Uploaded by norzalikha Rosli

Definisi & Ciri Umum Agama

advertisement
DEFINISI
& CIRI-CIRI
UMUM
AGAMA
MPU2333
NORZALIKHA BINTI ROSLI
BMA (HONS), UUM.
DEFINISI
MENURUT AHLI SARJANA BARAT
EMILE DURKHEIM
KARL MARX
EDWARD BURNETT TYLOR
Agama itu adalah candu
kepada masyarakat
Agama ialah kepercayaan
kepada makhluk ghaib
(supernatural)
Agama ialah satu system
yang menyatukan
kepercayaan dan amalan
berkenaan perkara suci ,
yakni perkara yang
dipisahkan daripada yang
dianggap sebagai larangan.
DEFINISI
– SARJANA MELAYU/ ISLAM
DR. HAJI ORANG KAYA
RAHMAT
Perkataan AGAMA berasal daripada
Bahasa Sanskrit yang bermaksud
keadaan teratur.
Gabungan dari dua kalimah “a” iaitu
tidak dan “gama” iaitu kacau.
PROF NAQUIB
AL-ATTAS
Menggunakan perkataan Din yang
membawa maksud fahaman sebenar
mengenai agama.
DEFINISI
– KESIMPULAN
Agama adalah satu realiti yang sangat dominan dalam kehidupan manusia
daripada tamadun yang terawal sehinggalah ke hari ini.
Kajian terhadap agama bukan sahaja dilakukan oleh teologi dalam sesebuah
agama sahaja, malah ahli sejarah, ahli sosiologi, ahli atropologi, ahli psikologi,
termasuklah dalam golongan ini mereka yang daripada agama yang berlainan
dan yang tidak mempercayai agama: dan banyak lagi.
CIRI-CIRI UMUM AGAMA
MEMPERCAYAI
KEWUJUDAN TUHAN
YANG SANGAT
BERKUASA
ADANYA
SEKUMPULAN
PENGIKUT YANG
MEMPERCAYAI
AGAMA TERSEBUT
MEMPUNYAI KITAB
SUCI YANG
DIJADIKAN SEBAGAI
SUMBER RUJUKAN
SATU CARA HIDUP
YANG LENGKAP DAN
SEMPURNA
SATU SISTEM
KEPERCAYAAN,
FALSAFAH DAN
PANDANGAN SARWA
MEMPUNYAI HARI
SUCI ATAU
PERAYAAN
TERTENTU
MEMPUNYAI TEMPAT
SUCI
MEMPUNYAI BAHASA
KHUSUS ATAU
BAHASA RASMI YANG
DIGUNAKAN OLEH
PARA PENGANUTNYA
MEMPUNYAI
KEWUJUDAN HARI
PEMBALASAN
MEMPUNYAI SISTEM
PERUNDANGAN
MEREKA YANG
TERSENDIRI
1) MEMPERCAYAI KEWUJUDAN TUHAN YANG SANGAT BERKUASA
Mereka juga Mempercayai bahawa ada tuhan yang menciptakan alam ini.
Dalam agama Islam, tuhan dipanggil dengan nama Allah. Manakala dalam
agama Kristian atau Nasrani, tuhan dipanggil dengan nama God. Agama Hindu
dipanggil dengan nama Brahman.
2) ADANYA SEKUMPULAN PENGIKUT YANG MEMPERCAYAI
AGAMA TERSEBUT
– Tidak kira berapa ramai atau sedikit pengikut tersebut, kerana yang penting
adalah setiap agama ini mempunyai pengikutnya yang tersendiri.
– Pengikut agama ini akan mempunyai undang-undang, pakaian, fahaman,
amalan dan cara hidup yang sangat unik berbanding pengikut-pengikut dari
agama yang lain.
3) SETIAP AGAMA DIANGGAP SEBAGAI SATU CARA HIDUP YANG
LENGKAP DAN SEMPURNA OLEH SETIAP PENGIKUTNYA.
– Kita dapat lihat setiap agama di dunia ini dianggap sebgai satu cara hidup
yang lengkap oleh para pengikutnya. Sebagai contoh, orang Islam
menganggap dan mempercayai bahawa agama Islam adalah satu cara hidup
yang paling lengkap di dunia ini.
– Ajaran agama Islam mencakupi seluruh permasalahan yang bersangkutan
dengan kehidupan manusia sama ada di dunia dan juga di akhirat. Tiada
satu benda atau perkara pun yang tertinggal melainkan kesemuanya telah
digariskan oleh al-quran dan sunnah.
4) AGAMA DIANGGAP SEBAGAI SATU SISTEM KEPERCAYAAN,
FALSAFAH DAN SARWA
– Kesemua agama dianggap sebagai satu sistem kepercayaan oleh para
penganutnya. Ini kerana terdapatnya konsep ketuhanan, penyembahan,
peribadatan, dan lain-lain lagi.
– Malah ada sesetengah agama yang akan menghuraikan bagaimana
penganutnya harus berfikir dan percaya dalam mendepani segala objek
dan perkara yang berada di hadapan mereka. Oleh itu, sistem
kepercayaan dalam agama juga dipercayai membentuk pandangan sawa
atau wolrview para penganut masing-masing.
