Uploaded by simyeeshin0324

Falsafah Pendidikan Barat

advertisement
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
1.0 PENDAHULUAN
FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT
Falsafah pendidikan Barat dibahagikan
kepada 2 bahagian iaitu falsafah
pendidikan tradisional Barat dan falsafah pendidikan moden Barat. Dalam bahagianbahagian tersebut pula mempunyai beberapa cabang-cabang lain. Contohnya dalam
bidang falsafah pendidikan tradisional Barat terdapat cabang-cabang lain iaitu
perenialisme dan esensialisme. Dalam bidang falsafah pendidikan moden Barat pula
ialah progresivisme dan rekonstruksionisme. Setiap falsafah pendidikan (perenialisme,
esensialisme, pregresivisme dan rekonstruksionisme) mempunyai akar di dalam satu
atau lebih falsafah umum seperti idealisme, realisme dan pragmatisme. Sebagai
contoh, aspek-aspek idealisme dan realisme boleh didapati dalam esensialisme dan
perenialisme serta pragmatism menimbulkan progresivisme dan rekonstruksionisme.
Falsafah pendidikan Barat boleh digambarkan seperti dalam Rajah 1.0.
Realisme
Idealisme
Perenialisme
Tradisional
Esensialisme
FALSAFAH
PENDIDIKAN BARAT
Moden
Pragmatisme
Progresivisme
Rekonstruktionisme
Eksistensialisme
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
Falsafah pendidikan memberi makna kepada konsep-konsep sejagat yang
mendefinisikan proses pendidikan seperti konsep pendidikan, pembelajaran, kurikulum,
dan sebagainya. Oleh kerana proses pendidikan berlaku dalam konteks masyarakat
tertentu, maka falsafah pendidikan juga bertindihan dengan falsafah sosiopolitik dan
ekonomi. Sebagai contoh, John Dewey mendapati betapa perlunya untuk berfikir
mengenai
perhubungan
sekolah
dengan
masyarakat
dan
juga
perhubungan-
perhubungan lain yang berkaitan dengan pendidikan.
³
Secara keseluruhan, pendidikan berubah, pendidikan bukan lagi dianggap sebagai
satu proses yang mewujudkan keadaan kondusif dan selesa agar dapat memudahkan
individu menyesuaikan diri dengan persekitaran fizikal dan moral mereka´;
(John Dewey, Democracy and Education)
³
Setiap individu mempunyai potensi yang unik tanpa mengambil kira ciri-ciri fizikal atau
psikologi masing-masing. Justeru, matlamat pendidikan ialah membantu setiap individu
mencapai potensi mereka demi kepentingan masyarakat´;
(John Dewey, Democracy and Education)
Di samping itu juga, satu perkara yang penting dalam falsafah pendidikan ialah
tujuan atau matlamat pendidikan, iaitu dalam hal perkembangan individu atau
kesedaran kendiri dan juga dalam hal perhubungan di antara matlamat-matlamat
pendidikan dan matlamat-matlamat sosial.
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
PERENIALISME
Perenialisme berasal daripada perkataan asas, perennial yang bermaksud ³tidak
berubah´. Justeru, bagi ahli perenialisme, ketelusan merupakan sesuatu yang tidak
akan berubah atau bersifat perennial. Perenialisme membawa pandangan pendidikan
yang konservatif dan tradisional. Perenialisme berasas daripada falsafah tradisional
yang banyak dipengaruhi oleh fahaman idealisme Plato (427-347 SM) dan Aristotle
(384-322 SM). Menurut ahli-ahli perenialisme, tabii manusia adalah tetap. Oleh itu,
prinsip-prinsip pendidikan adalah tetap dan selalu berulang-ulang. Mereka juga
menegaskan tentang ciri-ciri intelek yang terdapat pada diri manusia. Bagi mereka,
manusia adalah makhluk yang rasional, dan sekolah merupakan agensi masyarakat
yang bertujuan untuk membentuk manusia menjadi rasional. Menurut Johnson dan
rakan-rakan (1969), tujuan pembelajaran bagi perenialisme terletak dalam aktiviti-aktiviti
untuk mendisiplinkan akal.
Berpandukan konsep yang telah dikemukakan, maka pendidikan bertujuan untuk
mengajar pengetahuan dan nilai yang bersifat sejagat, abadi atau tidak mempunyai had
masa. Ahli-ahli perenialisme menganggap tujuan sejagat pendidikan ialah untuk
mencapai dan menyebarkan kebenaran. Bagi mereka, kebenaran adalah sejagat dan
tetap. Ini bermakna kebenaran adalah sama di mana-mana sahaja. Oleh itu, pendidikan
mestilah sama di seluruh dunia. Ia mestilah berusaha untuk menyesuaikan individu
bukan kepada alam ini, tetapi kepada apa yang benar. Penyesuaian kepada kebenaran
adalah
matlamat
pendidikan.
Untuk
menyelamat
tamadun
manusia
daripada
kelenyapan, fungsi asas pendidikan hendaklah mengutamakan perkembangan potensi
rasional individu, menolong mereka menemui prinsip-prinsip mutlak, dan daripada itu
memahami dunia yang sebenar.
Dalam konteks tumpuan falsafah pendidikan perenialisme, hanya empat aspek
akan dijelaskan, iaitu jenis kurikulum, peranan guru, kaedah mengajar dan peranan
guru.
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
Kurikulum sekolah perlu menegaskan perkara-perkara sejagat dan tema-tema
kehidupan manusia yang tetap. Kurikulum tersebut juga mestilah mengandungi subjeksubjek kognitif untuk melatih ciri-ciri rasional, mata pelajaran-mata pelajaran yang
berkaitan dengan moral, estetika dan juga prinsip-prinsip agama bertujuan untuk
membentuk
membentuk sikap.
Antara mata pelajaran kritikal yang diberi penumpuan adalah dalam bidang
kemanusiaan dan kesusasteraan. Ahli-ahli perenialisme menyarankan supaya pe;ajar
belajar hasil-hasil karya orang-orang ternama dalam bidang kesusasteraan, falsafah,
sejarah dan sains. Bagi mereka, hasil-hasil usaha ini telah menunjukkan aspirasi dan
pencapaian tertinggi orang-oarng ternama sejak dari dahulu lagi. Dengan mengkaji
hasil-hasil usaha ini, ahli-ahli perenialisme berpendapat, pelajar akan belajar
kebenaran-kebenaran yang lebih penting daripada sebarang yang didapati oleh dirinya
sendiri mengikut minat. Selain itu, dalam bidang kemanusiaan dan kesusasteraan
mengandungi sifat ketelusan yang kukuh mengenai fitrah manusia dan bukannya
bidang vokasional atau teknik yang berkaitan dengan mesin. Kebanyakkan ahli
perenialisme mempercayai bahawa pendidikan mestilah diberikan kepada pelajarpelajar yang pandai sahaja dan kepada pelajar-pelajar yang kurang pandai diberi
latihan vokasional.
Pendidikan vokasional, industri dan pendidikan lain yang berkaitan boleh
dimasukkan asalkan pengajarannya bercorak intelektual. Walau bagaimanapun,
sekolah tidak wujudkan untuk melatih tugas-tugas pekerjaan. Tugas-tugas melatih ini
ditinggalkan atau diserahkan kepada pekerja-pekerja di dalam bidang pekerjaan.
Sekolah juga bukanlah tempat untuk memperbaiki semula masyarakat.
Di samping itu juga, mata pelajaran-mata pelajaran yang disyorkan termasuk
bahasa, sastera, matematik, seni dan sains. Mata pelajaran ini akan memberi murid
peluang untuk memperoleh celik akal yang penting mengenai kehidupan. Mata
pelajaran ini mestilah dipelajari sama ada ia digunakan atau tidak. Ahli-ahli perenialisme
juga menyarankan bahawa pelajar mestilah diajar perkara-perkara asas tertentu yang
akan membiasakan dirinya dengan alam yang kekal. Pelajar tidak semestinya berusaha
untuk belajar perkara-perkara yang didapati mustahak pada sesuatu masa tertentu.
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
Selain itu, guru berperanan sebagai pakar yang bijaksana serta berwibawa
dalam bidang pendidikan dan pengetahuan. Tanggungjawab mereka ialah untuk
menyampaikan ilmu di samping membimbing perbincacangan kumpulan. Mereka juga
perlu mendisiplinkan anak murid mereka. Tugas pendidikan ialah memupuk kelakuan
moral, menguasai alat pembelajaran, melatih pelajar dalam 3M, iaitu membaca,
menulis dan mengira serta mengingat petikan-petikan
petikan-petikan daripada karya-karya
karya-karya agung sebagai
asas kehidupan yang rasional dan matang pada masa depan.
