Uploaded by Nor Hanisah Ishak

CHAPTER 5

advertisement
CHAPTER 5 : PENGURUSAN MODAL KERJA: PENGURUSAN TUNAI DAN SEKURITI BOLEH
PASAR
5.1 Pengenalan
Tunai adalah wang kertas atau wang syiling yang dimiliki oleh individu atau syarikat samada dalam
simpanan, berbentuk cek, dipegang atau dalam akaun syarikat.
Sekuriti boleh pasar pula adalah pelaburan-pelaburan sekuriti berfaedah pasaran wang yang boleh digunakan
oleh syarikat untuk mendapatkan pulangan sementara atas dana-dana terbiar.
5.2 Objektif dan Fungsi Pengurusan Tunai
Dua objektif dan fungsi utama pengurusan tunai adalah:
I.
Syarikat seharusnya mempunyai tunai yang mencukupi untuk memenuhi keperluan menjalankan
perniagaan.
II.
Syarikat seharusnya tidak terlalu menyimpan terlalu banyak tunai sebaliknya membuat pelaburan
supaya baki tunai yang tidak di gunakan adalah minimum.
5.3 Aturcara-aturcara dalam Pengutipan dan Pembayaran Tunai
4.3.1 Aturcara Dalam Pengutipan Tunai
I. Pengutipan tunai mengikut sistem biasa.
II. Sistem peti berkunci dan sistem bayaran PAC (preauthorized cheques).
 Sistem Peti Berkunci
Sistem peti berkunci (lock box system) ialah suatu perkhidmatan yang selalu digunakan untuk
mempercepatkan pungutan tunai. Perkhidmatan ini ditawarkan oleh bank komersial. Objektifnya
ialah untuk mengurangkan kedua-dua jenis apungan iaitu apungan mel dan apungan pemprosesan.
Aturcara kutipan yang digunakan adalah sangat mudah. Syarikat penerima akan menyewa peti surat
di pejabat pos dan memberi kuasa kepada sebuah bank (di mana syarikat mempunyai akaun) untuk
mengambil kiriman-kiriman surat dari peti surat tersebut. Berikut adalah prosedur pegutipan tunai
melalui sistem peti berkunci:
a) Pelanggan diarahkan untuk membuat kiriman cek ke peti surat bernombor ini (bukan
kepada ibu pejabat/cawangan pejabat syarikat).
b) Bank mengambil surat daripada peti surat tersebut dan mendepositkan cek terus ke dalam
akaun syarikat berkenaan.
c) Bank boleh memaklumkan kepada syarikat akan jumlah yang dideposit ke akaun bank
setiap hari. Syarikat akan menerima salinan deposit dan senarai pembayaran bersama-sama
dengan sebarang surat yang disertakan dengan pembayaran. Syarikat yang menerima cek
dari seluruh negara akan mempunyai beberapa peti berkunci.
Sistem peti berkunci mempunyai beberapa kelebihan. Sistem ini dapat:
i.
Meningkatkan tunai yang boleh digunakan oleh syarikat.
ii.
Menghapuskan fungsi-fungsi perkeranian, maka kawalan odit yang lebih baik juga dapat
dicapai kerana pekerja syarikat tidak menerima cek.
iii.
Syarikat dapat mengetahui dengan lebih cepat akan cek-cek lambung(cek-cek ini akan
dipulangkan oleh bank kepada syarikat).

Sistem Bayaran PAC ( Preauthorized cheques)
Dalam sistem PAC ini, amaun bayaran dan tarikh bayaran telah ditetapkan terlebih dahulu.
Apabila tiba tarikh tersebut, amaun bayaran secara automatik akan ditolak daripada akaun
pelanggan bank masuk kepada akaun syarikat penerima.
