Uploaded by suzana adnan

SUZANA

advertisement
SREcon19 Europe/Middle East/Africa - A Systems
Approach to Safety and Cybersecurity
SUZANA WATI BINTI ADNAN
GS 56350
ASSIGNMENT
:
INDIVIDUAL ASSIGNMENT 1
FACULTY
:
ENGINEERING
MASTER
:
ERP
LECTURER
:
DR. HAZREEN HAIZI BINTI HARITH
DATE
:
3rd DECEMBER 2020
Q1 Antara Perkara Yang Saya Bersetuju Adalah Berkaitan Dengan:
1.
Kejadian kemalangan yang sering berlaku yang berpunca daripada kesan interaksi di antara
komponen.
Sistem ini dibina untuk mencegah daripada berlakunya kejadian kemalangan, yang
merupakan sistem yang disediakan oleh maklumat dan data. Apabila maklumat dan data yang
disimpan adalah salah, sistem akan menghasilkan hasil yang salah (error), yang berbeza
dengan yang diharapkan, atau kita boleh menyebutnya sebagai kejadian atau kemalangan
yang tidak dirancang. Seringkali dapat kita lihat bahawa pengguna lebih cenderung dalam
menggunapakai system dengan bergantung sepenuhnya pada sesebuah system itu tanpa
mengenalpasti dan menganalisis sejauh mana ketepatan dan kesahihan sesuatu maklumat
dan data yang diberikan kepada sistem.
2.
“Safety” Versus “Security”.
A. “Safety”
(keselamatan)
adalah
untuk
mencegah kerugian akibat tindakan yang
tidak disengajakan oleh pelaku yang baik
hati.
B. “Security”
(sekuriti)
adalah
'mencegah
kerugian kerana tindakan yang disengajakan
oleh pelaku jahat'.
Definisi ini jelas untuk menjelaskan perbezaan kedua-dua istilah “safety” dan “security”.
EAB5401.MERP@UPM | SUZANA WATI BINTI ADNAN GS56350
Page 2
3. Menjadikan Elemen “Safety” Sebagai Kawalan Permasalahan
EAB5401.MERP@UPM | SUZANA WATI BINTI ADNAN GS56350
Page 3
Q2
Dua Perkara Yang Saya Tidak Bersetuju Adalah
1.
Accident versus incident versus near missed
Penceramah tidak menyatakan perbezaan di antara “accident’ (kemalangan),
“incident” (kejadian) dan “near missed” (kemalangan nyaris). Sebaliknya hanya
menyatakan tentang makna “accident” (kemalangan) sahaja.
2.
Penghasilan system yang dibuat tetapi masih mengalami kemalangan disebabkan
kesalahan pengendali system iaitu manusia. Seperti yang kita sedia maklum,
kesalahan manusia yang disebabkan oleh tindakan dan kecuaian pengendali boleh
dielakkan jika diberikan latihan yang cukup serta reka bentuk sesebuah system itu
ditambahbaik
mengikut
kesesuaian
dan
keselesaan
pengendalinya
seperti
kedudukan sesebuah butang suis serta memudahkan pengendali untuk mencapainya.
EAB5401.MERP@UPM | SUZANA WATI BINTI ADNAN GS56350
Page 4
Q3
Dua model kemalangan yang dijelaskan oleh penceramah dalam ceramah tersebut
adalah
A)
kejadian pesawat tentera laut yang sedang memindahkan peluru berpandu dari
satu lokasi ke lokasi lain.
B)
letupan Boeing 787 Lithium Battery
EAB5401.MERP@UPM | SUZANA WATI BINTI ADNAN GS56350
Page 5
Q4
Mengapa pendekatan
sistem
relevan untuk keselamatan dan pengurusan
keselamatan seperti yang dibahaskan oleh penceramah?
Pendekatan sistem ini dikemukakan oleh pengarang kerana syarat untuk
membuat sistem tersebut tidak selamat. Sebagai contoh,
a) system bagi boeing 787, semua asap hanya beredar di sekitar kabin, dan tidak
dapat dilepaskan ke luar kapal. Ini boleh menyebabkan keadaan di dalam kabin
akan mengalami kehilangan tahap oksigen.
b) selain itu, penulis juga berpendapat bahawa untuk kes pasukan tentera laut,
kemalangan yang berlaku adalah berpunca daripada kelalaian dan kecuaian
juruterbang. Sebenarnya, kemalangan yang berlaku itu adalah disebabkan oleh
sistem itu sendiri. Pihak juruterbang telah menjalankan tugasan mereka dengan
baik. Tetapi, perkara yang berlaku adalah di mana sistem yang dikendalikan itu,
telah menerima maklumat yang salah sehingga menghasilkan tindakan yang
salah.
