Uploaded by Nor Hanisah Ishak

CHAPTER 3

advertisement
DBF 3123 BUSINESS FINANCE
CHAPTER 3 : ANALISIS KEWANGAN
3.0 Pengenalan
Analisis penyata kewangan merupakan satu proses menterjemahkan data yang terdapat dalam penyata
kewangan sesebuah organisasi perniagaan kepada maklumat yang bermakna untuk kegunaan pihak
dalaman atau pihak luar yang mempunyai kepentingan dalam syarikat seperti pemegang saham,
pemegang bon dan kreditor.
Ia juga digunakan dalam syarikat untuk merancang berbagai aktiviti. Penyata kewangan juga
digunakan untuk mengawasi pencapaian pekerja dan ia diperlukan untuk tujuan pencukaian.
3.1 Bentuk Penyata Kewangan
3.1.1 Lembaran Imbangan
Lembaran Imbangan melaporkan kedudukan kewangan syarikat pada satu titik masa tertentu
3.1.2 Penyata Pendapatan
Penyata pendapatan syarikat menunjukkan operasi syarikat bagi suatu tempoh masa. Ia melaporkan hasil,
belanja dan untung (atau rugi) syarikat bagi suatu tempoh masa.
3.1.3 Penyata Aliran Tunai
Penyata aliran tunai menunjukkan perubahan kedudukan tunai sepanjang tempoh seperti yang diliputi oleh
penyata pendapatan. Ia menjadi pelengkap kepada penyata pendapatan dan lembaran imbangan. Perubahan
dalam kedudukan tunai boleh disebabkan oleh berbagai urusniaga syarikat.
3.1.4 Nota-Nota Selepas Penyata Kewangan
Dalam laporan tahunan penyata-penyata kewangan selalunya diikuti oleh nota-nota terperinci. Nota-nota ini
menjelaskan atau memperluaskan maklumat yang terkandung dalam penyata-penyata kewangan. Nota-nota
ini menyampaikan polisi-polisi perakaunan yang di gunakan dalam penyediaan penyata kewangan.
Uji Kefahaman :
Nyatakan bentuk penyata-penyata kewangan yang terdapat di sesebuah syarikat
Lembaran Imbangan - lembaran imbangan melaporkan kedudukan kewangan syarikat
pada satu titik masa.
Penyata pendapatan - penyata pendapatan syarikat menunjukkan operasi syarikat bagi
suatu tempoh masa.
Penyata Aliran Tunai - penyata aliran tunai menunjukkan perubahan kedudukan tunai
sepanjang tempoh seperti yang diliputi oleh penyata pendapatan.
Nota-nota selepas penyata kewangan - nota- nota penyata pendapatan ini menjelaskan
maklumat yang terkandung dalam penyata-penyata kewangan. Nota-nota ini
menyampaikan polisi-polisi perakaunan yang digunakan dalam penyediaan penyata
kewangan.
(6 markah)
DBF 3123 BUSINESS FINANCE
3.2 Analisis Nisbah Kewangan
Nisbah kewangan dapat memberi gambaran kepada kekuatan kewangan dan kelemahan syarikat. Nisbah ini
membolehkan pihak-pihak tertentu membandingkan data kewangan firma sekurang-kurangnya dalam tiga keadaan:
(i) Menilai nisbah firma untuk mengenalpasti corak dan arah firma ( misalnya sepanjang tiga tahun yang lalu).
(ii) Membandingkan nisbah firma dengan firma lain.
(iii) Membandingkan nisbah firma dengan purata industri yang sama.
Analisis nisbah kewangan firma akan menjawab persoalan tentang :
i.
Kecairan
ii.
Kecekapan/aktiviti
iii.
Leveraj
iv.
Keberuntungan
DBF 3123 BUSINESS FINANCE
Berikut adalah Lembaran Imbangan dan Penyata Pendapatan Syarikat Giat Selatan Bhd. yang akan digunakan sebagai
contoh untuk menerangkan 4 kategori nisbah kewangan di atas:
Jadual 3.1
Giat Selatan Bhd.
