MARKAH: Pengenalan : Isi&Huraian : Cadangan/ Kesimpulan : Etika/ Profesional : KOD KURSUS: IMU400 Jumlah : KUMPULAN: LG2423C TUGASAN: KAJIAN KES TAJUK RIBA DALAM SISTEM KEWANGAN DI MALAYSIA NAMA PENSYARAH: UST FAEZY BIN ADENAN BIL NAMA NOMBOR PELAJAR 1. NURUL AINA NADHIRAH BINTI AZMI 2019257318 2. NURUL SHAHIRA BINTI YUSOFF 2019208338 3. NURUL SYIFAA BINTI AHMAD ZAILANI 2019295028 4. SITI NOR NASRIZA BINTI ARIS 2019422768 SEMESTER 3 2020/2021 AKADEMI PENGAJIAN BAHASA AKUAN PELAJAR ب سم هللا ال رحمن ال رح يم Dengan ini kami mengakui bahawa sesungguhnya semua hasil kerja dalam menyiapkan tugasan akademik ini adalah hasil usaha dan kerja kami sendiri kecuali yang dinyatakan sebaliknya secara jelas. Tarikh: Nama: Nurul Aina Nadhirah binti Azmi ID No: 2019257318 Nama: Nurul Shahira binti Yusoff ID No: 2019208338 Nama: Nurul Syifaa binti Ahmad Zailani ID No: 2019295028 Nama: Siti Nor Nasriza binti Aris ID No: 2019422768 2020 ISI KANDUNGAN Bil. Tajuk Muka Surat 1. Pendahuluan 4 2. Objektif Kajian 4 3. Sorotan Literatur 4. Kaedah Kajian 5,6 6 5. Riba 5.1 Definisi Riba 7 5.2 Dalil-Dalil Pengharaman Riba 7,8 5.3 Jenis-jenis Riba 8,9 6. Kajian Isu Semasa 6.1 Pinjaman Pendidikan 6.2 Pinjaman Rumah 6.3 Insurans 6.4 Moratorium 9 10,11 11,12,13 13 7. Amalan Riba di Malaysia 7.1 Forex 14,15 7.2 Penggunaan Kad Kredit 15,16 7.3 Pembayaran Bil 16,17 8. Cadangan 8.1 Menggalakkan Pengguna Membiayai Secara Islamik 17 8.2 Menggunakan Transaksi Yang Dibenarkan Dalam Islam 17,18 8.3 Menjadikan Takaful Sebagai Ganti Kepada Insurans Konvensional 19,20 9. Rumusan 20 10. Rujukan 21 1 PENDAHULUAN Di dalam islam, ada beberapa elemen dan unsur yang diharamkam secara mutlak di dalam urusan jual beli, perniagaan, kontrak dan pertukaran (transaksi). Elemen-elemen menyebabkan sesuatu urusan jual beli itu menjadi haram dan terbatal dalam sistem kewangan islam. Segala aktiviti dalam urusan jual beli, kontrak dan transaksi mestilah menjaga keperluan dan kepentingan seseorang individu di dalam masyarakat. Antara unsur yang diharamkan oleh Allah SWT di dalam urusan jual beli ialah riba’, gharar, judi, tipu khianat dan barang atau perkhidmatan yang haram dan dilarang oleh Allah SWT. Maksud riba dari segi bahasa ialah penambahan, lebihan dan perkembangan, dengan merujuk perkataan arab ""الزياضة. Maksud riba pada sisi syarak pula ialah “penambahan dalam perkara-perkara yang tertentu”. Maksud atau definisi yang dinyatakan tadi merupakan definisi bagi mazhab Hanbali. Definisi bagi mazhab Hanafi pula ialah “Lebihan suatu harta tanpa tukaran di dalam suatu kontrak tukaran dengan harta”. Mengikut definisi Keputusan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti, dari segi Syara’ riba bermaksud “tambahan atau lebihan yang diperolehi oleh salah satu pihak daripada pihak yang lain tanpa mendapat imbalan yang wajar”. Walaupun, pada waktu kini dipenuhi dengan keterdesakan orang ramai dalam mencari dan mendapatkan duit khususnya pada waktu wabak pandemik korona virus ini. Ia bukanlah keadaan yang darurat yang boleh kita mengaut keuntungan melalui riba. Seperti yang kita tahu, agama islam sangat mementingkan hak-hak dan kepentingan masyarakat. Hal ini kerana, setiap yang berurus niaga mengikut syariah, matlamat utamanya ialah mengejar al-Falah ( kejayaan di dunia dan akhirat ). Jadi, tidak hairanlah mengapa Allah mengharamkan perkara-perkara yang mungkin boleh menzalimi masyarakat seperti riba dan gharar di dalam muamalah islam. 2 OBJEKTIF KAJIAN Berdasarkan kajian ini, saya dapat : 1. Mengenalpasti konsep dan takrifan riba’ serta sistem-sistem kewangan di Malaysia 2. Menghuraikan cadangan untuk mengurangkan riba’ dalam sistem kewangan negara 3. Mengkaji kegiatan dan amalan riba’ dalam kehidupan masyarakat 3 SOROTAN LITERATUR Kajian yang dibuat oleh Antoni, Norain Mod Asri dan Mansor Jusoh (2010) yang mengkaji perhubungan antara kadar pulangan deposit perbankan Islam dengan nilai faedah deposit perbankan konvensional di Malaysia dengan cara Granger. Melalui penelitian ini didapati wujudnya hubungan jangka panjang antara nilai faedah dengan nilai pulangan yang diperoleh untuk deposit yang tempoh akhirnya sama. Sekalipun nilai faedah berpengaruh kepada nilai pulangan dalam jangka masa panjang, tapi perubahan nilai faedah bukan hanya faktor yang menerangkan perubahan jangka pendek nilai pulangan deposit dari perbankan Islam. Disamping itu, berbanding deposit perbankan konvensional, deposit perbankan Islam lebih tahan kemewahan. Terdapat penelitian yang dibuat oleh Syah Nazrin Hashim (2017) menggunakan buku Al Ḥikam Al Ribawiyyah berkaitan pandangan-pandangan utama berkaitan hikmah pengharaman riba. Buku ini mempunyai sembilan bab yang mana telah membincangkan tentang kestabilan nilai mata wang, tabiat kelebihan dan kemuliaan yang diletakkan kepada mata wang dan makanan asasi, menyalahi tujuan dan fungsi penciptaan dan banyak lagi. Hal ini telah menjelaskan bahawa kajian ini adalah sebuah kajian yang agak komprehensif dalam mengumpulkan dan menganalisis hikmah-hikmah dan maqāṣid pengharaman riba. Selain itu, kajian oleh Ahmad Nurhidayat (2019) berkaitan perbezaan pengertian riba dan bunga bank mengikut Ibnu Qayyim Al Jauziyyah dan Fazlur Rahman telah membincangkan tentang pemikiran dan perbezaan pemikiran menurut Ibnu Qayyim dan Fazlur Rahman tentang riba dan faedah bank. Dalam penelitian ini dapat dirumuskan bahwa riba menurut Ibnu Qayyim ada 2 iaitu, riba nasiah atau riba jali yang mana haram pengamalannya disebabkan oleh ia membawa mudharat yang besar. Kedua riba fadl atau riba khafi yang turut dilarang karena menjadi penyebab kepada proses riba jali. Menurut Fazlur Rahman, beliau membenarkan faedah bank kerana baginya faedah bukanlah riba kerana ia tidak banyak dan berlipat ganda. Seterusnya, kajian dari buku yang berkaitan riba dalam perspektif tasawwuf oleh Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri (2012). Buku ini