Uploaded by Mohd Fitri Azni

Domestic Inquiry Procedures

advertisement
Domestic Inquiry Procedures / Proses Siasatan Dalaman
Ramai yang bertanya mengenai prosedur Domestic Inquiry (Siasatan Dalaman) yg
akan disebut DI selepas ini, dari pihak pekerja mahupun HR practitioner sendiri. Saya
akan cuba berkongsi apa yang termampu menerusi mengendalikan DI sebelum ni.
Harap dapat membantu. DI mmg leceh, mmg ramai HR yang tak menyukai DI. Tak
tahu pulak kalau ada yang suka pada DI. Biasanya DI dibuat bagi major misconduct
atau kesalahan yang boleh mendatangkan penalty yang besar. Contohnya dibuang
kerja (termination), diturunkan pangkat (demotion), digantung kerja (suspension), dsb.
However DI adalah sesuatu yang PERLU sebelum sesuatu tindakan disiplin serius
dibuat, menandakan majikan telah mengikut prosedur yg betul sebelum mengambil
tindakan. Ini kerana sebaik sahaja kes dibicarakan di mahkamah perusahaan soalan
wajib yang ditanya oleh juri, “Ada buat siasatan dalaman?” “Boleh saya tengok rekod
siasatan dalaman?” Step yang perlu diikuti sebelum DI dilaksanakan:1. Majikan perlu mengeluarkan Surat Tunjuk Sebab (Showcause Letter).
2. Selepas dapat reply letter daripada pekerja, analisa jawapan yang diberi.
Sekiranya tidak memuaskan hati dan banyak keraguan keluarkan satu surat
Panggilan Untuk DI. Dalam surat tersebut mesti tertulis dengan jelas Tuduhan
(charge) ke atas tertuduh, tarikh, masa dan tempat DI akan dijalankan.
Maklumkan juga yg tertuduh boleh membawa saksi yang menyokong
keterangan dia pada hari kejadian. Kegagalan dia menghadirkan diri, DI akan
diteruskan secara ex-parte, dan keputusan akan dibuat oleh juri walaupun tanpa
kehadiran tertuduh dan ianya muktamad.
Nota: Gantung kerja yg dibenarkan adalah 2 minggu dengan separuh gaji, baki
separuh gaji perlu dipulangkan sekiranya selepas DI tertuduh didapati tidak
bersalah. Sekiranya 2 minggu tidak mencukupi untuk pihak syarikat
menghabiskan siasatan dan membuat persiapan DI, gantung kerja boleh
dilanjutkan (dengan mengeluarkan surat lain Lanjutan Penggantungan Kerja)
dengan bayaran gaji penuh kepada pekerja.
3. Tak perlu gantung pekerja sekiranya kehadiran beliau ke syarikat tidak
memberi sebarang masalah atau kesukaran sehingga hari DI.
4. Pegawai penyiasat boleh memulakan siasatan dengan mengumpul seberapa
banyak bukti dan keterangan saksi secara bertulis sebelum hari DI. Kemudian
serahkan hasil siasatan dan bukti kepada pegawai pendakwa dalam DI. Pegawai
pendakwa akan menyediakan soalan dan melampirkan semua bukti-bukti yang
dikumpul untuk diserahkan pada juri pada waktu DI.
5. Lantik 3 orang non-bias juri. Yang bermaksud juri mestilah bukan pegawai
atasan atau rakan sekerja yang satu bahagian kepada tertuduh. Juri perlulah dari
level eksekutif dan ke atas. Dari tiga juri tersebut, seorang darinya adalah ketua
juri merangkap pengerusi (chairman) untuk DI tersebut. Kemudian lantik
seorang pekerja untuk menjadi setiausaha bagi mencatit minit DI.
PROSES DI
1. 1st - Apabila semua telah berkumpul di dalam bilik DI, pengerusi akan
memulakan dengan tujuan DI diadakan, kemudian memperkenalkan diri dan
panel juri. Kemudian tanyakan pada tertuduh adakah sebarang bantahan untuk
masa dan tempat DI ini atau bantahan terhadap mana2 perlantikan juri?
2. 2nd- Pengerusi bacakan dengan jelas tuduhan yang dikenakan kepada tertuduh,
kemudian bertanya, adakah tertuduh mengaku bersalah? Sekiranya jawapannya
“Ya,” maka juri perlu mengulang bagi jawapan tersebut dan bertanya adakah
tertuduh faham tentang pengakuan tersebut yang boleh menyebabkan pihak
syarikat mengambil tindakan disiplin ke atas tertuduh termasuk pembuang
kerja? Tertuduh angguk atau “Ya”, maka tanyakan pada tertuduh ada apa2 yang
ingin disampaikan sebelum DI ditutup? Tiada.. maka tamat DI.