Lembaran Imbangan pada
31.12.2000
Tunai
RM
( ‘000)
1,500
Akauan Belum terima
Inventori
48,000
136,500
Jumlah Aset Semasa
186,000
Tanah
Bangunan dan Peralatan (bersih) (
susutnilai – 114,000)
Jumlah Aset Tetap
78,000
186,000
264,000
450,000
Pinjaman Jangkapendek
66,000
Akaun belum bayar
Cukai belum bayar
71,000
70,000
Jumlah Liabiliti Semasa
207,000
Pinjaman jangka panjang
68,850
Saham Biasa
Pendapatan Tertahan
94,500
79,650
Jumlah Liabiliti dan Ekuiti
450,000
DBF 3123 BUSINESS FINANCE
Jadual 3.2
Giat Selatan Bhd.
Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31.12.2000
RM
( ‘000)
Jualan
Kos barang-barang di jual
480,000
288,000
Untung Kasar
192,000
Belanja tetap mengurus
63,000
Belanja berubah mengurus
48,000
Susutnilai
30,000
Faedah
18,300
Untung sebelum cukai
Cukai 50%
32,700
16,350
Untung Bersih
16,350
DBF 3123 BUSINESS FINANCE
Nisbah-nisbah kewangan bagi tahun 2000 boleh dikira berdasarkan maklumat di Jadual 3.1 dan Jadual 3.2
1.
Nisbah Kecairan
Pengukuran ini di lakukan ke atas tunai dan aset yang boleh di tukarkan kepada tunai dalam setahun dan
liabiliti yang perlu di bayar dalam setahun. Oleh itu untuk menganggarkan kecairan firma secara relatif:
(a) Nisbah Semasa
Nisbah Semasa= Aset Semasa
Liabiliti Semasa
Nisbah Semasa = 186,000
207,000
= 0.90 x
Purata industri = 1.80 x
Untuk tahun 2000, aset semasa Giat Selatan tidak mampu memenuhi tuntutan untuk menyempurnakan
tuntutan terhadap liabiliti semasanya. Nisbah ini menunjukkan tahap kecairan yang tidak memuaskan.
(b) Nisbah Cepat
Oleh kerana inventori (stok) biasanya adalah yang paling tidak cair antara aset
firma, maka adalah wajar untuk menolaknya daripada aset semasa. Ini
membolehkan pengukuran kecairan yang lebih sempurna.
Nisbah Cepat = Aset Semasa - Inventori
Liabiliti Semasa
= 186,000 – 136,500
207,000
= 0.24 x
Purata Industri = 0.70 x
Nisbah Cepat
Setelah ditolak inventori, nisbah cepat Syarikat Giat Selatan berada di bawah paras industri. Ini
menunjukkan keadaan yang tidak memuaskan dari segi memenuhi tuntutan semasa.
2.
Nisbah Kecekapan / Aktiviti
Nisbah ini mengukur sejauhmana kecekapan firma menggunakan sumber-sumbernya untuk menghasilkan
jualan. Di antaranya ialah keberkesanan atau kecekapan firma menguruskan pelaburannya dalam inventori
ditunjukkan oleh bilangan kali inventori itu dipusing ganti sepanjang tahun.
DBF 3123 BUSINESS FINANCE
(a) Pusing ganti inventori
Pusing ganti inventori = Kos Barang Dijual
Inventori
Pusing ganti inventori = 288,000
136,500
= 2.1 x
Purata Industri = 2.5 x
Giat Selatan Bhd. memusing ganti inventorinya 2.1x iaitu di bawah paras purata industri. Nisbah pusing ganti Giat
Selatan Bhd. ini tidak menunjukkan keadaan yang baik dibandingkan dengan purata industri.
(b) Masa Pungutan Purata
Nisbah ini menggambarkan secepat mana akaun kredit firma dikutip. Semakin cekap firma
menguruskan pelaburan dalam akaun belum terimanya, semakin rendah hari kutipan bagi akaun belum
terimanya.
Masa Pungutan Purata = Akaun Belum Terima
x
360 hari
Jualan
Masa Pungutan Purata = 48,000
Purata Industri
x
360 hari
480,000
= 36 hari.
= 37 hari
Giat Selatan Bhd. secara puratanya mengutip jualan kreditnya setiap 36 hari. Ini adalah lebih baik dari
purata industri secara keseluruhannya.