membincangkan tentang amalan riba yang sepatutnya dijauhi mengikut pendapat ahli tasawwuf. Turut dibincangkan didalam buku ini berkaitan dengan definisi riba dan tasawwuf itu sendiri. Terdapat banyak perbincangan lain yang ada dalam buku ini termasuk hukum riba, ancaman riba, fatwa ulama’ soal riba dan dalam keadaan darurat dan lain-lain. Hal ini menjelaskan bahawa islam mengharamkan sesiapa sahaja daripada mengembangkan hartanya menggunakan jalan riba. Kelima, kajian daripada Sanep Ahmad dan Anuar Saaban (2013) berkaitan pengaruh nilai faedah dalam perbankan islam di Malaysia. Dalam penelitian ini dibincangkan tentang penganalisian kaitan antara nilai dasar semalaman, nilai pembiayaan asas Islam, nilai faedah deposit tetap dan deposit tabungan perbankan konvensional dengan nilai pulangan deposit pelaburan dan deposit tabungan perbankan Islam. Hal ini menunjukkan wujudnya kaitan jangka panjang antara nilai faedah dengan jumlah deposit dan pulangan bagi tempoh itu. Keberhasilan kajian ini akan memberi pengaruh penting kepada proses pelaksanaan produkproduk deposit di bank Islam di seluruh Malaysia terutama yang berhubung dengan hukum menggunakan nilai faedah sebagai ukuran dalam penentuan nilai untung perbankan Islam. Seterusnya, mencapai tujuan yang digariskan pada tempoh awal iaitu memeriksa kesan perubahan dalam kadar faedah kepada tiga indikator perbankan konvensional dan perbankan Islam. Akhir sekali, penelitian oleh Khairul Azhar Meerangani, Luqman Hj. Abdullah, Nor Fahimah Mohd Razif dan Muhammad Ikhlas Rosele (2018) berkaitan hadis riba dalam kitab ‘umdah al-ahkam: analisis pandangan fiqh. Kajian ini telah membincangkan tentang pandangan fiqh yang ada dalam kitab ini dan menjadikan perbincangan riba yang berurusan dan berhubung dengan proses riba sebagai fokus utama kepada kajian. Kajian ini memilih isu riba sebagai point utama kerana terdedahnya masyarakat kepada pelbagai bentuk muamalat. Hal ini menunjukkan, kecenderungan pemahaman fiqh dan hadith terhadap isu riba perlu difahami, diamalkankan serta diperkembangkan. Semestinya cara ini boleh untuk menyediakan kefahaman yang jelas dan sumber maklumat yang betul dalam pengertian riba sekiranya selaras dengan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW. 4 KAEDAH KAJIAN Metodologi ialah satu kaedah yang digunakan untuk mendapatkan maklumat kajian kertas kerja yang tertentu mengikut kaedah yang teratur. Ia adalah penting agar penyelidikan yang dijalankan bagi menjawab permasalahan kajian mempunyai kaedah yang berkesan. Maklumat dan data dalam penulisan kajian ini dilakukan dengan beberapa cara seperti kajian pengumpulan data. Kaedah ini dijalankan dengan cara merujuk pelbagai bahan ilmiah yang sesuai dengan tajuk yang dipilih. Terdapat banyak maklumat yang diperoleh daripada buku-buku yang dikaji. Seterusnya, internet juga menjadi salah satu sumber kaedah untuk menambahkan lagi maklumat supaya lebih sempurna dan teratur. Pelbagai laman sesawang yang telah dilayari bagi membantu menyiapkan tugasan kertas kerja ini. Di samping itu, akhbar juga menjadi pilihan untuk mencari malumat yang menarik dan tepat dengan tajuk yang ingin dikaji. Terdapat beberapa isu semasa yang boleh dikaitkan untuk dijadikan sebagai rujukan dan data dalam kajian ini. 5 5.1 RIBA’ Definisi Riba’ Takrifan riba’ dari segi bahasa ialah tambahan atau kenaikan. Dari segi istilah pula ialah penambahan nilai ke atas suatu pinjaman yang disyaratkan oleh pemberi pinjaman atau dijanjikan oleh penerima pinjaman. Dalam pertukaran sesetengah barangan dan matawang pula, ianya bermaksud perbezaan nilai akibat kuantiti ataupun waktu pertukaran yang berbeza. Riba’ ialah tambahan tanpa sebarang bentuk iwadh (imbalan) sebagaimana disyaratkan dalam akad jual beli atau pinjaman ketika berlaku pertukaran harta sebagaimana piawai syariah. Oleh itu, riba diharamkan dalam Islam berdasarkan nas-nas al-Quran dan hadith serta kesepakatan oleh ijmak ulama. 5.2 Dalil-Dalil Pengharaman Riba’ Peringkat Pertama َّ ََّللاِ ۖ َو َما آت َ ْيت ُ ْم مِ ْن زَ كَاةٍ ت ُ ِريدُونَ َوجْ ه َّ َاس فَ ََل َي ْربُو ِع ْند َض ِعفُون ْ َّللاِ فَأُو َٰلَئِكَ ُه ُم ْال ُم ِ ََّو َما آت َ ْيت ُ ْم مِ ْن ِربًا ِل َي ْرب َُو فِي أ َ ْم َوا ِل الن “Dan (ketahuilah bahawa) riba (tambahan) yang kamu berikan, supaya bertambah pada harta manusia maka riba itu tidak menambah di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan). Dan apa yang kamu berikan berupa zakat dengan tujuan mencapai keredaan Allah, maka orang-orang yang berbuat demikian itulah orang-orang yang melipatgandakan pahalanya.” Ar-Rum 39 Huraian : Ayat ini membezakan antara riba dan zakat. Dimana zakat membawa keberkatan dan diberi ganjaran pahala yang berlipatganda. Sebaliknya riba tidak mendatangkan apa-apa kebaikan di sisi Allah. Peringkat Kedua ُ ِفَب َ علَ ْي ِه ْم َّ سبِي ِل اس ٍ طيِبَا ِ ع ْنهُ َوأ َ ْك ِل ِه ْم أ َ ْم َوا َل ال َّن ً َّللاِ َكث َ الربَا َوقَ ْد نُ ُهوا َ ص ِد ِه ْم َ ظ ْل ٍم مِ نَ الَّذِينَ هَادُوا َح َّر ْمنَا َ ع ْن َ ِت أُحِ لَّتْ لَ ُه ْم َوب ِ ) َوأ َ ْخ ِذ ِه ُم160( ِيرا (161)عذَابًا أَلِي ًما َ بِ ْالبَاطِ ِل َوأ َ ْعت َ ْدنَا ل ِْلكَاف ِِرينَ مِ ْن ُه ْم “Kerana kezaliman orang-orang Yahudi, kami mengharamkan bagi mereka makanan yang baik-baik yang (dahulu) pernah dihalalkan; dan kerana mereka sering menghalang (orang lain) dari jalan Allah. Dan kerana mereka menjalankan riba’, padahal sungguh mereka telah dilarang darinya, dan kerana mereka makan harta orang dengan secara tidak sah (batil). Dan Kami sediakan untuk orang-orang kafir di antara mereka azab yang pedih.” An-Nisa’ 160-161 Huraian : Ayat ini tidak menyebut larangan riba’, tetapi hanya memberi sangkaan akan munculnya larangan riba kerana amalan riba’ dikatakan zalim dan dikaitkan dengan orang Yahudi. Peringkat Ketiga ۡ َ الر َٰ ٰٓبوا ا ٰ ََّللاَ لَ َعلَّ ُك ۡم ت ُ ۡف ِل ُح ۡون ض َعافًا ُّمضَٰ َعفَةً َواتَّقُوا ه ِ َٰٰٰـاَيُّ َها الَّذ ِۡينَ َٰا