3. 3rd- Tapi sekiranya jawapannya tak mengaku bersalah, pengerusi perlu
menjemput Pegawai pendakwa untuk membentangkan kes. Pendakwa boleh
menjemput saksi atau mengemukakan bukti (sekiranya tiada saksi), sepanjang
tempoh pendakwa bersuara saksi tidak sepatutnya mencelah, juri boleh
menyoal pendakwa sehingga selesai, kemudian juri akan berkata, “Sekarang
saya jemput tertuduh untuk menyoal balas saksi/ pegawai pendakwa.” Saksi
boleh bertanya pada waktu sehingga puas. Jangan berhenti sehingga anda telah
bertanya semua soalan, kerana selepas ni tertuduh dah tak berpeluang bertanya
lagi kepada saksi pertama/ pegawai pendakwa.
4. 4th Sekiranya ada ramai saksi, proses di atas akan diulang bermula dengan
pendakwa bertanya habis, kemudian tertuduh bertanya habis, kemudian
pendakwa akan bertanya kali terakhir untuk mematahkan kembali hujan
tertuduh atau mengembalikan semula keyakinan saksi. Kemudian habis. Ikut
giliran masing2, pendakwa dan tertuduh tak boleh menyampuk apabila giliran
pihak lawan. Pengerusi berhak memberi amaran atau mengarahkan mana2
pihak yg tidak berkenaan supaya diam.
5. 5TH- Sehingga semua saksi dipanggil, akhirnya tertuduh pula akan diminta
untuk memberikan keterangan tentang kes tersebut. Pendakwa boleh terus
membuat pertanyaan sehingga berpuas hati, kemudian juri pula membuat
pertanyaan. Sehingga selesai kesemuanya, pengerusi akan menjemput tertuduh
untuk membuat pembelaan. Tertuduh boleh membuat pembelaan diri ketika ini.
6. 6th – Akhir sekali pendakwa perlu membuat penggulungan kes, Inilah waktu
terpenting untuk pendakwa mematahkan semua hujah2 tertuduh, tetapkan
pendirian anda dan katakan apa yang membuatkan anda percaya bahawa
tertuduh sememangnya bersalah, impaknya kepada majikan, kenapa tindakan
disiplin perlu ke atas tertuduh?
7. 7th – Pengerusi akan menamatkan DI dan memberitahu bahawa tertuduh akan
diberitahu mengenai keputusan rasmi mengenai kes beliau dalam tempoh
beberapa hari. NOTA: Sepanjang DI berlangsung bermula dengan pembukaan
oleh pengerusi sehingga ke bersurai, setiap patah perkataan perlu ditulis di
dalam minit DI dalam bentuk dialog oleh setiausaha. Adakalanya ia bukan
berbentuk kata2, tetapi ia boleh jadi (tertuduh mengangguk kepala berkali2)
(tertuduh menggelengkan kepala) (tertuduh menghentak meja) (tertuduh
menunjukkan bagaimana dia duduk ketika kejadian tersebut dengan
menyilangkan kaki dan bersandar) dan macam2 lagi. Minit ini sangat penting
kerana ia perlu dibaca dan ditandatangani oleh 3 juri, pendakwa dan tertuduh
(di setiap muka surat) bagi mengakui segala butiran percakapan yang ditulis
adalah benar. (sebaik2nya dalam 2-3 hari sebaik habis DI, minit perlu disiapkan
dan ditandatangani oleh setiap orang yg disebutkan di atas). Jadi bayangkan
betapa tebalnya minit DI sekiranya DI berlangsung selama 4 jam atau lebih..
yang menaip lagi semput.
SELEPAS DI
1. Dalam tempoh seminggu pihak juri perlu membuat keputusan bersama dan
menulis surat kepada CEO/ MD/ PENGERUSI mengenai keputusan mereka,
kenapa dan saranan hukuman. CEO/ MD/ PENGERUSI syarikat akan membuat
keputusan hukuman yang patut dijatuhkan (mengambil kira pendapat HR
advisor/ practitioner) dan menandatangani persetujuan tersebut.
2. Surat akan diserahkan kepada pihak HR. HR akan menyediakan surat kepada
tertuduh bagi memaklumkan mengenai keputusan dan hukuman yang
dijatuhkan kepada tertuduh dan bila ia akan berkuatkuasa. HR akan
menyerahkan surat kepada tertuduh dan tertuduh perlu menandatangani
penerimaan surat tersebut. Jadi bayangkanlah berapa banyak dokumen yang
ada untuk DI ni? Banyakkan? Setiap dokumen perlu disimpan dengan baik
untuk persediaan sekiranya tertuduh mengfailkan kes ke JPP.
Download