Sistem ini berbeza daripada sistem cek biasa di mana ia tidak mengandungi atau memerlukan
tandatangan individu pemilik akaun. Sistem ini wujud apabila individu berkenaan memberikan
kuasanya. Sistem ini digunakan apabila syarikat menerima banyak bayaran daripada pelanggan
yang sama.
Prosedur pengutipan tunai melalui sistem bayaran PAC ialah :
i.
Pelanggan memberikan kuasa kepada syarikat penerima untuk menulis cek bagi pihak
mereka atas akaun masing- masing.
ii.
Perjanjian jaminan ditandatangani oleh pelanggan dan dimajukan kepada bank
masing-masing. Perjanjian ini memberikan kuasa kepada bank untuk membayar
apabila PAC dikemukakan bagi bayaran.
iii.
Syarikat menyediakan butiran tentang maklumat bayaran
iv.
Bank akan menerima maklumat daripada syarikat, mengeluarkan PAC, mendepositkan
cek kepada akaun syarikat dan memajukan cek untuk dijelaskan melalui sistem
perbankan komersial.
Sistem bayaran PAC ini mempunyai beberapa kelebihan. Sistem ini dapat:
a) Meningkatkan ramalan aliran masuk tunai kerana syarikat yang memulakan proses
kutipan tunai
b) Pelanggan tidak lagi perlu diganggu dengan bayaran secara berkala, semuanya
dilakukan untuk pihak beliau oleh bank.
c) Meningkatkan tunai yang boleh digunakan oleh syarikat kerana apungan mel dan
apungan pemprosesan telah dipendekkan berbanding sistem lain.
5.3.2 Aturcara Dalam Pembayaran Tunai.
Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan untuk pembayaran tunai. Kaedah-kaedah yang digunakan ialah
baki akaun sifar (zero balance accounts) dan bayaran melalui draf.
a)
Baki akaun sifar
Kaedah ini membenarkan kawalan pusat (ibu pejabat) ke atas semua pembayaran tunai tetapi pada
masa yang sama, kuasa masih ada dengan syarikat diperingkat cawangan. Kaedah ini dapat
memberikan kawalan yang lebih baik atas pembayaran tunai.
Berikut adalah prosedur pembayaran tunai melalui baki akaun sifar:
i.
Pekerja syarikat yang diberi kuasa akan menulis cek seperti biasa.
ii.
Cek-cek akan melalui sistem perbankan dan dimajukan kepada bank pusat untuk dikeluarkan
bayaran.
iii.
Cek-cek dibayar oleh bank dan baki-baki negatif akan ditunjukkan dalam akaun-akaun
berkenaan.
iv.
Di bank pusat jumlah yang sama akan dikurangkan daripada akaun pusat yang merupakan
akaun deposit utama.
Sistem akaun baki sifar ini mempunyai beberapa kelebihan. Sistem ini dapat:
i.
Membuat kawalan pusat bagi semua bayaran.
ii.
Masa yang dihabiskan bagi aktiviti pengurusan tunai yang tidak penting dapat dikurangkan.
iii.
Baki-baki tunai yang berlebihan dalam akaun-akaun dapat dikurangkan.
iv.
Peningkatan dalam apungan pembayaran.
b) Pembayaran Melalui Draf
Pembayaran melalui draf adalah menyerupai cek biasa. Tetapi ia tidak dijelaskan oleh bank. Draf
ditulis dan kuasa untuk di buat bayaran dikenakan oleh syarikat daripada akaunnya. Bank merupakan
pusat pungutan dan ia menyerahkan draf kepada syarikat berkenaan untuk semakan dan kelulusan
pembayaran. Mana-mana draf yang tidak mahu dibuat bayaran oleh syarikat akan di pulangkan kepada
bank pada keesokannya. Semua draf yang dipulangkan kepada bank akan dibayar. Objektif utama
sistem ini ialah untuk menyediakan kawalan bayaran yang berkesan seperti arahan oleh ibu pejabat
mengarahkan untuk menahan bayaran atas mana-mana draf yang difikirkan kurang sesuai. Bayaran
bagi setiap draf dilakukan selepas disemak dan diluluskan oleh syarikat.