َمنُ ۡوا ََل ت َۡا ُكلُوا “Wahai orang yang beriman, janganlah kamu makan riba’ dengan berlipat-ganda dan bertawakkallah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat kemenangan.” Ali-Imran 130 Huraian : Ayat ini memberitahu bahawa Allah SWT melarang mengenakan faedah yang berganda-ganda. Ini hanya pengenalan kepada pengharaman riba’ sebelum ia diharamkan sepenuhnya. Peringkat Keempat َّ َب مِ ن َّ َيا أَيُّ َها الَّذِينَ آ َ َمنُوا اتَّقُوا وس ُ َّللاِ َو َر ٍ ) فَإ ِ ْن لَ ْم ت َ ْف َعلُوا فَأْذَنُوا ِب َح ْر278( َالر َبا ِإ ْن ُك ْنت ُ ْم ُمؤْ مِ نِين ُ سو ِل ِه َو ِإ ْن ت ُ ْبت ُ ْم فَلَ ُك ْم ُر ُء ِ َِي مِ ن َ َّللاَ َوذَ ُروا َما َبق ْ ُ َظ ِل ُمونَ َو ََل ت ْ أ َ ْم َوا ِل ُك ْم ََل ت (279) َظ َل ُمون “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkan saki-baki riba’ itu, sekiranya kamu benar orang yang beriman, sekiranya kamu masih enggan (tidak meninggalkan riba’) persiapkan diri kamu dengan suatu peperangan dari Allah dan Rasul-Nya tetapi jika kamu bertaubat (daripada mengambil riba’) maka bagimu pokok hartamu, kamu tidak dianiaya dan tidak (pula) dianiaya.” Al-Baqarah 278-279 Huraian : Ayat ini telah mengesahkan pengharaman riba’ dengan secara menyeluruh tidak kira apa jua keadaan dan bentuk, sama ada sedikit atau banyak. Peringkat-peringkat pengharaman riba’ di atas menunjukkan bahawa Islam telah mengharamkan sesuatu perkara secara berperingkat. Hikmah-hikmah riba’ diharamkan secara berperingkat adalah kerana pada zaman jahiliyah, amalan riba’ sudah menjadi kebiasaan dalam jual beli. Oleh itu, sekiranya riba’ diharamkan secara mengejut ia akan memberi impak dan kesusahan kepada orang yang mentaati perintah tersebut. 5.3 Jenis-Jenis Riba’ Riba’ dibahagikan kepada dua jenis iaitu Riba’ Ad-Duyun dan Riba’ Al-Buyu’. Riba’ Ad-Duyun melibatkan urusan pinjaman dan hutang iaitu kadar lebihan faedah yang terhasil disebabkan tempoh, sama ada tempoh pemberian pinjaman mata wang atau manfaat suatu asset. Ia termasuk sebarang jenis pinjaman yang memberi manfaat tambahan kepada pemberi pinjam dengan menepati tiga syarat iaitu terhad kepada manfaat material , manfaat tambahan diterima pemberi pinjam dan manfaat yang disyarat dan dipersetujui awal. Riba’ ad-Duyun mempunyai dua jenis iaitu: a. Riba al-qard ialah kadar atau sebarang manfaat tambahan yang melebihi daripada nilai pinjaman pokok. Ini dilakukan ketika awal kontrak pinjaman, yang ditetapkan oleh pemberi pinjaman kepada peminjam. b. Riba’ al-jahiliyyah ialah kadar atau apa-apa manfaat tambahan yang melebihi pinjaman asal yang dikenakan sekiranya bayaran pinjaman dilakukan melebihi tempoh masa yang ditetapkan sama ada disebabkan kelewatan atau penangguhan. Pemberi pinjaman akan mengenakan penalti ke atas peminjam kerana peminjam melewatkan pembayaran balik hutang atau peminjam gagal membayar hutang dalam tempoh yang diberikan. Riba’ Al-Buyu’melibatkan barang ribawi,mata wang dan makanan, sekiranya berlaku perbezaan pada berat, nilai atau kuantiti semasa pertukaran, atau pertukarannya dilakukan secara bertangguh. Riba’ al-Buyu’ dibahagikan kepada dua jenis iaitu: a. Riba’ al-nasi’ah berlaku penangguhan dalam jual beli perdagangan dua item ribawi yang berlainan jenis tetapi dengan ‘illah yang sama. Contohnya, membeli emas secara hutang, emas dapat hari ini, kemudian bayarannya dijelaskan selepas beberapa hari atau bayar emas hari ini, emas pula dapat beberapa hari kemudian. Cara ini juga terlibat dengan item ribawi lain seperti perak dan tamar. b. Riba’ al-fadhl ialah pertukaran komoditi antara barang ribawi yang sama jenis, dan timbangan yang berbeza berat ataupun kuantiti. Sebagai contoh menukar 10kg beras biasa dengan 5kg beras basmathi, dua-dua merupakan beras walaupun kualiti yang berlainan, pertukaran perlu ada berat yang serupa. 6 6.1 KAJIAN ISU SEMASA Pinjaman Pendidikan Awal tahun ini terdapat kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS yang menyuarakan supaya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menghapuskan unsur riba dalam pembayaran pinjaman tersebut. Ramai yang bersetuju dengan cadangan ini kerana pelajar tidak akan merasa terbeban sekiranya riba’ dihapuskan. Namun begitu, ada juga sebahagian pihak yang tidak bersetuju dengan perkara tersebut. Hal ini kerana PTPTN tidak mengamalkan pinjaman konvensional atau seakan riba’ sejak 2008 tetapi ianya telah ditukar kepada ujrah. Soalan ini menjadi tanda tanya sama ada PTPTN mempunyai unsur riba’ atau ianya hanya ujrah. Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa pinjaman PTPTN tiada unsur riba dan merupakan pembiayaan pendidikan yang patuh Syariah untuk para pelajar. 1% setahun peratusan yang ditambah dalam pembayaran balik. Pembayaran ini dikenakan caj perkhidmatan yang dipanggil konsep ujrah atau upah kerana kadarnya adalah amat minimum dan bukan diambil atas dasar keuntungan. Ujrah ini adalah untuk menampung kos operasi PTPTN termasuk kos pentadbiran dan pengurusan bagi setiap akaun peminjam. 6.2 Pinjaman rumah Seperti yang diperintah di dalam al-Quran dan Sunnah kepada umat islam, untuk mencapai kehidupan yang baik itu perlulah mengikut panduan dan matlamat syariah itu sendiri iaitu menjaga maqasid Syariah seperti memelihara akal, nyawa, , menjaga harta benda, keturunan dan nasab. Sebab kenapa matlamat Syariah sangat penting adalah kerana matlamat Syariah akan memelihara dan menjamin hak-hak dan kepentingan insan dalam kehidupan dan dalam masa sama ianya juga menolak dan menghalang kemusnahan, kekejaman dan kezaliman terhadap manusia. Tiada syak lagi, bahawa salah satu jalan untuk memenuhi matlamat Syariah adalah dengan melengkapkan keperluan hidup seperti, tempat berteduh atau tempat tinggal, pendidikan, makanan dan minuman. Seperti yang dinyatakan sebentar tadi, rumah dan tempat tinggal merupakan item penting untuk memenuhi keperluan hidup dan seperti yang semua maklum, untuk mendapat dan membina rumah memerlukan