DBF 3123 BUSINESS FINANCE CHAPTER 3 : ANALISIS KEWANGAN 3.0 Pengenalan Analisis penyata kewangan merupakan satu proses menterjemahkan data yang terdapat dalam penyata kewangan sesebuah organisasi perniagaan kepada maklumat yang bermakna untuk kegunaan pihak dalaman atau pihak luar yang mempunyai kepentingan dalam syarikat seperti pemegang saham, pemegang bon dan kreditor. Ia juga digunakan dalam syarikat untuk merancang berbagai aktiviti. Penyata kewangan juga digunakan untuk mengawasi pencapaian pekerja dan ia diperlukan untuk tujuan pencukaian. 3.1 Bentuk Penyata Kewangan 3.1.1 Lembaran Imbangan Lembaran Imbangan melaporkan kedudukan kewangan syarikat pada satu titik masa tertentu 3.1.2 Penyata Pendapatan Penyata pendapatan syarikat menunjukkan operasi syarikat bagi suatu tempoh masa. Ia melaporkan hasil, belanja dan untung (atau rugi) syarikat bagi suatu tempoh masa. 3.1.3 Penyata Aliran Tunai Penyata aliran tunai menunjukkan perubahan kedudukan tunai sepanjang tempoh seperti yang diliputi oleh penyata pendapatan. Ia menjadi pelengkap kepada penyata pendapatan dan lembaran imbangan. Perubahan dalam kedudukan tunai boleh disebabkan oleh berbagai urusniaga syarikat. 3.1.4 Nota-Nota Selepas Penyata Kewangan Dalam laporan tahunan penyata-penyata kewangan selalunya diikuti oleh nota-nota terperinci. Nota-nota ini menjelaskan atau memperluaskan maklumat yang terkandung dalam penyata-penyata kewangan. Nota-nota ini menyampaikan polisi-polisi perakaunan yang di gunakan dalam penyediaan penyata kewangan. Uji Kefahaman : Nyatakan bentuk penyata-penyata kewangan yang terdapat di sesebuah syarikat Lembaran Imbangan - lembaran imbangan melaporkan kedudukan kewangan syarikat pada satu titik masa. Penyata pendapatan - penyata pendapatan syarikat menunjukkan operasi syarikat bagi suatu tempoh masa. Penyata Aliran Tunai - penyata aliran tunai menunjukkan perubahan kedudukan tunai sepanjang tempoh seperti yang diliputi oleh penyata pendapatan. Nota-nota selepas penyata kewangan - nota- nota penyata pendapatan ini menjelaskan maklumat yang terkandung dalam penyata-penyata kewangan. Nota-nota ini menyampaikan polisi-polisi perakaunan yang digunakan dalam penyediaan penyata kewangan. (6 markah) DBF 3123 BUSINESS FINANCE 3.2 Analisis Nisbah Kewangan Nisbah kewangan dapat memberi gambaran kepada kekuatan kewangan dan kelemahan syarikat. Nisbah ini membolehkan pihak-pihak tertentu membandingkan data kewangan firma sekurang-kurangnya dalam tiga keadaan: (i) Menilai nisbah firma untuk mengenalpasti corak dan arah firma ( misalnya sepanjang tiga tahun yang lalu). (ii) Membandingkan nisbah firma dengan firma lain. (iii) Membandingkan nisbah firma dengan purata industri yang sama. Analisis nisbah kewangan firma akan menjawab persoalan tentang : i. Kecairan ii. Kecekapan/aktiviti iii. Leveraj iv. Keberuntungan DBF 3123 BUSINESS FINANCE Berikut adalah Lembaran Imbangan dan Penyata Pendapatan Syarikat Giat Selatan Bhd. yang akan digunakan sebagai contoh untuk menerangkan 4 kategori nisbah kewangan di atas: Jadual 3.1 Giat Selatan Bhd. Lembaran Imbangan pada 