Uploaded by suhaimi sobrie

RESEARCH OPERATION 2018 nov 12

advertisement
RESEARCH OPERATION
Tajuk : Kesan Emodul AgroNutri-X Terhadap Pencapaian Pelajar SVM Agroindustri
Tanaman Dalam Topik Penghasilan Formulasi Baja
IV – Pemimpin Pertengahan DV – Faktor Kompetensi (Pengetahuan, Sikap,
Kemahiran, Diskripsi Tugas dan Ciri Peribadi (motif, keyakinan diri, komunikasi
dan keupayaan diri))
List Leading Journals Used to prepared this proposal
1. Harris A & Jones M. (2017). Middle leaders matter: reflections, recognition, and
renaissance
2. Irvine P. & Brundrett M.(2016). Middle leadership and its challenges: a case study
in the secondary independent sector
3. Bassett M.& Shaw N. (2017). Building the confidence of first-time middle leaders
in New Zealand primary schools
4. Thornton, K., WaltonJ., WilsonM. & Jones L. (2018). Middle leadership roles in
universities: Holy Grail or poisoned chalice
5. Thorpe, A. & Garside,D (2017) (Co)meta-reflection as a method for the
professional development of academic middle leaders in higher education
6. Jaideep Kaur & Vikas Kumar (2013) COMPETENCY MAPPING: A GAP ANALYSIS
7. Steinunn Helga Lárusdóttir & Eileen O’Connor (2017) Distributed
leadership and middle leadership practice in schools: a disconnect
8. John De Nobile (2018) Towards a theoretical model of middle leadership in
schools
9. McKenzie,J. and Varney,S. (2018) Energizing middle managers’ practice in
organizational learning
10. B. Louise Chilvers, M. Celina Bortolotto, Siautu Alefaio-Tugia, Amanda L.
Cooper & Sarah Ellison (2017)The reality of ‘middle’ management roles: a case
study of the Associate Head of School experience in a New Zealand University
11. Roselina Mansor & Mohd Izam Mohd Hamzah (2015) Kepimpinan Berkualiti :
Perspektif mengenai kompetensi yang diperlukan untuk memimpin dengan
berkesan.
Thesis:
1. Abd.Razak B Manaf (2017). Pembinaan dan Pengesahsahihan Model Kompetensi
Guru Penolong Kanan Pentadbiran Dan Akademik Sekolah Menengah Malaysia.
Tesis Kedoktoran UPSI
2. Abd Khalil B Adnan (2017). Reka Bentuk Model Program Pembangunan
Profesionalisme Guru Malaysia. Tesis Kedoktoran UM
3. Tengku Noorainon Bt Tengku Shahdan (2017). Reka Bentuk Model Kompetensi
Kerja Staf Akademik Institut Pendidikan Tinggi Swasta Malaysia. Tesis
Kedoktoran UM
Problem Statement:
a. Simptom/isu :
1. Haris & Jones (2017) – Kajian sarjana masih kurang dalam mengkaji pemimpin
pertengahan.
2. Irvin & Brundrett (2016) – Keperluan pemimpin pertengahan (ML) berbeza
berbanding guru biasa. Cabaran ML ialah : Diskripsi tugas berbeza, harapan
sekolah yang tinggi, tersepit di tengah-tengah antara pengurusan tertinggi dan
guru, menghadapi tekanan kerja. ML perlu latihan pembangunan kepimpinan
yang khusus dan keperluan mengkaji situasi ML novis dengan ML senior.
3. Basselt & Shaw (2017) – Situasi ML mengajar adalah focus utama dan mengurus
menjadi focus kedua. ML menjadi kunci utama pemimpin pengajaran sekolah.
Cabaran ML ialah komunikasi, kepimpinan, mengurus hubbungan rakan sejawat
dan tekanan kerja yang tinggi. Wujud kurang keyakinan bagi ML baharu. Perlu
program pementoran bagi ML baharu dan program pembangunan kepimpinan
ML.
4. Thomton, Walton, Wilson & Jones (2018) – ML di IPT memainkan peranan
penting dalam organisasi, tetapi menghadapi tekanan, tidak bersedia dan tidak
menerima sokongan pengurusan tertinggi. Cabaran ML ialah mengurus rakan
sejawat, beban kerja yang tinggi, dan kesan terhadap kerjaya. Mencadangkan
pengurangan beban kerja, program latihan pembangunan, keperluan kompetensi
dan pendekatan kepimpinan distributive.
