Uploaded by NURAIN

KERTAS CADANGAN SKSE

advertisement
KERTAS KERJA
PENGUBAHSUAIAN DAN KECERIAAN
PUSAT SUMBER SEKOLAH
JAWATANKUASA
PUSAT SUMBER SEKOLAH
SK SEKSYEN ENAM
KERTAS CADANGAN
PENGUBAHSUAIAN DAN KECERIAAN PERPUSTAKAAN
FASA 1 TAHUN 2021
1. RASIONAL
Perpustakaan adalah salah satu rangkaian Unit Pusat Sumber Sekolah (PSS).
Perpustakaan merupakan pusat perkhidmatan akses maklumat bersepadu yang
mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan cetak, bukan cetak dan
digital. Perpustakaan diwujudkan untuk memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai
koleksi yang menepati piawaian dan terkini, diurus dengan cekap dan berkesan, dan
digunakan secara optimum bagi meningkatkan kualiti proses pengajaran dan
pembelajaran.
2. MATLAMAT
Menyediakan perpustakaan yang lengkap dan selesa untuk kegunaan para pelajar
dan guru untuk pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.
3.
3.1
OBJEKTIF
Menyediakan sebuah perpustakaan yang lengkap dengan penambahan beberapa
kemudahan asas yang penting supaya dapat berfungsi dengan sebaik-baiknya
disamping lebih mudah dan selesa digunakan sewaktu proses PdP.
3.2
Menambahkan keceriaan perpustakaan supaya lebih selesa dan menarik agar dapat
dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh guru-guru dan murid-murid disamping
mewujudkan situasi PdP yang pelbagai serta berlainan daripada di bilik darjah.
3.3
Mewujudkan keadaan bilik atau ruang yang sesuai serta selesa di samping peralatan
yang lengkap dan mudah digunakan (mesra pengguna)
3.4
Menyediakan perpustakaan yang lebih kondusif dan menarik minat murid untuk lebih
kerap datang ke perpustakaan.
4. SASARAN
Semua murid dan guru SK Seksyen Enam
5. TEMPAT
Pusat Sumber Sekolah SK Seksyen Enam
6. TEMPOH GERAK KERJA
Januari 2021 hingga Mac 2021
7. RANCANGAN PEMBANGUNAN
Bil
Perancangan Anggaran
Anggaran Belanjawan
1
Mengecat dinding dalam Pusat Sumber Sekolah.
RM 300.00
2
Mengecat lantai Pusat Sumber Sekolah dengan cat epoxy.
RM 400.00
3
Memasang kertas dinding.
RM 300.00
4
Membaik pulih dan menyusun semula rak-rak buku yang
RM 2000.00
rosak.
5
Memilih dan Menyusun buku-buku lama dan menyusun buku
-
mengikut Sistem Pengkelasan Dewey.
6
Menambah sudut informasi dan melengkapkan papan
RM 100.00
kenyataan di bilik perpustakaan, bilik tayangan, bilik BBM
dan bilik-bilik khas yang lain.
7
Menghias sudut rehat dengan karpet rumput tiruan
RM 200.00
8
Menukar langsir bilik dan alas meja murid
RM 1500.00
9
Melengkapkan maklumat PSS dan laluan tangga ke PSS
Rm 200.00
untuk projek mengindahkan sekolah
JUMLAH
RM 5000.00
8. SUMBER KEWANGAN
Peruntukan Geran Per Kapita Pusat Sumber Sekolah (PCG PSS) tahun 2021.
Disediakan oleh:
Diluluskan oleh:
(NURAIN BASYIRAH BINTI MOHD KHALID)
(PUAN ANI BINTI MEH)
Guru Perpustakaan dan Media
Guru Besar
SK Seksyen Enam
SK Seksyen Enam
Download