peranan kaunselor yang sebenar di sekolah. Menurut Harnois
(2014) kaunselor sekolah yang mengalami tahap stres yang tinggi adalah kerana konflik peranan,
burnout dan tiada kepuasan kerja. Kaunselor di sekolah tidak dapat berfungsi dengan peranan yang
Copyright © Author(s). This is an open-access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution License (CC BY).
4/9
Proceeding of The ICECRS
Vol 3 (2019): Global Education: Perspectives, Innovations, Issues, and Challenges
Articles
sepatutnya apabila mereka juga perlu melibatkan dengan aktiviti di luar bidang tugas mereka di
sekolah. Kajian Yunhui, Wei dan Jiang (2016) mendapati konflik interpersonal mempunyai korelasi
yang positif dengan kemurungan dan stres. Stres boleh menyebabkan burnout.
Guru Bimbingan dan Kaunseling atau kaunselor sekolah mesti diberi latihan untuk menangani
konflik. Terdapat kajian yang menunjukkan pendekatan Rational Emotif Behavior Therapy dapat
membantu mengurangkan stres. Rational Emotif Behavior Therapy dilaksanakan dengan jayanya
dengan orang dewasa dan kanak-kanak untuk menangani masalah seperti keresahan, kemurungan,
dan mengalami kekecewaan kerana kurang toleransi. Kajian Kushnir, Malkinson, and Ribak (1998)
menunjukkan keberkesanan Rational Emotif Behavior Therapy sebagai alat untuk mengurangkan
tahap stres dalam kalangan profesional yang terlibat dalam penjagaan kesihatan seperti pakarpakar perubatan, pakar kebersihan industri, jururawat dan ahli fisioterapi.
Oleh itu, modul menangani konflik dibina untuk membantu Guru Bimbingan dan Kaunseling
menangani konflik di sekolah. Modul ini menggunakan pendekatan Rational Emotive Behavior
Therapy (REBT) untuk menangani konflik. Modul ini memberi kemahiran cognitive coping sebagai
satu strategi dalam mengurangkan stress dalam kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling.
II. TUJUAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk membina Modul Pendekatan Rational Emotive Behavior Therapy. Kajian
ini juga mengenalpasti nilai kesahan kandungan dan nilai kebolehpercayaan keseluruhan Modul
Pendekatan Rational Emotive Behavior Therapy dalam Pengurusan Konflik Guru Bimbingan dan
Kaunseling.
III. METODOLOGI
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membina Modul Pendekatan Rational Emotive Behavior
Therapy dalam Pengurusan Konflik Guru Bimbingan dan Kaunseling. Kajian ini juga menguji
kesahan dan kebolehpercayaan Modul Pengurusan Konflik Guru Bimbingan Dan Kaunseling
Sekolah Menengah. Fasa pertama, kajian kepustakaan digunakan dalam pembinaan modul
manakala Fasa kedua adalah peringkat modul diberikan kepada panel pakar yang dilantik untuk
dinilai dari segi kesahan kandungan menurut Russell (1974) dan kesahan kesesuaian sesi dan
aktiviti menurut Mohammad Aziz Shah (2010) yang dijalankan dalam Modul Pengurusan Konflik ini.
Panel pakar yang dilantik terdiri dalam kalangan pensyarah Universiti Pendidikan Sutan Idris,
pensyarah Institut Pendidikan Guru, Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah menengah dan
pegawai psikologi institusi awam seramai sembilan orang panel pakar. Fasa ketiga adalah
peringkat modul diuji kepada responden kajian untuk mendapatkan kebolehpercayaan. Seramai 30
orang Guru Bimbingan dan Kaunseling diberi soal selidik kebolehpercayaan modul setelah
menjalani modul untuk mendapatkan nilai pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach.
IV. DAPATAN KAJIAN
Modul yang dibina perlu diukur kesahan dan kebolehpercayaan. Bagi mengukur kesahan dan
kebolehpercayaan modul kerjaya ini, sebanyak dua fasa telah dijalankan. Fasa pertama melibatkan
proses menguji kesahan modul yang mana modul diedar kepada sembilan orang pakar dalam
kalangan pensyarah Universiti Pendidikan Sutan Idris, pensyarah IPG, guru kaunseling sekolah
menengah dan pegawai psikologi institusi awam. Nilai kesahan diukur berdasarkan kepada
pandangan sekelompok pakar dan pengamal dalam bidang psikologi dan kaunseling bagi
mengesahkan isi kandungan modul berkenaan. Pada fasa kedua, Modul Pengurusan Konflik pula di
uji ke atas 30 orang guru bimbingan dan kaunseling bagi mendapatkan pekali kebolehpercayaan
dan dianalisis menggunakan perisian SPSS untuk mendapatkan nilai Alpha Cronbach.