Kaedah yang ditekankan pula ialah kaedah didaktik di mana guru mengajar dan
murid belajar segala isi yang disampaikan tanpa menanya sebarang soalan. Dengan kata
lain, guru mempunyai kuasa pakar dan tidak akan melayan sebarang pandangan anak
murid mereka. Selain daripada itu juga, ahli-ahli perenialisme mencadangkan kaedahkaedah pengajaran seperti ingatan, pembacaan, penulisan, latih tubi dan ulang kaji.
Pengajaran adalah satu seni, seni untuk menggalak dan mengarahkan perkembangan
individu untuk memiliki kuasa untuk berfikir secara rasional iaitu kuasa yang dipunyai oleh
kebanyakkan manusia.
Tanggungjawab murid alah berusaha dengan bersungguh-sungguh agar dapat
memperoleh seberapa banyak ilmu mengikut kemampuan masing-masing. Untuk itu,
mereka dikehendaki menyiapkan segala tugasan yang diberi ole
ol e guru.
Kesimpulannya,
pelajar
dapat
mendisiplinkan
akalnya
dengan
berusaha
bersungguh-sungguh mempelajari perkara-perkara yang dianggap penting. Dengan cara
ini, mereka dapat menonjolkan bakat yang ada pada diri yang selama ini mungkin
tersembunyi disebabkan oleh tiada asuhan atau tunjuk ajar daripada pihak luar. Kesedaran
juga penting yang mana memerlukan disiplin kendiri dan disiplin kendiri boleh diperolehi
hanya melalui disiplin luaran.
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
ESENSIALISME
Essensialisme pula berasas daripada falsafah tradisional . Pandangan pendidikan
ahli-ahli essensialisme banyak dipengaruhi oleh falsafah idealisme dan realisme .
Falsafah pendidikan ini telah dibentuk oleh William C.Bagley (1983). Di antara pendidikpendidik lain yang tergolong dalam pergerakkan falsafah ini termasuklah Thomas Briggs,
Frederick Breed dan Issac L.Kandel. Bagi ahli esensialisme, terdapat ilmu dan kemahiran
utama yang perlu diajar kepada anak murid. Falsafah ini menekankan kepada perkaraperkara yang asas sahaja, iaitu apa yang perlu diketahui seseorang individu agar menjadi
ahli masyarakat yang produktif. Perkara-perkara pula boleh berubah dari masa ke semasa.
Oleh itu, esensialisme bersifat praktikal dan prakmatik.
Matlamat pendidikan ini ialah pengajaran maklumat berbentuk fakta yang perlu
dipelajari, dihayati dan disimpan oleh murid serta penghayatan budaya. Ahli-ahli
esensialisme menghendaki nilai-nilai masyarakat diajar sepanjang kurikulum persekolahan.
Termasuklah nilai-nilai sosial dan kebudayaan golongan kelas atasan dalam masyarakat,
nilai-nilai politik dan cendekiawan negara.
Bagi merealisasikan matlamat pendidikan, tumpuan diberikan kepada kemahiran
asas iaitu membaca, mengira dan menulis (3M). Ahli esensialisme menganggap
pengajaran sebagai penyebaran pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang benar-benar
diperlukan. Selain itu, mata pelajaran yang yang wajib adalah sains, sejarah, seni dan
muzik. Bidang sastera dan kemanusiaan pula dianggap sebagai mata pelajaran
sampingan sahaja. Di sekolah rendah, perkara yang dianggap penting ialah pembacaan,
penulisan, percakapan, ejaan dan baru diperkenalkan sejarah, ilmu alam, sains fizikal dan
bahasa asing. Di sekolah menengah pula, perkara-perkara yang dipentingkan di peringkat
sekolah rendah diperkembangkan lagi menjadi lebih khusus dan lebih mencabar. Semua
bentuk aktiviti kokurikulum seperti persatuan, sukan diterima tetapi kurang diberi
keutamaan.
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
Guru disifatkan sebagai seorang yang berwibawa dalam pengajaran dan
pembelajaran bilik darjah. Guru merupakan model dan seorang yang berpendidikan dan
berpengetahuan dalam kebudayaan bangsa dan nilai-nilai masyarakat. Menurut Brickman
(1958), ahli-ahli esensialisme meletakkan guru di tengah-tengah alam pendidikan. Guru
mestilah mempunyai pendidikan liberal, seorang yang berpengetahuan dalam bidang
pembelajaran, seorang yang memahami psikologi kanak-kanak dan proses pembelajaran
dan seorang yang menjalankan tugas.
Kaedah yang ditekankan ialah pendekatan didaktik. Murid-murid tidak digalakkan
untuk melibatkan diri dalam proses spekulasi reflektif yang dilihat sebagai satu perkara
yang semata-mata mensia-siakan masa sahaja. Bagi mencapai dalam bidang akademik,
maka semua murid perlu rajin belajar dan menumpukan perhatian dan usaha mereka
kepada apa yang diajar di sekolah.
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
PROGRESIVISME
Ahli progresivisme melihat perubahan sebagai intipati realiti. Bagi mereka, ilmu
hanya sesuatu yang bersifat relatif dan tenataif begi menerangkan realiti masa kini sahaja.
Ianya tidak boleh dianggap sebagai benar buat selama-lamanya. Realiti dikatakan melalui
perubahan secara berterusan. Maka, seorang yang berpendidikan ditakrifkan sebagai
seorang yang mempunyai celik akal bagi membolehkan menyesuaikan diri dengan
perubahan yang berlaku dalam kehidupannya. Berbeza dengan mazhab perenialisme, ahli
progresivisme tidak percaya wujudnya ketelusan yang tetap dan penting untuk dikuasai
oleh anak murid.
Matlamat
pendidikan
ialah
menyediakan
golongan
murid
agar
berupaya
menakomodasi sebarang perubahan yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka.
Seorang yang berpendidikan sebaik-baiknya berkebolehan untuk mencari alternatif
penyelesaian yang sesuai dengan masalah yang timbul.
Pada dasarnya, manusia adalah bersifat baik. Oleh itu, anak murid kita seharusnya
diberi kebebasan untuk memilih mata pelajaran yang ingin dipelajari. Kebebasan sebegini
akan memastikan bahawa mereka akan pelajari apa yang mereka minati. Dengan itu,
pembelajaran akan menjadi lebih berkesan dan mereka dapat memaksimumkan
kebolehan dan potensi masing-masing.
Ahli-ahli progresivisme menggambarkan guru sebagai pembimbing atau penasihat
membantu pelajar-pelajar mengenali masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka di
dalam persekitaran yang berubah. Oleh itu, penekanan yang lebih mestilah diberikan untuk
membentuk pelajar supaya memperolehi kemahiran menyelesaikan masalah. Selain itu,
guru juga adalah pengurus pengajaran yang bertanggungjawab untuk mewujudkan
suasana pembelajaran yang kondusif, mengemukakan soalan yang merangsang
pemikiran anak murid dan membimbing minat mereka ke arah yang produktif.
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
Pendekatan induktif diberi penekanan agar memberi murid-murid peluang untuk
memikirkan penjelasan bagi isu-isu pendidikan yang timbul serta meningkatkan
pemahaman mereka mengenai fenomena yang berlaku dalam persekitaran mereka yang
sentiasa berubah. Antara kaedah yang diperkenalkan ialah pengajaran kemahiran
menyelesaikan masalah yang menggunakan pendekatan induktif dan berpandukan
kaedah saintifik. Selain itu,
i tu, kaedah pengalaman langsung dengan persekitaran.
Seterusnya pula ialah peranan murid. Lanjutan daripada pengajaran berbentuk
induktif maka tugas murid ialah untuk mencari keterangan masing-masing bagi
menjelaskan fenomena yang diberi oleh guru. Mereka seharusnya belajar bagaimana cara
untuk mengemukakan soalan mengenai alam sekeliling mereka.
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
REKONSTRUKTIVISME
Ahli-ahli rekonstruktivisme menganggap bahawa sekolah sebagai pemangkin utama
untuk meningkatkan keadaan hidup manusia. Mereka juga mempercayai bahawa sekolah
boleh memainkan peranan untuk membentuk masyarakat baru yang lebih baik. Sekolah
mestilah bersedia menyediakan pelajar kepada perubahan untuk membentuk semula
masyarakat supaya dapat disesuaikan dengan keadaan yang berubah.
