Uploaded by The Legend Cartel

qrBNO

advertisement
SISTEM MAKLUMAT PERKAHWINAN
ISLAM MALAYSIA (SPPIM)
KERAJAAN MALAYSIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
(JAKIM)
PANDUAN RINGKAS
MODUL BENAR NIKAH ONLINE AWAM
(PERMOHONAN BARU)
PANDUAN RINGKAS
MODUL BENAR NIKAH ONLINE (BNO)
Tujuan:
Panduan ini disediakan bagi tujuan memberi penjelasan cara-cara permohonan kebenaran
berkahwin online melalui Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM).
Permohonan Kebenaran Berkahwin bermula dengan permohonan baru. Pemohon juga boleh
membuat carian untuk mengemaskini maklumat dan melihat status permohonan.
Peringatan Penting:
1) Pemohon mesti membuat permohonan kebenaran berkahwin online jika :
1.1)
Kedua-dua pemohon dari negeri yang menggunakan SPPIM iaitu Negeri
Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan (Kuala
Lumpur, Putrajaya dan Labuan);
1.2)
Salah seorang pemohon dari negeri yang menggunakan SPPIM;
1.3)
Kedua-dua pemohon dari negeri yang tidak menggunakan SPPIM tetapi
tempat majlis akad nikah adalah di negeri SPPIM.
2) Pemohonan BNO perlu diisi oleh salah seorang pasangan sama ada lelaki atau
perempuan.
3) Pemohon perempuan boleh mendapatkan kebenaran berkahwin dari Pejabat Agama
Islam Daerah (PAID) selepas pemohon lelaki mendapat kebenaran berkahwin
dimana status permohonan di dalam BNO adalah lulus.
4) Pastikan tarikh cadangan berkahwin tidak melebihi 90 hari dari tarikh permohonan.
5) Permohonan akan dihapuskan dari sistem jika pemohon gagal hadir ke PAID dalam
tempoh 90 hari dari tarikh permohonan online.
6) Pastikan pemohon menyimpan nombor rujukan BNO dan email selepas permohonan
dibuat bagi tujuan semakan atau pengemaskini.
7) Pengemaskinian permohonan BNO hanya boleh dibuat selagi pemohonan lelaki
belum diproses oleh PAID. Sebarang pembetulan maklumat bagi permohonan yang
sedang diproses oleh PAID boleh dimaklumkan kepada pihak PAID.
8) Pastikan setiap pemohon iaitu lelaki dan perempuan membawa dokumen sokongan
sebagaimana di dalam senarai semak BNO bersama dengan Borang Permohonan
Kebenaran Berkahwin yang telah dicetak dan ditandatangan oleh pemohon, wali (bagi
pemohon perempuan) dan Penolong Pendaftar kariah/kawasan.
9) Pastikan pemohon mengetahui kariah tempat tinggal/bermastautin. Bagi pasangan
dari negeri selain dari Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah
Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), boleh pilih mana-mana kariah
yang berhampiran dan ia tidak memberi kesan kepada sistem ini.
10) Pastikan status pemohon lelaki (Bujang, Beristeri, Duda) dan perempuan (Dara,
Janda, Balu, Thayyib) adalah betul.
SPPIM panduan ringkas MODUL – BENAR NIKAH ONLINE AWAM
2
11) Pastikan maklumat warganegara dan Negara asal dikemaskini sekiranya pemohon
atau pasangan bukan warganegara.
12) Pastikan alamat surat menyurat tepat dimana ini akan menentukan Pejabat Agama
Islam Daerah yang berbidangkuasa dalam mengeluarkan Kebenaran Berkahwin. Bagi
kawasan yang bersempadan contohnya antara Wilayah Persekutuan dengan
Selangor, pemohon boleh merujuk kepada Cukai Pintu. Sekiranya cukai pintu dibayar
kepada Wilayah Persekutuan, maka “negeri” bagi alamat dalam sistem diletakkan
Wilayah Persekutuan dan sebaliknya.
13) Maklumat Ujian Saringan HIV tidak perlu diisi kerana Borang Pemakluman Ujian
Saringan HIV hanya boleh dicetak selepas permohonan online selesai diisi. Maklumat
ujian boleh dikemaskini selepas pemeriksaan dijalankan.
SPPIM panduan ringkas MODUL – BENAR NIKAH ONLINE AWAM
3
KANDUNGAN
A. Capaian Website SPPIM / Menu Utama SPPIM ............................................... 5
B. Skrin Permohonan Kebenaran Berkahwin Online ............................................. 5
C. Permohonan Baru .............................................................................................. 6
D. Medan Pemohon Lelaki ..................................................................................... 6
E. Medan Pemohon Perempuan............................................................................. 7
F. Medan Maklumat Kebenaran ............................................................................. 8
G. Medan Maklumat Wali ..................................................................................... 10
H. Medan Hantar Permohonan ............................................................................. 10
I. Medan Status .................................................................................................... 10
SPPIM panduan ringkas MODUL – BENAR NIKAH ONLINE AWAM
4
Bil.
Paparan
Keterangan
1.
A. Capaian Website SPPIM /
Menu Utama SPPIM
1. Pada desktop komputer, klik 2
kali pada ikon Google Chrome atau
Internet Explorer. Masukkan url
www.sppim.gov.my dan tekan
masuk di papan kekunci (keyboard)
komputer anda.
2. Skrin antaramuka utama SPPIM
akan dipaparkan.
Benar Nikah
Online
3. Klik ke menu “BENAR NIKAH
ONLINE”
2.
B. Skrin Permohonan
Kebenaran Berkahwin Online
1. Klik Butang ‘Cari’ adalah bagi
pemohon yang telah membuat
permohonan dan ingin menyemak
atau mengemaskini permohonan.
2. Pengguna mesti memasukkan
No KP atau Email serta No. Rujukan
Permohonan
pemohon
Permohonan Baru
3. Bagi Permohonan Baru, Klik
butang
Permohonan
Baru.
4.
C. Permohonan Baru
1. Antaramuka sub modul Benar
Nikah Online yang wajid diisi:
a. Pemohon Lelaki
b. Pemohon Perempuan
c. Maklumat Kebenaran
d. Maklumat Wali
e. Hantar
SPPIM panduan ringkas MODUL – BENAR NIKAH ONLINE AWAM
5
Bil.
Paparan
Keterangan
5.
D. Medan Pemohon Lelaki
1. Ruangan yang bertanda * adalah
wajib diisi sebelum tindakan klik
butang ’seterusnya’ dibuat
2. Pengguna perlu memasukkan
maklumat berikut:
 Masukan No Kad Pengenalan
(Baru, Lama, No. Polis, No.
Tentera, No. Pasport/ Lain-Lain
Pengenalan)
 Lengkapkan ruang maklumat
pemohon:
 Nama Pemohon
 Tarikh
Lahir
(Auto
Generate bila No.Kp Baru
diisi)
 Tempat Lahir ( Auto
Generate bila No.Kp Baru
diisi)
 Bangsa ( Default System )
Kemaskini
jika
bukan
Melayu
 Warganegara ( Default
System ) Kemaskini jika
bukan
warganegara
Malaysia
 Negara Asal ( Default
System ) Kemaskini jika
bukan Malaysia
 Status ( Default System )
Kemaskini jika bukan bujang
/ dara
 Taraf Pendidikan
 Tarikh Masuk Islam (Jika
Saudara Baru)
 Alamat
 Poskod
 Bandar
 Negeri ( Auto Generate bila
No.Kp Baru diisi)
 No. Tel.
 E-mail
 Lengkapkan ruang maklumat
pekerjaan:
 Jenis Pekerjaan
 Pekerjaan
SPPIM panduan ringkas MODUL – BENAR NIKAH ONLINE AWAM
6
Bil.
Paparan
Keterangan