Nilai pekali kesahan kandungan keseluruhan Modul Pendekatan Rational Emotive Behavior
Therapy Dalam Pengurusan Konflik Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah Menengah adalah
Copyright © Author(s). This is an open-access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution License (CC BY).
5/9
Proceeding of The ICECRS
Vol 3 (2019): Global Education: Perspectives, Innovations, Issues, and Challenges
Articles
88.44% (0.884). Secara umumnya, hasil dapatan kajian menunjukkan kesahan kandungan
keseluruhan berdasarkan Russell (1974) adalah tinggi dan pandangan pakar penilai diterima. Nilai
pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi Modul Pendekatan Rational Emotive Behavior
Therapy Dalam Pengurusan Konflik Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah Menengah adalah
tinggi iaitu .915.
V. PERBINCANGAN
Konflik berlaku apabila wujudnya perbezaan pendapat atau kehendak/ keperluan di antara
seseorang dengan seseorang individu yang lain atau dalaman individu iatu sendiri. Hal ini akan
membentuk satu kepercayaan yang mana pemikiran seseorang individu boleh menjadi rasional dan
tidak rasional. Pemikiran rasional adalah dimana seseorang individu dapat menerima perbezaan
pendapat atau kehendak/ keperluan tersebut dan pemikiran tidak rasional berlaku apabila individu
tidak dapat menerima perbezaan pendapat atau kehendak/ keperluan. Kesan akan terhasil kepada
diri individu apabila kepercayaan wujud terhadap konflik yang dihadapi. Individu yang mempunyai
pemikiran rasional tidak akan mengalami konflik dalam diri manakala individu yang mempunyai
pemikiran tidak rasional akan mengalami konflik dalam diri dari segi perasaan dan tingkah laku.
Justeru akan terhasil perasaan yang tidak stabil dan tingkah laku yang negatif.
Menurut Ellis (1995), REBT melihat masalah yang sering melingkari kehidupan manusia adalah
daripada dua sudut utama iaitu masalah praktikal yang berbentuk luaran dan masalah emosi yang
berbentuk dalaman. Masalah luaran terbit daripada proses interaksi yang berlaku antara seseorang
dengan persekitaran, sama ada berbentuk kejadian atau peristiwa bermasalah yang dialami sendiri,
atau sesuatu kejadian atau peristiwa bermasalah yang dilihat berlaku ke atas orang lain. Masalah
dalaman pula merupakan gangguan emosi yang berlaku kesan daripada persepsi individu terhadap
kejadian atau peristiwa bermasalah tersebut. Kesan daripada gangguan emosi yang berlaku pula
akan mempengaruhi cara bertindak yang ditujukkan oleh perlakuan.
Walau bagaimanapun REBT melihat hubungan antara masalah luaran dengan masalah dalaman
adalah dalam bentuk secara tidak langsung. Menurut Ellis (1995), faktor pemikiran (kognitif)
memainkan peranan yang sangat penting dalam menilai segala kejadian atau peristiwa yang
berlaku. Teras dalam kecelaruan emosi adalah berasaskan pemikiran tidak rasional hasil daripada
permintaan yang tidak rasional (Othman 2000). Oleh itu cara seseorang berfikir sama ada secara
rasional atau tidak rasional terhadap kejadian dan peristiwa yang berlaku atau peristiwa yang
dilihat, akan mempengaruhi emosi dan perlakuan. Sehubungan itu segala gangguan emosi dan
perlakuan bermasalah pada diri seseorang adalah berpunca daripada pemikiran yang tidak rasional
dalam menilai kejadian atau peristiwa yang berlaku secara luaran. Perkaitan antara manusia
berfikir, beremosi dan bertindak (perlakuan) adalah begitu rapat sekali dan kadangkala bergerak
serentak, sehingga gangguan yang timbul pada salah satu daripada ketiga-tiga komponen tersebut
akan mempengaruhi yang lain.
Berdasarkan Teori Rational Emotive Behavior Therapy oleh Albert Ellis (1995,Modul Pengurusan
Konflik ini mengandungi lapan sesi utama iaitu Sub Modul 1: Ice Breaking, Sub Modul 2:
Pengenalan Modul Pengurusan Konflik, Sub Modul 3: A – Peristiwa / C – Emosi Terhasil, Sub Modul
4: B – Sistem Kepercayaan, Sub Modul 5: A – Peristiwa / B - Sistem Kepercayaan / C – Emosi Yang
Terhasil, Sub Modul 6: Pengajaran Tentang Dispute, Sub Modul 7: D – Hujah / E – Emosi Baru dan
Sub Modul 8: Rumusan / Penamatan.