Pendidikan
bermatlamat
untuk
mengasaskan
corak
budaya
baru
serta
menghapuskan penyakit sosial. Ahli rekonstruktivisme, Theodore Bremald, melihat
rekonstruktivisme sesuai dengan kebudayaan dan masyarakat. Tumpuan diberikan kepada
perkembangan ekonomi, kebajikan dan masyarakat. Dalam kurikulum mazhab ini terdiri
daripada bidang sains sosial terutamanya mata pelajaran kajian sosial yang memberi
tumpuan kepada kecenderungan semasa dan masa depan di samping isu-isu tempatan
dan antarabangsa.
Selaras dengan jenis kurikulum yang ditawarkan, maka guru hendaklah bertugas
sebagai agen perubahan dan pembaharuan. Guru perlu bersifat kreatif dan inovatif dalam
pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Selain itu, peranan guru bukan hanya untuk
menyampaikan pengetahuan tetapi berperanan menimbulkan isu-isu sosial yang dianggap
penting. Guru juga perlu menerangkan kepada pelajar bentuk masyarakat demokrasi yang
merupakan suatu persekitaran baik.
Kaedah berpusatkan murid diberikan penekanan di mana murid-murid di ajar
kemahiran penyelesaian masalah melalui aktiviti, sumbangsaran, main peranan dan
simulasi. Berdasarkan kaedah mengajar yang digunakan oleh guru, murid-murid perlu
mengambil bahagian yang aktif agar dapat mencapai matlamat pendidikan. Mereka
hendaklah berani untuk mencuba serta sanggup mengubah paradigma lama masingmasing.
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
EKSISTENTIALISME
Mazhab ini berfokuskan kepada fitrah kewujudan manusia. Manusia dianggap
sebagai dilahirkan tanpa sebarang tujuan. Ahli eksistentialisme melihat realiti sebagai
sesuatu yang bersifat subjektif dan hanya boleh didefinisikan oleh individu yang berkenaan
sahaja. Dalam erti kata lain, individu harus bertanggungjawab ke atas diri sendiri dan
mempunyai kebebasan untuk menentukan matlamat serta membuat keputusan sendiri
tanpa merujuk kepada sebarang autoriti luar.
Memandangkan murid-murid bertanggungjawab ke atas pendidikan masing-masing,
maka tidak ada kurikulum yang khusus. Walau bagaimanapun, mata pelajaran yang
bersifat estetik dan berfalsafah seperti seni, kesusasteraan dan drama difikirkan relevan.
Guru pula berperanan sebagai pemangkin yang menyediakan peluang pendidikan bagi
anak murid mereka meluahkan perasaan dan emosi.
Selaras dengan kurikulum tersebut, kaedah mengajar yang digunakan biasanya
adalah berpusatkan aktiviti serta berpusatkan murid. Main peranan serta simulasi banyak
digunakan bagi membolehkan murid-murid meluahkan perasaan dan pemikiran mereka
secara mendalam. Sejajar dengan kaedah mengajar, maka murid-murid digalakkan untuk
melibatkan diri secara aktif agar dapat memaksimumkan peluang pendidikan yang
disediakan.
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
Pendidikan Islam bertujuan untuk menyebarkan pengalaman dan kebudayaan
manusia daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain. Dalam pendidikan Islam,
penyebaran pengalaman dalam bentuk kemahiran serta pengetahuan teknikal yang
keadaannya sentiasa berubah dari semasa ke semasa dan pengalaman berasaskan nilainilai yang tetap yang terdapat dalam agama. Pengalaman ini berubah dan boleh didapati
daripada al-Quran dan Sunnah.
Matlamat pendidikan Islam ialah mewujudkan perkembangan yang seimbang di
dalam diri individu dengan nilai-nilai keislaman. Dalam pendidikan Islam, keadaan
keseimbangan dapat diwujudkan dengan akal fikiran. Pemaduan seperti ini dapat
menghasilkan seorang individu yang beriman, berpengetahuan dan akhlak tinggi. Dengan
cara ini akan menghasilkan suatu masyarakat yang hidup dengan harmoni, menghormati
dan bekerjasama di antara satu sama lain. Matlamat yang seterusnya ialah melengkapkan
setia individu dengan pengetahuan Islam supaya dapat hidup sebagai seorang yang
beriman.
Bidang pendidikan Islam ini luas dan menyeluruh. Ia tidak hanya memberi perhatian
kepada pembinaan otak semata-mata dan menekan aspek alam sekeliling dan ransangan
sahaja tetapi berusaha untuk membentuk individu. Tumpuan kurikulum dalam pendidikan
Islam ialah pengajaran al-Quran, Hadis dan Bahasa Arab. Bahasa Arab dianggap penting
kerana dengan penguasaan Bahasa Arab seseorang dapat mendalami dan menghayati
pengajaran al-Quran dan Hadis. Seterusnya ialah bidang ilmu yang meliputi kajian tentang
manusia sebagai individu dan juga anggota masyarakat. Bidang ilmu ini dikenali sebagai
kemanusiaan seperti psikologi, sosiologi, sejarah, ekonomi dan lain-lain lagi. Selain itu,
bidang ilmu mengenai alam tabii atau sains natural yang meliputi bidang astronomi, biologi,
botani dan lain-lain.
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
Dari segi pelaksanaan, kurikulum pendidikan Islam ditentukan oleh konsep
pendidikan umum yang mana dasarnya diisi dengan mata pelajaran-mata pelajaran seperti
al-Quran, Hadis dan Bahasa Arab. Menurut Syed Muhammad Naquib al ±Attas (1980),
membahagikan pengetahuan kepada 2 jenis iaitu pengetahuan yang diberika oleh Allah
dan pengetahuan yang diperolehi sendiri.
Kesimpulannya, pendidikan Islam bertujuan untuk membentuk setiap individu Islam
yang beriman, berakhlak tinggi, berpengetahuan atau dengan lebih mudah insan yang
sempurna. Selain itu, pendidikan Islam juga bertujuan membentuk seorang individu yang
baik. Pendidikan Islam juga menyatukan di antara pendidikan ilmu keduniaan dengan ilmu
akhirat. Oleh itu, pendidikan Islam berbeza dengan pendidikan Barat yang memisahkan
kedua-dua bidang tersebut. Islam menolak pandangan yang hanya mementingkan alam
rohani semata-mata dan mengetepikan alam kebendaan. Oleh sebab itu, dalam kurikulum
pendidikan Islam perkara-perkara yang berkaitan dengan keagamaan wajib dipelajari oleh
setiap orang Islam dan di samping mempelajari bidang-bidang ilmu keduniaan yang lain.
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Idea penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dicetuskan pada
tahun 1979 setelah penerbitan laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji
Pelaksanaan Dasar Kebangsaan. FPK yang dahulunya dikenali sebagai Falsafah
Pendidikan Negara (FPN) telah digubal sembilan tahun kemudiannya dicermin
berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan berlandaskan ketiga-tiga ideologi negara,
iaitu; Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru (Rancangan Malaysia Ketiga pada 19761980) dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1999). Penggubalan FPK oleh pakar-pakar
pendidikan digubal secara teliti dan mengambil berat tentang keperluan-keperluan
individu, masyarakat dan negara.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan berasal daripada tiga leksikon asas, iaitu
falsafah, pendidikan dan kebangsaan. Leksikal ³falsafah´ berasal daripada dua
perkataan Yunani iaitu philos dan sophia. Philos bermakna mencintai manakala Sophia
diertikan sebagai kebijaksanaan. Definisi falsafah dilihat daripada tiga penjuru iaitu
etimologi (bahasa), terminologi (istilah) dan praktikal. Para ahli falsafah mendefinisikan
falsafah sebagai satu landasan yang sempurna bagi cetusan dan penjanaan deretan
idea baharu dalam variasi bidang dan disiplin ke arah perkembangan manusia.
E.D Miller dalam bukunya Questions That Matter (1984) mengujarkan falasafah
sebagai usaha berfikir secara rasional dan kritis terhadap variasi item. Sharifah Alawiah
Alsagoff dalam bukunya falsafah Pendidikan (1984 ) meletakkan falsafah sebagai
pertimbangan asas dan andaian berkenaan pertimbangan terhadap perkara yang
penting. Kesimpulannya, falsafah dapat diertikan sebagai pemikiran atau pandangan
yang benar, rasional dan bernas yang dihasilkan menerusi kajian secara saintifik,
sistematik, dan diterima umum.