31.12.2000 Tunai RM ( ‘000) 1,500 Akauan Belum terima Inventori 48,000 136,500 Jumlah Aset Semasa 186,000 Tanah Bangunan dan Peralatan (bersih) ( susutnilai – 114,000) Jumlah Aset Tetap 78,000 186,000 264,000 450,000 Pinjaman Jangkapendek 66,000 Akaun belum bayar Cukai belum bayar 71,000 70,000 Jumlah Liabiliti Semasa 207,000 Pinjaman jangka panjang 68,850 Saham Biasa Pendapatan Tertahan 94,500 79,650 Jumlah Liabiliti dan Ekuiti 450,000 DBF 3123 BUSINESS FINANCE Jadual 3.2 Giat Selatan Bhd. Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31.12.2000 RM ( ‘000) Jualan Kos barang-barang di jual 480,000 288,000 Untung Kasar 192,000 Belanja tetap mengurus 63,000 Belanja berubah mengurus 48,000 Susutnilai 30,000 Faedah 18,300 Untung sebelum cukai Cukai 50% 32,700 16,350 Untung Bersih 16,350 DBF 3123 BUSINESS FINANCE Nisbah-nisbah kewangan bagi tahun 2000 boleh dikira berdasarkan maklumat di Jadual 3.1 dan Jadual 3.2 1. Nisbah Kecairan Pengukuran ini di lakukan ke atas tunai dan aset yang boleh di tukarkan kepada tunai dalam setahun dan liabiliti yang perlu di bayar dalam setahun. Oleh itu untuk menganggarkan kecairan firma secara relatif: (a) Nisbah Semasa Nisbah Semasa= Aset Semasa Liabiliti Semasa Nisbah Semasa = 186,000 207,000 = 0.90 x Purata industri = 1.80 x Untuk tahun 2000, aset semasa Giat Selatan tidak mampu memenuhi tuntutan untuk menyempurnakan tuntutan terhadap liabiliti semasanya. Nisbah ini menunjukkan tahap kecairan yang tidak memuaskan. (b) Nisbah Cepat Oleh kerana inventori (stok) biasanya adalah yang paling tidak cair antara aset firma, maka adalah wajar untuk menolaknya daripada aset semasa. Ini membolehkan pengukuran kecairan yang lebih sempurna. Nisbah Cepat = Aset Semasa - Inventori Liabiliti Semasa = 186,000 – 136,500 207,000 = 0.24 x Purata Industri = 0.70 x Nisbah Cepat Setelah ditolak inventori, nisbah cepat Syarikat Giat Selatan berada di bawah paras industri. Ini menunjukkan keadaan yang tidak memuaskan dari segi memenuhi tuntutan semasa. 2. Nisbah Kecekapan / Aktiviti Nisbah ini mengukur sejauhmana kecekapan firma menggunakan sumber-sumbernya untuk menghasilkan jualan. Di antaranya ialah keberkesanan atau kecekapan firma menguruskan pelaburannya dalam inventori ditunjukkan oleh bilangan kali inventori itu dipusing ganti sepanjang tahun. DBF 3123 BUSINESS FINANCE (a) Pusing ganti inventori Pusing ganti inventori = Kos Barang Dijual Inventori Pusing ganti inventori = 288,000 136,500 = 2.1 x Purata Industri = 2.5 x Giat Selatan Bhd. memusing ganti inventorinya 2.1x iaitu di bawah paras purata industri. Nisbah pusing ganti Giat Selatan Bhd. ini tidak menunjukkan keadaan yang baik dibandingkan dengan purata industri. (b) Masa Pungutan Purata Nisbah ini menggambarkan secepat mana akaun kredit firma dikutip. Semakin cekap firma menguruskan pelaburan dalam akaun belum terimanya, semakin rendah hari kutipan bagi akaun belum terimanya. Masa Pungutan Purata = Akaun Belum Terima x 360 hari Jualan Masa Pungutan Purata = 48,000 Purata Industri x 360 hari 480,000 = 36 hari. = 37 hari Giat Selatan Bhd. secara puratanya