kos yang besar, jadi ramai dari masyarakat kita membuat pembiayaan atau pinjaman dan diberi pilihan bahawa perlu membuat pembiayaan tersebut melalui bank konvensional atau islamik. Tetapi, sebagai umat islam,kita perlulah membuat pilihan untuk menggunakan saluran yang jauh daripada perkara riba. Ini kerana, kita sebagai umat islam, perlulah mematuhi pegangan agama serta perintah Allah SWT dan mengejar al-Falah. Kita dapat lihat perbezaan pembiayaan islamik dan konvensional. Perbezaaan yang jelas kedua-dua perbankan ini ialah dari sudut kontrak yang diguna pakai. Perbankan konvensional, mereka menggunakan kontrak pinjaman, iaitu keuntungan yang didapati oleh perbankan konvensional adalah daripada faedah di atas transaksi atau bayaran balik pinjaman. Manakala, perbankan islam pula, mereka menggunakan kontrak Bai’ Bithaman Ajil (BBA) atau kontrak Musyarakah Mutanaqisah (MM). Oleh itu, keuntungan yang didapati oleh perbankan islamik daripada jualan atau pajakan yang dijalankan oleh bank itu. Pinjaman merupakan elemen utama untuk perbankan konvensional kerana ia merupakan sumber perolehan pendapatan yang utama. Kerana di dalam pinjaman perbankan konvensional terdapat faedah dan wang pokok yang dikenakan kepada peminjam. Peminjam perlu membayar balik duit yang dipinjam kepada bank konvensional sekali dengan kadar faedah yang ditetapkan. Dalam pinjaman pada perbankan konvensional, terdapat dua bahagian faedah iaitu faedah mudah dan faedah berkompaun. Faedah mudah ialah peminjam akan membayar faedah mengikut jumlah yang dipinjam. Contohnya, peminjam melakukan pinjaman rumah berjumlah RM 200,000 dan membuat perjanjian untuk membuat bayaran balik dalam masa 20 tahun dan kadar faedah sebanyak 5% setahun, maka jumlah bayaran balik yang perlu dibayar oleh peminjam sebanyak RM 400,000. Jadi, lebihan RM 200,000 ialah jumlah keseluruhan faedah mudah yang dikenakan kepada peminjam sepanjang 20 tahun. Formula mudah untuk mengira jumlah faedah ialah seperti berikut: Jumlah yang dipinjam X RM 200, 000 X Kadar faedah % X Tempoh pinjaman = Jumlah faedah 0.05 20 RM 200, 000 X = Faedah berkompaun atau faedah atas faedah ialah peminjam membuat pembayaran terhadap jumlah yang dipinjam dan ditambah dengan apa-apa faedah yang perlu dibayar. Kita ambil contoh yang sama seperti diatas. Peminjam meminjam RM 200,000, kadar faedah sebanyak 5% dalam masa 20 tahun. Pasti akan menghasilkan jumlah yang lebih banyak daripada faedah mudah. Berikut merupakan formula pengiraan faedah kompaun : M = P (1+i)n M = Jumlah yang perlu dibayar P = Jumlah pinjaman i = Kadar faedah % n = Tempoh pembayaran (tahun) RM 200,000 (1 + 0.05)20 = RM 530,659.54 Oleh itu, sudah jelas bahawa pinjaman melalui perbankan konvensional menzalimi peminjam. Peminjam perlu membayar faedah yang banyak kepada pihak bank. Tidak hairanlah bahawa sumber pendapatan utama bagi bank konvensional adalah dari jumlah faedah yang dikenakan kepada peminjam. 6.3 Insurans Dalam kehidupan sehari-hari, masyarakat setempat memang tidak akan lari daripada membicarakan halhal berkaitan dengan isu semasa kewangan, termasuk hal yang selalu menjadi bualan atau perbincangan masyarakat kini adalah berkaitan dengan Insurans. Jadi apa yang dimaksudkan dengan Insurans?Meskipun orang ramai telah banyak kali mendapatkan penawaran dari mana-mana ejen insurans, tetapi masih ramai yang tidak mengetahui atau mungkin kurang jelas bahawa insurans adalah suatu pelan kewangan yang ditawarkan oleh syarikat insurans melalui ejen-ejen yang telah dipertanggungjawabkan yang mana bertujuan sebagai jaminan dan perlindungan dari sesuatu risiko. Untuk mendapatkan insurans, perlu ada kontrak perjanjian antara penjual(insurer) dan pembeli(insured) insurans. Pada asasnya insurans berkonsepkan penyediaan ganti rugi terhadap suatu pembahagian risiko yang mana jika berlakunya risiko yang diinsuranskan ataupun rancangan kerjasama di kalangan ahli yang menyertai insurans melibatkan usaha saling bantu-membantu. Risiko dalam konsep insurans terbahagi kepada 2 jenis iaitu: 1) Risiko yang boleh diinsuranskan yang mana satu perkara buruk yang kemungkinan berlaku dapat diramal dan dijangka melalui kaedah perangkaan atau statistik berpandu kepada perangkaan rekod yang lalu. Contohnya kebakaran, pecah amanah, kemalangan, kecurian dan kematian. 2) Risiko yang tidak boleh diinsuranskan adalah satu perkara buruk yang tidak boleh dijangka dan diramal bila berlaku kerana tiada rekod dan statistic. Contohnya peperangan, bencana alam, kerugian perniagaan, perubahan fesyen dan turun naik harga di pasaran. Insurans pula mempunyai dua jenis iaitu pertama insurans am yang mana terdapat insurans kebakaran, insurans marin dan penerbangan, insurans kemalangan dan insuran lain-lain didalamnya. Kedua insurans hayat yang terdiri daripada hayat seumur hidup, endowmen dan hayat sementara. Apa yang menjadi persoalannya disini, waktu bila terjadinya riba dalam insurans ini? Dalam kontrak insurans riba boleh terwujud apabila wang premium yang dibayar oleh peserta sedikit tetapi wang pampasan yang diperoleh adalah lebih banyak jumlahnya. Contohnya Puan Sarah membeli satu pelan insurans melalui ejen insurans dan membayar wang premium sebanyak RM200 sebulan dan beliau memperoleh wang perlindungan atau wang pampasan sebanyak RM10 000 setelah terjadinya kemalangan. Selalunyanya hal ini terjadi dalam pelan insurans hayat kerana apabila berlakunya kematian terutama diperingkat awal tempoh perjanjian, jumlah wang pampasan yang diperoleh biasanya adalah lebih berlipat ganda daripada premium yang dibayar. Nilai yang berbeza disini menyebabkan berlakunya riba. Kedua, ia menjadi riba apabila keseluruhan wang premium yang dibayar oleh pembeli insurans dilaburkan ke tempat-tempat yang dilarang dalam islam dan tidak menepati hukum syarak. Contohnya dilaburkan ke kilang arak, tempat perjudian dan lain-lain tempat yang bertentangan dengan syarak. Seterusnya, pembeli insurans dibolehkan untuk meminjam dan melewatkan pembayaran wang premium tetapi perlu membayar semula dengan dikenakan kadar faedah. Nilai faedah di sini jelas menunjukkan adanya riba. Akhir sekali, dengan melihat semua contoh diatas jelaslah menunjukkan bahawa insurans konvensional mempunyai unsur riba, gharar dan maysir didalamnya yang mana sangat tidak selaras dengan syarak islam apabila terwujudnya salah satu unsur-unsur berikut. 