VI. KESIMPULAN
Konflik wujud apabila berlaku ketidakseimbangan antara pemikiran dan emosi di antara individu
dengan individu lain atau dalaman individu itu sendiri. Konflik yang tidak diselesaikan akan
merosakkan semangat moral, mengurangkan produktiviti dan kualiti dan mengekang operasi kerja
dan boleh menghalang modal insan yang cemerlang. Konflik yang berlaku dalam kalangan guru
Bimbingan dan Kaunseling memberikan kesan dalam jangka masa yang panjang. Kesan yang
Copyright © Author(s). This is an open-access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution License (CC BY).
6/9
Proceeding of The ICECRS
Vol 3 (2019): Global Education: Perspectives, Innovations, Issues, and Challenges
Articles
berlaku bukan sahaja tertumpu pada individu itu sahaja malah menyebabkan aspek lain seperti
pengurusan, rakan sekerja dan persekitaran yang berkaitan dengan individu tersebut. Secara
keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa Modul Pengurusan Konflik mempunyai
kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam sesi yang boleh
digunakan bagi membantu guru-guru bimbingan dan kaunseling mengurus konflik yang dialami
oleh mereka dengan berkesan.
RUJUKAN
[1]
Aydin, I., Arastaman, G. & Akar, F. (2011). Sources of
Conflict Between Primary School Principals and School
Counsellors in Turkey. Journal Education and Science. Vol.
36, No 160. 199-212.
[2]
Burnham, J.J. & Jackson, C.M. (2000). School Counsellor
roles: Discrepancies between actual practice and existing
models. Professional School Counseling, 4,41-49.
[3]
Cordes, C.L., & Dougherty, T.W. (1993). A review and an
integration of research on job burnout. The Academy of
Management Review, 18, 621–656.
[4]
Goncalves, M. (2008). Conflict Resolution Concepts And
Practice. New York: ASME Press.
[5]
Corvette, B.A.B. (2007). Conflict Management: A Practical
Guide to Developing Negotiation Strategies. New Jersey:
Prentice Hall.
[6]
DeMato, D.S. & Curcio, C.C. (2004). Job satisfaction of
elementary school counselors: A new look. Profesional School
Counseling, 7, 236–245.Goncalves, M. (2008). Conflict
Resolution Concept and Practice. New York: USA.
[7]
Ellis, A. (1995). Rational Emotive Behavior Therapy. Dlm R.
Corsini & D. Wedding (pnyt.), Current psychotherapies. Ed.
ke-5. hlm.225-244. Itasca, IL: F.E. Peacock.
[8]
Harnois, D.A. (2014). The Impact of Coping Strategies Upon
Work Stres, Burnout and Job Satisfaction in School
Counselors. Dissertation Manuscript. Prescott Valley:
Arizona.
[9]
Kushnir.T, Malkinson.R, & Ribak.J (1998). Rational Thinking
and Stress Management in Health Workers: a
Psychoeducational Program. International Journal of Stress
Management. Vol 5, No 3
[10]
Lambie, G. (2007). The Contribution of Ego Development
Level to Burnout in School Counselors: Implications For
Professional School Counselors. Journal of Counseling and
Development, 85, 82-88.
[11]
Lawson, G. & Venart, B. (2005). Preventing counselor
impairment: Vulnerability, wellness, and resilience. In G.R.
Walz & R. K. Yep (Eds.), Vistas: Compelling perspectives on
counseling 2005 (pp. 243–246). Alexandria, VA: American
Counseling Association.
[12]
Maslach, C. (2003). Burnout: The cost of caring. Cambridge,
MA: Malor Books.
[13]
Mayer, Benard. (2000). The Dynamic of Conflict Resolution: a
Practitioner’s Guide. San Francisco: Jossey Bass.
[14]
McCarthy, C., Kerne, V.V.H., Calfa, N.A., Lambert, R.G. &
Guzmán, M. (2010). An exploration of school counselors’
demands and resources: Relationship to stress, biographic,
and caseload characteristics. Professional School Counseling,
13, 146–158.
[15]
Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip. (2010). Kesan
Kelompok Bimbingan Ke atas Konsep Kendiri, DayaTahan
dan Kelangsangan Remaja. Tesis Doktor Falsafah. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia
[16]
Othman Mohamed (2000). Prinsip psikoterapi dan
Copyright © Author(s). This is an open-access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution License (CC BY).
7/9
Proceeding of The ICECRS
Vol 3 (2019): Global Education: Perspectives, Innovations, Issues, and Challenges
Articles
pengurusan dalam kaunseling. Serdang: Penerbit Universiti
Putra Malaysia.
[17]
Russell, J.D. (1974). Modular Instruction: A Guide to The
Design, Selection, Utilization and Evaluation of Modular
Materials. New York: Publishing Company.
[18]
Sapolsky, R.M. (2004). Social Status and Health In Humans
And Other Animals. Annu. Rev. Anthropol. 2004. 33:393–418.
[19]
Scarborough, J.L., & Culbreth, J.R. (2008). Examining
discrepancies between actual and preferred practice of
school counselors. Journal of Counseling and Development,
86, 446-459.