5) SETIAP AGAMA MEMPUNYAI KITAB SUCI YANG DIANGGAP SEBAGAI
SUMBER RUJUKAN UTAMA
– Sebagai contoh, al-Quran merupakan kitab suci agama Islam. Orang-orang
Muslim mempercayai bahawa al-Quran merupakan kitab suci yang telah
diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW. Kitab suci al-Quran
ini telah dijamin oleh Allah sendiri untuk menjaganya daripada mengalami
sebarang perubahan.
– Bagi agama Kristian pula, kitab rasminya ialah Bible dan untuk agama
Hindu adalah kitab Veda, namun begitu terdapat juga kitab-kitab dan
beberapa kitab rujukan lain seperti Upanishad dan Mahabat Gita.
6) SETIAP AGAMA DI DUNIA INI MEMPUNYAI HARI SUCI
ATAU PERAYAAN TERTENTU
– Sepertimana yang sangat lazim bagi masyarakat yang berbilang agama di
Malaysia, terdapat hari tertentu yang dianggap suci oleh penganutnya sama
ada hari suci tersebut disambut dalam bentuk meingguan ataupun tahunan.
– Sebagai contoh agama Kristian mereka menjadikan hari Ahad sebagai hari
suci di mana pada hari ini mereka akan pergi ke gereja beramai-ramai.
Manaka hari suci tahunan mereka ialah Hari Krismas
– Seterusnya hari suci tahunan untuk agama Hindu ialah Thipussam dan
Deepavali, Budha pula hari Wesak.
– Bagi agama Islam, hari suci mingguan ialah hari Jumaat manakala hari suci
tahunan ialah Hari Raya Puasa (Aidilfitri) dan Hari Raya Haji (Aiduladha)
7) SETIAP AGAMA DI DUNIA INI MEMPUNYAI TEMPAT-TEMPAT SUCI
– Tempat ini dianggap suci untuk melakukan upacara-upacara penyembahan
dan peribadatan. Di samping itu, mereka juga mempunyai nama khusus
untuk tempat suci tersebut.
– Sebagai contoh, tempat suci dalam agamaIslam dipanggil dengan nama
Masjid, yang bermaksud tempat sujud atau tempat untuk melakukan ibadat.
– Manakala dalam agama hindu tempat suci tersebut dipanggil kuil, tempat
suci Kristian dipanggil gereja.
8) KEBANYAKAN AGAMA MEMPUNYAI BAHASA YANG KHUSUS ATAU
BAHASA RASMI YANG DIGUNAKAN OLEH PENGANUTNYA
– Secara umumnya, bahasa-Bahasa rasmi atau khusus ini digunakan bagi
melaksanakan ibadat atau sesuatu upacara penyembahan. Sebagai contoh,
Bahasa Arab merupakan Bahasa rasmi bagi agama Islam. Orang-orang
Islam akan menggunakan Bahasa Arab di dalam kebanyakan
peribadatannya terutama dalam solat.
– Manakala Bahasa Pali pula merupakan Bahasa rasmi yang digunakan oleh
agama Buddha. Sementara agama Hindu pula menjadikan Bahasa Sanskrit
sebagai Bahasa rasmi mereka.
9) KEBANYAKAN PENGANUT ATAU PENGIKUT AGAMA DI DUNIA INI
MEMPECAYAI KEWUJUDAN HARI PEMBALASAN
– Mereka percaya pada hari pembalasan ini, mereka akan mendapat sama ada
balasan baik ataupun hukuman azab berdasarkan amalan mereka sewaktu
hidup di dunia.
– Orang Islam mempercayai sekiranya amalan-amalan baik yang lebih banyak
daripada amalan-amalan jahat, maka orang tersebut akan dapat masuk syurga
dengan keizinan Allah, dan sekiranya amalan buruk yang banyak mereka akan di
azab di dalam api nereka.
– Kepercayaan Hindu dan Budha pula, sekiranya percaya kepada kehidupan
semula sekiranya sewaktu kehidupan asal, mereka tidak menjadi orang yang
baik.
10) KEBANYAKAN AGAMA MEMPUNYAI SISTEM PERUNDANGAN MEREKA
YANG TERSENDIRI DALAM MENENTUKAN BAIK DAN BURUK ATAU
HALAL HARAMNYA SESUATU BENDA ATAU TINDAKAN
– Sebagai contoh, dalam agama Islam terdapat perundangannya yang
tersendiri. Ia merupakan syariat yang telah diwahyukan Alla kepada Nabi
Muhammad SAW.
– Syariat ini telah menetapakan halal, apa yang harus dan
sebagaianya.Contoh orang Islam diharamkan zina dan riba, tetapi
diharuskan untuk perkahwinan dan jual beli.
– Agama Hindu pula melarang penganutnya memakan daging lembu.
– Kristian turuk melarang jenayah mencuri, merompak, seks, dan sebagainya.
KESIMPULAN
– Sebagai rumusan, agama adalah institusi yang melibatkan bukan sahaja
amalan(practice) seseorang, malah turut melibatkan kpercayaan (belief)dalam
diri seseorang serta nilai kerhonanian (spirituality) yang d[hayati dalam hidup
masing-masing.
– Agama sebagai satu institusi dalam kehidupan manusia .
Download