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
Asal usul leksikal ³pendidikan´ adalah daripada morfem bebas Latin, educare
yang bermaksud memelihara atau mengasuh. Definisi pemajmukan leksikal ³Falsafah
Pendidikan´ diertikan oleh Yusuf al-Qardawi (1980) sebagai ³Pendidikan merangkumi
keseluruhan hidup termasuklah akal, hati, dan rohani, jasmani, akhlak, dan tingkah
laku. Ia bertujuan untuk menyediakan manusia hidup dalam masyarakat yang sering
menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanisan dan kepahitan´. Jelaslah bahawa
falsafah pendidikan bertindak sebagai medium pembentukan insan yang mulia
memandangkan falsafah melibatkan dua cakuman utama, iaitu teologi dan sains
(Russel, 1946).
³Kebangsaan´ secara umumnya diertikan sebagai sesuatu yang universal dan
ditimbalbalikkan
dengan
negara
secara
keseluruhannya.
Falsafah
Pendidikan
Kebangsaan merujuk keempat-empat cabang falsafah iaitu metafizik atau ontologi (teori
kejadian), aksiologi (teori nilai), epistomologi (teori ilmu) dan logik.
Kajian definisi dan kelompok rujukan cabang berkenaan menghasilkan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menjadi rujukan para guru dalam merealisasikan
Misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada negara Malaysia yang rancak
membangun. Falsafah ini turut memberi pedoman dan inspirasi kepada segala usaha
pendidikan sama ada di dalam atau di luar institusi pendidikan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan menggariskan kesemua leksikon, pemikiran
pemikiran
dan prinsip berkaitan bidang pendidikan di Malaysia. Panduan peraturan ini
menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu
entiti keseluruhan yang tekal (tidak bersifat nisbi atau berubah-ubah), jelas dan logik.
Misalnya, ³...ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi...´.
Gabungan kesemua item tersebut berkemampuan menghasilkan masyarakat yang
dihasratkan oleh negara Malaysia.
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
Kedua,
Falsafah
Pendidikan
Kebangsaan
menjelaskan
norma-norma
kedinamikan pendidikan terkini secara rasional serta membimbing tindakan dan tren
pendidikan masa depan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1982). Misalnya, barisan
sintaksis ³Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah...´. Perkataan
³berterusan´ menunjukkan bahawa sistem pendidikan tidak terhenti sebegitu sahaja,
malahan berlangsung secara tekal dan dapat membuktikan kedinamikan pendidikan
berdasarkan keperluan individu, masyarakat dan negara dari semasa ke semasa.
Ketiga, Falsafah Pendidikan Kebangsaan menentukan arah haluan, asas dan
sumber inspirasi kepada semua rancangan dalam bidang pendidikan. Misalnya,
³...bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, ...´. Barisan morfem bebas inilah yang bertindak sebagai penentuan
kurikulum, ko-kurikulum dan citra guru yang diharap-harapkan. Variasi usaha
pendidikan yang sedia ada, direformasi secara mudah dan dilaksanakan ke arah
mencapai Matlamat Pendidikan Negara dengan merujuk FPK tersebut.
Keempat,
Falsafah
Pendidikan
Kebangsaan
bertindak
sebagai
medium
perealisasian
perealisasia n misi Kementeria
Kementerian
n Pelajaran Malaysia (KPM) iaitu membangunkan sistem
pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia dan memenuhi aspirasi negara kita.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi rujukan para guru, para penggubal kurikulum
dan ko-kurikulum di sekolah, lanjutan penghasilan falsafah baharu umpamanya
Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang menghasratkan ciri-ciri guru yang dihasratkan
dan sebagainya.
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
1.1 IMPLIKASI
FALSAFAH
PENDIDIKAN
ISLAM
TERHADAP
PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan banyak menerapkan unsur-unsur dari falsafah
pendidikan Islam. Falsafah Pendidikan Islam berkonsepkan proses memupuk
memupuk seluruh
potensi semula jadi manusia dari segi intelek, akhlak, rohani, dan jasmani secara
bersepadu dan seimbang ke arah pembentukan insan soleh yang membawa kebaikan
di dunia
dunia dan di akhirat. Matlamat Falsafah
Falsaf ah Pendidikan Islam ini berunsurkan unsur
keagamaan di mana membentuk dan memperkembangkan insan supaya menjadi
muslim yang berilmu, berimam, beramal soleh dan berperibadi mulia ke arah
melengkapkan diri sebagai hamba dan khalifah Allah S.W.T.
Sebagai
contoh
yang
menunjukkan
Falsafah
Pendidikan
Kebangsaan
menerapkan unsur-unsur dari Falsafah Pendidikan Islam seperti di bawah:
³
Pendidikan Islam adalah satu usaha yang berterusan untuk menyampaikan ilmu,
kemahiran dan penghayatan Islam berteraskan al-Quran dan As-sunnah bagi
membentuk sikap, kemahiran, kepribadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah
yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar
dan Negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan akhirat
³
Dengan ini telah jelas menunujukkan bahawa falsafah pendidikan Islam telah diguna
pakai dan diterapkan dalam falsafah pendidikan kebangsaaan negara kita.
Falsafah pendidikan islam pula menyatakan bahawa pendidikan bermaksud,
satu proses yang berterusan memupuk seluruh potensi semulajadi manusia dari segi
intelek, akhlak, rohani dan jasmani serta bersepadu ke arah pembentukan insan soleh
yang membawa kebaikan di dunia dan di akhirat.
Menurut Abdul
Halim El-
Muhammady, pendidikan Islam ialah proses yang mendidik dan melatih akal, jasmani,
rohani, emosi manusia berasaskan ilmu wahyu, al-quran dan as-sunnah, pengalaman
salaf al-salih serta ilmu muktabar. Ini pula jelas menunjukkan bahawa aspek intelek
yang terdapat di negara kita ini adalah pengaruh daripada falsafah-falsafah islam di
mana aspek intelek diberikan keutamaan.
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
Aspek emosi pula jelas terpapar di falsafah pendidikan islam di mana menurut
Abdul Halim El- Muhammady, terdapat bidang al-nafsiah dan al-aqiliah yang masing
masing bermaksud pendidikan jiwa dan pendidikan mental. Selain itu, dalam falsafah
pendidikan timur, Conficius dan Rabindranath Tagore memberikan penekanan kepada
muzik, seni, puisi yang dapat mengimbangkan seseorang insan dari segi emosi.
Aspek jasmani pula ditekankan dalam pendidikan islam dimana dalam dalam
konsep Abd Halim Haji Mat Diah, al-jasmiah iaitu pendidikan jasmani terkandung di
dalam bidang pendidikan Islam. Selain itu, Rabindranath Tagore juga menekankan
tarian dan drama sebagai satu mata pelajaran.
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
1.2 IMPLIKASI FALSAFAH
F ALSAFAH PENDIDIKAN BARAT
B ARAT TERHADAP FALSAFAH
PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Selain falsafah pendidikan Islam, falsafah pendidikan Barat juga memainkan
peranan penting dalam sistem pendidikan negara kita iaitu dalam pembentukan falsafah
pendidikan kebangsaan. Falsafah pendidikan barat terbahagi kepada dua iaitu falsafah
pendidikan barat moden dan tradisional. Terdapat 4 aspek yang diberi penekanan
dalam falsafah pendidikan barat ini iaitu kurikulum, peranan guru, kaedah mengajar dan
peranan murid.
Pertama sekali kita lihat kepada mazhab perenialisme. Dalam mazhab ini,
falsafah pendidikan barat di
di anggap individu yang sedia menghadapi perubahan dalam
kehidupan seharian. Dalam mazhab ini juga pendidikan merupakan satu tugas
memupuk kelakuan moral. Program pendidikan juga disusun agar dapat melahirkan
insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI)
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Penekanan juga diberikan
kepada kemahiran asas 3M iaitu menulis, membaca dan mengira.
Ini juga dapat dilihat dalam sistem pendidikan Malaysia yang mana semua
pelajar sekolah terutamanya sekolah rendah diberi peneguhan asas untuk mahir dalam
3M. Guru juga rela menjalankan aktiviti pemulihan bagi pelajar yang lemah dan aktiviti
pengayaan bagi pelajar yang baik pencapaiannya supaya semua pelajar tidak kira
status dapat menguasai 3M dengan mahir. Peranan guru adalah untuk mendisiplinkan
pelajar. Ini juga telah termaktub dalam falsafah pendidikan guru bahawa unsur disiplin
memang
sentiasa
dititikberatkan
dalam
pengajaran
dan
pembelajaran.