6.4 Moratorium Sejak covid telah melanda negara Malaysia, kerajaan telah merancang pelbagai kemudahan rakyat dari pelbagai sudut termasuk dari segi kewangan rakyat. Sebagaimana kita tahu, ramai masyarakat terjejas dan kehilangan punca pendapatan akibat covid. Oleh itu, kerajaan telah mengeluarkan bantuan moratorium kepada rakyat. Moratorium adalah satu inisiatif pagi masyarakat yang menanggung hutang yang banyak. Moratorium adalah sah disisi undang-undang negara. Moratorium adalah satu proses untuk penangguhan bagi pembiayaan pembayaran hutang dalam sesuatu tempoh yang telah ditetapkan. Masyarakat yang menanggung hutang yang banyak dari pelbagai sudut blh menangguhkan pembiayaan moratorium. Kita tahu yang moratorium banyak membantu masyarakat yang tidak berkemampuan dan terjejas teruk akibat negara dilanda covid. Namun terdapat isu berkaitan moratorium di media sosial kerana terdapat caj tambahan dalam perkhidmatannya. Namun, dalam sistem kewangan islam, caj keuntungan tidak dikenakan dan tidak akan digandakan kerana prinsip ini salah dan berunsurkan riba. Dalam sistem konvensional, kadar caj faedah tambahan dikenakan dan dijangkakan caj faedah ini akan digandakan pada masa akan datang. Oleh itu, ramai yang tidak puas hati dengan sistem yang telah disediakan oleh bank konvensional. Kesimpulannya, pengguna seharusnya bijak memilih syarikat bagi pengurusan harta peribadi dan hal yang berkaitan perbankan. Hal ini kerana dikhuatiri boleh menimbulkan syubhah dalam kewangan dan ekonomi kita dan akibatnya akan menjadi teruk di masa akan datang. Kita sebagai pengguna juga dinasihatkan agar sentiasa mendapatkan nasihat dalam bidang kewangan agar kita dapat megelakkan risiko kerugian yang tinggi dan kemelesetan ekonomi negara kita sendiri. 7 7.1 AMALAN RIBA DI MALAYSIA Forex Forex merupakan sebuah kontrak perjanjian yang dilakukan oleh dua pihak yang bersetuju untuk menukar mata wang yang berbeza jenis pada nilai yang telah dipersetujui oleh kedua pihak pada masa sekarang dan mereka akan menukarkannya pada waktu akan datang berdasarkan nilai yang telah ditetapkan sebelum ini. Ianya boleh digambarkan seperti apabila seorang pelabur memperoleh mata wang yang bernilai RM300 juta . Dia mahu melaburkan duitnya untuk penukaran daripada Ringgit Malaysia kepada Dolar Amerika dan dia tidak ingin menghadapi risiko turun naik nilai mata wang di pasaran. Jika kita buat bayangan, tukaran Ringgit Malaysia kepada Dolar Amerika pada waktu itu ialah USD 1.00 bersamaan dengan RM 3.00. Jika pelabur menukar Ringgit Malaysia kepada Dolar Amerika pelabur akan memperoleh wang sebanyak USD 100 juta. Setahun akan datang kemudian, nilai Ringgit Malaysia berlaku peningkatan pada kadar USD 1 bersamaan RM 2.50. Jika dia membuat transaksi daripada Ringgit Malaysia ketika itu, dia akan mengalami kerugian sebanyak RM 0.5 juta atau jika berlaku peningkatan dalam Dolar Amerika sebanyak USD 1 bersamaan RM 3.50, dan jika ketika itu dia membuat penukaran, maka dia akan mendapat keuntungan sebanyak RM 0.5 juta. Hukum pertukaran mata wang yang berlainan jenis pada asalnya ialah diharuskan asalkan pertukaran tersebut berlaku pada waktu yang sama dan secara tunai. Tetapi, kebanyakkan yang dapat kita jumpa pada masa kini. Pertukaran tersebut berlaku pada waktu yang berlainan dan hanyalah secara atas talian. Jadi, di sini terdapat unsur riba dan gharar. Menurut khan (1998), isu riba di dalam kontrak pertukaran forex ini kerana apabila dua pihak membuat persetujuan kontrak itu telah menetapkan nilai atau kadar mata wang ingin ditukar pada hari mereka mempersetejui kontrak tetapi pemindahan atau transaksi akan berlaku pada waktu akan datang iaitu pada waktu lain. Ianya bercanggah dengan konsep pertukaran bay al-sarf ( بيع ) الصرفiaitu pertukaran yang perlu berlaku pada waktu yang sama. Tambahan pula, pertukaran ini juga bercanggah dengan hadis Sahih Muslim yang bermaksud: “Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam dengan garam, sama banyak, sama jenis dan serah terima (tunai). Jika berbeza kategori ini maka berniagalah dengan kadar yang kamu ingini asalkan berlaku pertukaran serah terima (pada waktu yang sama)”. Hadis ini menjelaskan bahawa setiap pertukaran barang yang sama kategori perlulah pada masa dan kadar yang sama. Jika barang dari kategori yang tidak sama, pertukaran masih perlu dilakukan pada waktu yang sama walaupun kadarnya berlainan. Sudah jelas bahawa pertukaran dan transaksi yang terdapat di dalam forex dengan kaedah yang dinyatakan di dalam hadis di atas berlainan. Ianya kerana wujud masa yang agak lama dalam transaksi mata wang tersebut. Selain unsur riba, terdapat juga elemen gharar iaitu ketidakpastian dalam sesuatu perlaksanaan kontrak. Gharar pada kontrak forex ini ialah subjek dan perkara kontrak tidak wujud (tiada ‘ain) ketika kontrak dipersetujui oleh dua belah pihak. Lagi, elemen gharar juga berlaku pada waktu transaksi kontrak kerana pelabur tidak dapat membuat jangkaan tentang nilai mata wang pada masa akan datang atau kata lain mereka tidak menduga bahawa mereka akan mengalami kerugian atau keuntungan. Tambahan pula, kedua pihak boleh membatalkan kontrak pada bila-bila masa sahaja. Apabila harga pasaran mata wang tidak menyebelahi salah seorang daripada dua pihak yang berkontrak tersebut, salah seorang daripada mereka berdua boleh membatalkan kontrak sesuka hati. Jelas bahawa, salah seorang daripada mereka terdedah dengan penganiayaan oleh pasangan kontraknya. Tidak dinafikan bahawa berlakunya kemungkiran antara satu sama lain kerana tiada yang pengawalan selia yang khusus dalam urus niaga ini. Islam memang sudah menegah unsur gharar yang terdapat dalam kontrak, transaksi dan jual beli kerana ianya mungkin menzalimi manusia, seperti hadis daripada Nabi SAW yang bermaksud : “ Dari Abu Hurairah berkata, sesungguhnya Rasullah SAW melarang jualan dengan melempar batu dan jualan yang mempunyai unsur gharar”. 