EAB5401.MERP@UPM | SUZANA WATI BINTI ADNAN GS56350
Page 6
Q5
Berdasarkan pengalaman anda, apakah pendekatan yang dicadangkan berlaku untuk
industri anda? Sila jelaskan.
Salah sebuah restoran di bahagian selatan india yang pernah tular di media
sosial apabila restoran tersebut menggunakan robot sebagai pelayan tambahan untuk
membuat penghantaran makanan kepada para pelanggannya sekitar tahun 2018
menjadi salah satu bukti berlakunya peralihan kepada bidang teknologi yang lebih
maju ini menerusi revolusi perindustrian keempat atau dikenali sebagai revolusi
industri 4.0 di peringkat global. Revolusi ini salah satunya adalah menjadikan robot
sebagai pengganti tugas hakiki manusia di dalam menguruskan hal ehwal kehidupan
dan pekerjaan.
Selain daripada penghasilan teknologi seperti robot, terdapat beberapa
teknologi baru seperti automasi, “internet of things, big data analytics”, simulasi,
integrasi sistem dan “cloud” yang turut sama merancakkan lagi penstrukturan lanskap
bagi dunia serba moden dan berteknologi tinggi serta secara tidak langsung telah
mengubah cara hidup kita untuk mengurangkan kebergantungan terhadap sumber
tenaga manusia.
Seperti yang kita semua sedia maklum, dalam menghadapi cabaran revolusi
baru ini, elemen pendidikan menjadi titik asas yang paling utama dan terpenting dalam
memastikan malaysia seiring dengan negara maju lain yang terlebih dahulu
memperkasakan revolusi industri 4.0. Politeknik malaysia (di bawah kementerian
pengajian tinggi) merupakan salah sebuah institusi yang bercirikan institusi teknikal
dan latihan vokasional (tvet) dan antara institusi yang memainkan peranan besar
sebagai pemain utama di dalam bidang pendidikan (tvet) di malaysia ini.
EAB5401.MERP@UPM | SUZANA WATI BINTI ADNAN GS56350
Page 7
Bagi memenuhi matlamat dan mencapai misi untuk mengeluarkan para
graduan yang mampu menjadi pemangkin bagi teknologi baru, politeknik telah
membuat rombakan besar bagi beberapa kurikulumnya untuk disesuaikan dengan
keperluan industri 4.0. Kesedaran dan latihan yang cukup terutama latihan industri
yang bersesuaian dengan bidang masing-masing adalah perlu untuk memastikan
para graduan dapat mendedahkan dan membiasakan diri mereka dengan
penggunaan teknologi dan pemesinan baru serta ciri-ciri keselamatan yang ada dan
perlu dipatuhi (mengikut sop yang telah ditetapkan) bagi mencegah atau
mengurangkan
risiko
sesebuah
kemalangan
berlaku.
Pengendali
yang
mengendalikan sesebuah mesin itu juga perlulah diberikan latihan kepakaran yang
cukup beserta dengan latihan penyenggaraan agar mereka dapat mengendali mesin
dan sistem dengan baik.
EAB5401.MERP@UPM | SUZANA WATI BINTI ADNAN GS56350
Page 8
Q6
Huraikan cabaran semasa menjalankan pengurusan risiko di kawasan latihan anda.
Antara cabaran dalam menjalankan pengurusan risiko di bidang praktik saya
• Tidak mendapat kerjasama yang baik
Tidak semua kakitangan (akademik dan bukan akademik), para pelajar serta
pihak pelawat dan para kontraktor mampu memberikan kerjasama sepenuhnya,
terutama ketika diperlukan dalam memberi maklumat-maklumat tertentu yang
diperlukan.
• Tidak memberikan maklumat yang tepat tentang bidang kerja masing-masing
Seperti yang kita ketahui, kakitangan tertentu adalah mahir dalam bidang
kerjanya. Oleh itu, untuk mendapatkan maklumat mengenai risiko di kawasannya, kita
perlu bertanya kepadanya. Selain itu, keadaan semasa yang merebak covid19 telah
membawa kepada cabaran. Ini kerana kebanyakan kakitangan bekerja dari rumah.
• kakitangan tidak fokus/sambil lewa dalam menjawab soal selidik yang diberikan
• kakitangan menganggap pengurusan risiko ini adalah tidak penting
• kakitangan berasa takut dan risau untuk menjawab dengan tepat kerana tidak mahu
dipersalahkan oleh pihak pengurusan
EAB5401.MERP@UPM | SUZANA WATI BINTI ADNAN GS56350
Page 9
Download