5. Thorpe & Garside (2017) – ML di universiti adalah ML di bawah dekan, tersepit
antara pemimpin atasan dan rakan setugas. Cabaran MLialah: mempunyai
tanggungjawab yang besar tetapi kuasa yang terhad. Masih kekurangan literatur
dan teori yang boleh menyokong pembangunan pemimpin pertengahan.
Cadangan mengkaji pendekatan co meta refleksi digunakan sebagai program
pembangunan ML.
6. Jaideep Kaur & Vikas Kumar (2013) – pemetaan kompetensi adalah keperluan
dalam mengenalpasti kompetensi utama yang diperlukan oleh organisasi.
Komponen kompetensi ialah pengetahuan, kemahiran, personaliti dan sikap.
Cabaran ML ialah :Mendapati pemimpin atasan kekurangan kompetensi
kefungsian, ML kekurangan kemahiran mengurus, pemimpin barisan pertama
kekurangan kemahiran kemanusiaan. Cadangan diwujudkan peta kompetensi
organisasi.
7. Ekaterini,G (2011) – ML menghubungkan pemimpin atasan dengan subordinat.
Cabaran ML ialah berlaku penentangan dari staf bawahan, terpaksa
mengorbankan suara hati sendiri untuk mengimbangi pemimpin atasan dengan
pekerja bawahan.
8. Laporan Awal PPPM 2017, KPM (2018) - Kajian rintis Talent Review 2017 telah
dijalankan ke atas 2,781 orang pensyarah dan 437 orang Ketua Jabatan di 27 IPG
seluruh Malaysia. Dapatan kajian terhadap pensyarah menunjukkan bahawa
75.2% (2,090) berada dalam kumpulan berpotensi tinggi, 25.3% (653) berada
pada tahap sederhana, manakala hanya 1.3% (38) berada pada potensi rendah.
Dapatan bagi Ketua Jabatan pula menunjukkan bahawa 68.9% (301)
berada pada tahap potensi tinggi, 30.67% (134) pada tahap sederhana,
manakala 0.5% (2) berada pada tahap rendah. Pihak IPGM juga kekurangan
agen perubahan yang berkesan untuk mentransformasikan minda pihak-pihak
yang terlibat.
9. Laporan Awal PPPM 2017, KPM (2018) - Guru yang bakal dilantik sebagai
pemimpin sekolah memerlukan bimbingan dalam bidang pengurusan dan
kepimpinan pendidikan. Mereka juga perlu mempunyai pengetahuan asas
berkaitan hal-ehwal dalaman sekolah seperti iklim dan budaya sekolah sebelum
menjalankan tugas-tugas mereka. Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan
(Leadership Course for Middle Leaders, LCML) ini dijalankan untuk
membangunkan kompetensi kepimpinan pegawai daripada lapisan pertengahan –
pegawai di Bahagian, JPN, PPD termasuk juga Ketua Bidang dan Ketua Panitia
di sekolah. Seramai 418 ML dilatih, dan IAB KPM telah membangunkan Model
Pengurusan dan Kepimpinan Pemimpin Pertengahan IAB 2016. Masih diuji
keberkesanan model ini.
10. Lárusdóttir S.H & O’Connor E.(2017) – Cabaran MLdi sekolah ialah kesibukan
kerana peranan bertambah, tekanan kerja, kekecewaan ekoran ML merasakan
ketiadaan kuasa dalam melaksana tugas. Cadangan dengan memperkenalkan
pembangunan kemahiran kepimpinan di awal pendidikan guru.
11. Abd. Razak Manaf (2017) – Cadangan agar model kompetensi ML diperluaskan
kepada ML lain seperti GPK HEM, GPK Koku, GPK Tingkatan 6 bagi
mempermudahkan penyediaan latihan bersesuaian. Kajian lanjutan perlu untuk
melihat kompetensi ML berdasarkan demografi
12. Branson C.M, Franken M, & Penney D. (2015) – kajian di Universiti. ML
semakin penting di fakulti, merupakan penghubung pemimpin atasan dan
pegawai bawahan. ML memiliki autoriti yang terhad. Dwi peranan ML
menyebabkan tekanan yang tinggi. ML seperti ‘daging dalam sandwich”, antara
menjalankan kuasa dengan menjaga hubungan sesama rakan sekerja. Cadangkan
penyediaan program intervensi ML, program pembangunan ML baharu dan
keperluan menyediakan pentas bagi ML berdiskusi sesama mereka.
