KERTAS CADANGAN PENGUBAHSUAIAN DAN KECERIAAN PERPUSTAKAAN FASA 1 TAHUN 2021 1. RASIONAL Perpustakaan adalah salah satu rangkaian Unit Pusat Sumber Sekolah (PSS). Perpustakaan merupakan pusat perkhidmatan akses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan cetak, bukan cetak dan digital. Perpustakaan diwujudkan untuk memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi yang menepati piawaian dan terkini, diurus dengan cekap dan berkesan, dan digunakan secara optimum bagi meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran. 2. MATLAMAT Menyediakan perpustakaan yang lengkap dan selesa untuk kegunaan para pelajar dan guru untuk pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. 3. 3.1 OBJEKTIF Menyediakan sebuah perpustakaan yang lengkap dengan penambahan beberapa kemudahan asas yang penting supaya dapat berfungsi dengan sebaik-baiknya disamping lebih mudah dan selesa digunakan sewaktu proses PdP. 3.2 Menambahkan keceriaan perpustakaan supaya lebih selesa dan menarik agar dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh guru-guru dan murid-murid disamping mewujudkan situasi PdP yang pelbagai serta berlainan daripada di bilik darjah. 3.3 Mewujudkan keadaan bilik atau ruang yang sesuai serta selesa di samping peralatan yang lengkap dan mudah digunakan (mesra pengguna) 3.4 Menyediakan perpustakaan yang lebih kondusif dan menarik minat murid untuk lebih kerap datang ke perpustakaan. 4. SASARAN Semua murid dan guru SMK Syed Saffi 5. TEMPAT Perpustakaan Pendeta Za’ba, SMK Syed Saffi 6. TEMPOH GERAK KERJA Januari 2021 hingga Mac 2021 7. SUMBER KEWANGAN Peruntukan Geran Per Kapita Pusat Sumber Sekolah (PCG PSS) tahun 2021 8. ANGGARAN BELANJA MENGURUS. Bil. Perkara Butiran Jumlah 1 Kerusi (stool) RM 65 x 4 unit RM 260.00 2 Rak buku RM 50 x 6 unit RM 300.00 3 Karpet rumput tiruan RM 50.00 x 5 meter RM 250.00 4 Papan lapis (untuk papan kenyataan) RM 100 x 7 unit RM 700.00 5 Kertas dinding RM 490.00 RM 70 x 7 unit JUMLAH RM 2000.00 Disediakan oleh: Diluluskan oleh: (FARIDATUL HUSNA BINTI EDRIS) (MOHD SUKOR BIN YAACOB) Guru Perpustakaan dan Media Pengetua SMK Syed Saffi SMK Syed Saffi