7.2 Penggunaan Kad Kredit Kebanyakan golongan milennial atau golongan elit sering menggunakan kad kredit sebagai suatu kebutuhan ketika berbelanja. Dalam tidak disedari ia telah menjadi satu amalan dan kecanduan yang akan dipraktikkan dalam setiap perbelanjaan samaada didalam atau di luar negara. Kad kredit merupakan satu kad plastik yang mana hanya boleh dikeluarkan oleh pihak bank atau pihak yang bertanggungjawab bertujuan untuk memudahkan pemegangnya. Terdapat juga sesetengah orang mengenali kad ini dengan panggilan ‘plastic money’ disebabkan oleh sifatnya yang merupakan satu kad plastik tetapi boleh digunakan untuk menggantikan wang. Dan ada juga yang mengenalinya sebagai ‘kad hutang’. Untuk memiliki kad kredit ini, ia perlulah dipohon dari sesebuah bank pengeluar dan kelulusan permohonan bergantung kepada nilai pendapatan seseorang individu dan keupayaannya untuk membayar semula hutang kad kredit itu. Tidak dinafikan dengan terwujudnya kad kredit ini kehidupan kita akan menjadi lebih mudah terutama sewaktu membeli belah. Ini kerana ia membolehkan pemilik kad kredit membeli barangan keperluan atau servis tanpa perlu bersusah membawa wang tunai yang banyak di semua jenis kedai seluruh dunia. Selain itu, ia juga membolehkan pemegang kad berbelanja barangan kehendak tanpa perlu menggunakan wang sendiri terlebih dahulu. Tetapi jangan terleka, kerana dalam kemudahan penggunaan kad kredit ini, terselit juga keburukannya yang mana seseorang individu itu mungkin akan rasa kad kredit itu adalah suatu keperluan sedangkan ianya hanyalah satu kemewahan. Disebabkan perkara ini, individu tersebut akan bersikap boros dan mudah berbelanja secara berlebihan. Seterusnya, menjadikan kad kredit itu sebagai satu benda yang tidak menepati kehendak islam. Akhir sekali, terwujudnya riba dalam kad kredit adalah apabila pemegang kad lewat membuat pembayaran semula lalu dia dikenakan caj faedah yang tinggi dan mengakibatkannya berhutang. Tidak dinafikan pihak pengeluar kad kredit membenarkan pemegang kad untuk bayar dengan kadar minimum sahaja setiap bulan tetapi sebenarnya itu hanya akan membuka ruang kepada hutang yang kita tidak nampak. Dengan tidak membayar hutang secara penuh kepada pihak bank sebelum tarikh akhir yang ditetapkan, berkemungkinan pemegang kad akan mengumpulkan caj faedah sedikit demi sedikit dan semakin lama tertangguh semakin cepat caj itu meningkat. Dan kebiasaannya purata caj faedah kad kredit di Malaysia dalam setahun adalah antara 15% - 18%. Sebagai contoh, Suhana berbelanja menggunakan kad kredit sebanyak RM2000 dan beliau hanya membayar dengan kadar minimum sebanyak RM50 sebulan. Apabila jumlah hutang dikira bersama jumlah caj faedah setahun yang terendah dan jumlah bayaran sebulan, maka Suhana memerlukan masa selama 56 bulan untuk melangsaikan hutang beliau. Dan bukan itu sahaja, hutang Suhana pada akhirnya menjadi RM2790. Keadaan caj faedah disini jelas menunjukkan terjadinya riba dalam sistem kad kredit tersebut. 7.3 Pembayaran Bil Pembayaran bil adalah suatu keadaan yang mana setiap individu perlu hadap pada setiap bulan. Lazimnya jumlah pembayaran bil adalah bergantung kepada sejauh dan sebesar mana tenaga dan perkhidmatan yang diguna setiap hari. Bil-bil ini dipanggil sebagai bil utiliti seperti bil elektrik, bil air, bil telcom, bil astro dan bil lain-lain. Perkhidmatan yang ditawarkan ini juga boleh dikatakan keperluan kepada setiap individu. Dalam proses pembayaran bil, pemotongan perkhidmatan dan tenaga bakal dikenakan kepada pengguna sekiranya pembayaran lewat dijelaskan. Dan untuk penyambungan semula perkhidmatan, caj faedah bakal dikenakan kepada pengguna. Sebagai contoh, Puan Suzana menggunakan perkhidmatan daripada syarikat astro dan belum menjelaskan pembayaran bil setelah tarikh akhir tamat. Oleh sebab itu, perkhidmatan astro dirumah Puan Suzana telah dipotong. Untuk menyambungkan semula perkhidmatan Puan Suzana perlu menjelaskan bil tersebut termasuk caj faedah sebanyak RM20 untuk menyambung semula perkhidmatan. Caj faedah disini menunjukkan riba yang berlaku dalam perkhidmatan pembayaran bil ini. Akhirnya, hal ini jelas menunjukkan dalam setiap perkhidmatan, pengguna akan dikenakan caj faedah sekiranya tidak menjelaskan pembayaran sebelum tarikh akhir yang ditetapkan. Maka jelaslah bahawa unsur riba wujud dalam sistem pembayaran bil di Malaysia. 8 8.1 CADANGAN Mengalakkan Pengguna Membiayai Secara Islamik Seperti yang kita tahu, ramai di kalangan masyarakat Malaysia merasakan membuat pembiayaan islamik ini menyusahkan dan mahal. Mereka berkata sedemikian kerana mereka tidak tahu dan tidak didedahkan tentang caj yang diambil kira di dalam pembiayaan islamik. Ini kerana, perbankan Islamik itu sendiri diwujudkan dengan berlesen dan berdaftar, yang juga berkeinginan dan bermatlamat untuk memperoleh keuntungan bagi memajukan agensinya atau syarikatnya. Dan khidmat yang disediakan ialah produk dan akad yang dibolehkan di dalam syarak. Ianya bukanlah satu badan kebajikan atau agensi percuma yang boleh memberi perkhidamatan tanpa caj. Selain itu, untuk menjana kekuatan ekonomi dan mengekalkan pelabur-pelabur yang sedia ada, perbankan islam perlu meraih keuntungan dalam pelaburan. Seterusnya, perbankan islam juga memerlukan tenaga kerja manusia dalam menguruskan kerja-kerja syarikat dan setiap tenaga kerja perlu dibayar sebagai tanda penghargaan terhadap kerja yang dilakukan. Oleh itu, untuk mengekalkan pekerja yang