Uji kefahaman :
1. Huraikan 2 objektif utama pengurusan tunai. (4 markah).
i.
Syarikat harus mempunyai tunai yang mencukupi untuk memenuhi keperluan menjalankan perniagaan.
(2 markah).
ii.
Syarikat seharusnya tidak terlalu menyimpan terlalu banyak tunai sebaliknya membuat pelaburan supaya
baki tunai yang tidak digunakan adalah minimum. (2 markah).
2. Huraikan 2 aturcara yang digunakan dalam pengutipan tunai dan 2 aturcara yang digunakan dalam
pembayaran tunai. (12 markah)
i.
2 aturcara pengutipan tunai:
a) Sistem peti berkunci.
Sistem peti berkunci (lock box system) ialah suatu perkhidmatan yang selalu digunakan untuk
mempercepatkan pungutan tunai. Perkhidmatan ini ditawarkan oleh bank komersial. Objektifnya
ialah untuk mengurangkan kedua-dua jenis apungan iaitu apungan mel dan apungan pemprosesan.
(3 markah)
b) Sistem Bayaran PAC
Dalam sistem PAC ini, amaun bayaran dan tarikh bayaran telah ditetapkan terlebih dahulu. Apabila
tiba tarikh tersebut, amaun bayaran secara automatik akan ditolak daripada akaun pelanggan bank
masuk kepada akaun syarikat penerima.
Sistem ini berbeza daripada sistem cek biasa di mana ia tidak mengandungi atau memerlukan
tandatangan individu pemilik akaun. (3 markah).
DBF 3123 BUSINESS FINANCE
ii.
2 aturcara pembayaran tunai:
a)
Baki akaun sifar
Kaedah ini membenarkan kawalan pusat (ibu pejabat) ke atas semua pembayaran
tunai tetapi pada masa yang sama, kuasa masih ada dengan syarikat di peringkat
cawangan. Kaedah ini dapat memberikan kawalan yang lebih baik atas pembayaran
tunai. (3 markah).
b)
Pembayaran melalui draf
Pembayaran melalui kaedah ini adalah menyerupai cek biasa. Tetapi ia tidak
dijelaskan oleh bank. Draf ditulis dan kuasa untuk di buat bayaran dikenakan oleh
syarikat daripada akaunnya. Bank merupakan pusat pungutan dan ia menyerahkan
draf kepada syarikat berkenaan untuk semakan dan kelulusan pembayaran.
(3 markah).
5.3 Jenis-jenis Sekuriti Boleh Pasar dan Pelaburan Dalam Sekuriti Boleh Pasar
Sekuriti boleh pasar adalah pelaburan yang tidak berisiko dan boleh di tukarkan oleh syarikat
kepada tunai dalam jangkamasa pendek. Terdapat beberapa jenis sekuriti boleh pasar seperti
bil-bil perbendaharaan, penerimaan jurubank, sijil deposit bolehniaga, perjanjian beli balik
dan kertas perdagangan.
5.3.1 Jenis-jenis Sekuriti Bolehpasar:
a) Bil Perbendaharaan
Ia merupakan salah satu instrumen pinjaman jangka pendek yang digunakan oleh
kerajaan yang menjanjikan pembayaran kepada pemegang dan pembawanya sejumlah
wang selepas tempoh yang tertentu. Di Malaysia, bil perbendaharaan dikeluarkan oleh
Bank Negara Malaysia bagi pihak kerajaan. Ia dijual pada kadar diskaun (kurang
daripada nilai muka). Bank sebagai pengeluar akan menerimanya kembali apabila bil
tersebut telah matang ( selalunya tempoh matang antara 3 bulan hingga setahun) dan akan
membayar kepada pemegang atau pembawanya pada nilai muka. Contoh: Bil
perbendaharaan dengan nilai muka RM 1000 dijual pada harga RM 920 dan mempunyai
tempoh matang setahun. Ini bermakna, anda dapat membelinya hari ini pada harga RM
920 dan selepas setahun bil ini dapat ditebus semula dengan harga RM 1000. Faedah
yang anda dapati adalah sebanyak RM 80.