mengutip jualan kreditnya setiap 36 hari. Ini adalah lebih baik dari purata industri secara keseluruhannya. (c ) Pusing ganti jumlah aset Menunjukkan sebanyak mana jualan firma dihasilkan bagi setiap ringgit yang ia telah laburkan dalam aset. Pusing ganti jumlah aset = Jualan Jumlah aset DBF 3123 BUSINESS FINANCE Pusing ganti jumlah aset = 480,000 450,000 = 1.07 x Purata industri = 1.14 x Pusing ganti jumlah aset bagi Giat Selatan Bhd. adalah memuaskan dibandingkan dengan purata industri iaitu 1.14 x. Nisbah ini menggambarkan pihak pengurusan firma telah menggunakan dengan cekap sumbersumbernya untuk menjanakan jualan. (d) Pusing ganti aset tetap Nisbah ini mengukur sejauhmana kecekapan firma menggunakan pelaburannya dalam aset tetap. Pusing ganti aset tetap = Jualan Aset tetap Pusing ganti aset tetap = 480,000 264,000 = 1.8 x Purata Industri = 1.4 x Giat Selatan Bhd. mempunyai pelaburan dalam aset tetap yang lebih besar dibandingkan secara relatif dengan purata industri. Ia menunjukkan kecekapan yang lebih tinggi iaitu 1.8 x di bandingkan dengan purata industri 1.4 x. (e) Pusing ganti Ak. Belum Terima (ABT) Pusing ganti ABT kerap kali digunakan bergantian dengan nisbah purata masa kutipan kerana ia memberi maklumat yang lebih kurang sama. Pusing ganti ABT = Jualan kredit ABT Pusing ganti ABT = 480,000 48,000 = 10 x Purata industri = 9.9 x Nisbah ini menunjukkan bahawa ABT berpusing ganti pada kadar 10 x setahun. DBF 3123 BUSINESS FINANCE 3. Nisbah Leveraj Leveraj kewangan atau hutang berlaku apabila firma membiayai pelaburannya dari sumber selain daripada modal pemilik firma atau saham biasa dalam syarikat berhad. (a) Nisbah Hutang Nisbah ini megukur sejauhmana jumlah aset firma dibiayai dari pinjaman hutang. Nisbah hutang = Jumlah liabiliti Jumlah aset Nisbah hutang = 207,000 + 68,850 450,000 = 61.3% Purata industri = 50% Nisbah ini menunjukkan bagi setiap ringgit aset, 61.3 sen dibiayai oleh hutang. Nisbah ini adalah agak tinggi dibandingkan dengan purata industri yang hanya 50% atau 50 sen bagi setiap ringgit aset. (b) Pulangan atas faedah Nisbah ini menunjukkan sejauhmana firma mampu untuk memenuhi tuntutan pembayaran faedah daripada pendapatan operasi tahunannya. Pulangan atas faedah = Pendapatan sebelum faedah dan cukai (EBIT) Belanja faedah Pulangan atas faedah = 51,000 18,300 = 2.8 x Purata industri = 3.8 x Nisbah ini menunjukkan ia adalah lebih rendah daripada purata industri. Ini dapat dijelaskan daripada penggunaan hutang/leveraj yang tinggi seperti yang ditunjukkan dalam nisbah hutang. (c) Nisbah hutang ekuiti Nisbah hutang ekuiti mengukur amaun hutang bagi setiap ringgit ekuiti. DBF 3123 BUSINESS FINANCE Nisbah hutang ekuiti = Jumlah liabiliti ( hutang) Ekuiti pemegang saham Nisbah hutang ekuiti = 207000 + 68850 174150 = 1.58 x Purata industri = 1.42 x Nisbah firma ini menunjukkan bahawa bagi setiap ringgit ekuiti, amaun hutangnya ialah RM1.58. (d) Nisbah pengganda ekuiti Nisbah pengganda ekuiti menunjukkan berapa banyak jumlah aset yang dimiliki syarikat bagi setiap ringgit ekuiti. Pengganda Ekuiti = Jumlah Aset