berkualiti dan berdaya saing, agensi atau syarikat perlu mementingkan keuntungan. Akhir sekali, agensi ini juga perlu menanggung kos-kos operasi yang digunakan seperti bayaran sewa bangunan, mesin yang mengendala kerja syarikat, bil-bil dan banyak lagi. Oleh itu, jika perbankan islam tidak mampu dan tidak boleh mencapai keuntungan yang telah disasarkan, perbankan islam ini tidak boleh menandingi, melawan dan bersaing dengan bank konvensional yang lain. 8.2 Menggunakan Transaksi Yang Dibenarkan Dalam Islam Terdapat pelbagai jenis riba yang menjadi kebiasaan dalam kehidupan masyarakat sekarang. Sebagai contoh, pinjaman konvensional kereta, sewa rumah, ansurans kad kredit dan lain-lain lagi. Hal ini terjadi kerana mereka menganggap riba’ ini sebagai satu perkara biasa yang boleh menguntungkan. Pinjaman konvensional yang mempunyai unsur riba’ adalah haram kerana sekiranya peminjam terlewat membuat membuat bayaran dalam tempoh yang ditetapkan maka faedah atau bunga akan dinaikkan. Langkah menghindari riba dapat dilakukan dengan membuat transaksi yang dibolehkan dalam Islam. Pelbagai jenis konsep kewangan islam yang diterapkan didalam perbankan islam seperti mudharabah, murabahah,ijarah, wadiah dan musyarakah. Mudharabah ialah perjanjian kerjasama dengan pemilik modal perniagaan yang menyediakan semua modal dengan pengurus. Keuntungan perniagaan dibahagikan antaranya mengikut nisbah yang dipersetujui dalam kontrak. Murabahah pula adalah penjualan barang yang mana barang yang dikehendaki oleh pembeli akan dibeli oleh pihak bank daripada pembekal, kemudian setelah mendapatkannya pihak bank menjualnya kepada pelanggan dengan nilai yang ditetapkan seperti harga beli dengan jumlah keuntungan yang dipersetujui. Di samping itu, ijarah bermaksud sewaan ataupun pemajakan harta mengikut perjanjian yang dipersetujui dengan manfaat dan harga yang dibenarkan. Dan konsep ini memerlukan kepada dua perjanjian. Wadiah pula bermaksud simpanan yang mana bank dianggap sebagai pelindung dan penjaga amanah terhadap wang yang disimpan. Konsep ini hampir sama dengan konsep simpanan dalam perbankan konvensional. Seterusnya, musyarakah adalah konsep usaha sama yang selalu diguna pakai dalam perniagaan tertentu antara dua golongan atau lebih. Setiap orang akan memberikan dana dan modal.Kerugian akan ditanggung ikut nilai gabungan modal manakala keuntungan yang didapati akan dikongsi mengikut nisbah yang dipersetujui bersama. Selain itu, terdapat juga transaksi lain yang boleh menghindarkan diri kita dari riba’ iaitu dengan cara salam dan muajjal. Salam ialah akad pembelian barang yang dilakukan terlebih dahulu, barang diserahkan kemudian. Transaksi muajjal pula dapat dilakukan dengan cara menaikkan harga saat berlangsungnya transaksi. Akhir sekali, sistem perbankan beserta sistem kewangan islam semakin berkembang pesat mengikut arus kemodenan dan selaras dengan perkembangan bank konvensional. Maka dengan itu masyarakat bolehlah menjadikan perbankan islam sebagai pilihan dan menggunakan khidmatnya dalam sesuatu urusniaga terutama kepada umat islam itu sendiri. Dengan menggunakan khidmat perbankan islam, kita dapat mengelakkan unsur riba serta unsur-unsur lain yang bertentangan dengan syarak yang jelas menunjukkan pengharaman terhadapnya. 8.3 Menjadikan Takaful Sebagai Ganti Kepada Insurans Konvensional Takaful adalah satu pelan insurans yang memiliki ciri yang patuh syariah dan diuruskan berdasarkan hukum syarak. Takaful terwujud dari perkataan arab iaitu kafala yang memberi maksud jamin manakala takaful pula bermaksud saling menjamin.Dahulu ramai masyarakat telah salah tanggapan terhadap takaful ini, kerana mereka menganggap penyertaan didalamnya hanya dihadkan melalui agama tetapi sebenarnya takaful ini ditawarkan kepada sesiapa sahaja tidak mengira agama dan fahaman. Kini perkembangan syarikat takaful adalah selaras dengan syarikat insurans konvensional. Takaful dan insurans konvensional tidak jauh berbeza kerana ia mempunyai tujuan yang sama iaitu keduaduanya merupakan satu pelan kewangan untuk membantu golongan yang ditimpa musibah dan kurang bernasib baik. Istilah takaful adalah berkonsepkan kepada insurans islamik yang berasaskan kerjasama di antara sekumpulan orang ataupun persepakatan bersama yang mana segala risiko dan dana turut dikongsi bersama untuk bantu-membantu antara satu sama lain. Perjanjian takaful dan insurans adalah atas prinsip penuh percaya mutlak. Terdapat juga beberapa prinsip islam yang dilandaskan dalam takaful iaitu: Mudharabah adalah perjanjian perkongsian untung rugi antara peserta takaful dengan syarikat insurans yang mana keuntungan akan dinikmati bersama. Tabarruk adalah sejenis bantuan kewangan iaitu sedekah dan derma bersyarat dengan ikhlas atas dasar saling bantu-membantu di antara individu yang berada dibawah perlindungan takaful. Dengan adanya perjanjian mudharabah dan tabarruk ini, unsur-unsur seperti riba, gharar, maisir serta amalan-amalan lain yang tidak menepati hukum syarak ditolak dan dihapuskan. Produk yang ditawarkan oleh syarikat takaful mempunyai dua jenis yang mana terdiri daripada takaful am dan takaful keluarga. Takaful am berperanan untuk memberi perlindungan terhadap kerugian yang berlaku keatas harta benda disebabkan oleh kemalangan, kebakaran, liabiliti majikan, dan risiko lain-lain. Peranan takaful keluarga pula adalah untuk memberi perlindungan terhadap malapetaka disebabkan oleh kematian atau kemalangan keatas diri seseorang individu yang berada dibawah perlindungan takaful. Menurut skim takaful keluarga, anggota peserta hanya perlu membayar caruman mengikut kemampuan dan mengikut kepada jumlah nilai minimum. Maka jelaslah disini bahawa takaful tidak mempunyai banyak perbezaan daripada insurans konvensional tetapi takaful lebih tertumpu kepada prinsip islamik dalam proses jual beli dan mengharamkan unsur-unsur yang bertentangan dengan syarak. Oleh sebab itu, para ijma’ ulamak serta ahli hukum telah bersepakat untuk menjadikan takaful sebagai ganti kepada insurans konvensional. Jadi masyarakat setempat bolehlah menjadikan takaful ganti kepada insurans konvensional sebagai pelan perlindungan terhadap sesuatu risiko. Dan sebagai umat islam hendaklah kita menyokong dan mengamalkan produk dan perkhidmatan islam. 