Uploaded by Mei메이_말레이시아

konsep tamadun

advertisement
Pengenalan
Konsep Tamadun
Perkataan tamadun berasal daripada kalimah ‘madanna' dan ‘madani' yang membawa maksud
pembukaan bandar atau kota dan aktiviti memperhalusi budi pekerti. Perkataan yang
digunakan untuk mentakrifkan tamadun dalam Bahasa Inggeris ialah ‘civilisation’.
‘Civilisation’ berasal daripada perkataan Latin ‘civitas’ yang bermaksud bandar atau kota dan
menekankan penggabungan budaya dan kemajuan kebendaan. Perkataan ‘hadarah' dalam
Bahasa Arab dan perkataan peradaban dalam Bahasa Melayu juga membawa makna yang
sama. Berdasarkan pengertian di atas, tamadun merujuk kepada tahap pencapaian dua aspek,
iaitu pembangunan fizikal dan rohani di samping kelimpahan kemakmuran. Antara tokohtokoh yang telah mengemukakan konsep tamadun ialah Ibn Khaldun, tokoh falsafah Islam
melalui teori umran badawi dan umran hadhari serta tokoh falsafah Greek, Plato yang
mengemukakan konsep polis dalam karyanya ‘TheRepublic’.
Download