Uploaded by Muhammad Mustaqim

dokumen.tips kertas-kerja-naik-taraf-pss-smkka-2014

advertisement
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (LKTP) KAMPUNG AWAH
28030 TEMERLOH
PAHANG
KERTAS KERJA
MENAIKTARAF PUSAT SUMBER SEKOLAH
2014
“ PUSAT SUMBER SEKOLAH KE ARAH KECEMERLANGAN BUDAYA
ILMU ”
AHLI JAWATANKUASA INDUK & KERJA PSS
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (LKTP) KAMPUNG AWAH
TEMRLOH
TAHUN 2014
1.0
PENDAHULUAN
Pusat Sumber Sekolah merupakan gedung ilmu bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang
berilmu, beretika, mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, membuat keputusan berasaskan
ilmu pengetahuan dan menyumbang ke arah pembangunan negara. Selain itu menyediakan
maklumat bagi membolehkan warga sekolah berfungsi secara berkesan dalam masyarakat maju
berasaskan maklumat dan pengetahuan. PSS melengkapkan murid dengan kemahiran pembelajaran
sepanjang hayat untuk hidup sebagai rakyat yang bertanggungjawab. Keadaan fizikal bilik PSS
menuntut suasana yang kondusif dan selesa nagi menggalakkan proses pembelajaran yang lebih
berkesan. Justeru itu program menaiktaraf PSS perlu dipertingkatkan selaras dalam menjayakan visi
dan misi sekolah.
2.0
MATLAMAT
2.1
Menggalakkan murid dan guru menjadi pengguna Pusat Sumber Sekolah yang
efektif dan kreatif dalam mendapatkan maklumat
Menggalakkan sekolah meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran yang
berasaskan PSS / sumber pendidikan
Menggalakkan warga sekolah mengamalkan budaya ilmu yang berkualiti dan berfungsi
selaras dengan konsep pendidikan bestari serta pembudayaan media dan teknologi
pendidikan masa kini
Memberi keselesaan kepada guru-guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Aktiviti-aktiviti perpustakaan (NILAM dan Minggu PSS) dapat dijalankan dengan lebih
baik .
2.2
2.3
2.4
2.5
3.0
OBJEKTIF
Di antara objektif Program Menaiktaraf PSS ialah :
3.1
3.2
3.3
3.4
3.5
Menaiktaraf lantai simen kepada lantai mozek.
Menaiktaraf tingkap nako kepada tingkap sliding .
Memasang penghawa dingin di bilik PSS dan Bilik Tayangan.
Memasang sistem automasi buku.
Membaik pulih sistem pendawaian elektrik.
4.0
NAMA PROGRAM
”Program menaiktaraf PSS SMK (LKTP) Kampung Awah, Temerloh.”
5.0
VISI
Membudayakan teknologi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara
6.0
MISI
Menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai pusat penyebaran ilmu dan maklumat
7.0
JAWATANKUASA INDUK PSS
Pengerusi
Timb. Pengerusi
Naib Pengerusi
: Pn. Hajah Zaiton bt Che Mat ( Pengetua )
: En. Kamarudin b Omar ( GPK Pentadbiran )
: Pn. Salmah bt Abd Hamid ( GPK HEM )
En. Meor Ahamad Samsuddin b Meor Mohd Affandi ( GPK Kokurikulum)
Penyelaras
: Pn. Nor Hasmawati bt Abu Bakar (GPM )
AJK : Cik Hajah Nor Samsi bt Arshad ( GKMP VOTEK )
: Pn. Hajah Maziah bt Ariffin ( GKMP Kemanusiaan )
: Pn. Siti Rogayah bt Mohd Ali ( GKMP Sains & Matematik )
: Semua ketua panitia
8.0
HURAIAN PROJEK
BIL.
PERKARA
1.