Walau
bagaimanapun guru perlu menitikberatkan nilai-nilai seperti ketepatan masa, bersopan
santun, bekerjasama dan prihatin di kalangan pelajar supaya mereka membesar
menjadi ahli masyarakat yang penyayang dan berdisiplin.
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
Yang seterusnya pula ialah esensialisme. Dalam mazhab ini menumpukan
perkara-perkara asas sahaja dan perkara ini pula boleh berubah dari masa ke semasa.
Ia bersifat praktikal dan pragmatik. Matlamat pendidikannya pula, pengajaran maklumat
berbentuk fakta yang perlu dipelajari, dihayati dan disimpan oleh anak murid kita serta
penghayatan budaya. Ia tertumpu kepada inovasi kurikulum sekolah yang dirancang
secara sistematik, guru memainkan peranan utama, latihan intelek dan mental, 3M
diterapkan dan nilai-nilai kemasyarakatan ditekankan. Matapelajaran wajib yang diberi
penekanan ialah sains, sejarah, seni dan muzik.
Selain itu juga, guru menjadi µrole model¶ dan teladan kepada pelajar. Dalam
pendidikan di Malaysia juga guru menjadi µrole model¶ kepada pelajar. Maka juga perlu
mempunyai pekerti yang mulia supaya pelajar dapat mencontohi sikap dan perlakuan
guru. Sikap yang ditonjolkan oleh guru mampu untuk mengubah sikap dan tingkah laku
murid-murid di sekolah.
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
1.3 KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, falsafah pendidikan kebangsaan telah banyak mengambil
sedikit sebanyak dari falsafah pendidikan Islam dan Barat. Seperti yang kita ketahui,
dalam falsafah pendidikan Barat, mereka telah menekankan sebanyak 4 aspek iaitu
jenis kurikulum, peranan guru, kaedah mengajar dan peranan murid. Dari sini kita dapat
lihat bahawa, dalam falsafah pendidikan barat telah mengelaskan setiap bidang atau
tugas supaya sistem pendidikan mereka jelas dan teratur. Seperti yang telah dijelaskan
terdapat dua bahagian dalam falsafah pendidikan Barat iaitu falsafah pendidikan barat
tradisional dan falsafah pendidikan barat moden.
Dalam kedua-dua bahagian falsafah pendidikan barat ini, ahli-ahli falsafah
mereka member keutamaan dalam perkembangan potensi individu dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek. Selain itu, mereka juga menekankan tentang kemahiran asas
3M. Seperti yang kita semua ketahui bahawa negara kita juga sekarang sedang
mempelbagaikan program khusus untuk murid-murid yang lemah dalam penguasaan
kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
Di samping itu juga, tugas guru memainkan peranan penting dalam mendidik dan
membentuk murid. Dalam falsafah pendidikan kebangsaan juga telah menekankan
beberapa tugas atau peranan guru. Oleh itu, falsafah pendidikan barat menjadi
penanda aras kepada kita untuk membentuk falsafah pendidikan kita sendiri.
Seterusnya pula, kita lihat kepada bagaimana falsafah pendidikan Islam
berperanan dalam membentuk falsafah pendidikan kebangsaan. Dalam falsafah
pendidikan Islam menerapkan unsur-unsur yang membentuk diri seseorang berasaskan
al-Quran dan Sunnah. Pendidikan Islam juga menitikberatkan aspek emosi dan jasmani
yang mana merupakan pendidikan jiwa dan mental. Sekiranya mempunyai emosi dan
jasmani yang stabil dapat melahirkan individu yang mampu berfikir dengan cerdas serta
cemerlang dari segala segi.
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
Jelas di sini menunjukkan bahawa falsafah pendidikan Islam dan Barat boleh
dikatakan menjadi asas kepada falsafah pendidikan kebangsaan. Sedikit sebanyak
falsafah pendidikan Barat dan Islam menjadi penanda aras dalam pembentukan
falsafah pendidikan kebangsaan. Namun begitu, tidak semua dalam falsafah pendidikan
Barat dan Islam itu diambil bulat-bulat dan dijadikan terus kepada falsafah pendidikan
kebangsaan kita. Kedua-dua falsafah tersebut telah diubahsuai mengikut keperluan
negara kita. Setiap aspek yang terdapat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita
diterapkan daripada ketiga-tiga falsafah pendidikan ini dan digabungkan ke atas satu
unsur iaitu keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Aspek-aspek
penting yang terdapat di dalam ketiga-tiga falsafah ini digunakan untuk dijadikan
panduan untuk perkembangan pendidikan di Malaysia.
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
2.0 PENDAHULUAN
Seperti yang kita sedia maklum, negara kita Malaysia merupakan salah satu negara
yang sedang membangun. Justeru, sangat penting bagi kita untuk mempunyai falsafah
pendidikan tersendiri. Meneydari hakikat tersebut, pada tahun 1988, Flasafah
Pendidikan Negara (FPN) telah digubal berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan
ideologi negara. Kini, FPN dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Falsafah pendidikan kebangsaan menggariskan segala istilah, pemikiran dan prinsip
berkaitan dengan bidang pendidikan di negara kita. Dalam falsafah pendidikan
kebangsaan menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan
sebagai satu identity keseluruhan yang tekal, jelas dan logik.
Falsafah pendidikan kebangsaan telah digubal pada 1979 setelah penerbitan
laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Laporan
tersebut mengandungi isu-isu penting berkaitan dengan pendidikan termasuk prinsip,
nilai dan hala tuju pendidikan. Laporan ini juga mengemukakan kepentingan kita
mempunyai suatu falsafah pendidikan yang menekankan pembangunan kemanusiaan.
³Perkembangan
ekonomi pada hari ini adalah pesat. Demikian juga dalam bidang
sosial«kita berhadapan dengan pelbagai unsur-unsur dari dalam dan luar«
kebanyakan daripada unsur ini adalah baik, tetapi« yang didatangi dari luar, yang tidak
menyenangkan. Oleh itu, kita menghadapi satu cabaran lain, iaitu pembangunan
kemanusiaan´
(Laporan Kabinet, 1979:226)
Selain itu, Dasar Pendidikan Kebangsaan pula merupakan satu dokumen yang
mengandungi pernyataan dasar dan strategi pelaksanaan agar dapat dijadikan garis
panduan bagi semua pihak dalam bidang pendidikan. Konsep identiti kebangsaan,
perpaduandan prinsip-prinsip ideologi kebangsaan adalah selaras dengan tujuan dan
matlamat pendidikan. Oleh itu, segala prinsip untuk pembentukan, pelaksanaan dan
perkembangan kurikulum adalah selaras dengan perkembangan menyeluruh muridmurid.
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berteras konsep kesepaduan antara
intelek, emosi, rohani dan jasmani telah diwujudkan. Falsafah pendidikan kebangsaan
ini
berbunyi
:³ Pendidikan
di
Malaysia
adalah
usaha
berterusan
ke
arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah
usaha untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai ksejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara.´
Bagi menghidupkan falsafah pendidikan kebangsaan ini dua bentuk kurikulum
baru yang mengamalkan sistem pendidikan bersepadu, KBSR dan KBSM telah
diwujudkan mengantikan sistem kurikulum yang lama. Kedua-dua KBSR dan KBSM ini
memberikan penekanan asas kepada usaha pembentukan saksiah, peribadi, emosi dan
semangat tanggungjawab kepada diri, masyarakat dan alam sekitar.
KBSR adalah dibentuk kepada rasional bahawa aktiviti pelajar dan pendidikan
peringkat rendah adalah bercorak pendidikan asas. Matlamat pendidikan ialah untuk
memastikan perkembangan murid secara menyeluruh. Perkembangan tersebut meliputi
aspek intelek, rohani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial. Matlamat
utama KBSR ialah menghasilkan pelajar yang bukan sahaja mempunyai kecerdasan
intelek tetapi juga mempunyai akhlak tinggi. Oleh itu, kemahiran asas 3M (membaca,
mengira dan menulis) dipentingkan. KBSR juga mementingkan kemahiran belajar dan
kemahiran berfikir.
Perancangan
kurikulum
telah
digubal
sedemikian
rupa
yang
bertujuan
membolehkan murid-murid menguasai bahasa Malaysia, menguasai kemahiran asas
bahasa iaitu bertutur, membaca, dan menulis dan menguasai kemahiran belajar. Selain
itu, murid-murid juga boleh membina sikap dan perlakuan yang baik berpandukan nilainilai kemanusiaan. Mereka juga mampu bergaul, menghargai hak dan kebolehan orang
lain dan mempunyai semangat kerjasama dan toleransi.