(c ) Pusing ganti jumlah aset
Menunjukkan sebanyak mana jualan firma dihasilkan bagi setiap ringgit yang ia telah
laburkan dalam aset.
Pusing ganti jumlah aset =
Jualan
Jumlah aset
DBF 3123 BUSINESS FINANCE
Pusing ganti jumlah aset = 480,000
450,000
= 1.07 x
Purata industri = 1.14 x
Pusing ganti jumlah aset bagi Giat Selatan Bhd. adalah memuaskan dibandingkan dengan purata industri
iaitu 1.14 x. Nisbah ini menggambarkan pihak pengurusan firma telah menggunakan dengan cekap sumbersumbernya untuk menjanakan jualan.
(d) Pusing ganti aset tetap
Nisbah ini mengukur sejauhmana kecekapan firma menggunakan pelaburannya dalam aset tetap.
Pusing ganti aset tetap =
Jualan
Aset tetap
Pusing ganti aset tetap = 480,000
264,000
= 1.8 x
Purata Industri = 1.4 x
Giat Selatan Bhd. mempunyai pelaburan dalam aset tetap yang lebih besar dibandingkan secara relatif
dengan purata industri. Ia menunjukkan kecekapan yang lebih tinggi iaitu 1.8 x di bandingkan dengan
purata industri 1.4 x.
(e) Pusing ganti Ak. Belum Terima (ABT)
Pusing ganti ABT kerap kali digunakan bergantian dengan nisbah purata masa
kutipan kerana ia memberi maklumat yang lebih kurang sama.
Pusing ganti ABT = Jualan kredit
ABT
Pusing ganti ABT = 480,000
48,000
= 10 x
Purata industri = 9.9 x
Nisbah ini menunjukkan bahawa ABT berpusing ganti pada kadar 10 x setahun.
DBF 3123 BUSINESS FINANCE
3.
Nisbah Leveraj
Leveraj kewangan atau hutang berlaku apabila firma membiayai pelaburannya dari sumber
selain daripada modal pemilik firma atau saham biasa dalam syarikat berhad.
(a) Nisbah Hutang
Nisbah ini megukur sejauhmana jumlah aset firma dibiayai dari pinjaman hutang.
Nisbah hutang = Jumlah liabiliti
Jumlah aset
Nisbah hutang
= 207,000 + 68,850
450,000
=
61.3%
Purata industri = 50%
Nisbah ini menunjukkan bagi setiap ringgit aset, 61.3 sen dibiayai oleh hutang. Nisbah ini
adalah agak tinggi dibandingkan dengan purata industri yang hanya 50% atau 50 sen bagi
setiap ringgit aset.
(b) Pulangan atas faedah
Nisbah ini menunjukkan sejauhmana firma mampu untuk memenuhi tuntutan pembayaran
faedah daripada pendapatan operasi tahunannya.
Pulangan atas faedah = Pendapatan sebelum faedah dan cukai (EBIT)
Belanja faedah
Pulangan atas faedah = 51,000
18,300
= 2.8 x
Purata industri = 3.8 x
Nisbah ini menunjukkan ia adalah lebih rendah daripada purata industri. Ini dapat dijelaskan
daripada penggunaan hutang/leveraj yang tinggi seperti yang ditunjukkan dalam nisbah
hutang.
(c) Nisbah hutang ekuiti
Nisbah hutang ekuiti mengukur amaun hutang bagi setiap ringgit ekuiti.
DBF 3123 BUSINESS FINANCE
Nisbah hutang ekuiti = Jumlah liabiliti ( hutang)
Ekuiti pemegang saham
Nisbah hutang ekuiti =
207000 + 68850
174150
= 1.58 x
Purata industri = 1.42 x
Nisbah firma ini menunjukkan bahawa bagi setiap ringgit ekuiti, amaun hutangnya ialah RM1.58.
(d) Nisbah pengganda ekuiti
Nisbah pengganda ekuiti menunjukkan berapa banyak jumlah aset yang dimiliki syarikat bagi setiap
ringgit ekuiti.