Pendapatan (RM)
Alamat Tempat Bekerja
Poskod
Bandar
Negeri
No.Tel.
 Lengkapkan ruang maklumat
kariah:
 Daerah
 Kariah/Mukim
4. Selepas pemohon selesai di tab
pemohon lelaki, pemohon akan
nampak laman seterusnya iaitu
laman pemohon perempuan.
6.
E. Medan Pemohon
Perempuan
1. Ruangan yang bertanda * adalah
wajib diisi sebelum tindakan klik
butang ’seterusnya’ dibuat.
2. Pengguna perlu memasukkan
maklumat berikut:
 Masukan No Kad Pengenalan
(Baru, Lama, No. Polis, No.
Tentera, No. Pasport/ Lain-Lain
Pengenalan)
 Lengkapkan ruang maklumat
pemohon:
 Nama Pemohon
 Tarikh
Lahir
(Auto
Generate bila No.Kp Baru
diisi)
 Tempat Lahir ( Auto
Generate bila No.Kp Baru
diisi)
 Bangsa ( Default System )
Kemaskini
jika
bukan
Melayu
 Warganegara ( Default
System ) Kemaskini jika
bukan
warganegara
Malaysia
SPPIM panduan ringkas MODUL – BENAR NIKAH ONLINE AWAM
7
Bil.
Paparan
Keterangan