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
KBSR dibentuk berlandaskan kepada perakuan 57 (a) Laporan Kabinet iaitu:
³Kurikulum
sekolah rendah hendaklah dirancang untuk membolehkan murid-murid
mencapai kemahiran dalam tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang manusia
dengan alam sekitar dan bidang perkembangan individu sesuai dengan keperluan
minat, bakat dan kemampuan mental serta kesediaan murid itu.´
Seperti yang telah dinyatakan di atas, KBSR dirancang melalui 3 bentuk bidang
asas iaitu bidang komunikasi, manusia dengan alam sekitar dan perkembangan
individu. Dalam bidang yang pertama iaitu bidang komunikasi, merupakan bidang
utama dalam KBSR kerana bidang ini murid-murid dididik dan dilatih bagi memperoleh
asas dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira. Kemahiran mengira telah
dimasukkan dalam bidang komunikasi kerana dalam apa jua komunikasi seseorang itu
tidak boleh mengelakkan diri daripada penggunaan konsep dan kemahiran kualitatif.
Bidang ini mempunyai dua bidang iaitu bahasa dan matematik.
Seterusnya pula dalam bidang manusia dengan alam sekitar. Ia merangkumi
komponen kemanusiaan dan persekitaran serta komponen kerohanian, nilai dan sikap.
Komponen kemanusiaan dan persekitaran adalah satu komponen yang mengandungi
unsur-unsur sains, sejarah, kesihatan, geografi, seni lukis, akhlak dan lain-lain
pengetahuan mengenai manusia dan alam sekitar.
Bidang yang terakhir ialah bidang perkembangan individu yang meliputi semua
aspek iaitu intelek, rohani, jasmani, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial. Bidang
ini meliputi komponen kesenian dan rekreasi. Terdapat 3 mata pelajaran dalam bidang
ini iaitu pendidikan jasmani, pendidikan seni dan muzik.
Pembentukan dan penggubalan KBSR adalah berlandaskan prinsip-prinsip
sejajar
dengan
falsafah
pendidikan
kebangsaan.
Prinsip
yang
pertama
ialah
pendekatan bersepadu. Ia merupakan satu pendekatan di mana unsur-unsur
pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan agar wujud kesepaduan dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek. Konsep kesepaduan berlaku melalui 4 cara iaitu
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
penggabungjalinan kemahiran, penyerapan, kesepaduan antara dua unsur dan unsur
merentasi kurikulum.
Dalam penggabungjalinan kemahiran, empat kemahiran dalam mata pelajaran
bahasa iaitu bertutur, mendengar, membaca dan menulis. Sementara dalam proses
penyerapan, mata pelajaran Matematik diserap dalam mata pelajaran Sains. Aspekaspek kerjasama dan hormat-menghormati ditegaskan dalam kerja kumpulan atau
projek. Untuk kesepaduan antara dua unsur sama ada kurikulum dan kokurikulum,
pengetahuan dan amalan atau pengalaman sedia ada dengan pengalaman baru.
Contoh untuk unsur merentasi kurikulum ialah bahasa merentasi kurikulum, alam
sekitar merentasi kurikulum, sains merentasi kurikulum dan kemahiran berfikir
merentasi kurikulum.
Selain daripada prinsip pendekatan bersepadu, KBSR juga berpegang kepad
prinsip perkembangan individu secara menyeluruh. Menurut ahli psikologi, potensi
individu tidak boleh dikembangkan secara berasingan. Setiap potensi memang
mempunyai hubungkait dengan potensi yang lain. Sebagai contoh, seorang murid yang
berpotensi
menjadi
pemain
bola
sepak
yang
handal
bukan
sahaja
perlu
mengembangkan ilmu.
Prinsip yang seterusnya ialah pendidikan seumur hidup. Ini bermaksud proses
belajar berlaku secara berterusan dan tidak terhad dari segi jangka waktu. Secara
amnya, sekolah mempunyai 2 peranan iaitu sekolah merupakan institusi formal pertama
di mana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas. KBSR membina asas bagi
setiap
murid
dari
segi
pengetahuan
dan
kemahiran
yang
diperlukan
untuk
membolehkan mereka menghadapi situasi dalam kehidupan seharian.
Selain itu, sekolah juga memupuk minat setiap murid untuk terus mencari ilmu
dan selanjutnya memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada. Usaha
mencari ilmu memerlukan tabiat mahu mencari dan tahu mencari ilmu. Guru juga
memainkan peranan dari segi menanam dan memupuk budaya ilmu dan budaya
membaca dalam kalangan anak murid.
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
Prinsip yang keempat dalam KBSR ialah pendidikan yang sama untuk semua
murid. KBSR juga menyediakan pendidikan yang sama bagi semua murid. Semua
murid pada tahap persekolahan yang sama mengikut kurikulum yang sama tanpa
mengambil kira jenis aliran persekolahan cuma yang membezakannya ialah bahasa
pengantar sahaja.
KBSR dibahagikan kepada dua tahap iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Dalam tahap 1,
fokus yang diberikan ialah penguasaan kepada kemahiran berbahasa iaitu mendengar,
bertutur, membaca dan menulis. Selain itu juga, tahap 1 berfokus kepada penguasaan
nombor dan asas mengira. Murid juga mampu mengenal huruf serta membaca,
menghafaz dan menghayati ayat-ayat Al-Quran serta menyedari dan memahami norma
dan nilai murni masyarakat.
Tahap 2 pula berfokus kepada pengukuhan asas kemahiran berbahasa,
kemahiran asas operasi Matematik dan penyelesaian masalah. Di samping itu juga,
murid-murid boleh menguasai kemahiran belajar dan berfikir secara kritis dan kreatif
serta mampu membaca, menghafaz dan menghayati ayat Al-quran. Yang seterusnya
pula mereka mampu untuk menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni dan
kemasyarakatan.
Sistem pengajaran dan pembelajaran dalam KBSR mementingkan pelajar
menjadi aktif mental dan fizikal. Pelajar yang aktif akan membolehkan mereka
menguasai apa yang diajar dengan berkesan. Pembelajaran berlaku melalui
penglibatan aktif pelajar. Oleh itu guru perlu memilih pengalaman pembelajaran yang
aktif untuk membolehkan mereka mencapai objektif yang telah ditentukan oleh KBSR.
Menurut Tyler (1949) mencadangkan lima prinsip dalam memilih pengalaman
pembelajaran. Yang pertama ialah pengalaman pembelajaran yan dipilih mestilah
memberi peluang kepada pelajar untuk mempraktik perlakuan yang dikehendaki.
Prinsip yang kedua pula ialah pengalaman hendaklah memberi kepuasan
kepada pelajar. Yang seterusnya ialah pengalaman pembelajaran hendaklah sesuai
dengan keperluan dan kebolehan pelajar. Kebanyakkan pengalaman pembelajaran
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
mestilah sesuai digunakan. Yang terakhir pula ialah pengalaman pembelajaran yang
dipilih
hendaklah
melengkapkan
beberapa
hasil
pembelajaran.
Ini
bermakna
pengalaman tersebut hendaklah luas untuk membolehkan pelajar mengaitkan
pengetahuan daripada pelbagai bidang.
Akhir sekali dalam sistem KBSR ialah penilaian. Sistem penilaian dalam
pendidikan sangat penting untuk melihat dan menentukan sama ada objektif pendidikan
tercapai atau tidak. Selain daripada itu, penilaian juga perlu dibuat untuk mengenal
pasti kelemahan-kelemahan yang terdapat dan hasil daripada itu strategi baru dapat
disusun. Penilaian dalam KBSR dianggap sebagai sebahagian daripada proses
pengajaran dan pembelajaran. Salah satu bentuk penilaian yang digunakan dalam
menilai prestasi pelajar-pelajar dalam KBSR ialah Ujian Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR).
Penilaian
ini
bertujuan
untuk
mendapatkan
maklumat
mengenai
perkembangan diri pelajar secara menyeluruh meliputi keempat-empat aspek iaitu
intelek, emosi, jasmani dan rohani. UPSR dijalankan di akhir tahun 6 persekolahan dan
ditadbirkan sepenuhnya oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
2.1 PERANAN GURU DALAM KBSR
Seterusnya kita lihat pula kepada peranan guru dalam KBSR. Yang pertama
ialah mentafsir. Mentafsir ialah memahami dan menghargai falsafah pendidikan
kebangsaan
dan
Matlamat
Pendidikan
iaitu
bersikap
positif,
beriltizam
untuk
mengembangkan kurikulum membaca , memahami, organisasi pengalaman dan
menghargai objektif sukatan. Selain itu guru juga perlu mentafsir sukatan iaitu mengkaji
sukatan, panduan khas serta mengubah suai dimana perlu. Di samping itu juga guru
perlu memindahkan matlamat, objektif dan domain yang terpilih sesuai dengan
keperluan semasa.
