Uploaded by NURAIN

KERTAS CADANGAN

advertisement
KERTAS CADANGAN
PENGUBAHSUAIAN DAN KECERIAAN PERPUSTAKAAN
FASA 1 TAHUN 2021
1. RASIONAL
Perpustakaan adalah salah satu rangkaian Unit Pusat Sumber Sekolah (PSS).
Perpustakaan merupakan pusat perkhidmatan akses maklumat bersepadu yang
mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan cetak, bukan cetak dan
digital. Perpustakaan diwujudkan untuk memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai
koleksi yang menepati piawaian dan terkini, diurus dengan cekap dan berkesan, dan
digunakan secara optimum bagi meningkatkan kualiti proses pengajaran dan
pembelajaran.
2. MATLAMAT
Menyediakan perpustakaan yang lengkap dan selesa untuk kegunaan para pelajar
dan guru untuk pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.
3.
3.1
OBJEKTIF
Menyediakan sebuah perpustakaan yang lengkap dengan penambahan beberapa
kemudahan asas yang penting supaya dapat berfungsi dengan sebaik-baiknya
disamping lebih mudah dan selesa digunakan sewaktu proses PdP.
3.2
Menambahkan keceriaan perpustakaan supaya lebih selesa dan menarik agar dapat
dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh guru-guru dan murid-murid disamping
mewujudkan situasi PdP yang pelbagai serta berlainan daripada di bilik darjah.
3.3
Mewujudkan keadaan bilik atau ruang yang sesuai serta selesa di samping peralatan
yang lengkap dan mudah digunakan (mesra pengguna)
3.4
Menyediakan perpustakaan yang lebih kondusif dan menarik minat murid untuk lebih
kerap datang ke perpustakaan.
4. SASARAN
Semua murid dan guru SMK Syed Saffi
5. TEMPAT
Perpustakaan Pendeta Za’ba, SMK Syed Saffi
6. TEMPOH GERAK KERJA
Januari 2021 hingga Mac 2021
7. SUMBER KEWANGAN
Peruntukan Geran Per Kapita Pusat Sumber Sekolah (PCG PSS) tahun 2021
8. ANGGARAN BELANJA MENGURUS.
Bil.
Perkara
Butiran
Jumlah
1
Kerusi (stool)
RM 65 x 4 unit
RM 260.00
2
Rak buku
RM 50 x 6 unit
RM 300.00
3
Karpet rumput tiruan
RM 50.00 x 5 meter
RM 250.00
4
Papan lapis (untuk papan kenyataan) RM 100 x 7 unit
RM 700.00
5
Kertas dinding
RM 490.00
RM 70 x 7 unit
JUMLAH
RM 2000.00
Disediakan oleh:
Diluluskan oleh:
(FARIDATUL HUSNA BINTI EDRIS)
(MOHD SUKOR BIN YAACOB)
Guru Perpustakaan dan Media
Pengetua
SMK Syed Saffi
SMK Syed Saffi
Download