Negara Asal ( Default
System ) Kemaskini jika
bukan Malaysia
Status ( Default System )
Kemaskini jika bukan bujang
/ dara
Taraf Pendidikan
Tarikh Masuk Islam (Jika
Saudara Baru)
Alamat
Poskod
Bandar
Negeri ( Auto Generate bila
No.Kp Baru diisi)
No. Tel.
E-mail
 Lengkapkan ruang maklumat
pekerjaan:
 Jenis Pekerjaan
 Pekerjaan
 Pendapatan (RM)
 Alamat Tempat Bekerja
 Poskod
 Bandar
 Negeri
 No.Tel.
 Lengkapkan ruang maklumat
kariah:
 Daerah
 Kariah/Mukim
3. Klik butang kembali jika ingin
mengubah
atau
menambah
maklumat pada laman sebelumnya.
4. Selepas pemohon selesai di tab
pemohon perempuan, pemohon
akan ke laman seterusnya iaitu
laman maklumat kebenaran.
SPPIM panduan ringkas MODUL – BENAR NIKAH ONLINE AWAM
8
Bil.
Paparan
Keterangan
7.
F. Medan Maklumat
Kebenaran
1. Ruangan yang bertanda * adalah
wajib diisi sebelum tindakan klik
butang ’seterusnya’ dibuat
2. Pengguna perlu memasukkan
maklumat beikut:
 Tarikh Cadangan Berkahwin
 Negara
Cadangan
Berkahwin
(
Default
System )
 Negeri
Cadangan
Berkahwin

Jenis
Tempat
Nikah
(pemohon perlu pilih tempat
nikah sama ada kediaman
atau masjid )
 Alamat Tempat Nikah /
Poskod / Bandar / Kariah
@ Mukim bergantung pada
Jenis Tempat Nikah
 Lengkapkan ruang status lelaki:
 Bil. Surat Cerai/Nikah ( Jika