Menaiktaraf lantai bilik Pusat
Sumber dan bilik
Tayangan/Komputer
CADANGAN / MASALAH
1. Keadaan lantai simen yang dilapik
tikar getah menampakkan suasana
tidak selesa dan cantik kerana telah
banyak yang terkoyak kerana terkena
kaki kerusi atau meja.
ANGGARAN
RM 10,000.00
2. Binatang seperti tupai dan kucing
sering masuk ke dalam bilik PSS dan
membuang najis. Ini mengundang bau
yang tidak menyenangkan dan kesan
warna yang susah ditanggalkan.
Cadangan : Menggantikan tikar getah
kepada ‘tile-terrazo’
2.
Menaiktaraf tingkap
1. Keadaan tingkap yang uzur (pecah
dan berkarat) menyebabkan haiwanhaiwan seperti tupai, kucing dan
burung mudah untuk masuk ke dalam
PSS.
RM 4,000.00
Cadangan : Menggantikan tingkap nako
kepada tingkap sliding
3.
Memasang penghawa dingin
1. Keadaan PSS yang kurang
pengudaraan dan pencahayaan sedikit
sebanyak mempengaruhi semangat
pelajar untuk belajar dan
mengulangkaji pelajaran.
Cadangan : Memasang penghawa dingin
jenama YORK
RM 3,500.00
4.
Memasang sistem
pengautomasian PSS.
1. Masalah utama sistem manual semasa
ialah pengkatalogan. Sebelum proses
pengkatalogan, PSS menghadapi
masalah pengemaskinian buku rekod
perolehan buku dan bahan bukan
buku. Banyak borang dan butir-butir
terpaksa dicatat dalam buku-buku
tersebut. Selain itu, terdapat masalah
dalam pengkatalogan buku-buku dan
bahan bantu mengajar. Ini kerana
proses pengkatalogan buku dan bahan
bantu mengajar mengambil masa dan
tenaga kerja yang banyak.
RM 2,000.00
Cadangan : Memasang sistem automasi
yang bersesuaian.
5
Membaik pulih dan
menyelenggara suis dan plug
yang rosak
1.
Terdapat beberapa suis dan plug yang
tidak dapat berfungsi dengan baik.
Tambahan pula suis utama di luar
bilik PSS sering dijadikan sasaran
mainan
pelajar-pelajar.
Ini
menyebabkan kerja-kerja komputer
guru-guru PSS tergendala seketika.
Cadangan : Membaik pulih suis dan plug
yang rosak.
9.0
ANGGARAN PERBELANJAAN
PERKARA
JUMLAH
1
Lantai mozek
RM 10,000.00
2
Tingkap “Sliding”
RM 4,000.00
3
Penghawa dingin
RM 3,500.00
4
Sistem pengautomasian PSS
RM 2,000.00
5
Penyelenggaraan suis dan plug
RM 500.00
JUMLAH
RM 20,000.00
RM 500.00
10.0
SUMBER PENDAPATAN
10.1 Memohon sumbangan derma daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.
10.2 Memohon sumbangan derma daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta
11.0
PENUTUP
Akhir kalam, dengan sumbangan yang telah diberikan dapat menyediakan suasana yang
kondusif dan memberangsangkan serta meningkatkan penggunaan PSS di kalangan warga sekolah
selaras dengan hasrat Kementerian bagi mewujudkan modal insan yang berdaya saing dan berilmu
pengetahuan tinggi. Juga dengan wujudnya sistem automasi di perpustakaan maka segala urusan
pentadbiran dan juga urusan perkhidmatan kepada pengguna dapat berjalan dengan baik dan
berkesan. Beban kerja yang ditanggung oleh kakitangan perpustakaan di dalam sistem manual dapat
dikurangkan dan kerja-kerja pengendalian bahan-bahan perpustakaan dapat berjalan dengan
sistematik.
Sekian , Wassalam .
Disediakan oleh ,
…....................................
( PN NOR HASMAWATI BT ABU BAKAR )
GPM
Disahkan oleh :
…..............................
( PN HJH ZAITON BT CHE MAT )
Pengetua
Download