[20]
Schaufeli, W.B., & Enzmann, D. (1998). The burnout
companion to study and practice: A critical analysis.
Washington, DC: Taylor & Francis.
[21]
Yunhui, H., Wei, L., Jiang, W. (2016). Relationship Between
Intrinsic Motivation and Undergraduate Students’
Depression and Stress: The Moderating Effect of
Interpersonal Conflict. Psychological Reports 2016, Vol.
119(2) 527–538.
Table 1.
References
1. Aydin, I., Arastaman, G. & Akar, F. (2011). Sources of Conflict Between Primary School
Principals and School Counsellors in Turkey. Journal Education and Science. Vol. 36, No
160. 199-212.
2. Burnham, J.J. & Jackson, C.M. (2000). School Counsellor roles: Discrepancies between
actual practice and existing models. Professional School Counseling, 4,41-49.
3. Cordes, C.L., & Dougherty, T.W. (1993). A review and an integration of research on job
burnout. The Academy of Management Review, 18, 621–656.
4. Goncalves, M. (2008). Conflict Resolution Concepts And Practice. New York: ASME Press.
5. Corvette, B.A.B. (2007). Conflict Management: A Practical Guide to Developing Negotiation
Strategies. New Jersey: Prentice Hall.
6. DeMato, D.S. & Curcio, C.C. (2004). Job satisfaction of elementary school counselors: A new
look. Profesional School Counseling, 7, 236–245.Goncalves, M. (2008). Conflict Resolution
Concept and Practice. New York: USA.
7. Ellis, A. (1995). Rational Emotive Behavior Therapy. Dlm R. Corsini & D. Wedding (pnyt.),
Current psychotherapies. Ed. ke-5. hlm.225-244. Itasca, IL: F.E. Peacock.
8. Harnois, D.A. (2014). The Impact of Coping Strategies Upon Work Stres, Burnout and Job
Satisfaction in School Counselors. Dissertation Manuscript. Prescott Valley: Arizona.
9. Kushnir.T, Malkinson.R, & Ribak.J (1998). Rational Thinking and Stress Management in
Health Workers: a Psychoeducational Program. International Journal of Stress Management.
Vol 5, No 3
10. Lambie, G. (2007). The Contribution of Ego Development Level to Burnout in School
Counselors: Implications For Professional School Counselors. Journal of Counseling and
Development, 85, 82-88.
11. Lawson, G. & Venart, B. (2005). Preventing counselor impairment: Vulnerability, wellness,
and resilience. In G.R. Walz & R. K. Yep (Eds.), Vistas: Compelling perspectives on
counseling 2005 (pp. 243–246). Alexandria, VA: American Counseling Association.
12. Maslach, C. (2003). Burnout: The cost of caring. Cambridge, MA: Malor Books.
13. Mayer, Benard. (2000). The Dynamic of Conflict Resolution: a Practitioner’s Guide. San
Francisco: Jossey Bass.
14. McCarthy, C., Kerne, V.V.H., Calfa, N.A., Lambert, R.G. & Guzmán, M. (2010). An
exploration of school counselors’ demands and resources: Relationship to stress, biographic,
and caseload characteristics. Professional School Counseling, 13, 146–158.
15. Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip. (2010). Kesan Kelompok Bimbingan Ke atas Konsep
Copyright © Author(s). This is an open-access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution License (CC BY).
8/9
Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)
Proceeding of The ICECRS
Vol 3 (2019): Global Education: Perspectives, Innovations, Issues, and Challenges
Articles
16.
17.
18.
19.
20.
21.
Kendiri, Daya Tahan dan Kelangsangan Remaja. Tesis Doktor Falsafah. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia
Othman Mohamed (2000). Prinsip psikoterapi dan pengurusan dalam kaunseling. Serdang:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Russell, J.D. (1974). Modular Instruction: A Guide to The Design, Selection, Utilization and
Evaluation of Modular Materials. New York: Publishing Company.
Sapolsky, R.M. (2004). Social Status and Health In Humans And Other Animals. Annu. Rev.
Anthropol. 2004. 33:393–418.
Scarborough, J.L., & Culbreth, J.R. (2008). Examining discrepancies between actual and
preferred practice of school counselors. Journal of Counseling and Development, 86,
446-459.
Schaufeli, W.B., & Enzmann, D. (1998). The burnout companion to study and practice: A
critical analysis. Washington, DC: Taylor & Francis.
Yunhui, H., Wei, L., Jiang, W. (2016). Relationship Between Intrinsic Motivation and
Undergraduate Students’ Depression and Stress: The Moderating Effect of Interpersonal
Conflict. Psychological Reports 2016, Vol. 119(2) 527–538.
Copyright © Author(s). This is an open-access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution License (CC BY).
9/9
Download