SREcon19 Europe/Middle East/Africa - A Systems Approach to Safety and Cybersecurity SUZANA WATI BINTI ADNAN GS 56350 ASSIGNMENT : INDIVIDUAL ASSIGNMENT 1 FACULTY : ENGINEERING MASTER : ERP LECTURER : DR. HAZREEN HAIZI BINTI HARITH DATE : 3rd DECEMBER 2020 Q1 Antara Perkara Yang Saya Bersetuju Adalah Berkaitan Dengan: 1. Kejadian kemalangan yang sering berlaku yang berpunca daripada kesan interaksi di antara komponen. Sistem ini dibina untuk mencegah daripada berlakunya kejadian kemalangan, yang merupakan sistem yang disediakan oleh maklumat dan data. Apabila maklumat dan data yang disimpan adalah salah, sistem akan menghasilkan hasil yang salah (error), yang berbeza dengan yang diharapkan, atau kita boleh menyebutnya sebagai kejadian atau kemalangan yang tidak dirancang. Seringkali dapat kita lihat bahawa pengguna lebih cenderung dalam menggunapakai system dengan bergantung sepenuhnya pada sesebuah system itu tanpa mengenalpasti dan menganalisis sejauh mana ketepatan dan kesahihan sesuatu maklumat dan data yang diberikan kepada sistem. 2. “Safety” Versus “Security”. A. “Safety” (keselamatan) adalah untuk mencegah kerugian akibat tindakan yang tidak disengajakan oleh pelaku yang baik hati. B. “Security” (sekuriti) adalah 'mencegah kerugian kerana tindakan yang disengajakan oleh pelaku jahat'. Definisi ini jelas untuk menjelaskan perbezaan kedua-dua istilah “safety” dan “security”. EAB5401.MERP@UPM | SUZANA WATI BINTI ADNAN GS56350 Page 2 3. Menjadikan Elemen “Safety” Sebagai Kawalan Permasalahan EAB5401.MERP@UPM | SUZANA WATI BINTI ADNAN GS56350 Page 3 Q2 Dua Perkara Yang Saya Tidak Bersetuju Adalah 1. Accident versus incident versus near missed Penceramah tidak menyatakan perbezaan di antara “accident’ (kemalangan), “incident” (kejadian) dan “near missed” (kemalangan nyaris). Sebaliknya hanya menyatakan tentang makna “accident” (kemalangan) sahaja. 2. Penghasilan system yang dibuat tetapi masih mengalami kemalangan disebabkan kesalahan pengendali system iaitu manusia. Seperti yang kita sedia maklum, kesalahan manusia yang disebabkan oleh tindakan dan kecuaian pengendali boleh dielakkan jika diberikan latihan yang cukup serta reka bentuk sesebuah system itu ditambahbaik mengikut kesesuaian dan keselesaan pengendalinya seperti kedudukan sesebuah butang suis serta memudahkan pengendali untuk mencapainya. EAB5401.MERP@UPM | SUZANA WATI BINTI ADNAN GS56350 Page 4 Q3 Dua model kemalangan yang dijelaskan oleh penceramah dalam ceramah tersebut adalah A) kejadian pesawat tentera laut yang sedang memindahkan peluru berpandu dari satu lokasi ke lokasi lain. B) letupan Boeing 787 Lithium Battery EAB5401.MERP@UPM | SUZANA WATI BINTI ADNAN GS56350 Page 5 Q4 Mengapa pendekatan sistem relevan untuk keselamatan dan pengurusan keselamatan seperti yang dibahaskan oleh penceramah? Pendekatan sistem ini dikemukakan oleh pengarang kerana syarat untuk membuat sistem tersebut tidak selamat. Sebagai contoh, a) system bagi boeing 787, semua asap hanya beredar di sekitar kabin, dan tidak dapat dilepaskan ke luar kapal. Ini boleh menyebabkan keadaan di dalam kabin akan mengalami kehilangan tahap oksigen. b) selain itu, penulis juga berpendapat bahawa untuk kes pasukan tentera laut, kemalangan yang berlaku adalah berpunca daripada kelalaian dan kecuaian juruterbang. Sebenarnya, kemalangan yang berlaku itu adalah disebabkan oleh sistem itu sendiri. Pihak juruterbang telah menjalankan tugasan mereka dengan baik. Tetapi, perkara yang berlaku adalah di mana sistem yang dikendalikan itu, telah menerima maklumat yang salah sehingga menghasilkan tindakan yang salah. EAB5401.MERP@UPM | SUZANA WATI BINTI ADNAN GS56350 Page 6 Q5 Berdasarkan pengalaman anda, apakah