13. Nobile J.D. (2018) – Penyelidikan bidang ML bermula sejak akhir 1990-an,
namun konsep ini masih kabur dan tiada teori khusus. Menghasilkan model ML
in Schools (MLiS) namun tidak diuji secara emparikal. Mendapati ML amat perlu
sokongan pengetua dan kemahiran komunikasi. Cadangan agar penyelidikan
lanjutan bagi meneliti cara ML beroperasi, pengaruh yang menyokong @
menghalang ML, dan pengaruh ML terhadap keberhasilan pelajar.
14. McKenzie J & Varney S (2018) - Kajian kualitatif terhadap 43 Ml dari 3
organisasi. ML menghadapi situasi secara serentak perlu menjaga reputasi
dengan pemimpin atasan dengan menjaga kredibiliti dengan pegawai bawahan.
Wujud tekanan kerja yang tinggi yang boleh menjejaskan kerja berpasukan. ML
mempunyai akses yang terhad terhadap sumber manusia dan kewangan.
Bagaimanapun, ML mempunyai pengaruh yang kuat terhadap pencapaian
matlamat organisasi. Cadangan untuk meningkatkan peranan ML dalam
organisasi dan memperbaiki komunikasi serta mengurangkan tekanan kerja ML.
15. Belasen & Blasen (2016) – ML kurang dihargai sumbangan dan peranan,
menghadapi tekanan kerja yang tinggi, memiliki autonomi/kuasa yang kurang,
berlaku ‘turn over’ yang tinggi yang meningkatkan kos dan pelan penggantian
ML yang lemah. Cadangkan pelan pembangunan kepimpinan ML yang lebih
komprehensif. Kajian berkaitan ML amat relevan bagi mengkaji kepelbagaian
situasi organisasi dan memperkasa ML sebagai pelaksana perubahan.
16. Chilvers B.L, Bortolotto M.C, Tugia A, Cooper A.L & Ellison S (2017) –
mendapati tiada pendekatan pembangunan dan latihan yang sistematik dalam
membina kumpulan pengurusan ML, kekurangan minat pensyarah untuk mengisi
jawatan ML kerana: ia dilihat sebagai penghujung karier akademik (sukar
serentak mengurus, mengajar dan penyelidikan), kurang kepuasan kerja apabila
menjawat jawatan Ml, banyak kerenah birokrasi, ketidakjelasan peranan dan
diskripsi tugas yang umum. Ml kekurangan ilmu pengurusan dan tiada latihan
khusus untuk jawatan, keperluan mengurus kewangan dan hilang laluan
kepakaran akademik. Cadangkan untuk menyediakan latihan khusus, mengiktiraf
fungsi dan peranan ML dalam institusi dan sokongan berterusan warga akademik.
Mencadangkan kajian lanjutan berkaitan ML dalam konteks berbeza.
17. Roselena & Mohd Izam (2015) – Pemimpin merupakan penyumbang terbesar
pencapaian organisasi. Kajian lepas tertumpu kepada kompetensi kepimpinan
sekolah sahaja. Kompetensi pemimpin IPT berbeza dengan pemimpin sekolah.
ML yang berkesan memerlukan 5 kompetensi iaitu berpengetahuan,
berkeperibadian positif, mempunyai kemahiran, sanggup menjadi pemimpin dan
berupaya menyumbang kepada organisasi. Cadangkan model kepimpinan
berkualiti dari 5 kompetensi yang ditemui. Perlu menyediakan program
pembangunan kepimpinan berasaskan kompetensi.
18. Wei Y.C (2018) – Kajian beliau mendapati cabaran ML termasuklah dipenuhi
dengan pelbagai mesyuarat, memiliki autoriti yang terhad, menghadapi tekanan
kerja yang tinggi dan tiada latihan khusus bagi ML. Kajian juga menegaskan
bahawa kompetensi ML adalah berbeza dengan kompetensi pengurusan atasan,
selain keperluan kemahiran komunikasi amat penting bagi menjalankan tugas
dengan berkesan. Cadangan untuk program pembangunan khusus meliputi
pengurusan, kepimpinan, komunikasi, kepimpinan pendidikan dan pengurusan
pendidikan. Begitu juga keperluan untuk mengenalpasti kompetensi khusus ML
yang berbeza dengan kumpulan pengurusan yang lain.
