TEMA 1 : MASYARAKAT, PEMERINTAH, PERTAHANAN DAN PERHUBUNGAN LUAR 1.4 KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD S.A.W. BUKTI NABI MUHAMMAD S.A.W. SEBAGAI SEORANG NEGARAWAN PENGENALAN Nabi Muhammad S.A.W berhijrah ke Madinah : i. Menerima jemputan daripada kaum Aus dan Khazraj. ii. Tekanan dan tentangan hebat oleh musyrikin Quraisy di Makkah. Penggubalan Piagam Madinah di Makkah mengesahkan Baginda sebagai pemimpin tertinggi kerajaan Islam Madinah. Ciri-ciri kepimpinan Baginda terserlah melalui pembentukan negara Islam. Bukti ciri-ciri kepimpinan Baginda sebelum peristiwa kerasulannya : i. Baginda berjaya menyelesaikan peristiwa peletakan semula Hajar Aswad. KEADILAN BERANI BIJAKSANA KETEGASAN BUKTI NABI MUHAMMAD S.A.W. SEORANG NEGARAWAN KEADILAN Saidatina Aishah binti Abu Bakar al-Siddiq (isteri Baginda) menyatakan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersikap adil dalam segala hal, sama ada melalui percakapan, perbuatan dan sebagainya. i. Baginda tidak menyebelahi mana-mana pihak sama ada Muhajirin, Ansar atau suku lain. Menyelesaikan pergaduhan antara suku Arab Makkah dalam menentukan suku manakah yang berhak meletakkan Hajarul al-Aswad di tempatnya. Baginda menghamparkan serbannya dan menjemput ketua-ketua suku Arab mengangkat Bersama Hajarul al-Aswad. ii. Memberikan hak yang sewajarnya kepada kaum wanita : Hak untuk hidup, bermasyarakat, berpolitik dan mendapat pendidikan iii. Kandungan Piagam Madinah memperuntukkan fasal yang memberi kebebasan beragama kepada orang bukan Islam termasuk dalam mempraktikkan adat istiadat selagi tidak melanggar hak-hak orang lain. BIJAKSANA Bijak dalam merancang strategi peperangan. i. Strategi yang berkesan membolehkan pasukan tentera Islam memenangi beberapa siri peperangan kecuali Perang Uhud. Perang Badar : Tentera Muslimin (313 orang) berjaya mengalahkan tentera Musyrikin Makkah (1000 orang) Perang Khandak : Tentera Muslim (3000 orang) berjaya mengalahkan tentera Musyrikin Makkah (10 000 orang) Kekalahan dalam Perang Uhud berlaku kerana panglima-panglima perang Muslimin tidak patuh akan kepimpinan Baginda. Tindakan Baginda mengikis semangat assabiyah dengan cara memupuk nilai persaudaraan dan persamaan berkesan dalam menghentikan peperangan sesama bangsa Arab. KETEGASAN Bertindak mengusir orang Yahudi yang mengkhianati kepimpinan Baginda serta kerajaan Islam Madinah kerana melnaggar perlembagaan yang termaktub dalam Piagam Madinah. Tindakan musyrikin Quraisy Makkah yang mengingkari perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui dalam Perjanjian Hudaibiyah telah menyebabkan tentera Islam yang diketuai oleh Baginda menggempur golongan tersebut hingga membawa kepada peristiwa pembukaan semula Kota Makkah. BERANI Baginda mengetuai setiap ekspedisi atau kempen ketenteraan menentang Rom, musyrikin Quraisy dan Yahudi. Baginda akan mengetuai tentera Islam walaupun jumlah tentera Islam sangat kecil berbanding pihak musuh. – Perang Badar SEKIAN, TERIMA KASIH