pendekatan yang dicadangkan berlaku untuk industri anda? Sila jelaskan. Salah sebuah restoran di bahagian selatan india yang pernah tular di media sosial apabila restoran tersebut menggunakan robot sebagai pelayan tambahan untuk membuat penghantaran makanan kepada para pelanggannya sekitar tahun 2018 menjadi salah satu bukti berlakunya peralihan kepada bidang teknologi yang lebih maju ini menerusi revolusi perindustrian keempat atau dikenali sebagai revolusi industri 4.0 di peringkat global. Revolusi ini salah satunya adalah menjadikan robot sebagai pengganti tugas hakiki manusia di dalam menguruskan hal ehwal kehidupan dan pekerjaan. Selain daripada penghasilan teknologi seperti robot, terdapat beberapa teknologi baru seperti automasi, “internet of things, big data analytics”, simulasi, integrasi sistem dan “cloud” yang turut sama merancakkan lagi penstrukturan lanskap bagi dunia serba moden dan berteknologi tinggi serta secara tidak langsung telah mengubah cara hidup kita untuk mengurangkan kebergantungan terhadap sumber tenaga manusia. Seperti yang kita semua sedia maklum, dalam menghadapi cabaran revolusi baru ini, elemen pendidikan menjadi titik asas yang paling utama dan terpenting dalam memastikan malaysia seiring dengan negara maju lain yang terlebih dahulu memperkasakan revolusi industri 4.0. Politeknik malaysia (di bawah kementerian pengajian tinggi) merupakan salah sebuah institusi yang bercirikan institusi teknikal dan latihan vokasional (tvet) dan antara institusi yang memainkan peranan besar sebagai pemain utama di dalam bidang pendidikan (tvet) di malaysia ini. EAB5401.MERP@UPM | SUZANA WATI BINTI ADNAN GS56350 Page 7 Bagi memenuhi matlamat dan mencapai misi untuk mengeluarkan para graduan yang mampu menjadi pemangkin bagi teknologi baru, politeknik telah membuat rombakan besar bagi beberapa kurikulumnya untuk disesuaikan dengan keperluan industri 4.0. Kesedaran dan latihan yang cukup terutama latihan industri yang bersesuaian dengan bidang masing-masing adalah perlu untuk memastikan para graduan dapat mendedahkan dan membiasakan diri mereka dengan penggunaan teknologi dan pemesinan baru serta ciri-ciri keselamatan yang ada dan perlu dipatuhi (mengikut sop yang telah ditetapkan) bagi mencegah atau mengurangkan risiko sesebuah kemalangan berlaku. Pengendali yang mengendalikan sesebuah mesin itu juga perlulah diberikan latihan kepakaran yang cukup beserta dengan latihan penyenggaraan agar mereka dapat mengendali mesin dan sistem dengan baik. EAB5401.MERP@UPM | SUZANA WATI BINTI ADNAN GS56350 Page 8 Q6 Huraikan cabaran semasa menjalankan pengurusan risiko di kawasan latihan anda. Antara cabaran dalam menjalankan pengurusan risiko di bidang praktik saya • Tidak mendapat kerjasama yang baik Tidak semua kakitangan (akademik dan bukan akademik), para pelajar serta pihak pelawat dan para kontraktor mampu memberikan kerjasama sepenuhnya, terutama ketika diperlukan dalam memberi maklumat-maklumat tertentu yang diperlukan. • Tidak memberikan maklumat yang tepat tentang bidang kerja masing-masing Seperti yang kita ketahui, kakitangan tertentu adalah mahir dalam bidang kerjanya. Oleh itu, untuk mendapatkan maklumat mengenai risiko di kawasannya, kita perlu bertanya kepadanya. Selain itu, keadaan semasa yang merebak covid19 telah membawa kepada cabaran. Ini kerana kebanyakan kakitangan bekerja dari rumah. • kakitangan tidak fokus/sambil lewa dalam menjawab soal selidik yang diberikan • kakitangan menganggap pengurusan risiko ini adalah tidak penting • kakitangan berasa takut dan risau untuk menjawab dengan tepat kerana tidak mahu dipersalahkan oleh pihak pengurusan EAB5401.MERP@UPM | SUZANA WATI BINTI ADNAN GS56350 Page 9