DBF 3123 BUSINESS FINANCE
b) Penerimaan Jurubank
Ia merupakan satu kemudahan dana jangka pendek yang diberikan kepada pengusaha
industri impot dan ekspot.
Ia bertujuan melancarkan urusniaga perdagangan antarabangsa. “Penerimaan” wujud
apabila pihak bank menerima perjanjian perdagangan untuk membayar. Pelanggan
bank menggunakan penerimaan jurubank ini untuk membiayai urusniaga dengan
memberikan sekuriti ini kepada pembekal sebagai pertukaran untuk barangan atau
perkhidmatan. Pembekal yang menerima sekuriti ini, boleh memegang sekuriti tersebut
hingga matang dan menebus pembayarannya di bank atau menjualnya sebelum tarikh
matang tamat pada harga diskaun kepada pihak lain. Sekuriti ini merupakan obligasi
antara dua pihak iaitu pelanggan bank dan pihak bank.
c) Sijil Deposit Bolehniaga (NCD)
Sijil deposit bolehniaga adalah sejenis deposit masa yang dikeluarkan oleh bank
perdagangan dan bank saudagar yang dibenarkan, mengesahkan yang sejumlah wang
telah disimpan sebagai deposit dengan bank berkenaan untuk tempoh tertentu dengan
kadar yang ditetapkan. Ia seperti deposit tetap tetapi perbezaannya ialah ia boleh
diniagakan dan hakmilik boleh dipindahkan. Nama pendeposit tidak dinyatakan di
dalam sijil dan bank pengeluar akan menjamin pembayaran prinsipal beserta faedah
kepada pembawanya pada tarikh matang sijil ini. Setiap bank yang mengeluarkan sijil
ini bebas untuk menetapkan kadar faedah masing-masing.
d) Perjanjian Beli Balik (REPO)
Ia merupakan sumber dana yang terpenting bagi bank-bank perdagangan. Perjanjian ini
merupakan satu perjanjian yang melibatkan penjualan sekuriti atau aset-aset kewangan
dengan jaminan untuk membelinya balik pada akhir tempoh yang dijanjikan dengan
harga yang ditentukan terlebih dahulu. Perjanjian ini adalah untuk tempoh yang
berjangka pendek seperti semalaman, 7 hari atau beberapa bulan. Perjanjian ini
melibatkan peminjam yang memerlukan dana dalam jangka pendek dengan pelabur
yang mempunyai dana yang berlebihan untuk dipinjamkan. Dalam urusniaga ini,
biasanya bank sebagai peminjam akan mengadakan satu perjanjian dengan
pelanggannya untuk menjual sesuatu sekuriti
dengan persetujuan untuk membeli balik pada suatu tempoh dengan harga yang lebih
tinggi termasuk faedah yang telah ditentukan terlebih dahulu.
DBF 3123 BUSINESS FINANCE
e) Kertas Perdagangan
Ia merupakan satu nota janji yang selalunya diterbitkan oleh syarikat-syarikat gergasi
yang sememangnya telah terbukti kedudukan kredit mereka. Ia merupakan satu
instrumen pinjaman jangka pendek syarikat berkenaan di mana tempoh matangnya di
antara 1 hingga 270 hari atau 6 bulan. Ia mempunyai nilai muka dan dijual pada harga
diskaun. Syarikat-syarikat yang mengeluarkan sekuriti ini selalunya mempunyai
kemudahan pinjaman dengan pihak bank bagi memudahkan urusan penebusan semula
oleh pemegangnya apabila tiba tarikh matang.