Pengganda Ekuiti =
Jumlah Aset
Ekuiti pemegang saham
Pengganda Ekuiti =
Purata industri
450,000
174 150
= 2.58 x
= 2.60 x
Nisbah ini memberi gambaran sejauh manakah aset dibiayai oleh ekuiti.
(e) Nisbah hutang jangka panjang ke atas jumlah permodalan
Nisbah ini menunjukkan sejauhmana firma menggunakan pinjaman jangkapanjang dalam
pembiayaan kekalnya.
Pinjaman jangkapanjang ke atas =
jumlah permodalan
Liabiliti jangka panjang
Liabiliti jangka panjang + stok terutama
+ ekuiti biasa
DBF 3123 BUSINESS FINANCE
Pinjaman jangkapanjang ke atas =
jumlah permodalan
68,850
68,850 + 94,500 + 79,650
=
68,850
243,000
= 28%
Purata industri = 35%
Giat Selatan Bhd membiayai hutangnya lebih kurang 28% daripada pembiayaan kekal dari sumber hutangnya.
Adalah terbukti Giat Selatan menggunakan hutang jangka panjang yang lebih rendah jika dibandingkan dengan
purata industri.
4.
Nisbah Keberuntungan
Nisbah keberuntungan menunjukkan keberkesanan aktiviti urusniaga dan keupayaan syarikat dalam menjanakan
keuntungan. Nisbah ini menggambarkan pencapaian operasi, risiko dan kesan leveraj.
Nisbah keberuntungan berguna untuk menjawab persoalan-persoalan berikut:
(i) Berapakah keuntungan yang dihasilkan oleh firma ke atas setiap ringgit aset?
(ii) Berapakah keuntungan yang dapat dihasilkan bagi setiap ringgit jualan?
(a)
Nisbah margin untung kasar
Nisbah ini membandingkan untung kasar kepada jualan dan menerangkan sebanyak mana setiap ringgit
jualan menghasilkan untung kasar.
Margin untung kasar = Untung kasar
Jualan
Margin untung kasar = 192,000
480,000
= 0.4 @ 40%
Purata industri = 38%
Margin untung kasar bagi Giat Selatan Bhd. adalah 40% atau 40 sen bagi setiap ringgit jualan. Ia
menggambarkan ‘ mark-up’ ke atas kos barang dijual. Ia juga menggambarkan kemampuan pihak pengurusan
untuk meminimumkan kos barang dijual firma dibandingkan dengan jualan.
DBF 3123 BUSINESS FINANCE
(b) Margin untung operasi
Margin untung operasi menggambarkan belanja operasi firma dan kos barang dijual. Ia menunjukkan
keberkesanan operasi secara menyeluruh.
Margin untung operasi = Pendapatan operasi bersih (EBIT)
Jualan
Margin untung operasi = 32700 + 18300
480,000
= 0.11 @ 11%
Purata industri
= 10%
Nisbah margin untung operasi firma adalah lebih tinggi daripada purata industri. Oleh itu belanja operasi
per ringgit jualan bagi syarikat adalah lebih rendah daripada purata industri. Ini menandakan kedudukan
syarikat adalah memuaskan.
( c) Margin untung bersih
Nisbah ini menunjukkan margin untung bersih selepas cukai firma
peratusan daripada jualan.
sebagai
Margin untung bersih = Pendapatan bersih
Jualan
Margin untung bersih = 16350
480,000
= 0.034 @ 3.4%
Purata industri
= 3.5 %
Ini menunjukkan bahawa 3.4 sen bagi setiap ringgit jualan menjadi keuntungan selepas cukai. Nisbah ini
menggambarkan kos barang di jual, belanja operasi, belanja faedah dan cukai adalah di dalam kawalan pihak
pengurusan.
(d)
Pulangan atas jumlah aset (ROA)
DBF 3123 BUSINESS FINANCE
Nisbah ini memberi gambaran perkaitan antara pendapatan selepas cukai kepada jumlah aset firma.
Pulangan atas jumlah aset (ROA) =
Pendapatan bersih
Jumlah aset
Pulangan atas jumlah aset (ROA) = 16350
Purata industri
140,000
= 0.0363 @ 3.6%
= 4.0 %
Keadaan nisbah syarikat menunjukkan pulangan daripada aset adalah rendah berbanding purata industri iaitu
4.0 sen bagi setiap ringgit aset.