Ekuiti pemegang saham Pengganda Ekuiti = Purata industri 450,000 174 150 = 2.58 x = 2.60 x Nisbah ini memberi gambaran sejauh manakah aset dibiayai oleh ekuiti. (e) Nisbah hutang jangka panjang ke atas jumlah permodalan Nisbah ini menunjukkan sejauhmana firma menggunakan pinjaman jangkapanjang dalam pembiayaan kekalnya. Pinjaman jangkapanjang ke atas = jumlah permodalan Liabiliti jangka panjang Liabiliti jangka panjang + stok terutama + ekuiti biasa DBF 3123 BUSINESS FINANCE Pinjaman jangkapanjang ke atas = jumlah permodalan 68,850 68,850 + 94,500 + 79,650 = 68,850 243,000 = 28% Purata industri = 35% Giat Selatan Bhd membiayai hutangnya lebih kurang 28% daripada pembiayaan kekal dari sumber hutangnya. Adalah terbukti Giat Selatan menggunakan hutang jangka panjang yang lebih rendah jika dibandingkan dengan purata industri. 4. Nisbah Keberuntungan Nisbah keberuntungan menunjukkan keberkesanan aktiviti urusniaga dan keupayaan syarikat dalam menjanakan keuntungan. Nisbah ini menggambarkan pencapaian operasi, risiko dan kesan leveraj. Nisbah keberuntungan berguna untuk menjawab persoalan-persoalan berikut: (i) Berapakah keuntungan yang dihasilkan oleh firma ke atas setiap ringgit aset? (ii) Berapakah keuntungan yang dapat dihasilkan bagi setiap ringgit jualan? (a) Nisbah margin untung kasar Nisbah ini membandingkan untung kasar kepada jualan dan menerangkan sebanyak mana setiap ringgit jualan menghasilkan untung kasar. Margin untung kasar = Untung kasar Jualan Margin untung kasar = 192,000 480,000 = 0.4 @ 40% Purata industri = 38% Margin untung kasar bagi Giat Selatan Bhd. adalah 40% atau 40 sen bagi setiap ringgit jualan. Ia menggambarkan ‘ mark-up’ ke atas kos barang dijual. Ia juga menggambarkan kemampuan pihak pengurusan untuk meminimumkan kos barang dijual firma dibandingkan dengan jualan. DBF 3123 BUSINESS FINANCE (b) Margin untung operasi Margin untung operasi menggambarkan belanja operasi firma dan kos barang dijual. Ia menunjukkan keberkesanan operasi secara menyeluruh. Margin untung operasi = Pendapatan operasi bersih (EBIT) Jualan Margin untung operasi = 32700 + 18300 480,000 = 0.11 @ 11% Purata industri = 10% Nisbah margin untung operasi firma adalah lebih tinggi daripada purata industri. Oleh itu belanja operasi per ringgit jualan bagi syarikat adalah lebih rendah daripada purata industri. Ini menandakan kedudukan syarikat adalah memuaskan. ( c) Margin untung bersih Nisbah ini menunjukkan margin untung bersih selepas cukai firma peratusan daripada jualan. sebagai Margin untung bersih = Pendapatan bersih Jualan Margin untung bersih = 16350 480,000 = 0.034 @ 3.4% Purata industri = 3.5 % Ini menunjukkan bahawa 3.4 sen bagi setiap ringgit jualan menjadi keuntungan selepas cukai. Nisbah ini menggambarkan kos barang di jual, belanja operasi, belanja faedah dan cukai adalah di dalam kawalan pihak pengurusan. (d) Pulangan atas jumlah aset (ROA) DBF 3123 BUSINESS FINANCE Nisbah ini memberi gambaran perkaitan antara pendapatan selepas cukai kepada jumlah aset firma. Pulangan atas jumlah aset (ROA) = Pendapatan bersih Jumlah aset Pulangan