19. Bendickson L. (2014) – Mendapati ML kekurangan autoriti dalam pembuatan
keputusan, perlu mengagihkan masa untuk mengajar sebagai pemimpin
pengajaran disamping tugas-tugas pentadbiran termasuk pemantauan pegawai
bawahan. ML memerlukan kemahiran ‘coaching’ dan komunikasi tetapi tidak
menerima latihan yang khusus, dan mengharapkan kemahiran diperoleh menerusi
pengalaman dan amalan. Cadangan agar ML dilibatkan dalam pembuatan
ketutusan penting organisasi, agihan masa yang lebih fleksibel kepada Ml bagi
mengahar, mengurus dan mesyuarat. Juga mencadangkan latihan khusus bagi
membantu meningkatkan komunikasi, ;coaching: dan kepimpinan
b. Permasalahan
Isu yang berkaitan ML dirumuskan seperti berikut :
i.
Diskripsi tugas berbeza berbanding guru/pensyarah tetapi tiada program
pembangunan khusus untuk jawatan ML.
ii.
ML tersepit dalam mengimbangi pemimpin atasan dengan rakan sekerja yang
menjadi pegawai di bawah kawalannya, kepentingan kemahiran mengurus
dan komunikasi amat penting.
iii.
ML dalam pendidikan mengutamakan PdP dahulu, dan mengurus sebagai
tugas kedua kerana perlu bertindak sebagai pemimpin instruktional,
menyebabkan tekanan kerja yang lebih berbanding pegawai lain.
iv.
ML kekurangan kemahiran mengurus terutama ML baharu dan merasakan
autoriti/kuasa yang dimiliki adalah terbatas.
v.
ML memiliki akses yang terhad terhadap sumber manusia dan kewangan.
vi.
Banyak karenah birokrasi menyebabkan tidak ramai berminat mengisi
jawatan ML di institusi pendidikan (bukan sekolah).
Main Objectives
1. Mengenalpasti kompetensi semasa ML kolej matrikulasi berdasarkan perspektif
mereka sendiri.
2. Menganalisis faktor kompetensi ML kolej matrikulasi KPM.
3. Mengenalpasti kesepakatan panel pakar berkaitan konstruk kompetensi ML kolej
matrikulasi KPM
4. Mengenalpasti kesepakatan panel pakar berkaitan ciri setiap konstruk kompetensi
ML kolej matrikulasi KPM
5. Mencadangkan prototaip Model kompetensi ML kolej matrikulasi KPM.
6. Mereka bentuk Model Kompetensi ML Kolej Matrikulasi KPM.
7. Menguji dan mengesahsahihkan Model Kompetensi ML Kolej Matrikulasi KPM.
Theoritical / Conseptual Framework
Adaptasi Model ADDIE, Model Unsur Sistem Dalaman(Input,Proses Output), Model
Kompetensi Iceberg, Model Pengurusan dan Kepimpinan Pertengahan IAB 2016 dan
Model Prestasi Kerja Berkesan.
1. Model Prestasi Kerja Berkesan (Boyatzis,1982) – kompetensi individu, persekitaran
organisasi, keperluan kerja/tugas
2. Model ADDIE (Analysis-Design-Development-Implementation
Evaluation) – Analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian.
3. Model Kompetensi Spencer & Spencer (Lyle M Spencer and Signe M Spencer,
1993)
4. Model Unsur Sistem Dalaman (2008) – Input, Proses Transformasi, Output
5. Model Pengurusan dan Kepimpinan Pertengahan IAB 2016 – Menjuarai alternatif,
memudahcara penyesuaian, mensintesis maklumat dan melaksana strategi.
Research Design
Non experimental – Delphi- Fuzzy Delphi - kaedah tinjauan
Persampelan
Soal selidik.- populasi.
Bilangan KM = 15, ML = 297 orang meliputi Tim.Pengarah, Ketua Jabatan, Penolong
Pengarah dan Ketua Unit.
Contribution to knowledge – novel & Significance
1. Menghasilkan 1 Model Kompetensi Pemimpin Pertengahan dalam bidang
pendidikan untuk program lepas menengah yang berbeza dengan situasi di sekolah,
serta bersesuaian dengan sistem pendidikan di Malaysia.
2. Membantu organisasi menyediakan pelan operasi latihan yang sesuai bagi
meningkatkan kompetensi pemimpin pertengahan dalam sistem pendidikan.
3. Membantu Panel Pembangunan Sumber Manusia jabatan dalam penilaian
kompetensi pemimpin pertengahan, dan panel ’search commitee’ dalam melantik
barisan kepimpinan masa hadapan yang lebih kompeten.
4. Memperkaya kajian mereka bentuk model kompetensi bagi tujuan peningkatan
prestasi organisasi khasnya berkaitan pendidikan.
Model-Model Berkaitan:
Model Iceberg Spencer & Spencer
Model Prestasi Kerja Berkesan (Boyatziz,2982)
Download