Sebagai seorang guru, amat perlu bagi mereka untuk memahami dan
menghargai falsafah pendidikan kebangsaan. Hal ini kerana, apabila sudah menjadi
guru kelak mereka boleh menjadi guru yang berkualiti dan menepati ciri-ciri yang
dikehendaki seperti yang terdapat dalam falsafah pendidikan kebangsaan. Selain itu,
mereka juga bertindak untuk mentafsir sukatan. Hal ini sangat penting dan dapat
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila seserang guru tersebut
sudah memahami sukatan pelajaran yang ingin di ajar ini akan memudahkan beliau
untuk mengajara muird-muridnya.
Yang kedua pula ialah merancang. Merancang ini ialah membuat rancangan
semester, rancangan pelajaran
pelajaran harian iaitu objektif pengajaran dan pembelajaran,
pembelajaran, topik
dan kandungan, strategi serta penilaian. Selain itu, mengatur aktiviti pengajaran untuk
murid dengan cara yang sesuai bagi memudahkan pembelajaran (Gagne & Briggs,
1979). Guru juga perlu membuat pemilihan strategi pengajaran, bahan, isi kandungan
dan pengalaman pembelajaran untuk mencapai hasil yang diinginkan.
Pada pendapat saya, mengapa peranan guru yang kedua iaitu merancang ialah
dalam apa jua yang kita lakukan, kita perlu membuat perancangan. Tanpa perancangan
yang rapi, proses pangajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah menjadi tidak teratur
dan mungkin objektif pembelajaran pada hari tersebut tidak tercapai. Perancangan
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
yang dibuat perlu untuk mengikut keperluan murid-murid dan bersesuaian dengan
suasana.
Peranan guru yang ketiga ialah mengubah suai. Bagaimana guru ini bertindak
untuk mengubah suai iaitu mengubahsuai teknik pengajaran dan pembelajaran
bersesuaian dengan keperluan murid dan persekitaran. Berdasarkan sumber yang ada
guru juga harus pandai menggunakannya untuk menghasilkan teknik pengajaran yang
menarik.
Kesimpulannya, peranan guru dalam mengubahsuai ini sangat penting kerana
daripada pengubahsuaian yang dibuat oleh guru tersebut mampu untuk menarik minat
murid-murid untuk belajar. Untuk melakukan pengubahsuaian dalam teknik pengajaran
dan pembelajaran ini, seseorang guru juga perlu mempunyai daya kreativiti yang tinggi
dan daya inovatif. Guru tersebut mampu untuk membuat alat bantu mengajar snediri
dengan kreativiti yang mereka ada dan menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah menjadi lebih berkesan dan menarik.
Peranan guru yang keempat pula ialah melaksanakan. Setelah melakukan
pentafsiran, merancang dan mengubahsuai, guru perlu melaksanakan di dalam bilik
darjah. Hasil yang telah dibuat perlu dilaksanakan agar mendapat keputusan
berdasarkan dengan apa yang telah dilakukan. Bagi saya, pelaksaan ini wajar
dilakukan agar usaha yang telah dibuat tidak sia-sia. Selain itu, dengan pelaksanaan
tersebut, sekirannya terdapat kelemahan-kelemahan guru tersebut boleh membuat
penambaikkan agar menjadi lebih baik pada masa akan datang.
Selain itu, peranan guru juga sebagai fasilitator dan pengurus pembelajaran.
Tugas guru sebagai fasilitator ialah untuk menyampaikan maklumat kepada muridmuridnya. Mereka akan diberi peluang untuk meluaskan maklumat yang diperolehi,
mengulang kaji maklumat serta menyampaikan maklumat yang baru. Guru juga akan
menyediakan aktiviti pengayaan kepada pelajarnya.
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
Bagi saya, sebagai seorang pendorong kepada murid-murid, seseorang guru
harus mempunyai keyakinan diri sendiri, cekap dan mempunyai personaliti yang
menarik. Hal demikian dapat meningkatkan keyakinan diri kepada murid-murid apabila
guru itu sendiri mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Justeru, guru tersebut juga
mampu untuk memperkembangkan lagi bakat yang sedia ada pada murid-murid
berkenaan.
Peranan yang seterusnya ialah guru sebagai penyampai ilmu. Sebagai seotrang
penyampai ilmu pengetahuan, guru hendaklah memperluaskan segala maklumat
daripada kurikulum sesuatu mata pelajaran. Guru hendaklah mengajar murid-muridnya
cara-cara belajar dengan lebih berkesan dan sentiasa menggalakkan mereka supaya
mencari maklumat baru. Dengan ini murid-murid akan lebih dinamik dan akan
menguasai kemahiran belajar dengan lebih berkesan.
Daripada kenyataan di atas, dapat dijelaskan bahawa peranan guru sangat
penting dalam menyampaiakn ilmu. Mereka bertindak sebagai medium kepada muridmurid di sekolah dalam memberi maklumat sama ada tentang pelajaran mahu pun
tentang isu semasa. Apabila murid-murid telah diberi pendedahan awal mengenai hal
tersebut, mereka sendiri akan mempunyai inisiatif untuk mendapatkan
mendapatkan maklumat yang
lebih daripada apa yang mereka telah sedia ada. Secara tidak langsung, ini akan
menimbulkan minat membaca dan tabiat belajar dengan lebih berkesan.
Selain daripada itu, guru juga bertindak sebagai pengembang dan pengukuh
penguasaan kemahiran. Guru memainkan peranan penting untuk melatih murid-murid
menguasai sesuatu kemahiran dalam pembelajaran. Guru hendaklah memberi
dorongan kepada mereka untuk menggunakan kemahiran yang telah diperolehi dan
seterusnya menguasai kemahiran baru.
Berdasarkan di atas, guru mempunyai tugas yang berat dalam memastikan
setiap murid-muridnya menguasai kemahiran yang telah diajar. Kemahiran awal yang
harus dikuasai oleh murid-murid tersebut ialah kemahiran asas dalam bahasa dan
matematik. Sekiranya terdapat murid-murid yang masih tidak dapat menguasai
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
kemahiran tersebut, guru harus peka dan memasukkan murid tersebut ke kelas
pemulihan. Program pemulihan ini pula terbahagi kepad dua iaitu pemulihan KBSR dan
pemulihan khas. Bagi pemulihan KBSR, guru hanya memberi penekanan tentang
kemahiran yang lemah dalam mata pelajaran tertentu selain bahasa dan Matematik
serta dilakukan di dalam kelas sahaja. Bagi pemulihan khas, dijalankan di kelas khas
dan diberi penumpuan kepada kemahiran asas 3M sahaja. Di sini jelas menunjukkan
bahawa guru memainkan peranan penting dalam menentukan murid-muridnya
menguasai sesuatu kemahiran dan seterusnya dapat menguasai kemahiran yang baru.
Peranan guru yang seterusnya ialah guru sebagai pembentuk akhlak. Akhlak
yang mulia hendaklah diserapkan kepada murid-muridnya. Penerapan nilai-nilai murni
dapat dilakukan dengan secara tidak langsung semasa mengajar di bilik darjah,
semasa menjalankan aktiviti kokurikulum dan luar bilik darjah. Pembentukan akhlak
yang baik dapat memperbaiki sahsiah dan moral seseorang murid.
Bagi pendapat saya, sebelum membentuk akhlak orang lain, guru itu sendiri
perlu membentuk akhlak yang baik. Guru juga perlu bijak semasa menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran supaya murid-murid dapat diterapkan nilai-nilai murni
dalam diri mereka melalui aktiviti tersebut. Sebagai contoh, semasa menjalankan aktiviti
kumpulan nilai kerjasama dan hormat-menghormati dapat dipupuk. Inilah yang
dikatakan guru sebagai pembentuk akhlak.
Selain itu, guru juga bertindak sebagai pembimbing. Guru seharusnya
membimbing
pelajarnya
dalam
semua
aspek
seperti
mencungkil
dan
memperkembangkan bakat dengan mengambil kira perbezaan dari segi kebolehan,
latar belakang dan minat pelajar. Ia juga dapat member tunjuk ajar dengan berkesan,
dapat mengesan kekuatan dan kelemahan pelajar dan memberi penghargaan kepada
hasil kerja pelajarnya yang baik.