5.3.2 Pelaburan Dalam Sekuriti Bolehpasar
Sebelum membuat pelaburan dalam sekuriti boleh pasar, syarikat perlu terlebih dahulu
memilih portfolio sekuriti boleh pasar yang akan mendatangkan pulangan yang baik
kepada syarikat. Syarikat perlulah mempertimbangkan perkara- perkara seperti berikut
sebelum membuat pelaburan:
i. Risiko kewangan
Ia melibatkan ketidaktepatan anggaran kadar pulangan daripada sekuriti yang
dilaburkan. Pada kebiasaanya, pengurus tidak berkehendakkan risiko kewangan
sekuriti boleh pasar yang tinggi apabila memilih aset- aset tertentu untuk dimasukkan
dalam portfolio pelaburan mereka.
ii. Risiko faedah
Ia melibatkan ketidaktepatan anggaran kadar pulangan disebabkan oleh perubahan
dalam kadar faedah akibat ketidakseimbangan persekitaran.
iii. Kecairan
Syarikat perlu mengetahui samada sekuriti yang dicadangkan itu dapat memenuhi
kehendak syarikat supaya berada pada tahap kecairan tertentu apabila pihak syarikat
memerlukannya.
iv. Cukai
Syarikat perlu mengetahui jenis-jenis sekuriti boleh pasar yang dikenakan cukai.
v. Pulangan
Pulangan yang dianggarkan oleh syarikat yang dapat mendatangkan hasil apabila firma
membuat pelaburan dalam sekuriti tersebut. Pulangan ini melibatkan pengukuran risiko
dan keuntungan yang akan diperolehi setelah syarikat melabur dalam sekuriti tersebut.
DBF 3123 BUSINESS FINANCE
5.4 Cara-cara Untuk Meningkatkan Kecekapan Dalam Pengurusan Tunai dan Memadankan
Kos dan Faedah Dalam Pengurusan Kewangan
Di dalam pengurusan tunai, kita akan dapati amaun wang dalam buku cek mungkin berbeza
daripada amaun wang yang pihak bank fikirkan kita miliki. Ini kerana sesetengah cek yang
ditulis belum lagi di bawa ke bank untuk dijelaskan. Keadaan seperti ini juga berlaku dalam
perniagaan.
Baki tunai yang ditunjukkan dalam buku syarikat di sebut baki lejar manakala baki yang
ditunjukkan
dalam akaun bank ialah amaun yang ada yang boleh dibelanjakan di sebut
baki tersedia ada atau baki terkutip. Perbezaan antara baki lejar dan baki tersedia ada di sebut
“apungan” (float). Apungan ini menggambarkan kesan bersih cek-cek dalam proses melalui
sistem perbankan (clearing). Kecekapan dalam pengurusan tunai boleh ditingkatkan dengan cara
mempercepatkan kutipan melalui sistem peti berkunci.
Di dalam proses mempercepatkan kutipan melalui peti berkunci, terdapat satu atau lebih
pengurangan dalam komponen “apungan” akan terlibat. Melambat-lambatkan pembayaran
melibatkan peningkatan dalam mana-mana satu komponen “apungan”.
5.4.1 Jenis-jenis Apungan
Terdapat 4 jenis apungan:
a)
Apungan mel (mail float) adalah masa di antara mulanya pelanggan mengirimkan cek
sehingga cek itu sampai ke tangan penerima.
b)
Apungan pemprosesan (processing float) adalah masa yang diambil oleh penerima
dari mula ia menerima cek, memproses cek sehingga cek itu didepositkan di bank.
c)
Apungan transit (transit float) adalah masa yang diambil di antara mulanya cek
didepositkan oleh syarikat penerima untuk melalui proses penjelasan perbankan
sehingga terdapat dana yang boleh digunakan oleh syarikat. Apungan ini berlaku
kerana cek tersebut perlu melalui sistem bank sebelum cek dapat dijelaskan.
d)
Apungan pembayaran (disbursement float) merujuk kepada dana-dana pelanggan
yang ada dalam akaun bank syarikat sehingga cek bayaran syarikat melalui sistem
perbankan.
