Uploaded by Tenesh Vignesan

HAK KEBEBASAN BERAGAMA

advertisement
HAK KEBEBASAN BERAGAMA
Beberapa fasa perubahan telah dilalui oleh masyarakat Malaysia selepas mencapai
kemerdekaan dari perspektik pertembungan ketamadunan dan keagamaan. Terutamanya,
masyarakat Islam telah kehilangan hak “kebebasan mutlak” dari segi aktiviti keagamaan.
Sebaliknya, masyarakat Islam tertakluk kepada perundangan untuk berkongsi hak kebebasan
bersama penganut-penganut agama yang lain di negara ini. Penggubalan undang-undang telah
dilakukan untuk mengurangkan isu-isu sensitivity keagamaan yang sentiasa memandang
serius. Realitinya, pihak-pihak tertentu sejak akhir-akhir ini telah berani menyentuh kredibiliti
Perlembagaan Persekutuan yang membabitkan hak asasi dan kebebasan beragama di negara
ini.
Di bawah Perlembagaan Persekutuan, kebebasan beragama telah diiktiraf sebagai
salahs atu hak asasi manusia bagi setiap warganegara Malaysia. Pada peringkat antarabangsa,
pengiktirafan diberikan terhadap hak kebebasan beragama antaranya melalui instrumen
antarabangsa seperti Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia 1948 (UDHR 1948) serta Waad
Antarabangsa Berkaitan Hak Sivil dan Politik 1966 (ICCPR 1966).[1] Kebebasan beragama
merupaka asas kepada sifat semula jadi manusia dan nilai kritikal dalam kehidupan social
manusia. Dari segi agama Islam, isu kebebasan beragama menjadi salah satu fenomena yang
sukar diabaikan kerana dalam undang-undang Islam perkara menukar agama mengikuti
kebebasan dan kepercayaan adalah salah satu hukum.
Kebebasan beragama di Malaysia merangkumi isu menukar agama diakui masih wujud
secara berterusan dan sukar dibendung selagi undang-undang sedia ada tidak diperkemas.
Seorang rakyat hanya layak mendapat hak sebagai warganegara dari segi hak kebebasan
beragama apabila tanggungjawab terhadap permerintah ditunaikan. Perkara ini menimbulkan
isu kebebasan tanpa batas seperti yang dilaungkan apabila manusia menuntut hak individu yang
bercanggah dengan sifat hak asasi yang berasaskan kebebasan individu dan tuntutan agama.
Hak kebebasan beragama merupakan asasi kepada hak individu tetapi sekiranya hak
tersebut menafikan tuntutan agama, harus diketepikan untuk menjamin keadilan dan
keamanan. Pada konteks hari ini, ramai individu mempunyai tanggapan yang salah bahawa
hak asasi adalah hak kebebasan tanpa batasan.
Salah satu contoh kes ialah kesahtarafan anak seperti Ainan bin Mahmud lwn Syed
Abu Bakar, 18 apabila mahkamah telah menggunakan seksyen 112 Enakmen Keterangan
dalam menentukan kesahtarafan anak dan tidak menggunakan undang-undang Islam. Begitu
juga dalam kes penjagaan anak In the Matter of Omar bin Shaik Salleh (M) and Hanisah binte
Salleh (F) Infants19 Mahkamah telah mengetepikan undang-undang Islam dan memutuskan
penjagaan dengan melihat kepada kebajikan kanak-kanak terlibat.[2] Isu menukar agama juga
wujud dalam agama lain selain Islam, tetapi di Malaysia bagi kaum lain tertakluk kepada
undang-undang sivil sedangkan agama Islam mepunyai sistem undang-undang yang berbeza.
Namun, jika hak kebebasan beragama disekat, identiti dan imej negara di taraf
globalisasi tidak dapat meningkatkan serta sukar untuk mendapat sokongan landskap berstatus
liberal. Selain itu, perkara tersebut juga boleh menimbulkan isu-isu sensitif antara agamaagama lain di negara ini. Oleh kerana ini, pemikiran yang terbuka dan system perundangan
harus diperkemas untuk menunaikan tuntutan agama dalam kebebasan hak asasi supaya nilai
dan kerohanian agama tidak terhakis turut menjaga keamanan dan keadilan yang sama rata
bagi setiap individu dan masyarakat negara. undang-undang Islam. Begitu juga dalam kes
penjagaan anak In the Matter of Omar bin Shaik Salleh (M) and Hanisah binte Salleh (F) Infants19
Mahkamah telah mengetepikan undang-undang Islam dan memutuskan penjagaan dengan melihat
kepada kebajikan kanak-kanak terlibat.
CITATION:
1. Abdul Aziz Bari, “Freedom of Religion In Malaysia: It is not Complicated” dlm.
The Law Review, 2005. Sweet & Maxwell Asia.
2. Chandra Muzaffar, 2008. Religion and Identity in a Globalising World. Kuala Lumpur:
Institute of Diplomacy and Foreign Relations (IDFR)
TENESH A/L VIGNESAN ME0102944
Download