ada )
No.Surat
Perakuan
Kematian ( Jika ada )
Bil.Isteri ( Jika ada )
No.Siri
Pemeriksaan
Kesihatan
Tarikh
Pemeriksaan
Kesihatan
Tempat
Pemeriksaan
Kesihatan
 Lengkapkan
ruang
status
perempuan:
 Bil. Surat Cerai/Nikah ( Jika
ada )
 No.Surat
Perakuan
Kematian ( Jika ada )
 No.Siri
Pemeriksaan
Kesihatan
 Tarikh
Pemeriksaan
Kesihatan
 Tempat
Pemeriksaan
Kesihatan
SPPIM panduan ringkas MODUL – BENAR NIKAH ONLINE AWAM
9
Bil.
Paparan
Keterangan
3. Klik butang kembali jika ingin
mengubah
atau
menambah
maklumat pada laman sebelumnya.
4. Selepas pemohon selesai di tab
Maklumat Kebenaran, pemohon
akan ke laman seterusnya iaitu
laman maklumat wali.
8.
G. Medan Maklumat Wali
1. Ruangan yang bertanda * adalah
wajib diisi sebelum tindakan klik
butang ’seterusnya’ dibuat.
2. Pengguna perlu memasukkan
maklumat beikut:
 Hubungan Wali
 No. Kad Pengenalan
 Nama Wali
 Alamat / Poskod / Bandar &
Negeri akan auto keluar jika
pemohon
tick
seperti
kediaman perempuan
Nota: Jika hubungan wali yang
dipilih adalah wali hakim, maklumat
wali tidak perlu di update.
3. Klik butang kembali jika ingin
mengubah
atau
menambah
maklumat pada laman sebelumnya.
4. Selepas pemohon selesai di tab
Maklumat Wali, pemohon akan ke
laman seterusnya.
9.
H. HANTAR PERMOHONAN
1. Laman Permohonan Kebenaran
Berkahwin online akan dipaparkan.
2.
Permohonan
Kebenaran
Berkahwin PASANGAN, TARIKH
CADANGAN
DAN
TEMPAT
SPPIM panduan ringkas MODUL – BENAR NIKAH ONLINE AWAM
10
Bil.
Paparan
Keterangan
CADANGAN BERKAHWIN akan
dipaparkan.
3. Klik butang kembali jika
pemohon ingin menyemak atau
mengubah semua maklumat yang
telah diisi di laman sebelumnya.
4. Jika semua maklumat telah
lengkap klik butang hantar untuk
menghantar
Permohonan
pemohon dan pasangan.
5. Masej ”Permohonan anda telah
berjaya dihantar akan dipaparkan.
6. Sub modul
dipaparkan.
status
akan
I. Medan Status
1.
Pada
Tab
status,
NO
RUJUKAN, NAMA PEMOHON
DAN
PASANGAN,
TARIKH
CADANGAN
DAN
TEMPAT
CADANGAN BERKAHWIN akan
dipaparkan.
2. Mesej ”Anda dan pasangan
dikehendaki hadir ke Pejabat
Agama Islam Daerah masingmasing bagi proses kelulusan.
Proses kelulusan bagi permohonan
perempuan
hanya
diberikan
selepas permohonan kebenaran
nikah lelaki diluluskan”.
3. Status Permohonan Lelaki
 Permohonan Lelaki masih
dalam
peringkat
”Isi
Borang”.

SPPIM panduan ringkas MODUL – BENAR NIKAH ONLINE AWAM
Pemohon
perlu
menyediakan
senarai
dokumen sokongan untuk
dibawa ke PAID masingmasing.
11
Bil.
Paparan
Keterangan
4. Status Permohonan Perempuan
 Permohonan Perempuan
masih
dalam
peringkat
”Menunggu
Kelulusan
Lelaki”.

Pemohon
perlu
menyediakan
senarai
dokumen sokongan untuk
dibawa ke PAID masingmasing.

Pemohon perempuan boleh
pergi ke PAID selepas
permohonan
kebenaran
lelaki diluluskan.

Pemohon dan pasangan
yang satu daerah boleh
pergi ke PAID bersama
untuk
mendapatkan
kelulusan kebenaran.
5. Pemohon Lelaki dan Perempuan
perlu
mencetak
borang
permohonan kebenaran berkahwin
yang berasingan untuk dibawa
kepada Pejabat Agama Daerah.
6. Klik ”CETAK BORANG”. Borang
Permohonan untuk Kebenaran
Berkahwin
akan
dipaparkan.
Borang
berkenaan
hendaklah
ditandatangani oleh Wali (bagi
borang
permohonan
perempuan),
Pemohon
dan
Penolong Pendaftar.
Nota: Pemohon hanya boleh
kemaskini borang permohonan jika
PAID masih belum memproses
borang permohonan.
SPPIM panduan ringkas MODUL – BENAR NIKAH ONLINE AWAM
12
Download