atas jumlah aset (ROA) = 16350 Purata industri 140,000 = 0.0363 @ 3.6% = 4.0 % Keadaan nisbah syarikat menunjukkan pulangan daripada aset adalah rendah berbanding purata industri iaitu 4.0 sen bagi setiap ringgit aset. (e) Pulangan atas pemilik ekuiti (ROE) Nisbah ini adalah pendapatan bersih setelah ditolak dividen saham terutama firma, iaitu pendapatan untuk pemegang saham biasa. Ia mengukur kecekapan syarikat menjanakan untung kepada pemegang-pemegang saham syarikat. Pulangan atas pemilik ekuiti (ROE) = Untung bersih Ekuiti pemilik Pulangan atas pemilik ekuiti (ROE) = 16350 174150 = 0.094 @ 9.4% Purata industri = 9.5% Pulangan syarikat adalah rendah di bandingkan dengan purata industri, di mana kedudukan pemegang saham adalah tidak begitu memuaskan. DBF 3123 BUSINESS FINANCE Jadual 3.3 Perbandingan nisbah kewangan Syarikat Giat Selatan Bhd. dengan purata industri. Nisbah-nisbah Nisbah Giat Selatan Bhd. Purata Industri 0.9 x 0.24 x 1.8 x 0.7 x Tidak memuaskan Tidak memuaskan 2.1x 36 hari 1.1 x 1.8 x 10 x 2.5 x 37 hari 1.14 x 1.4 x 9.9 x Tidak memuaskan Memuaskan Memuaskan Memuaskan Memuaskan Komen Nisbah Kecairan 1. Nisbah semasa 2. Nisbah Cepat Nisbah Kecekapan/ aktiviti 3. Pusing ganti inventori 4. Masa pungutan purata 5. Pusing ganti jumlah aset 6. Pusing ganti aset tetap 7. Pusing ganti Ak. Belum terima DBF 3123 BUSINESS FINANCE Nisbah Giat Selatan Bhd. Purata Industri Komen 61.3% 2.8 x 1.58 x 2.58 x 28% 50% 3.8 x 1.42 x 2.60 x 35% Tidak memuaskan Tidak memuaskan Tidak memuaskan Tidak memuaskan Memuaskan 13. Margin untung kasar 14. Margin untung operasi 40% 11% 38% 10% Memuaskan Memuaskan 15. Margin untung bersih 3.4% 3.5% Memuaskan 16. Pulangan atas jumlah aset 3.6% 4.0% Tidak memuaskan 9.4% 9.5% Tidak memuaskan Nisbah-nisbah Nisbah Leveraj 8. Nisbah hutang 9. Pulangan atas faedah 10. Nisbah hutang ekuiti 11. Pengganda ekuiti 12. Hutang jangka panjang ke atas jumlah permodalan Nisbah Keberuntungan (ROA) 17. Pulangan atas pemilik ekuiti (ROE) Rumusan Nisbah Kewangan Syarikat Giat Selatan Bhd. Jadual 3.3 di atas merumuskan nisbah Giat Selatan Bhd. dan perbandingan dengan nisbah purata industri. Berikut ialah keputusan perbandingan tersebut: (i) Kedudukan nisbah kecairan Giat Selatan Bhd. adalah lebih rendah daripada nisbah purata industri dan secara keseluruhannya nisbah ini adalah tidak memuaskan. (ii) Nisbah aktiviti ataupun kecekapan menunjukkan pihak pengurusan adalah cekap dan berkesan menggunakan aset-aset melainkan pusing ganti inventori yang agak rendah. Secara keseluruhannya nisbah ini adalah memuaskan. (iii) Giat Selatan Bhd. telah menggunakan nisbah leveraj kewangan yang agak tinggi iaitu 61.3% daripada aset syarikat dibiayai oleh hutang. Firma tidak mampu lagi untuk membiayai asetnya dengan hutang kerana pulangan atas faedah yang rendah di bandingkan dengan purata industri.Secara keseluruhannya nisbah ini adalah tidak memuaskan. (iv) Nisbah keberuntungan secara keseluruhannya adalah memuaskan dan menunjukkan kecekapan pihak pengurusan memperolehi untung. Walau bagaimanapun pulangan atas aset adalah agak rendah.