DBF 3123 BUSINESS FINANCE
Jadual 5.1
Cek ditulis dan dipos
Cek diterima
Cek dideposit
Cek dijelaskan
Apungan mel (3 hari) pemprosesan (1 hari)
Pembayaran
transit (5 hari)
Hari 0
3
4
9
Bilangan hari apungan (9 hari)
5.4.1 Memadankan Kos Dan Faedah Dalam Pengurusan Tunai.
Pengurusan tunai yang berkesan amat menitikberatkan pemadanan antara kos dan faedah
yang terlibat di dalam sesuatu pengurusan tunai. Terdapat pelbagai langkah yang
digunakan untuk memadankan antara kos dan faedah. Cara pengiraan adalah merujuk
kepada contoh di bawah:
Contoh:
Syarikat Kitara adalah sebuah syarikat pengeluar aluminium yang digunakan untuk
pelbagai kegunaan membuat komponen kereta. Kesemua pengeluaran komponen
tersebut dihantar menggunakan kapal ke 10 buah wilayah jualannya. Syarikat Kitara
telah menyiapkan satu kajian mengenai sistem pengutipan tunai yang akan meningkatkan
pengurusan tunai syarikat tersebut. Syarikat beranggapan bahawa ia boleh
mengurangkan jumlah apungan syarikat sebanyak 2.5 hari sekiranya syarikat tersebut
menggunakan sistem peti berkunci di setiap wilayah jualannya.
Jika syarikat menggunakan sistem peti berkunci, syarikat akan membayar sewa sebanyak
RM 300.00 sebulan ke atas semua peti berkunci tersebut. Sebarang tambahan yuran akan
dimasukkan ke dalam sekuriti boleh pasar firma yang akan memberikan kadar pulangan
sebanyak 10.5% setahun. Purata jualan setahun (hasil) adalah sebanyak RM 5475,000.00
untuk setiap wilayah jualannya. Di dalam menjalankan kajiannya, syarikat
mengandaikan terdapat 365 hari setahun. Kirakan kos penjimatan bersih tahunan syarikat
tersebut. Adakah syarikat patut menggunakan sistem peti berkunci tersebut?
Penyelesaian:
Langkah 1:
Jumlah kutipan (Jualan setahun) = (Jualan setahun) x ( bilangan kawasan)
= RM 5475,000 x 10 wilayah
DBF 3123 BUSINESS FINANCE
= RM 54750000
Langkah 2:
Kutipan harian ( jualan sehari) = Jumlah kutipan / bilangan hari setahun
= RM 54750000/ 365 hari
= RM 150,000
Apabila syarikat menggunakan sistem peti berkunci, ia akan mengurangkan apungan
sebanyak 2.5 hari. Nilai pengurangan apungan adalah berdasarkan kepada kadar
pulangan sebanyak 10.5% setahun.
Langkah 3:
Penjimatan bersih tahunan= (kutipan harian) x (jumlah pengurangan apungan) x
(kadar pulangan)
= RM 150, 000 x 2.5 hari x 10.5%
= RM 39375.00
Langkah 4:
Kos tahunan operasi
sistem peti berkunci = (sewa peti berkunci) x (bilangan wilayah) x (bulan)
= RM 300 x 10 x 12
= RM 36000
Langkah 5:
Kos Penjimatan bersih tahunan = ( Jumlah penjimatan bersih tahunan) – ( kos
tahunan operasi sistem
peti berkunci)
= RM 39375 – RM 36000
= RM 3375
Kesimpulan: Syarikat Kitara harus menggunakan sistem peti berkunci kerana ia
mendapat penjimatan sebanyak RM 3375 setahun.
Download