(e) Pulangan atas pemilik ekuiti (ROE)
Nisbah ini adalah pendapatan bersih setelah ditolak dividen saham terutama firma, iaitu pendapatan untuk
pemegang saham biasa. Ia mengukur kecekapan syarikat menjanakan untung kepada pemegang-pemegang
saham syarikat.
Pulangan atas pemilik ekuiti (ROE) = Untung bersih
Ekuiti pemilik
Pulangan atas pemilik ekuiti (ROE) =
16350
174150
= 0.094 @ 9.4%
Purata industri = 9.5%
Pulangan syarikat adalah rendah di bandingkan dengan purata industri, di mana kedudukan pemegang
saham adalah tidak begitu memuaskan.
DBF 3123 BUSINESS FINANCE
Jadual 3.3
Perbandingan nisbah kewangan Syarikat Giat Selatan Bhd. dengan purata industri.
Nisbah-nisbah
Nisbah Giat
Selatan
Bhd.
Purata Industri
0.9 x
0.24 x
1.8 x
0.7 x
Tidak memuaskan
Tidak memuaskan
2.1x
36 hari
1.1 x
1.8 x
10 x
2.5 x
37 hari
1.14 x
1.4 x
9.9 x
Tidak memuaskan
Memuaskan
Memuaskan
Memuaskan
Memuaskan
Komen
Nisbah Kecairan
1. Nisbah semasa
2. Nisbah Cepat
Nisbah Kecekapan/ aktiviti
3. Pusing ganti inventori
4. Masa pungutan purata
5. Pusing ganti jumlah aset
6. Pusing ganti aset tetap
7. Pusing ganti Ak. Belum terima
DBF 3123 BUSINESS FINANCE
Nisbah Giat
Selatan
Bhd.
Purata Industri
Komen
61.3%
2.8 x
1.58 x
2.58 x
28%
50%
3.8 x
1.42 x
2.60 x
35%
Tidak memuaskan
Tidak memuaskan
Tidak memuaskan
Tidak memuaskan
Memuaskan
13. Margin untung kasar
14. Margin untung operasi
40%
11%
38%
10%
Memuaskan
Memuaskan
15. Margin untung bersih
3.4%
3.5%
Memuaskan
16. Pulangan atas jumlah aset
3.6%
4.0%
Tidak memuaskan
9.4%
9.5%
Tidak memuaskan
Nisbah-nisbah
Nisbah Leveraj
8. Nisbah hutang
9. Pulangan atas faedah
10. Nisbah hutang ekuiti
11. Pengganda ekuiti
12. Hutang jangka panjang ke
atas jumlah permodalan
Nisbah Keberuntungan
(ROA)
17. Pulangan atas pemilik ekuiti
(ROE)
Rumusan Nisbah Kewangan Syarikat Giat Selatan Bhd.
Jadual 3.3 di atas merumuskan nisbah Giat Selatan Bhd. dan perbandingan dengan nisbah
purata industri. Berikut ialah keputusan perbandingan tersebut:
(i)
Kedudukan nisbah kecairan Giat Selatan Bhd. adalah lebih rendah daripada nisbah
purata industri dan secara keseluruhannya nisbah ini adalah tidak memuaskan.
(ii) Nisbah aktiviti ataupun kecekapan menunjukkan pihak pengurusan adalah cekap dan
berkesan menggunakan aset-aset melainkan pusing ganti inventori yang agak rendah.
Secara keseluruhannya nisbah ini adalah memuaskan.
(iii) Giat Selatan Bhd. telah menggunakan nisbah leveraj kewangan yang agak tinggi iaitu
61.3% daripada aset syarikat dibiayai oleh hutang. Firma tidak mampu lagi untuk
membiayai asetnya dengan hutang kerana pulangan atas faedah yang rendah di
bandingkan dengan purata industri.Secara keseluruhannya nisbah ini adalah tidak
memuaskan.
(iv) Nisbah keberuntungan secara keseluruhannya adalah memuaskan dan menunjukkan
kecekapan pihak pengurusan memperolehi untung. Walau bagaimanapun pulangan
atas aset adalah agak rendah.
Download