9 RUMUSAN Dari kajian serta perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa perbuatan riba dalam urusan perniagaan dan muamalah islam sangatlah dilarang keras dan diharamkan dalam islam. Ini disebabkan oleh perbuatan riba ini adalah salah satu dari perbuatan yang zalim dan jelas menunjukkan penindasan terhadap golongan yang kurang bernasib baik. Perbuatan riba ini juga menunjukkan kurangnya keadilan keatas orang-orang yang memerlukan. Selain itu, riba ini boleh wujud dalam pelbagai bentuk dan situasi yang terkadang kita sendiri tidak sedar telah terlibat dengannya. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa berhati-hati dan mempelajari serba sedikit tentangnya agar tidak terjerumus dengan amalan riba ini. Justeru, setiap golongan masyarakat perlulah memainkan peranan yang penting untuk mengurangkan pengaplikasian perbuatan riba dalam urusan kewangan kita terutama kepada umat islam sendiri. Ini sangat penting untuk dipraktikkan kerana ia bakal memberi implikasi dan kesan yang buruk kepada akhlak seseorang muslim sekiranya amalan riba ini tidak dibendung. Seterusnya, kita haruslah bertindak dengan cara yang betul untuk memajukan ekonomi tanah air dan ekonomi muslim dengan mengikut hukum yang telah ditetapkan mengikut Al-quran dan sunnah. Banyak hadis dan ayat Al-quran yang menunjukkan pelarangan dan pengharaman riba. Maka sedarilah kita tentang betapa besarnya dosa riba ini serta bermuhasabah dirilah dalam pengurusan kewangan kita seharian. Tiada gunanya keuntungan kita di dunia ini sekiranya seksaan di alam barzakh dan di alam akhirat lebih besar dan lebih panjang tempohnya. Akhir kalam, kami berharap setiap masyarakat muslim dapat membuka minda dan mata terhadap amalan riba dan tidak terpedaya dengan keuntungan sementara didunia. Seterusnya mengambil tindakan dengan menjauhkan diri dari perbuatan riba dan mengaplikasikan sistem kewangan dan muamalah berpandukan syariah islam. 10 RUJUKAN Abdinur, M. F. (2009, Ogos 19). Kesan Amalan Riba Dalam Ekonomi. Retrieved from mypmfep.bogspot: http://mypmfep.blogspot.com/2009/08/kesan-amalan-riba-dalam-ekonomi.html Ashraf, M. (2018). Al-Kahfi #725: Kenapa Masih Ada "Interest" dalam Pembiayaan Rumah Patuh Syariah? Retrieved from muftiwp.my: https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2364-alkafi-725-kenapa-masih-ada-interest-dalam-pembiayaan-rumah-patuh-syariah CompareHero.my. (2019, Ogos 8). Bahaya Lambat Lakukan Bayaran Kad Kredit. Retrieved from comparehero.com: https://www.slideshare.net/mohdkharie65/riba-47070218 Husain, A. S. (2018, November 1). Riba: Definisi dan Jenis-Jenis Riba. Retrieved from linkedin.com: https://www.linkedin.com/pulse/riba-definisi-dan-jenis-jenis-ahmad-sanusi-husain Ismail, P. D. (2019, September 5). Ekonomi Berpaksi Hutang, Riba Punca Kemiskinan. Retrieved from bharian.com: https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/09/603774/ekonomi-berpaksi-hutangriba-punca-kemiskinan Kamaruddin, M. I. (2020, Mei 3). Moratorium Serlah Kelebihan Sistem Kewangan Islam. Retrieved from bharian.com: https://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/05/684534/moratorium-serlahkelebihan-sistem-kewangan-islam Kharie, R. (2015, April 16). Riba. Retrieved from slideshare.net: https://www.slideshare.net/mohdkharie65/riba-47070218 M.Jazmi. (2018, November 2). Sistem Riba Boleh Akibatkan Kemelesetan Ekonomi Negara. Retrieved from eco1.upm.edu.my: https://eco1.upm.edu.my/artikel/sistem_riba_boleh_akibatkan_kemelesetan_ekonomi_negara45611 Malaysia, E. C. (2011, Julai 19). Tambahkan Nilai Ringgit Anda. Retrieved from eraconsumer.org: http://www.eraconsumer.org/stretching-your-ringgit/index.php/kad-kredit/461-apa-itu-kad-kredit Mansor Jusoh, A. N. (2010, November 21). Integrasi Kadar Pulangan dan Kebolehgantian Deposit Perbankan Islam dengan Deposit Perbankan Konvensional. Retrieved from https://www.ukm.my/fep/jem/pdf/2010-44/jeko_44-2.pdf Mohd Hafiz Mohd Dasar, A. A. (2019). Pelaksanaan Kontrak Foreign Exchange Swap(Fx Swap) Konvensional pada Perspektif Syariah. Retrieved from kuis.edu.my: http://ijiefer.kuis.edu.my/ircief/article/view/26/25 Mohd Sollehudin Shuiba, M. Z. (2013). Isu dalam Pembiayaan Perumahan: Analisis Perbandingan Produk Berasaskan Musharakah Mutanaqisah dan Konvensional. Retrieved from jurnal.utm.my: https://journals.utm.my/jurnalteknologi/article/view/1713/1915 Muhammad Ikhlas Rosele, L. H. (2018, November 19). Hadith Riba Dalam Kitab 'Umdah Al-Ahkam: Analisis Perspektif Fiqh. Retrieved from https://umexpert.um.edu.my/public_view.php?type=publication&row=Nzk2Nzk%3D Perlis, E. P. (2019). Hukum Forex Trading Online. Retrieved from mufti.perlis.my: https://mufti.perlis.gov.my/index.php/himpunan-fatwa-negeri/119-hukum-forex-trading-online Rahim, N. F. (2020, Mac 3). Hapus Riba Bayaran Balik PTPTN. Retrieved from hmetro.com.my: https://www.hmetro.com.my/utama/2020/03/550696/hapus-riba-bayaran-balik-ptptn-pas-metrotv Rodzuan, M. (2015, Mei 24). Pengenalan Kepada Insurans. Retrieved from slideshare.net: https://www.slideshare.net/mohammadrodzuan/pengenalan-kepada-insurans Saifudin, M. (n.d.). Jerangkap Kad Kredit @ Nafsu Hutang. Retrieved from ustazsaifudin.wakaf.org: http://ustazsaifudin.wakaf.org/v1/2010/07/26/jerangkap-kad-kredit-nafsu-hutang/ Syfadh, S. P. (2012, Julai 8). Riba (Bahagian3: Dalil Pengharaman Riba). Retrieved from syfadh.blogspot: http://syfadh.blogspot.com/2012/07/riba-bahagian-3-dalil-pengharamanriba.html?m=1 Wahbah al-Zuhaili, M. A. (2005). Fiqh & Perundangan Islam Jilid IV. Dewan Bahasa dan Pustaka.