Guru juga bertindak sebagai contoh teladan atau model. Guru menjadi contoh
teladan khasnya kepada pelajarnya dan amnya kepada masyarakat. Seorang guru
perlulah cekap dan tegas serta mempunyai keyakinan diri dalam rutin hariannya. Ia juga
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
hendaklah menunjukkan akhlak yang baik di dalam dan di luar bilik darjah serta di
mana-mana berada.
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
PENUTUP
Seperti yang telah dijelaskan, falsafah pendidikan kebangsaan telah mengambil
acuan falsafah pendidikan barat dan Islam untuk menjadikan falsafah pendidikan kita
sendiri. Falsafah pendidikan barat dan Islam memainkan peranan penting dalam
pembentukan falsafah pendidikan kebangsaan. besar sekali implikasi falsafah
pendidikan Timur, Islam dan Barat kepada perkembangan pendidikan di Malaysia.
Malaysia .
Sejarah pendidikan di Tanah Melayu juga ada menjelaskan bahawa, sebelum dijajah
oleh pihak Inggeris, sistem pendidikan sangat mementingkan suatu proses yang
berterusan serta keakhiratan. Namun begitu, setelah didatangi oleh pihak penjajah,
sistem pendidikan tersebut secara perlahan lahan telah diubah mengikut rentak
pendidikan di Barat. Walaubagaimanapun, sekarang kita telah mempunyai ramai rakyat
yang bijak dan mereka ini telah memilih jalan tengah untuk mencedok idea ± idea dari
pendidikan Islam, Timur dan Barat.
Pelaksanaan dan hasrat yang dilampirkan oleh pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia
(KPM)
menerusi
Falsafah
Pendidikan
Kebangsaan
(FPK)
adalah
bermediumkan sekolah. Melalui sekolah pula, guru memainkan peranan dalam
menjalankan dan melaksanakan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seperti
yang telah dinyatakan di atas, tugas guru begitu banyak untuk disenaraikan kerana
segala yang berlaku di dalam sekolah adalah tanggungjawab guru.
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
REFLEKSI
Melalui tugasan ini, selepas pensyarah menyerahkan tugasan, saya mencari
maklumat untuk menyiapkan tugasan ini. Saya juga berbincang bersama rakan sekelas
untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Pelbagai pendapat yang diutarakan dalam
menyiapkan tugasan ini. Saya mencuba sebaik mungkin untuk menyiapkan tugasan ini.
Apabila tugasan ini selesai, apa yang dapat saya katakan ialah banyak ilmu
mengenai perguruan dan falsafah pendidikan kebangsaan. Melalui tugasan pada
soalan pertama yang meminta nyatakan implikasi falsafah pendidikan barat dan Islam
kepada perkembangan falsafah pendidikan kebangsaan tersebut telah menambahkan
pengetahuan saya dalam bidang pendidikan ini sendiri. Sebelum ini, saya tidak
mengetahui bahawa falsafah pendidikan kebangsaan banyak mengambil acuan
daripada falsafah pendidikan barat dan Islam. Selain itu juga, saya boleh mendalami
secara terperinci mengenai falsafah pendidikan kita sendiri.
Dalam soalan kedua tugasan ini iaitu peranan guru dalam KBSR. Hal ini telah
mengingatkan saya apabila menjadi guru kelak perlu melaksanakan tugas-tugas saya
dengan berdedikasi dalam mendidik dan membimbing anak-anak bangsa. Ternyata
bahawa tanggungjawab yang dipikul oleh seorang guru amat berat. Melalui tugasan ini
juga, saya dapat membuat persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan. Hal ini
kerana, saya sdah memahami mengenai falsafah pendidikan barat, Islam dan
kebangsaan serta peranan-peranan guru dalam KBSR. Justeru, saya tidak terlalu berat
untuk mengulang kaji subjek ini kerana sudah memahaminya semasa dalam proses
menyiapkan tugasan ini.
Akhir sekali, saya dapat juga menyiapkan tugasan ini tanpa sebarang masalah
yang terlalu berat. Kerjasama antara rakan-rakan juga banyak membantu saya
menyiapkan tugasan ini. Selain itu, pensyarah pembimbing juga telah banyak memberi
panduan kepada saya. Beliau telah memberi garis panduan apa yang perlu ada dalam
tugasan kami, jadi hal ini telah memudahkan saya dan rakan sekelas yang lain mencari
bahan.
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
BIBLIOGRAFI
Abdul Rahman Aroff, Zakaria Kasa. (1988). Falsafah dan Konsep Pendidikan. Petaling
Jaya. Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Choong Lean Keow. (2009). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia Untuk Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Habib Mat Som, Shahril@ Charil Marzuki. (1999). Isu Pendidikan Di Malaysia Sorotan
dan Cabaran. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.
Mok Soon Sang. (2009). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Selangor. Penerbitan
Multimedia Sdn.Bhd.
Zainun Ishak, Lee Pau Wing, Shahril @ Charil Marzuki, Saedah Hj. Siraj Dr. (1994).
Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.
Internet
http://kdckdpm06.bravehost.com/kbsr.htm
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
PENGENALAN
Idea penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dicetuskan pada
tahun 1979 setelah penerbitan laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji
Pelaksanaan Dasar Kebangsaan. FPK yang dahulunya dikenali sebagai Falsafah
Pendidikan Negara (FPN) telah digubal sembilan tahun kemudiannya dicermin
berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan berlandaskan ketiga-tiga ideologi negara,
iaitu; Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru (Rancangan Malaysia Ketiga pada 19761980) dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1999). Penggubalan FPK oleh pakar-pakar
pendidikan digubal secara teliti dan mengambil berat tentang keperluan-keperluan
individu, masyarakat dan negara.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan berasal daripada tiga leksikon asas, iaitu
falsafah, pendidikan dan kebangsaan. Leksikal ³falsafah´ berasal daripada dua
perkataan Yunani, iaitu; philos dan Sophia. Philos bermakna mencintai manakala
Sophia diertikan sebagai kebijaksanaan. Definisi falsafah dilihat daripada tiga penjuru,
iaitu etimologi (bahasa), terminologi (istilah) dan praktikal. Para ahli falsafah
mendefinisikan falsafah sebagai satu landasan yang sempurna bagi cetusan dan
penjanaan
deretan
idea
perkembangan manusia.
baharu
dalam
variasi
bidang
dan
disiplin
ke
arah
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
HALAMAN PENGAKUAN
³ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap - tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya´.
TANDATANGAN : _____________________
NAMA : NURULHUDA BINTI MAT RADZI
TARIKH : 25 FEBRUARI 2010
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dapat menyiapkan tugasan
yang telah dibekalkan. Melalui tugasan ini saya dapat memahami lebih mendalami
tentang tajuk yang diberi iaitu mengenai falsafah pendidikan dan peranan guru dalam
KBSR. Hal ini kerana semasa mencari bahan untuk membuat tugasan ini saya perlu
membaca dan mencari isi-isi untuk dimasukkan
dimasukkan ke dalam
dalam tugasan ini jadi saya boleh
belajar melalui itu.
Sebelum terlupa, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia saya iaitu En. Wan Azmi yang telah banyak
memberi maklumat mengenai tugasan ini serta memberi garis panduan apa yang perlu
saya dan rakan sertakan
sertakan dalam
dalam tugasan ini.
ini. Segala ilmu yang disampaikan
disampaikan itu dapat
saya gunakan untuk menyiapkan tugasan ini. Selain itu rakan-rakan juga telah
membantu saya semasa mencari maklumat dan berbincang serba-sedikit mengenai
tugasan ini.
Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang membantu dari segi
kewangan untuk saya menyiapkan tugasan ini.
Sekian,terima kasih«
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
ISI KANDUNGAN
TAJUK
HALAMAN
HALAMAN PENGAKUAN
i
PENGHARGAAN
ii
ISI KANDUNGAN
iii
PENGENALAN
1
1.0 PENDAHULUAN
FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT
2
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
13
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
15
1.1IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM KEPADA FPK
18
1.2 IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT KEPADA FPK
20
1.3 KESIMPULAN
22
2.0 PENDAHULUAN KBSR
24
2.1 PERANAN GURU DALAM KBSR
30
PENUTUP
35
REFLEKSI
36
BIBLIOGRAFI
37
BORANG KOLABORASI
38
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
Download